Monday, November 11, 2013

Cerpen - Encik Luar Biasa


NAJAH bangun dari bangku. Kemudian, dia duduk kembali dan bangun seraya berjalan ke arah tasik. Serba tidak kena dia menunggu seseorang di situ. Makin lama dia berada di situ, makin kusut kepala dia memikirkan masalah yang bakal menimpa dirinya. Yang si hangkuk tu pulak, selamba je lewat-lewatkan masa. Janji lima minit, tengok-tengok, dah nak dekat satu jam dia menunggu di situ. Orangnya tidak juga-juga sampai. Huh !

“ Bakebabom !”

“ OMG !” Najah terkejut lalu memukul bahu Luthfi berkali-kali. Main-main pulak budak ni.

“ Lama tunggu ?” ujar Luthfi sambil tersenyum memandang Najah yang menayang muka bengang.

“ Tak lah ! Baru satu jam. Kenapa tak datang esok je ?” perli Najah sambil menjulingkan matanya ke atas. Inilah dia janji melayu, janji pukul empat datang pukul lima. Hah ! Bagus sangatlah tu !

“ Awat tak cakap ! Kalau macam tu, I balik dululah, bye !” Luthfi sudah berura-ura untuk pergi tapi Najah sempat menarik lengan sasanya.

“ Ala, beb ! Janganlah macam ni. Tolonglah aku.” Najah menayang muka lima sen, meminta simpati rakan baiknya itu. Hanya Luthfi sahaja yang boleh membantunya setakat ini kerana lelaki itu seorang je kawan baik dia yang berlainan jantina.  Bukan setakat itu je yang membuatkan Najah ingin berkawan dengan Luthfi. Ada sebab lain sebenarnya. Lelaki itu lain daripada yang lain dan membuatkan dia tidak takut untuk berteman dengan Luthfi. Bukan seperti lelaki-lelaki di luar sana tu, semuanya mata keranjang ! Huh !

“ Kau nak suruh aku tolong kau apa ni ? Aku ada banyak kerja so, tolong percepatkan sikit pertemuan kita ni.” Najah memuncungkan mulutnya. Nampak sangat yang lelaki itu tidak mahu menolong dia dengan ikhlas. Humph.

Luthfi Darwisy memandang rakan baiknya yang sudah muncung sedepa itu. Merajuklah tu ! “ Ok,ok, fine ! Aku tolong kau no matter what happens ! Hah ! Apa dia ?” Akhirnya dia mengalah. Najah tersenyum menang.

Najah berdeham sebelum memulakan ayatnya. “ Kau tahu kan yang mak aku paksa kahwin dengan Kamarul bengong tu ?” Luthfi mengangguk kepalanya.

Najah menggigit bibir. “ Dan aku dah fikir masak-masak tentang hal tu.” Najah berhenti seketika dan memandang wajah Luthfi yang tampak serius. Kemudian, lelaki itu mengangguk.

Najah menyambung lagi. “ Bahawasanya, aku nak kau jadi pengganti Kamarul ! Yeay !” jerit Najah sambil tersenyum riang. Wajah serius Luthfi tadi sudah bertukar jadi terkejut beruk mendengar kata-kata atau lebih tepat lagi rancangan pandai milik Safinatunnajah.

“ Kau jangan merepek boleh tak mangkuk.” Ujar Luthfi dengan nada yang serius. Matanya tajam memanah anak mata Najah. Kecut perut Najah dibuatnya tapi cuba dikawal sebaik mungkin.

“ Alaa, beb ! Kata kau nak tolong aku no matter what happen ! Ni aku ada masalah ni, tolonglah ! Please…” Najah membuat muka merayu. Dia berharap sangat Luthfi menerima cadangan genius yang difikirkannya sehari semalam. Dah tak ada option lain dah selain ini. Rancangan ini bukannya setakat dapat dia jauhkan diri dari Kamarul, sekaligus dapat mendiamkan mulut Puan Rashidah yang asyik sibuk menyuruhnya untuk berkahwin. 

“ Kalau aku kata kali ni aku tak nak tolong kau ?” Luthfi mengugut. Dia berpeluk tubuh sambil memandang wajah manis milik Najah.

“ Ala, wei ! Kau sorang je yang boleh tolong aku sekarang ! Dah tak ada orang lain lagi dah yang boleh tolong aku. Boleh lah wei.” Sekali lagi Najah menayang muka comelnya pada Luthfi. Luthfi memalingkan tubuhnya memandang tasik tapi Najah tetap ingin menayangkan muka comelnya.

“ Kau beri aku sebab kenapa aku kena tolong kau.” Luthfi sudah mula hampir mengalah. Tak boleh jadi ni, minah ni bukan boleh percaya sangat. Silap-silap, hari-hari dia datang rumah merayu-rayu suruh aku kahwin dengan dia.

Firstly, sebab yang kau tu satu-satunya kawan lelaki yang aku ada. Secondly, aku rasa kau calon yang paling sesuai sebab kau pun gay so mesti tak ada masalah kan ? Dan thirdly, kau adalah yang calon menantu yang mak aku teringin sangat nak, pakej lengkap !” terang Najah bersungguh-sungguh. Dia berharap sangat agar Luthfi menerima cadangan yang agak gila ini. Wargh ! Tak pernah-pernah ada perempuan merayu dekat lelaki suruh kahwin dengan diaorang. Memang kalau Hana tahu ni, mesti buat malu kaum Hawa je ! Waaa !

Luthfi Darwisy memegang dagunya sambil berfikir sesuatu. “ Hmm, kalau macam tu. Aku nak kau propose aku sekarang.” Arah Luthfi tegas. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke belakang.

Najah mengerutkan keningnya. “ Propose ?” Ada ke perempuan propose lelaki ? Aduh, gila betullah si Luthfi ni.

Yes ! Cepatlah !” Najah memandang Luthfi tidak percaya. Mamat ni dah gila ke suruh dia propose depan orang-orang ramai ni. Memang,…wah ! Syabas, Luthfi, Syabas ! Akhirnya, Najah akur juga dengan arahan Luthfi. Perlahan-lahan, lututnya mencecah ke bumi. Lalu, dia menghulurkan tangan seperti hero-hero yang selalu buat dalam drama-drama.

“ Encik Luthfi Darwisy, sudikah dikau menikahi aku ?” ucap Najah penuh syahdu. Matanya dipejam-pejamkan tanda dia bersungguh-sungguh. Manakala, Luthfi pula memeluk tubuh sambil memandang ke bawah melihat Najah yang sedang melamar dia. Dia seperti berfikir-fikir sesuatu sambil matanya meliar-liar melihat kawasan taman tasik itu. Ramai juga yang sedang mengkerumuni mereka dari jauh melihat sandiwara yang sedang mereka lakonkan itu.

“ Ok ! I accept !” jawab Luthfi sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Najah bangkit dan terus menonong ke arah kereta tanpa mempedulikan Luthfi yang menjerit-jerit memanggil namanya. Lari ! Malu woi !



WAJAH terkejut milik Hana itu dipandang. Hana terkejut gara-gara kawannya Najah yang bakal berkahwin dengan Luthfi tidak lama lagi. Luthfi, the gay ! Mulut Hana sudah terlopong besar seperti ikan paus.

“ Luthfi !? Are you kidding me ? Dia…gay kan ? Takkan kau nak bersuamikan gay wahai Cik Safinatunnajah woi !” Tidak sangka kawannya yang seorang itu sanggup berkahwin dengan lelaki gay gara-gara takut untuk berkahwin dengan Kamarul. Seorang lelaki yang normal !

“ Alaa, ok apa kahwin dengan gay. Tak ada lah kita asyik nak berjaga malam je. Betul tak ? Muahaha !” gurauan Najah yang melampau itu menyebabkan tangan Hana landing di atas pehanya. Kuat. Gara-gara sakit dipukul, Najah menggosok-gosok pehanya yang terasa perit. Sengal betul minah ni !

“ Kau tak tahu ke gay guys ni macam mana hah ? Dah nama pun gay, of courselah suka lelaki dan bukan perempuan ! Takkan kau nak berumah tangga dengan gay ? Oh my…” Hana memegang dahinya. Pening sungguh dia memikirkan perangai kawannya yang gila-gila ini. Sanggup berkahwin dengan gay semata-mata nak lari dari lelaki tulen seperti Kamarul. Apa bondo eh tu ?

So ? Apa masalahnya Hana oi ! Kau pun tahu aku macam mana kan. Aku memang tak suka si Kamarul tu dan aku memang tak suka lelaki tulen macam dia ! Bukan aku tak tahu perangai Kamarul tu macam mana ! Dah lah kaki perempuan ! Dan kau expect aku nak kahwin dengan playboy berbanding gay ? Kau nak aku hidup merana ke apa ?” bidas Najah pada Hana. Dia sudah tidak peduli dengan kata-kata Hana itu, malah, dia lagi yakin untuk berkahwin dengan Luthfi. Luthfi Darwisy.



3 bulan yang lepas,…

NAJAH berlari sepantas mungkin agar dia dapat mengejar pak cik teksi yang sedang elok bersandar di tepi teksinya sambil berbual dengan seseorang itu. Segera dia menghampiri pak cik teksi setelah mendapat tahu pak cik teksi tadi tiada penumpang yang ingin dibawa.

“ Pak cik ! Boleh hantar saya ke alamat ni tak ?” tanya Najah sambil menghulurkan sekeping kertas pada pak cik teksi itu setelah dia kembali stabil akibat berlari terlampau laju tadi. Hampir melayang-layang beg pakaiannya semasa mengejar tadi.

“ Hmm. Ok ! Masuklah !” Pak cik teksi membukakan pintu belakang dan memberi ruang untuk Najah masuk. Entah dari mana munculnya seorang jembalang mangkuk, tiba-tiba sahaja dia membuka pintu belakang yang sebelah lagi dan terus menerobos masuk. Mencerlung mata Najah memandang orang itu. Dengan panas hatinya, dia menuju ke arah pintu sebelah lagi.

Najah mengetuk cermin teksi tersebut dengan kuatnya. “ Woi ! Kau bukak pintu ni sekarang !” arahan tegas diberi oleh Najah. Seorang lelaki membuka pintu teksi lalu keluar. Penampilan lelaki itu atas bawah dia tenung bagai nak terkeluar biji mata. ‘ Macam dalam novel cinta yang aku selalu baca je. Walawe. Tak sangka dapat bertemu si jodoh hati. Handsome pulak tu !’ bisik hati Najah. Terpesona dengan penampilan kemas yang kononnya ‘ bakal suami’ yang dia impikan. ( Terlampau baca banyak novel, beginilah jadinya, ngeee )

Memakai kot berwarna hitam dan kemeja putih di dalamnya. Berseluar slack hitam juga. Memakai tali leher bercorak plain. Memakai kasut kulit ( Confirm berjenama ). Rambutnya ketak-ketak ( Oh my,…). Matanya, haish ! Tak nampak sebab lelaki itu mengenakan cermin mata hitam. Bibirnya merah basah ( Bukan perokok, dah confirm !). Hidungnya bersesuaian dengan wajah. Mukanya putih melepak, macam artis korea. Pakej lengkap ! Umur confirm antara 30 tahun ni, hmm. Ok ! Lengkap sangat pakej mamat ni !

“ Cik adik ada apa ketuk-ketuk cermin teksi ni sampai nak pecah ?” sinis sekali bunyinya. Tapi, ada dia kisah !

“ Saya dah cop teksi ni dulu. Kenapa encik tiba-tiba masuk ?” soal aku dengan suara yang lebih lembut berbanding tadi. Dah tengok muka handsome, sejuklah sikit hati yang tengah panas membara tadi. Muahaha.

“ Kalau awak tak kisah, kita pergi je lah sama-sama. Saya malas nak cari teksi lagi. Susah nak dapat teksi waktu sekarang ni.” Balasnya sambil menunjukkan ke arah beberapa pelancong asing yang sedang menunggu teksi tidak jauh dari tempat mereka berada.

“ Ohh, saya ingat awak nak rampas teksi ni dari saya. Kenapa tak cakap dulu.” Najah tergelak sendiri mengenangkan kebodohan diri.

“ Saya nak cakap dengan awak tadi, tapi awak dah sembur saya dulu. Err, boleh pergi sekarang tak ? Saya dah lambat ni.” Ujar lelaki itu sambil mengerling jam tangannya.

“ Err, kalau macam tu, sebagai tanda minta maaf, kita pergi rumah encik dululah ya.”

Great !”



DOMPET yang berada di tangan dia itu dipandang untuk keberapa kalinya. Beg dompet jenama Crocodile itu dibuka dengan niat untuk melihat kad pengenalan lelaki itu.

LUTHFI DARWISY BIN LUKMAN DARWISY

“ Nama dia Luthfi ? Haha ! Macam tak sesuai je dengan penampilan dia yang hot tu ! Haha !” ketawa kuat Najah mengganggu kosentrasi Hana yang sedang menonton berita di Tv3. Hana menghampiri Najah yang sedang tergelak-gelak melihat sesuatu di tangannya. Kad itu dirampas dari tangan Najah. Mencerlung gadis itu memandangnya.

Oh my ! Handsomenya mamat ni !” ujar Hana teruja. Najah cuba merampas balik kad pengenalan itu tapi ditahan oleh Hana.

“ Kau curi dompet mamat ni dekat mana hah ? Amboi ! Jumpa putera kayangan tak nak cakap pun dengan aku.” Hana buat-buat merajuk. Dia menyerahkan kembali kad pengenalan itu pada Najah.

“ Ala, aku share teksi dengan dia je tadi. Bukannya apa-apa pun. Kebetulan je. Masa aku nak ambik beg, ternampaklah pulak beg dompet dia tercampak dekat bawah. Mungkin masa tengah sibuk-sibuk bayar duit teksi tadi kot. Hmm.”

“ Ada alamat rumah dia tak ?” Seperti ada udang di sebalik mee apabila Hana bertanya begitu.

“ Ada. Kenapa ?” soal Najah dengan wajah yang blur. Hana ni banyak sangat muslihat musibat dia, entah mana satu yang hendak digunapakai.

“ Jom skodeng rumah dia nak ?” Najah membeliakkan biji matanya.

“ Motif kau nak skodeng rumah dia ?” Najah bersandar pada almari pakaiannya sambil memandang tajam kawannya itu.

“ Laa, kan kau dah terambik dompet dia ! Takkan kau nak simpan buat kenangan pulak.” Kata-kata Hana itu ada benarnya jugak. Sampai bila harus dia simpan buat khazanah dalam rumah dia.

Najah berfikir-fikir. “ Ok, fine ! Kita pergi rumah dia esok !” Akhirnya dia membuat keputusan untuk bersua muka dengan encik kacak itu sekali lagi. Wuawuawua. Rindu dengan encik kacak tu. Harap-harap, kita ada jodohlah suatu hari nanti. Hihi. Najah tersenyum gatal. Hana yang memerhati gelagat rakannya itu terus membuat muka jelik. ‘ Sasau agaknya minah ni cakap sorang-sorang.’



NAJAH mengetuk pintu kondo yang didiami lelaki bernama Luthfi Darwisy. Dalam hati sudah berdebar-debar ingin melihat muka lelaki itu. Dalam kepala sudah membayangkan penampilan lelaki itu pagi ini. Tentu rambutnya berserabai sedikit, pakai baju t-shirt dan seluar track. Rupa dia mesti baru bangun dari tidur. Suara mesti serak-serak. Hot ! Panas ! Wah, tak sabar !

Pintu dibuka. Terpampang muka lelaki itu yang sedang memakai seluar boxer dan tidak berbaju. Terkejut bukan kepalang Najah dan Hana. Air liur ditelan. Rasa payau. Badan Luthfi yang six packs itu dijamah sehabis mungkin. Tak sama langsung dengan apa yang dibayangkannya.

Tiba-tiba dia terdengar suara lelaki dari dalam. “ You ! Mana you letak I punya singlet ? Semalam you letak mana I…” lelaki itu berhenti membebel lalu memandang dia dan Hana dengan wajah yang hairan.

“ Who we have here ?” tanya lelaki yang juga tidak memakai baju itu. Pandangannya masih tidak beralih dari kami yang berdiri tercegat di situ.

“ Err, hai ! Saya Najah and this is my friend Hana.” Najah dan Hana berpandangan kemudian melemparkan senyuman pada kedua-dua jejaka hot yang berdiri di depan.

“ Ohh, hai ! I’m Kim ! Nice to meet you both.” Lelaki yang menggelar dirinya Kim itu tersenyum ramah pada kami. Hanya seorang manusia sahaja yang seperti tidak berminat untuk berkenal-kenalan.

May I know why are you here, and how did you know my place ?” soal Luthfi dengan nada yang sombong. Najah hanya menahan rasa meluatnya dan hanya melemparkan senyuman pada lelaki angkuh itu.

Tanpa menunggu beberapa minit lagi, Najah menayang dompet jenama Crocodile itu di hadapan muka Luthfi. Terkebil-kebil mata lelaki itu memandang apa yang dilihatnya itu.

Where did you get that ?” tanyanya dengan riak sedikit terkejut. Kawannya yang bernama Kim itu hanya memerhati.

“ Awak tercicir dekat dalam teksi jadi saya tolong kutipkan.” Balas Najah dengan agak angkuh. Orang berbudi, kita berbahasa. Ye dok ?

Luthfi menarik nafas dan cuba mencari kekuatan untuk berhadapan dengan gadis yang bernama Najah itu. Dia cuba mengambil dompet yang dipegang Najah tetapi gadis itu lebih pantas menariknya semula.

“ Awak ingat, senang-senang saya nak bagi dompet ni dekat awak balik ?” ujar Najah sinis. Senyuman senget ditarik. Luthfi hanya boleh menahan sabar.

Then, what do you want ?!” balas Luthfi kasar. Dia dah agak dah ! Gadis macam ni memang ada muslihat tertentu. Huh ! Menyesal dia memikirkan tentang gadis itu semalaman.

Najah seperti berfikir-fikir sesuatu. “ I want you to be my friend ! Boleh tak ? Bolehlah.” Kim menarik nafas lega manakala Hana terkejut beruk memandang kawannya yang secara tiba-tiba mahu lelaki hot a.k.a gay itu menjadi kawannya. Takkanlah Najah masih tak tahu yang lelaki itu gay ? Dah terang benderang masa mereka tiba tadi. Haih ! Kusut kepala dapat kawan pelik macam ni.

Luthfi membuat wajah cemberut. Dalam diam, dia tersenyum. “ Apa kejadah sampai aku nak kena jadi kawan kau pulak ?” bentak Luthfi. Mencerlung matanya memandang wajah mulus gadis yang hanya menayang muka tak berperasaan itu. Tidak ada sedikit rasa takutkah gadis itu ?

“ Saja. Saya suka dengan lelaki gay macam awak.” Ujar Najah berterus terang. Hana sudah mahu pengsan manakala Kim sudah ketawa terbahak-bahak. Luthfi tersenyum pelik memandang gadis yang mengatakan bahawa dia adalah seorang yang gay.

Wait, wait ! Saya rasa Cik Najah ni dah salah sangka. Saya dengan Luthfi bukannya…”

Fine ! I accept.” Luthfi memotong kata-kata Kim. Kim memandang muka Luthfi tidak percaya. Lelaki itu membenarkan statement mengarut yang keluar dari mulut perempuan itu ke ? Kim meraup wajahnya. Baru fikir nak usha awek sebelah Najah tu. Aduh mamat ni ! Buat spoil betullah !

“ Ni nombor telefon saya. Feel free to call !” balas Najah ceria. Tangan Hana ditarik lalu mereka berjalan menuju ke lif.

“ Wei, bro ! Asal kau iyakan statement mengarut minah tu ? Aku tak gay lah ! Ke…kau memang betul-betul gay ?” Kim memandang wajah rakannya serius. Mencari jawapan dari riak muka yang dipamerkan Luthfi. Tapi, hanya senyuman senget sahaja yang ditayang lelaki itu. Oh my,…kawan aku gay ? Kim menelan air liur. Terasa bahaya pulak duduk dalam rumah dia ni lama-lama.



SEJAK pertemuan singkat dan mengejut itulah Najah makin rapat dengan Luthfi iaitu kawan baik a.k.a bakal suaminya. Jika diingatkan kembali pertemuan mereka tiga bulan yang lepas itu, Najah terasa mahu gelak pula. Boleh pulak dia ajak Luthfi jadi kawan dia sedangkan asal usul lelaki itu dia tidak tahu.

Sebenarnya dia teruja. Teruja dapat mengenali seorang gay yang dia idam nak berkawan sejak dari dulu lagi. Bagi Najah, berkawan dengan gay itu lagi bagus dari berkawan dengan lelaki tulen yang ada di luar sana itu. Berkenalan dengan seorang gay membuatkan dia tidak teragak-agak untuk berbual dengan lelaki. Selalunya, Hana seorang sahaja yang berani bergaul dengan lelaki. Dia penakut dan fobia bila berjumpa lelaki. Maklumlah, pernah ada pengalaman. Salah dia jugak sebenarnya. Hmm.

“ Hai ! Relax nampak. Semuanya dah siap belum ?” Luthfi mengambil tempat di sebelah Najah seraya bersandar memerhatikan gadis yang sedang termenung jauh itu.

“ Hmm. Dah.” Balas Najah pendek. Pandangan masih dihalakan pada pokok-pokok bunga yang terdapat di taman mini milik rumah Luthfi.

Luthfi mendepakan tangannya seraya merapatkan bibirnya pada telinga Najah. “ Dah ready zahir batin belum ?” pertanyaan miang Luthfi itu menyentakkan Najah. Segera dia bangun dan memandang tajam Luthfi yang sedang tersenyum-senyum.

“ Kau nak kena makan penampar aku ke budak !” jelingan tajam yang dia hadiahkan tidak sesekali menakutkan Luthfi. Malah, lelaki itu makin galak mentertawakan dia. Hampeh punya budak !

“ Haha. Aku melawak je lah ! Dah la. Pergi baliklah mangkuk ! Sampai bila kau nak melepak rumah aku ni. Mak aku tengok kau macam kebulur nak makan anak dia je. Aku tak sedia lagi tau.” Seraya itu tangan aku melekap pada bahu dia. Menampar sekuat yang mungkin.

“ Woi, woi ! Sakitlah !” rengek Luthfi.

“ Padan muka kau ! Cakap lagi bukan-bukan. Kang kaki aku pulak sampai dekat muka kau !” Najah semakin galak ‘mendera’ Luthfi. Lelaki itu berlari masuk ke rumah dan dia mengejar lelaki itu sampai ke dalam. Puan Sri Ramidah hanya melihat gelagat anak dan bakal menantunya dengan perasaan yang bahagia. Sungguh dia bersyukur dikurniakan keluarga seperti ini.



AKU nikahkan dikau, Luthfi Darwisy bin Lukman Darwisy dengan Safinatunnajah binti Taufik Rahman dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai.”

Najah menggigit bibir. Mata dihalakan pada Luthfi yang segak berbaju melayu warna putih sedang fokus tertunduk mendengar ijab yang dilafazkan tok kadi. “ Aku terima nikahnya, Safinatunnajah binti Taufik Rahman dengan mas kahwinnya seribu tunai.”

Goncangan tangan tuk kadi mengesahkan bahawa Safinatunnajah telah sah menjadi isteri kepada Luthfi Darwisy. Kalau selalunya, si isteri akan mengalirkan air mata saat dinikahkan. Tapi, lain ceritanya dengan gadis bernama Najah. Najah tersenyum gembira tatkala Luthfi disahkan menjadi suaminya. Rasa berbunga-bunga je. Tak tahu kenapa.

Sudah tiba masanya untuk membatalkan air sembahyang. Luthfi menghampiri Najah lalu menggapai tangan putih mulus milik dia dan menyarungkan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian pada jari manis Najah. Selepas dia menyalami tangan Luthfi, kucupan hangat hinggap pada ubun-ubun Najah lalu lelaki itu seperti berdoa sesuatu.

“ Tengok sini you guys !” Najah dan Luthfi memandang ke arah Hana yang sedang memegang kamera itu. Kami berdua tersenyum gembira di hadapan kamera sambil membuat tanda peace.

Klik ! “ Nice ! Macam pasangan bahagia aku tengok.” Puji Hana tapi matanya menjeling tajam pada Najah. Dia hanya memandang ke tempat lain sambil lengan sasa milik  Luthfi dipeluknya erat. Hana mengeluh. Tak tahulah dia berapa lama perkahwinan diaorang ni boleh tahan. Seorang tu senget, yang seorang lagi gay pulak ! Hadoi !



RAMAI juga saudara maranya yang hadir pada malam itu. Meriah juga suasana yang dipenuhi saudara mara yang datang dari jauh. Keluarga belah Najah dan Luthfi, semuanya berkumpul di banglo mewah milik keluarga Luthfi.

Najah melentokkan kepalanya pada bahu Luthfi. Luthfi pula memandang wajah Najah yang sedang memandangnya sambil tersenyum. “ Amboi, pengantin baru ! Agak-agaklah depan budak-budak ni. Kalau ya pun, bawak-bawak lah ke bilik. Dapat juga kitaorang ahli keluarga baru.” Spontan kepala Najah ditegakkan semula. Rasa berdebar-debar pulak dengan pernyataan yang dibuat Kak Rania. Macam mana nak dapat ahli keluar baru kak oi, suami kita ni gay orangnya ! Aduhai !

“ Kalau macam tu, hmm, sayang,  jom masuk bilik ! Diaorang dah bagi green light tu, jomlah.” Rengek Luthfi manja. Senyuman nakal dihadiahkan pada isterinya. Tidak menunggu balasan Najah, Luthfi pantas menarik tangan isterinya agar dia mengekorinya ke bilik. Muka blur Najah mendapat gelak tawa dari saudara maranya yang hadir.

Tangan Najah dilepaskan seraya mengunci tombol pintu bilik. Luthfi bersandar sambil berpeluk tubuh menghadap Najah pada pintu. Senyuman senget meleret ditarik. Perlahan-lahan, dia menghampiri Najah yang masih berdiri tegak memandang Luthfi. ‘ Aik ? Minah ni tak bergerak pun. Tak takut ke ?’ bisik hati Luthfi bingung kerana tiada tindak balas dari perempuan yang telah menjadi isterinya siang tadi.

Najah memeluk tubuh. Saat tubuh Luthfi yang makin dekat dengannya, dada lelaki itu ditolak lembut. “ Tak payah nak main-main dengan aku lah ! Macam aku tak tahu, kau sengaja nak takut-takutkan aku kan ? Eleh…aku tak takut pun lah !” ujar Najah bangga sambil memeluk tubuhnya kembali.

Luthfi tersenyum senget. ‘ Ohh, tak takut ya…hehe’

“ Tapi, kau tahu kan yang aku ni lelaki. Gay macam mana pun, sekali ngap je dah boleh buat kau mengandung. Don’t you think so, Puan Safinatunnajah ?” rambut Najah yang panjang berwarna hitam pekat itu dibelai-belai. Pandangan ‘killer eyes’ dihadiahkan pada isterinya yang sudah semakin terasa kebahangannya. Tangannya kemudian beralih pada wajah putih mulus milik Najah. Satu ciuman hinggap di dahi gadis itu dengan laju. Terbuntang mata Najah melihat lelaki di hadapannya itu.

“ Ok, I nak tidur ! Good night, sayang !” Luthfi tersenyum seraya terus meloncat ke atas katil. Isterinya yang masih berdiri tegak itu tidak dipedulikan. Dia hanya fikir untuk tidur saja sekarang ni. Penat !

Najah memegang dadanya yang sudah tidak berdegup seirama itu. Kenapa sentuhan dan belaian lelaki itu terasa seperti luar biasa ? Macam betul je, macam benar je, macam pelik je !



NAJAH membuka matanya tatkala terdengar suatu suara yang seperti membaca sesuatu. Kelihatan Luthfi err, suaminya yang sedang membaca Al-Quran. Mata dijelingkan pada jam di dinding. 4 pagi. Lelaki itu sedang khusyuk membaca sampaikan tidak sedar yang dia telah tersedar dari tidur.

Suara lelaki itu sungguh merdu apabila mengalunkan bacaannya. Tajwid dan harkat semuanya teratur. Mata tidak boleh dilelapkan lagi, jadi, Najah hanya termenung memandang suaminya yang berteleku di sejadah itu sambil menongkat dagunya. Posisinya berada dalam mengiring di atas katil.

Luthfi menutup dan mencium Al-Quran sebelum meletakkan di atas meja. Sejadah dilipat dan disangkutkan pada kerusi sebelum duduk di birai katil. Termenung.

“ Kenapa tak tidur.” ujar Luthfi tenang kemudian menoleh ke belakang memandang isterinya yang sedang khusyuk memandangnya.

Najah tersentak. Mamat ni nampak dia rupanya. Hihi. Kantoi skodeng dia tadi.

“ Err, tak boleh tidur.” Akhirnya dia bangun dan duduk bersebelahan suaminya di birai katil. Wajah Luthfi yang tenang itu dipandang sekilas sebelum membuang pandang ke tempat lain.

“ Kau jangan risaulah. Aku takkan tinggalkan kau macam lelaki yang dekat luar sana tu buat. Aku janji akan jaga kau.” Suara lirih Luthfi itu membuatkan dia terasa sebak pula tiba-tiba. Kenapa lelaki itu berkata seperti itu ? Makin pelik pula suaminya itu.

Najah hanya berdiam diri seraya tangannya tiba-tiba ditarik dan dikucup lembut oleh Luthfi. Lama. Saat mata dia dan Luthfi bertaut, lelaki itu terus melangkah keluar dari bilik. Najah hanya mampu terduduk diam di situ sambil mengulang tayang kejadian tadi. Apa maksud dia ? Kenapa dia cakap macam tu ? Kenapa dia buat macam tu ? Kenapa dia lain sangat ? Dia tu gay ke normal ? Satu persatu soalan berlayar di fikiran Najah. Sungguh dia bingung !


KAU sure ke mamat tu gay ?” soal Hana sebaik sahaja Najah menceritakan tentang apa yang berlaku pagi tadi. Sungguh dia tak sangka Luthfi akan berbuat demikian. Status gay yang dipegang lelaki itu semakin diragukan.

“ Err, aku sure lah ! Aku kan rapat dengan dia. Apa dia buat semuanya aku tahu ! Kau tahu tak, time dia call Kim tu, dia selalu panggil Kim tu baby lah, babe lah, sayang lah, darling lah, bila diingatkan balik, rasa kembang tekak aku ni kau tahu !”

Mana mungkin lelaki itu tidak gay ! Bukan setakat itu je yang membuatkan dia yakin bahawa Luthfi itu gay. Mesej yang lelaki itu terima semuanya pelik-pelik. Terutama sekali apabila dengan lelaki yang bernama Kim itu.

Jumpa dekat hotel malam ni. Can’t wait to see you. <3

Luthfi juga selalu berjumpa dengan lelaki semasa berada di hotel. Mungkin orang fikir itu perkara biasa, tapi tidak pada dia ! Itu bukan perkara biasa, tapi luar biasa !

“ Kau dah buat confirmation dah ?” pertanyaan Hana itu menimbulkan rasa pelik pada Najah. Confirmation ?

“ Dah ! Aku dah skodeng dia siang malam kau tahu ! Aku sure yang dia tu gay !” ujar Najah bersungguh-sungguh. Dia yakin bahawa lelaki itu gay, tapi, keraguan yang muncul tiba-tiba dalam diri dia membuatkan kepala dia pening ! Sebab itulah dia ingin berjumpa dengan Hana,untuk minta consultation free. Huhu.

“ Bukan itu maksud aku ! Kau dah kahwin dia dah nak dekat sebulan. Tak kan tak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia tu tak gay ?”

“ Tanda-tanda macam mana ?”

“ Macam, err, peluk-peluk ke, cium-cium ke, err, err, err, err ke ? You know what I mean.”

Najah terdiam. Memang ada sebenarnya. Bukan sekali, tapi dah berkali-kali. Itu pun boleh dikira yang dia tu bukan gay ke ? Tak mungkin, tak mungkin.

Hana mendapat satu idea. “ Aku tahu ! Apa kata kau cuba goda dia. Kalau dia tergoda dengan kau, itu bermakna dia bukan gay !”

Najah mengerutkan dahinya. Goda lah pulak ! “ Kau ingat ni Projek Menggoda Suami ke apa ?! Gila kau ! Tak nak aku. Bukan reti pun nak goda-goda macam kucing miang ni. Kalau kau reti, kau buat lah ! Tak nak aku !”

“ Kau jangan menyesal kalau aku goda suami kau. Betul-betul dia normal kang, kau juga yang rugi !” ujar Hana berbaur ugutan. Bila difikirkan balik, betul jugak kata Hana. Suami handsome ! Rugi !

Fine ! Fine ! Kau ajar lah aku nak buat macam mana.”

Hana bersetuju untuk membantu Najah sambil membisikan sesuatu pada telinga gadis itu sehingga membuat mata gadis itu terbeliak besar.

“ Gila kau ! Tak nak aku !” bentak Najah tidak puas hati dengan cadangan Hana. Minah ni macam nak jadikan aku pelacur je tau ! Eiw !

“ Kau nak tahu dia gay ke tak ? Hah…Kalau nak, ikut je lah ! Banyak songeh pulak.”

Najah terdiam seketika. Kepalanya kali ini makin kusut gara-gara idea ‘genius’ milik Hana itu. ‘Melampau betullah minah ni ! Yang nak buatnya aku ! Mentang-mentang aku kuno dalam hal-hal macam ni. Wargh !’



SELURUH almari milik Luthfi digodeknya sehabis mungkin. Mencari sesuatu yang sesuai untuk menjalankan misinya malam ini. Misi itu tidak akan berjaya jika tiada benda itu. Jadi dia harus cari sehabis mungkin.

“ Kau cari apa ?” suara garau yang menyapa telinga itu mengejutkan Najah. Hampir gagal misinya yang satu itu.

“ Err, cari baju dalam aku ! Aku tak tahu mana aku letak !” Najah seperti ingin menampar mulutnya sendiri. Main lepas je cakap. Aduh ! Manalah dia mahu letak muka dia yang comel itu nanti. Ini semua gara-gara idea si Hana tu lah ! Wargh ! Rasa nak menangis.

Luthfi tergelak kecil. Kelakar betul bila tengok isterinya yang menggelabah semacam itu. Comel ! “ Takkan lah baju dalam kau boleh merayap masuk dalam almari aku pulak. Apalah kau ni.”

Najah terdiam. Dia sudah kehabisan idea. “ Err, tak pe lah ! Aku pergi turun bawah cari.” Cepat-cepat dia menutup laci dan pintu almari Luthfi yang dibukanya tadi seraya terus keluar dari bilik itu.

Aduh ! Malu gilos ! Tujuan dia menggeledah almari Luthfi itu hanyalah untuk mencari kemeja putih milik lelaki itu ! Tapi, sayang ! Sebarang kemeja dan kot yang selalu lelaki itu pakai tidak kelihatan. Serta merta kepalanya terfikirkan sesuatu ! Ya ! Itulah dia !



SELEPAS selesai makan malam tadi, Luthfi meminta diri untuk ke bilik kerana ada kerja yang harus diselesaikan. Najah hanya dapat memerhatikan pemergian suaminya itu dari ekor mata. Semua plan yang dirancang, sudah boleh dijalankan. Kalau boleh dengan segera agar dia dapat tahu siapakah lelaki itu yang sebenarnya. Adakah dia gay ataupun normal.

Najah memulas tombol pintu bilik dengan berhati-hati. Kelihatan suaminya yang sedang sibuk membuat kerja di meja belajar. Matanya tidak lepas memandang skrin laptop. Dengan perlahan, Najah bergerak ke almari bajunya dan mengambil kemeja berwarna putih yang dicurinya dari closet Luthfi. Dia melangkah ke bilik air. Bersedia untuk menjalankan rancangannya.

Luthfi memegang lehernya yang terasa sakit kerana terlampau banyak kerja yang harus disiapkannya malam itu. Matanya kemudian beralih pada katil yang masih kosong. Mana pula isterinya pergi ? Disebabkan kepalanya yang terasa pening kerana menghadap laptop sepanjang hari, jadi dia membuat keputusan untuk berehat seketika.

Luthfi bergerak menuju ke katil lalu menghempaskan badannya. Fuh, lega. Pintu bilik air yang terkuak itu membuatkan dia terus memandang ke arah sana. Kelihatan isterinya yang hilang sejak tadi keluar dengan hanya memakai kemeja putih yang labuh menutup punggung. Peha Najah yang putih gebu itu dijamah. Luthfi menelan air liur.

“ Abang dah siap buat kerja ?” sesi menggoda telah bermula. Najah tersenyum nakal memandang suaminya yang seperti mayat tidak bernyawa itu. Mukanya pucat seperti nampak hantu.

Abang ? Kenapa tiba-tiba Najah memanggilnya abang ? Tapi bila dengar Najah memanggilnya abang, dia rasa mahu tergoda pula. Lembut dan seksi sahaja bila mendengarnya. Boleh cair.

Luthfi bangun dari pembaringannya lalu duduk menegak di birai katil. Matanya tidak dapat memandang tepat pada wajah Najah kerana gadis itu seperti berusaha mahu menggodanya. Kepalanya digaru. Tidak tahu mahu bereaksi macam mana.

“ Err,…belum. Nak rehat je ni.” Luthfi sudah tidak serba kena apabila Najah menghampiri dan memegang bahunya. Serta merta Luthfi bangun dan berdiri tegak di hadapan gadis itu. Tidak tahu mahu buat apa dah.

Rambut Najah yang dibiarkan terlepas sampai ke pinggang itu dipandang sehingga turun ke bawah. “ Hmm, err…kenapa tak tidur lagi ?” tanya Luthfi tergagap-gagap. Memang dia terasa janggal berada dalam keadaan begini. Selalunya dia yang memulakan langkah pertama, tapi kali ini lain pula. Adakah Najah sudah menyintainya dan bersedia untuk menjadi isterinya dengan erti kata sebenar ?

Senyuman Najah yang nakal sebentar tadi terus terhenti. Jantungnya juga turut rasa mahu berhenti denyut tatkala tangan Luthfi berani menjalar pada rambutnya. Kemudian, beralih pada wajah dan lehernya. Kali ini Najah pula yang menelan air liur. Terasa menggeletar seluruh tubuh ini.

Luthfi merapatkan wajahnya pada Najah. Mata Najah terus membulat saat terasa bibirnya bersentuhan dengan bibir milik Luthfi. Muncul satu statement dalam kepala otaknya bahawa, suaminya itu bukan gay !



HANA memandang kawannya yang sudah menekup mukanya di atas meja. Terdengar omelan tidak henti dari rakan baiknya itu.

“ Lepas tu, dia buat apa dekat kau ?” tanya Hana ingin tahu. Sengihan di bibirnya makin melebar.

Najah mengangkat wajahnya sambil menghadiahkan jelingan tajam. Boleh pulak minah ni fikir sampai ke situ. Dia sibuk tengah fikirkan mengenai lelaki itu, Hana boleh pula menanyakan soalan yang bukan-bukan. Huh ! Apa punya kawan daa.

“ Mana ada jadi apa-apa. Aku lari masuk bilik tetamu. Menakutkan kau tahu tak.” Ujar Najah sambil memeluk tubuhnya. Rasa seram sejuk bila dapat tahu yang suami dia bukannya seorang yang gay rupanya. Wah ! Bagus betul lelaki itu menutup kebenaran yang satu itu dari dia.

So, apakah perasaan anda apabila dapat tahu yang suami anda itu bukan gay ?” tanya Hana sekadar bergurau. Najah hanya menghadiahkan senyuman tawar. Untuk membuat pengesahan dengan lebih tepat lagi, dia harus tanya pada seseorang yang memang rapat dengan Luthfi. Kim !

Hana dan Najah saling berpandangan. Masih lagi blur-blur dengan penjelasan yang diberikan oleh Kim. Lelaki itu dipandang tidak berkelip.

“ Boleh tak you jelaskan sekali lagi. Kitaorang tak berapa nak paham lah.” Ujar Hana spontan seraya terus memandang lelaki itu fokus.

Kim menarik nafas sebelum memberikan penjelasan sekali lagi pada kedua-dua gadis yang berada di hadapannya itu. “ Actually, girls. My friend, Luthfi is not a gay. Dia pura-pura jadi gay semata-mata untuk rapat dengan you Najah. Dia minta tolong I supaya jadi ‘ teman gay’ dia supaya dia dapat berkenalan dengan you. You ingat tak apa yang you cakap masa depan pintu rumah dia masa tu ?”

Najah berfikir-fikir kemudian dia menjongket bahu.

You cakap yang you suka lelaki gay.”

Serentak Najah dan Hana menutup mulut sendiri. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim. Tidak sangka lelaki itu sanggup digelar gay sedangkan dia bukannya gay semata-mata nak berkenalan dengan dia dan hanya kerana dia sukakan lelaki gay ?! Biar betul !

“ Hmm, by the way, Miss Hana. You dah ada boyfriend belum ?” tanya Kim sambil menaikkan keningnya sebelah. Senyuman senget ditarik. Hana hanya tersipu-sipu malu sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Kim tersenyum gembira. ‘ Yes ! Ada peluang nak masuk jarum. Wuhuu !’



NAJAH berdiri di balkoni biliknya. Menghirup udara segar di luar agar dia tenang menghadapi lelaki itu nanti. Sungguh perasaan dia bercelaru sekarang. Nak marah ? Patutnya dia lagi marah dari Najah sebab dia memanggil lelaki itu gay ! Nak diam ? Terasa nak marah pula apabila dapat tahu yang lelaki itu menipunya hidup-hidup. Terasa diri ini diperbodohkan pula. Huh !

Pintu yang dikuak dari luar mematikan lamunan aku. Serta merta wajah bertukar tegang. Hanya wajah si dia sahaja yang ceria tatkala ternampak kelibat Najah.

“ Awak tak nak turun makan ke ? Mama dengan papa dah tunggu tu.” Ujar Luthfi lembut. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang.

‘Aku’ sudah bertukar ‘awak’. Hmm. Kenapalah dia ni bodoh sangat tak perasan tentang perubahan drastik lelaki itu sejak bergelar suami pada dia.

Najah bercekak pinggang. Matanya tajam memandang Luthfi. “ Kenapa awak tipu saya ?”

Luthfi tercengang. ‘Tipu ? Dia dah tahu yang aku ni…’

“ Saya…hmm…bukannya saja-saja nak mainkan perasaan awak. Saya memang betul-betul serius nak berkenalan dengan awak.” Terang Luthfi jujur. Dia memang betul-betul sukakan gadis itu jadi kerana itulah dia berpura-pura menjadi gay agar dapat rapat dengan Najah.

Since when ?”

Since the first time we met.” Dia tersenyum.

Najah terdiam.

“ Kenapa tak cakap je yang awak tu suka saya ?! Kenapa mesti nak tipu ! Saya tak suka orang yang menipu tahu ! Tak pasal-pasal saya malukan awak cakap yang awak tu gay ! Awak tahu tak saya rasa bersalah dan malu gila ! Awak tahu tak yang…” tiba-tiba Luthfi menghampiri dia. Jari telunjuknya dilekatkan pada bibir Najah lalu memeluk gadis itu erat.

“ Saya suka awak juga.” Terluah juga ayat terakhir yang dia tidak sempat untuk habiskan itu. Wajah Najah dibenamkan pada dada bidang milik Luthfi. Terhambur juga tangisan yang ditahan. Luthfi mengusap lembut belakang Najah.

Kemudian, Najah mengangkat kepala memandang wajah Luthfi yang ketinggiannya melebihi dirinya. Sebuah senyuman manis diukir dan dihadiahkan pada si suami. Luthfi membalas senyuman Najah lalu dahi gadis itu dikucupnya lembut. Tanda kasih dia pada isterinya. Air mata yang jatuh itu dilap lembut.

“ Lepas ni, jangan panggil aku-aku dah ! Tak manis kalau mama dengan papa nampak.”

Najah berjeda seketika. “ Habis nak panggil apa ?”

‘ Janganlah dia suruh aku panggil dia baby, kembang tekak aku’ bisik hati Najah.

Luthfi seperti berfikir-fikir sesuatu. “ Hmm,…panggil abang boleh ?”

‘ Itu lagi aku tak berkenan.’ Bisik hati Najah sekali lagi.

“ Err, panggil awak-saya tak boleh eh ?” ujar Najah cuba ber ‘negotiate’.

“ Tak boleh ! Nanti mama dengan papa pelik lah.” Luthfi cuba memberi alasan. Najah mencebik.

“ Eleh, ye lah, ye lah ! Saya panggil awak, abang ya ? Dah puas ?” balas Najah sambil ketawa melihat telatah Luthfi yang beria-ia mahu dia memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ itu.

Thanks, sayang ! Hmm, kalau macam jomlah ! Rasanya dah boleh sangat ni.” Luthfi tersenyum nakal. Kata-kata Luthfi itu menimbulkan tanda tanya pada Najah. Apa yang cuba disampaikan suaminya ini ?

Luthfi mendekatkan wajahnya pada Najah. Semakin lelaki itu rapat, Najah mengundur ke belakang. Lalu, terjatuh di atas katil. Luthfi memandang Najah dengan wajah yang nakal. Senyuman sengetnya makin meleret-leret apabila Najah mula menunjukkan muka nervousnya. Najah tidak dapat bergerak kemana-mana kerana kedua-dua belah tangan sasa lelaki itu yang menekan tilam menghalang pergerakan dia.

Luthfi merapatkan bibirnya pada telinga Najah sambil berbisikkan sesuatu. “ Jom...turun makan lah ! Abang lapar ni ! Mama dengan papa dah tunggu dekat bawah. Jom !” Luthfi menarik tangan Najah dan berlalu menuju ke bawah.

Sempat suaminya itu membisikkan sesuatu. “ Fikir apa ah tadi ? Haha.” Luthfi tergelak besar. Najah menarik muncung. Dia memeluk lengan Luthfi erat seraya beriringan ke meja makan. Najah tersenyum gembira kerana suaminya bukanlah seorang yang gay ! Suami Aku Bukan Gay !

TAMAT

43 comments:

  1. Just a word. AWESOMENESS...

    ReplyDelete
  2. dari awal baca sampai la ke akhir.. gelak, sengih, senyum sorg2.. best3x..ske3x.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. just fall in love with ur writing.. thumbups...

    ReplyDelete
  4. haha.. taktik nak mengorat rupanya..

    ReplyDelete
  5. Bestx2...bila baca cerpen tersengih2 sorang2..good job Amani Ahlam!..hehe^_^

    ReplyDelete
  6. besh2..kalu panjangkan lg jadi novel pun besh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,...terima kasih...sy pun terfikir nk jadikan novel...hiuhiu ^^

      Delete
  7. Bestlah kak Amani cerita ni. Mia enjoy baca xDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ho ho *kembangsemangkuk* thanks Mia ! I glad that you like it...

      Delete
  8. olla...nice story...

    ReplyDelete
  9. Kena baca sesorang.. Coz takut dicop giler sebb tersengih2+ mengalahkan kerang busuk.. Hehe.. Caya laa akak u make me crazy bcoz of ur novels and cerpen.. Muachh

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau u gile sbb bce, I gile sbb xde idea !!!!! habis kering !!!!! haha..anyway, thank you for reading ya...thank you very muchooo !! ^^

      Delete
  10. okey aje....menarik hihihihi tapi penamatnya ringkas sangat hihih baru nak feel, dah tamat....tak apa la hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. first of all, thank you sbb sudi bce kak ria ! hehe, nnti sy cube perbaiki lgi bab tu eh ? ^^

      Delete
    2. jalan cerita menarik, tapi besalah klu tertinggal huruf, salah eja kli, so saya tegur tu jak. klu x keberatan ni saya tlg catat dah. tak taw klu betul bangga dpt tlg, tpi klu saya yg salah abaikan jak. hehehe:

      # "berura-ura" i think "berpura-pura"

      # "ahli keluar baru" ni sahlahkn ndak perasan t'tinggal huruf 'ga', "ahli keluarga baru".

      # 'aku' sudah bertukar 'awak'(rasanya 'aku' tu adalah perkataan 'kau') sebab kebiasaannya kita tertekan huruf A dlu baru k. kadang2 saya pun menaip macam tu. tpi klu slh abaikan. hehehe

      # "!tak manis kalau mama dengan papa nampak" kenapa perkataan 'nampak', erm klu tukar kepada 'dengar' ok jg? saya rasalah.

      # "Hmm. kalau macam jomlah!" saya rasa tertinggal 'tu'. "Kalau macam tu jomlah!"

      tu jak lah rasanya. klu x suka abai kan jak comment ni.

      ~peAce~
      hamba Allah yg serba kekurangan dan kerdil in, mohon maaf klu teguran ni menguris atau menyakitkan hati. tpi terus terang best jln ceta dah nama cerpen mesti paling minimum baca 15-30 minit satu cerita. takpa pendek yg penting jelas sbb org sabah cakap pendek tapi tagap. tpi ni pla pendek tpi berisi dan padat. saya memang suka baca cerpen dan novel, cantik jg jalan cerita ni. hahaha tajuk pun memang sdh suspen so time baca dapat feel lah msg yg cuba awk sampaikan dlm cerpen ni.

      Delete
    3. HELMI EMIE, thank you so much sebab tolong betulkan...maybe saya terlepas pandang..well, human make mistakes so my apology...and thank you sebab sukakan cerpen saya yang tak seberapa ni...sebab cerita ni saya main belasah je tulis...so, no doubt memang akan ada banyak kesalahan..and thank you again sebab tolong betulkan kesilapan saya...=)

      Delete
    4. memang manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan kita hanya manusia biasa, but tugas yg perasan tu lah yg menegur tpi menegur jgn sampai menghina. apa pun terima kasih kembali. keep it on karya awk memang bagus.

      Delete
  11. Woah, best ! Lain dari yang lain. Saya suka sangat cerpen ni. Ayat sempoi. Senang nak faham.

    ReplyDelete
  12. Haha.. best gile.. awesome.. rare.. havic.. 3kte yg slalu didengar..

    ReplyDelete
  13. Bestnya kalau jadi novel mesti boleh jadi best seller saya harap awak boleh buat cerpen ni jadi novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho, thank you ! doa-doakanlah semoga cerpen ni boleh jadi novel ya ! hehe

      Delete
  14. Lawak giler...best la...thumbs up!!! :-)

    ReplyDelete
  15. terbaik,tak sabar nak tunggu novel keluar....

    ReplyDelete
  16. Cerita yang sungguh menghiburkan ... Jln cerita yang sgt menarik ... Penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas penyebab cerita mudah difahami.... Cepatlah buat novel nk jd pembeli pertama. ..hihihihi

    ReplyDelete
  17. hahahahahahahahahaaha serius best!! Teruskan menulis yaa

    ReplyDelete
  18. Serius memang best dari awal sehingga akhir baca mesti tesenyum seorang2. Ceritanya best sangat. ��

    ReplyDelete
  19. Cute sngt story nie..... Heheheee....

    ReplyDelete
  20. Cool and that i have a neat proposal: Who Repairs House Windows Near Me 1970's split level remodel

    ReplyDelete