Sunday, November 3, 2013

Mr. Venustraphobia - Bab 6

Assalammualaikum wbt.

Long time no see ! Dah lama tak update blog ni...dah bersarang dah kan...haha...actually, saya bukan sengaja tak update blog, cuma saya ada exam penting so, saya tak dapat nak update blog...sorry...ingat nak update semalam, tapi, tak sempat sebab pergi seremban...and then, ingat nak update pagi ahad, tapi, overslept lah pulak...nak update petang, tapi tiba-tiba my dad ajak pergi rumah akak...so,...malam lah jawabnya boleh update...ok...sebelum saya bertambah melalut,...lebih baik korang baca je lah...kalau ada kekurangan tu, i'm so so sorry, sebab bab 6 ni dah berapa hari saya cuba siapkan tapi tetap tak dapat gara-gara tak idea ( baru habis exam, otak tak stable =P )...hehe...nevermind...forget about that...enjoy reading ! ^_^

Bab 6


BUKU teks Sejarah Tingkatan 3 sudah tidak lagi mendapat perhatian dari gadis yang bernama Nuha Surfina. Pandangannya kini sudah beralih memandang ke luar tingkap sambil memerhatikan pelajar-pelajar yang sedang berlegar-legar di balkoni memandangkan pada pagi itu terdapat mesyuarat tergempar bagi semua guru, jadi itulah masa rehat bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Datuk Mohd Yusof.

Ada yang mengulang kaji pelajaran dan menelaah subjek-subjek yang telah di ajar oleh guru. Ada juga yang berbual-bual di belakang kelas sambil bergelak ketawa, bersuka ria dan ada juga yang menghabiskan masa mereka dengan membuat taik mata. Dan yang paling teruk sekali pun, pelajar kelas lain masuk ke kelas orang, mengacau. Itulah dia perangai-perangai budak sekolah menengah masa kini. Tak mengacau, duk test market sendiri dengan pelajar-pelajar perempuan.

Bagi Nuha, dia lebih suka menghabiskan masa dengan merenung ke luar tingkap sambil memikirkan masa hadapan. Itulah hobinya sejak masuk ke Tingkatan 1 lagi. Suasana kelas yang bising tadi kini telah bertukar menjadi senyap sedikit. Nuha menoleh ke belakang memandang rakan-rakan sekelasnya. Yang lelaki, relax aje, tapi yang perempuan ni, mulut tu ternganga besar mengalahkan badak sumbu menguap dah kenapa ?

Nuha memandang kembali ke luar tingkap. Mulut dia pula kini yang terbuka luas sebesar badak sumbu. Tiga orang pelajar lelaki yang paling popular di sekolah itu sedang berjalan melewati koridor sambil memandang ke hadapan dengan pandangan yang serius.

Belah kanan itu, Salman, merangkap ketua kelas Tingkatan 5 Sains. Manakala, yang sebelah kiri itu, Rahim, pengawas sekolah yang digemari ramai pelajar lelaki. Bukan sebab apa, cuma, sikap Rahim yang mengambil berat jika terdapat apa-apa pergaduhan di antara pelajar-pelajar lelaki. Dia pasti akan menjadi orang tengah untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Dan yang paling tengah itu adalah Haizar. Ataupun nama penuh dia, Haizar Ayhan bin Tan Sri Hisyam. Jejaka yang paling terkaya di sekolah itu. Mempunyai ketinggian 5 kaki 2 inci. Badan yang tegap dan mantap, tidak ada rupa macam budak sekolah langsung. Memegang jawatan sebagai ketua pengawas di sekolah itu.

Disayangi semua guru dan pelajar-pelajar sekolah. Terutama sekali perempuan. Nampak sahaja lalu depan kelas, semua boleh berhenti berborak dan memandang lelaki itu seperti ada magnet yang menarik mereka untuk melihatnya. Wajah Haizar yang putih dan tiada sedikit parut jerawat itu makin lagi menyerlahkan ketampanannya.

Tapi sayang, jejaka terhangat di sekolah itu tidak layan gadis sepertinya. Apa yang peliknya tu, kawannya Rahim dan Salman semuanya peramah dan baik hati, cuma lelaki itu seorang sahaja yang tidak mempunyai perasaan. Wajahnya tiap kali jalan depan koridor sahaja, pasti kelat dan serius. Tiada secalit senyuman pun yang dipamerkan.

“ Wah ! Aku tak sangka betul dia sekolah dekat sini !” ujar Syasya teruja. Nuha hanya  memandang Syasya dengan pandangan yang bosan. Lelaki yang bernama Haizar itu juga sering diperkatakan dan sering menjadi bualan setiap pelajar perempuan. Baru lalu depan kelas je, kalau ditegur olehnya, haih. Gamat satu sekolah !

“ Hish ! Sayang betullah ! Aku dengar cerita kan, mamat tu dah ada girlfriend doh. Budak kelas tingkatan 4 Sains. Budak tu baru pindah masuk sekolah ni. Lawa ! Patutlah Mr. Handsome terpaut.” Bebel Syasya lagi. Dah clash dengan Rania lah tu. Oh ! Lupa  nak beritahu. Selain daripada menyandang jawatan ketua pengawas sekolah, Haizar Ayhan juga merupakan seorang penyandang gelaran Jejaka Playboy  di sekolah ini, harap maklum ya.

“ Cepatnya clash dengan Rania. Pasti minah tu melalak 30 hari, 30 malam.” Ejek Nuha sambil mencebik memandang ke luar tingkap. Kelihatan si Jejaka Playboy sedang berdating dengan si awek cun di luar sana. Nak berdating pun, agak-agak ah ! Depan kelas dia jugak nak dijadikan spot. Haih.

“ Ala, minah tu gedik ah ! Aku tak suka perempuan macam tu. Aku tengok kan, budak baru tu lawa tau ! Lemah lembut and ayu je rupa dia. Kau tak perasan ke ?” soalan Syasya membuatkan dia menoleh semula ke arah kedua-dua pasangan yang sedang hangat bercinta itu. Hmm. Betul. Budak baru tu memang lawa tahap gaban.

“ Lawa.” Balas Nuha pendek. Buku teks Sejarah dipandang. Hilang mood dia untuk mengulang kaji mata pelajaran Sejarah waktu itu. Tangannya sahaja yang bergerak menyelak helaian demi helaian buku itu. Tapi otaknya, asyik memikirkan si jejaka yang asyik menjadi bualan itu sahaja. Remuk ! Pecah ! Berderai hatinya saat itu !

“ Apa nama minah tu ek ? Aduh ! Lupa pulak.” Syasya menggaru-garu kepalanya. Cuba untuk mengingati nama kekasih Jejaka Playboy sekolah itu.

“ Dah, dah ! Tak payah kau nak cuba ingat. Tak penting pun ! Sekarang ni, lebih baik baca buku Sejarah ni lagi bagus ! Lagi berapa minggu je lagi nak exam !” ujar Nuha cuba untuk mengelakkan hatinya dari bertambah sedih gara-gara si jejaka pujaan yang sudah berpunya.

Syasya memandang Nuha. Kemudian, dia mengukirkan senyuman manis. “ Alright, bos !” Bukan dia tidak tahu yang sebenarnya kawan baiknya itu ada hati dengan ketua pengawas hot tu ! Dia tersenyum seorang diri.



NUHA membuang pandangan melihat suasana kantin yang dipenuhi pelajar-pelajar yang berpusu-pusu hendak membeli makanan sambil menghirup air Milo kotak yang dibeli oleh Syasya tadi. Buku nota ditangan dipandang, kemudian kembali memandang suasana kantin yang agak bising itu semula.

“ Kau tak nak makan ke ?” tanya Syasya sambil menyuapkan sesudu nasi goreng ke mulutnya.

“ Tak nak lah. Aku nak cari tempat senyap sikit lah, nak study. Nanti jumpa dekat kelas eh ?” ujar Nuha seraya mengangkat punggungnya untuk beredar.

“ Ok !” balas Syasya dengan mulutnya yang dipenuhi nasi goreng.

Sebuah meja yang memang disediakan untuk para pelajar berehat di situ menjadi pilihan dia untuk mengulang kaji pelajaran. Buku nota dibuka, dan dibaca perlahan.

Beberapa minit kemudian,…

“ Boleh saya duduk sini ?”

“ Hmm, suka hati awaklah…” balas Nuha acuh tidak acuh. Dia tidak berminat untuk memandang wajah yang menyapa dia sebentar tadi kerana dia sedang khusyuk membaca nota yang ditulis olehnya sendiri.

“ Awak,…kelas apa ek ?” tanya si dia.

“ 3 Amanah.” Balas Nuha pendek.

“ PMR lah ni kan ?” tanya si dia lagi.

“ Hmm.”

Matanya masih lagi ralit membaca bait-bait perkataan yang ditulis olehnya dalam buku nota itu tanpa ada sedikit pun rasa minat untuk memandang si dia yang dari tadi asyik bertanya itu dan ini. Tiba-tiba, buku nota Nuha dirampas oleh seseorang. Terkejut bukan kepalang dia. Secara automatiknya, kepala diangkat.

“ Haizar ?” bisik Nuha perlahan agar tidak didengari oleh si pemilik nama.

“ Pinjam kejap boleh ?” ujar Haizar sambil tersenyum nakal. Sengaja dia mengacau gadis itu belajar. Gadis itu sering kali mendapat perhatiannya apabila tiap kali dia membuat rondaan semasa rehat. Wajahnya yang putih mulus itu amat menenangkan hati setiap kali dipandang.

“ Awak nak buat apa ?” tanya Nuha sedikit hairan. Mamat ni, setahu aku, Tingkatan 5. Apa kejadahnya dia nak pinjam buku budak Tingkatan 3 pulak dah ni ?

“ Saya nak tengok-tengok je sebab saya tengok tulisan awak cantik.” Puji si Jejaka Playboy di hadapannya kini. Nak test market lah tu. Huh !

“ Err, dah tengok kan ? Boleh bagi balik tak ?”

“ Kalau saya kata, tak boleh ?” si Jejaka Playboy cuba untuk main tarik tali. Haih, mamat ni. Nasib muka kacak, kalau tak memang dah lama dia hempuk dekat dinding bagi berdarah hidung tu.

“ Mana boleh tak boleh ! Tu buku saya !” ujar Nuha sedikit tegas.  Dia bangun dan cuba untuk merampas kembali buku notanya tapi ketinggian lelaki itu sedikit menyukarkan dia untuk mencapai bukunya.

“ Kalau awak nak balik buku ni, jumpa saya dekat library esok masa rehat ok ? See ya !”

Lelaki itu pergi sambil tersenyum-senyum. Manakala, dia pula hanya menayang muka, blur. Apa yang sebenarnya mamat ni nak ? Kenapa dia tiba-tiba je tegur aku ? Kenapa dia nak jumpa aku dekat library esok ? Adakah ini mimpi atau realiti ? Jejaka Playboy itu menegurnya ? Tapi, kenapa ? Runsing kepala dia dibuatnya. Kalau tidak pergi esok, peperiksaan pertengahan tahun dah nak dekat. Semua nota ringkas yang ditulis olehnya ada pada tangan si buaya. Aduh ! Kusut betullah !



HAIZAR tergelak sendirian apabila mengingat kembali kenangan lama dia semasa sekolah menengah dahulu. Tiap kali zaman sekolahnya diingat, pasti wajah Nuha yang terpampang. Sememangnya sejak dari mula dia bertemu dengan gadis itu, dia sudah jatuh suka dengannya. Tapi, disebabkan sikap playboynya, dia tidak pernah meluahkan perasaannya itu kepada sesiapa.

Salman ataupun Rahim, semuanya tidak pernah tahu akan perasaannya terhadap gadis yang sudah lama mendapat tempat di hatinya, Nuha Surfina. Nama itu sering membuatkan jantungnya berdegup laju apabila bersua muka. Gelak tawa gadis itu sering menjadi penemannya ketika bosan. Senyumannya juga menawan dan sering membuatkan hatinya cair.

Malangnya, sikap buayanya itu telah merosakkan hubungannya dengan Nuha. Sekarang, gadis itu amat membencinya. Dia bukannya serius dengan perempuan-perempuan yang selalu dia keluar. Mereka itu hanya dijadikan hobi suka-sukanya sahaja, tidak lebih dari itu. Tapi, mereka itu disalah tafsir oleh Nuha. Hatinya hanya pada gadis itu seorang sahaja dan sampai bila-bila, tak akan berubah.

Ketukan pintu dari luar mematikan lamunannya.

“ Encik Haizar, mesyuarat dah nak mula.” Ujar pembantu peribadinya.

“ Oh, ok. I’ll be there in a minute.” Balas Haizar dengan tenang. Telefonnya di masukkan ke dalam poket dan kot disarung ke tubuh. Sambil membutangkan kotnya dia melangkah keluar dari pejabat. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir.



AKIL mengusap belakang Haiyan perlahan. Wajah lelaki itu dari tadi tidak habis lagi dengan ke’masamannya’. Teruk juga panahan gadis tough itu pada Haiyan. Lelaki itu hanya termenung sambil kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas meja.

“ Woi, bro ! Asal muka kau macam asam jeruk yang jual dekat kedai tu je ? Senyum ah sikit. Masam je dari tadi. Air yang aku minum ni pun terasa masam disebabkan muka kau yang masam tu tau.” Ujar Akil setelah melihat suasana yang makin lama makin tegang.

“ Asal kau pergi tolong perempuan tu hah ?” tanya Haiyan tiba-tiba. Wajahnya difokuskan pada Akil. Tajam menikam.

Akil agak teragak-agak untuk menjawab soalan itu setelah melihat muka Haiyan yang serius. Air liur ditelan. “ Err,…aku cuba untuk tidak jadikan keadaan tegang ! Tu je ! Aku tengok, kau dengan awek tu macam tak nak berhenti bergaduh je. Ramai kot budak-budak tengok. Malu lah, hot stuff kolej ni bergaduh dengan perempuan. Nampak sangat stok yang tak sesuai dibuat suami.” Perli Akil bulat-bulat. Mata Haiyan sudah terbeliak mendengar penjelasan Akil.

Bukannya si Akil ni nak bela dia, malah, turut memperlekeh-lekehkan dia lagi ! Hamboi ! Stok tak sesuai dibuat suami ? Ini sudah lebih dah ni. “ Tak sesuai dibuat stok suami kau cakap ?” Matanya memandang Akil tajam. Akil pula sudah kecut perut hendak berkata apa-apa.

Haiyan mencapai beg sandangnya kasar seraya mengangkat punggung dan terus beredar dari situ.

“ Eh ? Merajuk ke ?” pertanyaan Akil tidak dijawab dan ditinggalkan terpinga-pinga di situ. Jeritan Akil memanggil namanya pun sudah tidak diperdulikan lagi. Dia terus berjalan menuju ke suatu tempat yang boleh menenangkan otaknya saat itu. Makin dilayan mangkuk tingkat tu, makin kusut otaknya. 

4 comments:

  1. woaaa!! masa mula awal2 baca, sy pun dah falling love kat haizar.. wah!! xsangka langsung yg si playboy ni setia pada yg satu.. haha.. eh!! Setia ke? mksd sy, ht dy setia wlaupun dy main2 di blakang nuha.. mula jatuh suka pd haizar.. haha.. tq kak..

    ReplyDelete
  2. rasanya watak utama haiyan dgn nuha kan

    ReplyDelete