Sunday, October 13, 2013

Mr. Venustraphobia - Bab 2

Assalammualaikum wbt.

Kalau pendek jangan marah ye ? Sebab, masa saya tengah tulis ni perut saya tengah berbunyi, minta untuk diisi. Tapi saya tabahkan jugak menyiapkan bab 2 ni sebab lepas ni nak kena sambung type 5HBC lagi. Haih. Sibuk betul saya hari ni -_-" Anyway, enjoy reading bab 2 ini ! Thanks for reading !

Bab 2


SELEPAS selesai membeli air, Haiyan mengambil tempat duduk yang sedikit terpencil dari orang ramai di tepi tingkap. Nota yang disalin semasa kelas tadi dikeluarkan. Diselak satu persatu sambil menghirup air ice lemon tea yang dibelinya tadi. Tiba-tiba dia terasa ada orang yang duduk dihadapannya. Mungkin Akil yang baru saja siap menyalin notanya tadi.

“ Kil, kau tak beli apa-apa ke ?” soal Haiyan. Matanya masih lagi melekat pada buku notanya.

That’s okay.” Ujar Akil. Tapi, kenapa suara Akil agak berbeza dari kelas tadi ? Awat lembut semacam…Gulp ! Segera dia mengangkat muka. Terpampang wajah Amalina yang sedang tersenyum-senyum memandangnya. Disebabkan terkejut ya amat, secara automatiknya, dia terus terbangun dari tempat duduknya.

“ Aw…awak…bu…buat…a…apa…kat…si…ni ?!” tanya Haiyan gagap. Aduh ! Dia memang tak boleh berhadapan dengan perempuan yang cantik macam si Amalina ni. T-shirt sleeveless yang dipakai Amalina menampakkan warna kulitnya yang putih gebu itu membuatkan Haiyan menelan air liur. Pandangan terus dikalihkan ke tempat lain. Tidak sanggup memandang manusia yang satu itu.

“ Saya nak ajak awak pergi tengok wayang malam ni. Awak busy tak ?” pelawa Amalina manja. Dengan suara yang manja ala-ala kucing itu membuatkan bulu roma dia menaik pula. Telapak tangannya yang basah dilap menggunakan baju.

“ Err, saya,…nak…kena study…malam..ni !” balas Haiyan. Peluh yang menitik-nitik turun dari dahinya itu dilap menggunakan belakang tangan. Dalam hati sudah membuak-buak untuk lari dari situ. Sungguh dia tidak boleh bercakap dengan gadis itu lagi.

“ Err,…saya pergi…dulu !” ujar Haiyan seraya menarik beg sandangnya. Buku notanya juga tidak dilupakan sambil memeluk erat barangnya itu. Amalina yang melihat jejaka idamannya itu tergelak kecil. Comel betul bila Haiyan kelam-kabut macam tu. Memang sejak dari dulu lagi dia sudah minat dengan jejaka itu. Tapi, lelaki itu seperti tidak berminat dengan dia. Nak kata dia tak hot, rasa, ramai lelaki yang tidak henti-henti meminta nombor telefonnya.

Haiyan lain daripada yang lain. Dia kacak dengan cermin matanya, badannya tegap, dan dia sangat tinggi. Dia bagaikan jejaka idaman setiap wanita. Tapi, apa yang merunsingkan Amalina, Haiyan tidak pernah bergaul dengan mana-mana perempuan termasuklah rakan karibnya sendiri merangkap teman wanita kepada Akil, teman baik Haiyan.

Itu tidak penting. Yang penting, dia mesti jadikan Haiyan sebagai teman lelakinya. Tentu ramai pelajar perempuan di kolejnya cemburu kerana dia dapat teman lelaki yang perfect seperti Haiyan. Bukan dia tidak tahu yang Haiyan mempunyai ramai peminat di kolej ni. Siapa yang dapat memikat hati Haiyan, dialah perempuan yang paling hebat di kolej ini.



HAIYAN berlari menuju ke taman sambil tangannya yang sebelah lagi sibuk mencari nombor telefon Akil. Nombor telefon Akil didail. Sambil menunggu panggilannya diangkat, matanya meliar-liar mencari bangku yang boleh diduduk. Berlari membuatkan dia penat dan haus semula. Menyesal dia tidak ambil sekali air ice lemon tea di atas meja tadi.

“ Hello ?” soal suara di hujung sana.

“ Hah, Akil ! Aku dekat taman ni, kau dekat mana ?” tanya Haiyan tercungap-cungap.

“ Aku tengah kemas barang baru nak gerak pergi café. Engkau ni, asal macam tercungap-cungap je ? Ada anjing kejar kau ke ?” soal Akil sambil tergelak kecil mendengar suara rakannya yang seperti baru lepas lari seratus meter.

“ Mana ada ! Dah, cepat ! Pergi taman tau jangan pergi café !”

“ Aku nak beli air kejap. Nanti aku datang.”

“ Beli dua ! Kbye !”

Akil pelik. Aik ? Bukan tadi dia pergi beli air ke ? Kenapa mintak dua pulak ? Hmm. Apa-apa je lah.



HAIZAR menepis tangan yang elok berlingkar di pinggangnya. Dia menggeliat malas dan bangun dari pembaringan. Mata digosok-gosok. Keadaan di bilik yang bersepah itu dipandang. Baju dia dan Andrea yang berselerak di lantai itu dipandang. Kejadian semalam cuba diingat semula tapi tidak berjaya. Malah, kepalanya bertambah sakit apabila banyak berfikir.

Dia menyelak selimut yang membalut tubuhnya dan segera bangun dari katil. Tuala yang disangkut itu dicapai dan dibalut pada tubuh separas pinggang. Haizar memandang ke belakang melihat Andrea yang sedang enak diulit mimpi itu. Bibirnya sudah tersenyum sinis. Inilah dia perempuan. Minta sahaja, pasti dia akan dapat. Haizar tergelak sinis.

Dia berjalan menuju ke dapur. Kabinet dapur dibuka. Sebotol red wine dicapai dan gelas berkaki diambil dan dituangkan red wine tadi ke dalam gelas. Air wain itu diteguk rakus. Haus. Gelas wain itu dibawa ke ruang tamu dan diletakkan ke atas meja. Remote dicapai lalu ditekan butang on. Kemudian, dia berlalu pergi menuju ke bilik semula untuk membersihkan diri. Televisyen yang dibuka tadi dibiarkan sahaja.

Usai sahaja membersihkan diri, dia bergerak ke closet di mana letaknya kesemua pakaian, kasut dan segala macamnya di dalam itu. Seluar slack berwarna hitam disarungkan ke tubuh. Badannya yang masih lagi lembab itu dibiarkan sambil bercekak pinggang memerhatikan kesemua kemeja yang digantung rapi itu. Sehelai kemeja fit berwarna pink ditarik lalu dikenakan pada badan.

Sambil membutangkan kemejanya, dia bergerak menuju ke tingkap sambil memerhatikan pandangan di luar. Selepas selesai membutangkan kemejanya, dia menuju ke laci yang dipenuhi pelbagai corak tali leher di dalamnnya. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memakai tali leher plain berwarna pink gelap. Selepas selesai memakainya, dia beralih ke arah kot yang tergantung dan mencapai salah satu darinya dan dikenakan ke badan.

Cermin panjang yang terdapat dalam bilik itu dipandang sambil mengemaskan penampilannya seraya menyikat rambutnya yang kusut. Selepas berpuas hati dengan penampilannya pada hari itu, dia segera mencapai brief case hitamnya di atas sofa serta kunci keretanya. Spek hitam disangkutkan ke hidung.

Pintu kereta Ferrari Maseratinya dibuka seraya menerobos masuk ke dalam. Brief case diletakkan di sebelah seat. Enjin dihidup. Kemudian, kereta mewah itu terus meluncur laju keluar dari basement dan meluncur laju di jalan raya.



HAIYAN berjalan pantas sepanjang koridor. Tidak sabar dia untuk bertemu dengan abang angkatnya yang baru sahaja balik dari Qatar kerana ada urusan penting yang membuatkan dia harus ke sana selama sebulan. Haiyan berdiri di depan pintu yang tertulis,…

Dr. Hasif Azhar
Psychologist

Dengan perasaan teruja yang membuak-buak, Haiyan segera memulas tombol pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Terpampang wajah abangnya yang sedang sibuk menguruskan kerjanya yang berlambak. Dia menghampiri Hasif.

“ Assalammualaikum, bang ! Sibuk ke ?” tanya Haiyan sambil menghadiahkan senyuman kepada abang angkat kesayangannya itu. Hasif Azhar merupakan anak angkat kepada mama dan papanya. Hasif juga merupakan yang paling tua antara dia dan abang kandungnya Haizar. Tapi, Haiyan lebih rapat dengan abang angkatnya berbanding abang kandungnya sendiri.

“ Waalaikummussalam. Masuk tak reti nak ketuk ke hah ? Haha. Lama dah tak jumpa kau dik.” Balas Hasif seraya memeluk erat adiknya itu. Sungguh dia rindu dengan Haiyan.

“ Haha. Kau apa khabar  ? Macam mana urusan dekat sana semua dah settle ?”

“ Hmm, dah. Lepas ni, dah tak payah nak ulang-alik pergi sana balik. Eh ! Jomlah pergi minum-minum kejap. Dah lama tak borak-borak kan ?”

Haiyan memandang Hasif pelik. “ Kau tak kerja ke ?”

“ Aku ambik cuti ler. Penat doh dari KLIA tadi terus datang sini siapkan kerja.” Omel Hasif.

“ Hmm. Ye lah, ye lah. Dah, jom ! Let’s go !” balas Haiyan ceria sambil memeluk bahu abangnya dan melangkah keluar dari bilik Hasif. Sambil berjalan menuju ke kereta, ada sahaja perkara yang mereka bualkan terutama sekali pengalaman Hasif semasa berada di Qatar.

4 comments: