DANIEL
memerhatikan Dian yang hanya mengenakan t-shirt muslimah biasa serta kot tebal.
Sangat simple penampilan gadis itu
pada hari ini. Hmm…
“
Hello…saya dah ada ni. Kata nak
pergi…?” Dian melambai-lambaikan tangannya pada wajah Daniel. Daniel yang
tersedar dari lamunannya, tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dian menggeleng
kepala. Penampilan lelaki itu memang sesuai dengan pekerjaannya sebagai model.
Lainlah dia, macam langit dengan bumi kalau berjalan bersama. Haih.
“
So, kita nak pergi mana dulu ?” tanya
Dian teruja. Sepatutnya pagi itu dia dah berjanji dengan Uncle Han untuk berjalan-jalan. Memandangkan ada orang yang
tawarkan diri, belasah je lah ! Sekali sekala dapat berjalan dengan model
terkenal itu. Wuhuu ! Tentu si Sally jealous
kalau dia ceritakan tentang pengalamannya di Korea.
“
Pagi ni, kita pergi ke tempat kerja aku.” Kening Dian terangkat sebelah. Tempat
kerja dia ?
“
Kita ada kerja nak buat.” Makin berkerut dahi Dian. Jangan cakap yang lelaki
itu mahukan dia jadi model sementara ? Oh ! Kenapa banyak sangat kerja part-timenya ini !
DIAN
hanya menunggu dengan sabar. Akibat kebosanan menunggu, Dian hanya
berjalan-jalan di sekitar kedai yang terletak di Gangnam. Dekorasi kedainya
yang sunggah luxurious itu membuatkan
Dian sedikit malu. Maklumlah, uniform
pekerjanya pun tidak setanding dengan pakaian yang ibarat kain buruk milik
Dian.
Sesekali
ada juga dia terdengar perbualan lelaki itu dengan seseorang. Tetapi dalam
bahasa korea yang memang sah-sah dia tak paham langsung ! Kelihatan serius
juga. Entah apa yang dibincangkan sampai Dian dibiarkan keseorangan.
“
Okay ! Dah settle.” Ujar Daniel bersama senyuman yang tidak lokek di wajahnya.
Hailah, kacaknyaaa…Eh ? Ehem…
“
So, next destination ?”
“
You.” Daniel menunjukkan jari
telunjuknya pada Dian. Dian keliru. Dia ? Dia ni tempat ke ? Tempat mengadu ?
Hah ? Tak paham !!!
“
Kenapa dengan saya ?” tanya Dian pelik.
“
Kau kena masuk dalam. Diaorang dah tunggu.”
Makin
Dian pelik. Masuk dalam ? For what
?!!!
Tanpa
menunggu balasan dari gadis itu, Dian ditolaknya masuk ke dalam. Daniel tersenyum
penuh makna.
SETELAH
beberapa minit menunggu, akhirnya Dian keluar bersama dress berwarna pink yang
labuh menutup punggung bersama seluar jeans
dan tudung bawal berwarna pink pekat
yang dipakai Dian pagi tadi. Cermin mata bingkai besar digantikan dengan contact lens yang berwarna natural.
Daniel
memandang tunak wajah Dian yang lain. Kalau pagi tadi, Dian nampak pucat tapi
kini, wajahnya sudah berubah. Rupanya, gadis itu memiliki sepasang mata yang
sangat cantik. Bulu mata yang panjang dan lentik. Matanya bundar dan bibirnya
yang sungguh comel. Err, ehem.
“
So, boleh kita pergi sekarang ?”
Daniel
senyum. “ Yes, we can.”
MATANYA
sejak dari tadi tidak dapat dialihkan. Hanya memandang wajah comel itu hati dia
bagaikan di awang-awangan. ‘ I can’t take
my eyes of her !! What’s wrong with me !!’ jerit hati Daniel. Gadis itu
kelihatan cantik jika tidak memakai cermin mata. Comel kerana gadis itu memakai
tudung. Haih.
“
Awak ! Jom beli mangga nak ?” jerit Dian dari jauh. Sungguh dia rasa teruja
dengan pengalaman baru yang ditimba ini. Selepas menaiki cable car tadi, dia dapat melihat dengan jelasnya pemandangan di
Seoul. Sangat cantik !
Daniel
diam. Mangga ? Mana ada buah mangga di Namsan
Tower ni.
“
Nanti kita beli dekat pasar lah.” Balas Daniel selamba.
Dahi
Dian berkerut. Beli kat pasar kebendanya…
“
Hey ! Saya nak beli lock lah, bukan
buah mangga !”
Daniel
termalu sendiri. Jauh sangat dia mengelamun sampaikan apa yang gadis itu cakap
dia boleh fikir benda lain. Haih.
Dian
mengambil sebuah lock yang berbentuk love
lalu ditunjukkan pada Daniel. Tiba-tiba wajah Daniel bertukar merah.
“
Ini ok tak ?” tanya Dian. Daniel tersentak.
‘
Takkanlah dia nak tulis nama aku dengan dia kot…’ detik hati Daniel.
“
Err,…ok.” Mudah saja dia membuat keputusan. ‘Mereka berdua ni macam dah declare jadi pasangan kekasih dalam
senyap je ?’ sangka Daniel dalam hati. Eh ? Tak mungkinlah gadis itu sukakan
dia sampai beli lock berbentuk love pula itu ? Eh ? Eh ?
Ataupun,
gadis itu sudah berpunya. Err,…janganlah…
Dian
mengambil pen marker lalu menuliskan sesuatu pada lock berbentuk love
tersebut. Sekali sekala, Daniel menjeling melalui ekor matanya. Tertanya-tanya
pula dia dengan apa yang dituliskan gadis itu.
Dian Nur Arya Y
Family Forever
Daniel
mengangguk. ‘Ohh, nama dia Dian Nur Arya…Hmm, comel. Macam orangnya…uhuk !’
Lock
tadi sudah dikuncikan pada salah sebuah pokok pine. Telefon bimbit dari beg dikeluarkan lalu tangannya lincah
saja menekan butang snap. Daniel
tersenyum senang. Tentu gadis itu tidak punya teman lelaki, kalau tidak,
masakan dia tulis love family forever.
Kekeke. Macam ada peluang je…
“
So, lepas ni kita nak pergi mana ?”
tanya Dian setelah selesai dengan tugas-tugasnya. Belum sempat Daniel ingin
membalas, telefon bimbit Dian yang berbunyi mematikan perbualan mereka.
“
Err, Uncle Han, sekejap ya ?” Daniel
terdiam. Uncle Han ? Macam pernah dia
dengar nama tu. Hmm…
“
Hello, uncle. Ada apa ?”
“
Dian, uncle dah dapat alamat baru
rumah Daniel dengan nombor telefon dia sekali. Sekarang Dian dekat mana ?” ujar
Uncle Han teruja. Baru sahaja semalam
dia meminta bantuan dari rakannya, terus hari ini segala informasi dia dapat.
“
Ohh,betul ke uncle ? Dian dekat Namsan Tower ni ? Uncle dekat mana ?”
“
Ohh, kalau macam tu, kita jumpa di café yang dekat dengan villa.”
“
Ok. Terima kasih uncle.” Ucap Dian
lalu panggilan diputuskan.
“
Kenapa ?” tanya Daniel pelik.
“
Hmm, boleh tak kalau awak hantar saya dekat café yang kita first-first jumpa tu. Saya kena jumpa Uncle Han.”
Daniel
hanya menggangguk. Tentu ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Hmm.
DIAN
mencari-cari kelibat Uncle Han
setelah dia tiba di café. Wajahnya bertukar ceria apabila mendapati Uncle Han sedang melambai-lambai ke
arahnya. Segera dia berjalan mendapatkan Uncle
Han yang setia menunggu.
“
Sorry lambat, uncle. So, how was it ?”
tanya Dian lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Uncle Han. Situasi ini lebih kurang macam ala-ala drama korea
sahaja. Hikhik.
Uncle
Han tersenyum. Dian Nur Arya memang seorang yang bukan penyabar tetapi apa yang
dilakukannya sentiasa efisien. Bangga dirinya dapat mengenali anak gadis
seperti Dian.
“
Uncle dah minta tolong dari kawan uncle pasal tempat tinggal Daniel, but, surprisingly…Daniel
tinggal berdekatan dengan rumah Dian.” Jelas Uncle Han.
Dian
terkejut. Hampir dia mahu jatuh tergolek dari kerusi yang didudukinya. Serius,
macam dalam drama korea. Jangan cakap jirannya itulah yang Tengku Daniel memang
dia janji akan pengsan !
“
Hmm, kalau macam tu, Dian uruskan sampai sini. Uncle Han balik dulu, rehat. Kasihan uncle tolong Dian carikan alamat rumah Abang Daniel ni.”
Uncle
Han menggangguk dan meminta diri untuk pergi. Maka sekarang, tibalah masanya
untuk Dian menjalankan misi memujuknya. Tengku Daniel, harus ikut dia pulang ke
Malaysia jugak !
DIAN
membaca alamat yang diberikan Uncle
Han. Ternyata memang rumah Tengku Daniel sangat dekat dengan rumahnya. Tingkat
yang sama dan hmm…207. Nombor rumahnya, 206. Hmm…Patut pengsan sekarang ke
ataupun nanti. Eh ! Mana boleh pengsan ! Dia ada tugasan yang lebih penting
lagi ni !
Sekarang
Dian berdiri di depan pintu rumah Tengku Daniel. Sudah sah-sah lelaki itu ada
di rumah sebab lelaki itu juga yang menghantarnya tadi ! Ahh ! Kenapa dia tak
cam masa jumpa hari tu ! Siap pergi jalan-jalan lagi dengan lelaki itu tetapi
masih tidak kenal. Rasa nak tumbuk je muka sendiri kerana terlampau slow.
Ting
Tong. Akhirnya, Dian menggagahkan diri menekan butang loceng.
Berkerut
dahi Daniel memandang si tetamu. Dian…Baru sahaja dia teringatkan gadis itu dan
sekarang gadis itu berada di hadapannya. Daniel mengulumkan senyumannya.
“
Err, Tengku Daniel.”
Daniel
terkejut. Macam mana gadis itu tahu namanya ?
“
Saya Dian Nur Arya, adik angkat abang. Papa ajak abang balik.” Terus terang
sahaja senang ! Memang dalam kepalanya sudah tidak boleh fikir apa-apa lagi !
Terus terang sahaja cara yang paling mudah.
Daniel
terdiam. Dia ada adik angkat ? Dan,…adik angkatnya itu Dian ? Gadis yang sudah
mula bertapak di hati dia ?!
“
What ?! Stop talking nonsense. Aku tak pernah ada adik.” Daniel meraup
wajahnya. Tak mungkin dia sukakan adik dia sendiri ! Eh ? Grrr ape ni…
“
Abang, papa ajak abang balik Malaysia. Abang, please, ikut Dian balik. Papa sakit.”
Daniel
terdiam. Papa sakit ? Ini yang dia malas ni. Arghhh !!!
“
No ! This is too much. I didn’t
even know you. Macam mana tiba-tiba kau jadi adik aku pula ?!”
“
Abang please…” Terpaksalah dia
membahasakan lelaki itu abang sebab memang Tengku Daniel adalah abangnya
walaupun hanya sekadar abang angkat.
“
No way !” Pintu dihempas kuat. Nasib
baik tidak mengena wajah Dian. Nak tak nak, terpaksalah dia berhadapan dengan
pelbagai kemungkinan. Tengku Daniel yang dia kenal semalam dan hari ini sangat
lain dengan situasi sekarang. Mungkin disebabkan dia terlampau terus terang
tadi. Tak bagi salam tak apa, terus serbu. Mana tak mengamuk. Haih. Nampaknya,
terpaksalah dia tunggu amarah lelaki itu reda. Hmm.
Best.
ReplyDeletethank you baby mio =)
DeleteHmmm...senget la daniel ni... Sbar je dian...
ReplyDeletesambung2.. huhu,. best!
ReplyDelete