Saturday, October 12, 2013

Mr. Venustraphobia - Bab 1

Assalammualaikum wbt.

Disebabkan novel 5HBC telah diberhentikan untuk penyempurnaan manuskrip, jadi saya dengan baik hatinya akan mengupdate cerita baru...dan sorry about yesterday...hehe...sepatutnya saya post semalam, tapi ada banyak hal kan, so...tak dapatlah nak update....tanpa membuang masa...I present to you, Mr. Venustraphobia ! *tepuk tangan*

Bab 1


USAI membersihkan diri, Haiyan berjalan menuju ke almari pakaiannya. Sehelai kemeja fit  berwarna biru lembut ditarik kasar. Pengangkut baju itu dicampakkan ke atas katil. Dia bergerak menuju ke meja solek sambil tangannya sibuk membutangkan kemejanya satu persatu. Rambutnya yang berserabai itu dibiarkan sahaja. Tali leher bercorak stripe diambil dan dipakai kemas. Kemudian, beg sandang yang selalu dibawanya ke kolej disangkutkan ke bahu sebelah kanan.

Tidak sampai berapa minit, dia kembali ke bilik untuk mengambil cermin mata yang tertinggal. Bekas cermin mata dibuka, lalu disangkutkan di atas hidungnya. Haiyan membelek-belek cermin mata yang dipakainya. Setelah berpuas hati dengan penampilan tidak seberapanya, dia melangkah keluar dari bilik dan menuruni anak tangga rumahnya.

Abangnya Haizar yang sedang enak menjamu selera itu dipandang sekilas seraya mengampiri mamanya yang sedang sibuk menonton drama korea. Haiyan menghulurkan tangan untuk menyalam mamanya manakala Datin Sofia tidak mengendahkannya.

" Ma ! Cepatlah ! Orang ada class ni ! Dah lambat ." Rengek Haiyan kepada ibunya yang masih lagi khusyuk melayan drama korea, ‘That winter, the winds blow’.

" Kejaplah ! Part ni tengah best ni !" Pandangan masih tidak dialihkan ke wajah anaknya yang sedang setia menunggu itu. Haiyan menjeling mata ke atas dan terus meninggalkan mamanya yang sedang membebel sendirian.

Kunci kereta ditekan lalu Haiyan menerobos masuk ke dalam kereta Suzuki Swift pemberian papanya. Sebenarnya, Datuk Hazman ingin membelikannya kereta yang lebih mahal, tetapi ditolak mentah-mentah  oleh diakerana tidak mahu menyusahkan papanya.

Enjin kereta dipanaskan, kemudian Suzuki Swift miliknya terus meluncur laju di jalan raya. Sebelah tangan sibuk memutar stereng manakala yanh sebelah lagi sibuk membuka radio. Lagu Love Somebody nyanyian Maroon 5 dinyanyikan bersama. Kepala sudah terangguk-angguk mengikut beat lagu. Menghayati lirik lagu yang dinyanyikan.



SELEPAS selesai sahaja memarkir kereta, dia melangkah laju menuju ke dewan kuliahnya. Tiba sahaja di depan pintu, sempat dia berdoa di dalam hati agar angin penyarahnya pada hari itu baik-baik sahaja. Pintu dibuka, terpampang wajah penyarahnya yang serius menerangkan sesuatu kepada pelajar lain.

Dia menjongket kakinya agar tidak terdengar bunyi derapan kaki di atas lantai kayu itu. Suara pensyarah yang sibuk bercakap tadi sudah tidak kedengaran lagi.

“ Haiyan ? Kenapa kamu datang ‘awal’ sangat ya ?” tanya Professor Ismail sambil memberikan jelingan tajam kea rah Haiyan yang sudah terkantoi datang lewat pada hari itu.

Langkah diberhentikan. Dahi ditepuk sekali. Mengenangkan kebodohannya. “ Err, awal sangat ya, Prof ? Esok saya akan datang lambat sikit eh ?” balas Haiyan. Lalu, semua pelajar hanya menggelakkan lawak antarabangsa Haiyan.

“ Hmm, dah, dah ! Awak pergi duduk cepat ! Ada banyak benda yang kita nak discuss before exam start minggu depan ni.” Arah Professor Ismail tegas sambil tangannya menunjukkan ke arah kerusi kosong.

Alright, bos !” balas Haiyan sambil tangannya diletakkan ke dahi, tanda tabik hormat.

Professor Ismail pula hanya tersenyum melihat gelagat Haiyan yang selamba itu. Haiyan merupakan salah seorang pelajar cemerlang di dalam kelasnya. Tiap kali exam sahaja, pasti Haiyan akan mendapat markah yang tertinggi berbanding pelajar kelas yang lain. Bagi dia, Haiyan merupakan salah seorang anak didiknya yang sangat cekap dan pandai. Assignment yang dihantar pasti tip top dan markah penuh sentiasa diberikan kepada pelajar kesayangannya itu.

Haiyan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan kawannya Akil. Akil hanya memandang Haiyan tanpa berkelip. Selalunya rakannya itu sering datang awal ke kelas. Tetapi, kali ini lelaki itu lambat pula sampai. Teringin pula dia ingin tahu mengapa pelajar cemerlang kolej itu datang lewat ke kelas pada hari ini.

“ Psst ! Yan ! Asal ko datang lambat hari ni doh ? Kau tahu kan yang hari ni Prof Mail nak bocor soalan exam.” Bisik Akil perlahan agar tidak kedengaran oleh pelajar lain di dalam kelas itu.

Haiyan meletakkan bukunya kemudian menoleh memandang rakannya yang sedang menunggu jawapan darinya. “ Aku bangun lewat ah pagi tadi. Jam loceng aku buat hal !” jawab Haiyan kesal. Perkara memalukan bagi seorang pelajar cemerlang seperti dia tidak akan berlaku sekiranya dia memeriksa jam locengnya terlebih dahulu sebelum tidur semalam.

Akil memandang rakannya yang sedang sibuk menyalin nota itu sambil berbisik sesuatu ketelinganya. “ Weh ! Kawan awek aku nak kenal-kenal dengan kau. Dia nak join kitaorang tengok wayang malam ni dekat Mid Valley. Nak ikut tak ?” ajak Akil sambil tersengih-sengih. Dia tahu sangat yang Haiyan pasti tidak akan bersetuju, tapi, disebabkan desakan dari Amalina, dia tanya juga. Manalah tahu Haiyan tiba-tiba bersetuju pula. Memang rezeki Amalinalah.

Haiyan yang sedang menulis itu berhenti. Tiba-tiba dia terasa panas pula. Air cond yang terpasang tidak berjaya membuatkan dia sejuk. Tiap kali kalau si Akil bercakap pasal perempuan je badan dia tiba-tiba terasa seram sejuk pula. Lagi-lagi yang si Akil ni bercakap pasal perempuan yang dia pernah jumpa semasa Akil sedang berborak dengan teman wanitanya di hadapan kolejnya dulu. Amalina mempunyai rambut yang cantik  dan dia merupakan salah seorang pelajar di kolej itu dengan Sara, teman wanita Akil.

Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke kiri memandang Akil yang sedang tersengih-sengih. Hangkuk punya budak ! Dia sengaja nak kenakan aku rupanya. “ Kau dah tahu kan aku tak layan perempuan-perempuan ni semua. Eii ! Dah la ! Exam next week je ni ! Focus, Focus !” balas Haiyan seraya tangannya kembali menulis kesemua nota yang terdapat di powerpoint yang dibentangkan Professor Ismail.

Akil mencebik. “ Eleh ! Kau pun sebenarnya sukakan si Amalina tu kan. Mana taknya, minah tu kalau sekali tengok, rasa nak tengok berkali-kali kau tahu !” tebak Akil. Mulutnya dimuncungkan. Amalina bukan setakat memiliki rupa yang cantik, malah, dia juga antara pelajar perempuan yang pandai di kolej itu. Kalau si Haiyan ni tolak, memang tak tahulah apa nak dikatakan.

Haiyan menoleh memandang rakannya yang sedang bergumam itu kembali. “ Akil, drop the topic please. Aku ada banyak assignment nak kena buat ni. Tak ada masa nak layan hal-hal macam ni ok. Childish !” Ujar Haiyan selamba kemudian dia fokus kembali kepada penulisan yang tergendala sebentar tadi.

Akil mencebik sekali lagi. Kali ini, dia tidak membalas kata-kata Haiyan dan hanya membebel sendirian mengenai sikap rakannya yang hanya tahu belajar, belajar dan belajar. Kadang-kadang dia terfikir juga. Topik yang dia akan bual kalau bukan pasal pelajaran mesti mengenai bola and other boy’s stuff. Tiap kali kalau dia menyebut nama mana-mana perempuan sahaja, pasti lelaki itu tidak senang duduk.

Kemudian, dia pasti akan menukar ke topik lain. Begitulah setiap kali dia melepak bersama dengan Haiyan. Tidak pernah sekali pun dia melihat lelaki itu bergaul mesra dengan mana-mana perempuan. Kalau ada perempuan yang tanya soalan sesuatu tentang pelajaran, Haiyan pasti akan menggelabah dan berpeluh-peluh semacam. Dia selalu perhatikan. Kadang-kadang, tisu sekotak pun tak cukup untuk mengelap peluhnya yang menitis-nitis bagaikan air terjun itu.

Dia ada juga terfikir, adakah Haiyan merupakan seorang yang tidak suka perempuan ? Ataupun lebih tepat lagi, gay ? Aduh ! Harap dijauhkanlah ! Tapi, Haiyan tidak pernah memandangnya pelik pun. Tiap kali berborak dengan dia, Haiyan hanya beriak biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia itu gay. Satu sahajalah yang dia suka dengan sikap Haiyan. Pelajaran adalah keutamaannya. Tidak pernah sesekali dia melihat Haiyan mengurat  mana-mana pelajar perempuan di kolejnya. Perempuan tanya soalan pun dah mengelabah, inikan nak mengurat. Aduh, Akil ! Fikirlah sikit.



HAIYAN menutup bukunya sambil bersandar ke kerusi. Kelasnya yang berakhir lambat hari itu memenatkan dia. Sungguh dia ingin merehatkan minda sekarang ini. Selepas belajar bersama dengan Professor Ismail itu membuatkan dia terasa dahaga pula. Akil yang sibuk meniru notanya tadi dipandang bosan. Bilalah agaknya mamat tu nak siap. Selepas Professor Ismail keluar beberapa minit tadi, notanya masih lagi disalin.

Suasana di dalam kelas itu agak lenggang selepas tamat sahaja kelas pada hari itu. Terdapat hanya segelintir pelajar yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran dan berbincang mengenai peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi termasuklah dia dan Akil.

“ Wei, kau dah siap ke belum ni ? Aku haus ah ! Nak pergi café kejap.” Soal Haiyan kepada rakannya yang sedang khusyuk menulis sesuatu ke dalam buku notanya.

“ Hmm, kau pergi lah dulu. Nanti aku datang. Banyak lagi yang nak salin ni.” Balas Akil tanpa memandang rakannya yang berada disebelah.

Alright ! Aku cau dulu. Jumpa kat café !” ujar Haiyan ceria seraya mengangkat punggung dan mengambil beg sandangnya dan dipakai sebelah. Segera dia berlari menuruni tangga menuju ke pintu. Dalam kepala hanya memikirkan air apa yang harus dibeli. Memang dia haus sangat sekarang ni.



KEADAAN café yang dipenuhi pelajar yang baru sahaja habis kelas itu dilihat. Suasana di dalam café itu agak sesak. Terpaksalah dia beratur menunggu giliran untuk membeli air. Dia mengambil tempat di belakang baris sambil memeluk tubuh. Mata-mata yang memandang hanya dibiarkan sahaja. Memang tiap kali berhadapan dengan situasi begini, mesti ada sahaja mata yang mencuri pandang.

Maklumlah, dia adalah di antara pelajar yang terkenal di kolej itu. Pandai, badan tegap, tinggi, kacak, putih, hidung mancung dan macam-macam lagilah. Ada juga orang yang menggelar diri dia, ‘Mr. Perfect’. Tapi, bagi dia, tidak ada satu manusia ciptaan Allah di dunia ini pun yang sempurna.

Termasuklah diri dia. Mungkin dari mata kasar, orang melihatnya sempurna, tapi, terdapat satu perkara yang mereka tidak ketahui sepanjang melanjutkan pelajaran di kolej itu. Termasuk Akil dan juga keluarganya yang tidak tahu menahu tentang perkara yang dirahsiakan ini. Hanya seorang manusia sahaja yang tahu tentang rahsia dia yang satu ini sejak dulu lagi. Seseorang yang rapat dengan dia. Seseorang yang dia sangat kagumi. Abang Hasif.

2 comments: