Saturday, June 28, 2014

Cerpen - Hanya CEO Gantian [ Final ]


CINCIN bertatahkan berlian ditanggalkan dari jari manisnya. Dian memandang cincin pertunangannya dengan pandangan sayu. Begitu saja ? Begitu saja dia akan menamatkan zaman bujangnya yang penuh dengan onak duri ? Belum pernah dia menikmati zaman bujang yang sebenarnya. Tapi mengapa semuanya berakhir begitu saja ? Huh ?

Miss me ?” Daniel mengambil tempat di sebelah Dian. Dian hanya merenung rumput hijau di hadapan tanpa memandang wajah tampan itu.

“ Tak !” balas Dian kasar. Buat apa nak rindu orang yang suka memaksa ! Huh !

“ Sampainya hati. Awek saya dekat Seoul semua rindukan saya. Awak seorang je tak.” Balas suara sensual itu.

Dian tidak membalas. Hanya membeku di sisi Tengku Daniel. Boleh pula bakal isterinya melayan dia sebegitu. Kalau lepas berkahwin nanti macam manalah pula ? Aduh ! Lagi teruk ke ? Tengku Daniel tidak senang duduk.

“ Kenapa tak pakai cincin tu ?” tanya Tengku Daniel lembut.

“ Malas.” Balas Dian acuh tak acuh. Tengku Daniel makin tidak senang duduk.

“ Hmm, kenapa malas ?”

Dian mengeluh kasar. “ Saya tak pahamlah kenapa awak suruh saya kahwin dengan awak. Saya tak paham.” Luah Dian tiba-tiba. Dia memerlukan penjelasan dari lelaki itu.

You don’t have to understand. You just have to sit back and relax.” Jawab Tengku Daniel tenang. Senyuman manis ditayangkan sayangnya Dian tidak memandang langsung muka dia. Haih.

Sekali lagi Dian mengeluh. “ Awak tak tahu apa-apa pasal hidup saya. Tiba-tiba awak boleh suruh saya kahwin dengan awak. Tak logik !”

Tengku Daniel senyum. “ Well, siapa kata saya tak tahu pasal hidup awak. You are 13 when you’re adopted to my family and you were force by my father to take over the company and…”

I’m also being force by his son.” Dian buat-buat senyum. Tengku Daniel ketawa.

Dian tersenyum kejap sebelum kepalanya makin berat memikirkan hidupnya yang lepas.

“ Awak tahu tak yang saya ni selalu kena hina ? Awak tahu tak walau macam mana tinggi pun jawatan saya, saya masih juga dihina dan diherdik ? Awak tahu tak, masa hidup saya dah semakin pulih, tiada lagi kata-kata cacian yang saya dengar, tiada lagi air mata saya yang mengalir, saya kena paksa untuk kahwin dengan awak. Saya baru nak mulakan zaman bujang saya yang sepatutnya. Being love and to love somebody like everybody does is the stuff that I want to do but it suddenly went wrong when you started to come.” Luah Dian panjang lebar. Soalan demi persoalan dilemparkan pada Tengku Daniel.

Tengku Daniel tidak tahu akan kehidupannya, banyak-banyak perempuan yang lagi cantik, lagi seksi, mengapa mesti dia yang lelaki itu pilih ? Dia merupakan anak pungut yang tidak punya apa-apa. Dia cuma hanya ada kasih sayang yang diberi keluarga angkatnya sahaja. Dia tiada saudara mara. Dia hanya menumpang kasih dari keluarga itu.

Then, let me be by your side. Let me, protect you. Let me, love you till the day I die. Awak ada saya. You are not alone. I swear to love you for every minute and every second. Walaupun tempoh perkenalan kita sangat singkat but I believe in God’s fate. And you are my fate. It’s always been you. Cuma, saya je yang tak pernah nak cuba pulang ke Malaysia, hanya disebabkan saya takut. Takut untuk menghadapi cabaran sedangkan Tuhan sentiasa bersama kita walau seberat mana pun halangan itu. But, trust me. I love you and I will cherish you till I’m old and till I’ll die. Just, let me love you.” Luah Tengku Daniel.

Kata-kata Tengku Daniel sungguh menyentuh hati Dian. Tapi mengapa rasa takut itu masih ada ? Tipu kalau dia cakap dia tak suka sedikit pun pada lelaki itu. Memang hatinya ada pada lelaki itu, tapi dia tak sangka lelaki itu begitu mencintai dirinya.


SALLY mengeluarkan compact powder dari dalam beg. Hatinya kini berbunga riang. Almaklumlah, anak Tengku Tajuddin yang terkenal di Korea akan datang melawat ke pejabat pada masa terdekat ini. Dia sungguh teruja kerana dapat berkenalan dengan si jejaka terkenal itu.

“ Sal, hot news ! Aku baru dapat berita ni tadi.” Jija datang terkocoh-kocoh mendapat Sally.

Sally memandang Jija. Hot news apanya lagi. Tentulah mengenai Tengku Daniel. Siapa lagi yang hot dari lelaki itu. Sally tersenyum dalam diam.

“ Tengku Daniel dah bertunang ! Lusa nikah !” jerit Jija kuat. Sally tersentak. Compact powder yang berada di tangan sudah selamat jatuh ke lantai. Habis pecah berderai cermin alat solek itu.


GAUN pengantin yang disarung pada badan dipandang melalui cermin. Cantik. Walaupun hatinya masih ragu untuk menerima abang angkatnya sebagai seorang suami, tapi apakan daya, dia tidak boleh berpatah balik lagi. Dia juga harus menerima lelaki itu seadanya.

Bukannya dia berasa ragu-ragu untuk mengahwini lelaki itu kerana jejaka itu seorang yang jahat mahupun kaki perempuan. Tidak ! Sikap dan personaliti lelaki itu sudah seperti sempurna. Memang menepati ciri-ciri suami idaman. Lengkap dengan rupa, harta, dan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, lelaki itu juga seorang yang kuat agama walaupun sudah lama tinggal di Korea tetapi tidak pernah setitik arak pun yang diteguk. Sungguh sempurna !

“ Dian dah siap ?” Lamunan Dian terhenti. Wajah bakal suaminya ditatap. Sungguh segak.

Tengku Daniel tersenyum mesra. Wajah Dian yang sudah disolek itu ditatap penuh khusyuk. Sungguh berbeza ketika mereka berada di Korea. Lagi cantik dan manis.

Dian hanya membalas pertanyaan Tengku Daniel dengan anggukan. Disebabkan bilik mereka hanya bertentangan, jadi biliknya selalu sahaja dikunjungi oleh lelaki itu. Sehinggakan Tengku Maria pula yang naik risau.

“ Saya tunggu dekat bawah je. Turun tau.” Pesan Daniel berbaur gurauan. Sempat dia menghadiahkan senyuman panjang hingga ke telinga. Dian hanya tersenyum. Risau sangat lelaki itu.


SELEPAS sahaja majlis pernikahan mereka berlangsung, Dian tidak ikut serta untuk menjamu selera. Dian lebih suka melayan perasaannya di dalam bilik. Walaupun tindakannya itu tidak sopan dan boleh dikatakan tidak beradab, tapi apakan daya, dia belum kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal menimpa dirinya nanti. Tentu ramai yang akan bertambah membenci dia.

Pada pendapat mereka, Dian hanyalah orang luar yang tidak ada kena mengena langsung dengan keluarga kerabat diraja mereka. Dian hanya orang biasa yang menumpang. Sedangkan Tengku Daniel berasal dari keluarga yang berdarjat tinggi. Berkelulusan luar negara, bekerja sebagai seorang model yang terkenal hampir di seluruh dunia. Dian dan Tengku Daniel ibarat kain sepuluh ringgit dengan kain beratus-ratus ringgit.

Dian merebahkan tubuhnya ke atas katil. Sepatutnya, dia harus berpindah ke bilik Tengku Daniel tetapi dia tidak ada perasaan untuk ke sana. Jiwanya bagaikan kosong. Cukuplah dia berkorban untuk keluarga itu, dia sudah malas untuk memikirkan apa-apa lagi. Apa nak jadi, jadilah !


TENGKU Daniel tidak dapat menumpukan perhatian terhadap perbualan mereka sekeluarga. Apa yang saudaranya tanya, hanya sepatah sahaja yang dijawab. Kepalanya asyik runsing memikirkan Dian yang sudahpun sah bergelar isterinya.

“ Danny cari siapa ?” tanya Tengku Maria setelah menyedari anaknya yang seperti cacing kepanasan. Tidak boleh duduk diam.

“ Mama nampak isteri Danny tak ? Masa makan tadi kata nak tidur 20 minit tapi ni dah lebih.” Ujar Daniel bersama wajahnya yang kerisauan. Tiba-tiba wajah saudara maranya yang tadi ceria sudah bertukar.

“ Kenapa Daniel pilih perempuan tu jadi isteri ? Dah tak ada perempuan lain ke ?” tanya Mak Longnya yang baru sahaja sampai dari London. Wajah jelik dipamerkan. Memang dia tidak berapa berkenan dengan latar belakang gadis itu. Sejak pertemuan pertama mereka dulu, memang dia tidak berkenan langsung ! Tiba-tiba pula, anak buahnya itu sudah berkahwin dengan perempuan itu.

Wajah Tengku Daniel berubah. Dia cuba untuk menghadam kata-kata Mak Longnya. Walaupun yang sebenarnya, memang dia dah tahu lama yang Mak Long memang tidak menyukai Dian tapi apakan daya, hatinya tetap memilih gadis itu. Tetap gadis itu !

“ Daniel buat-buat tak dengar je lah apa yang Mak Long cakap tu. Please excuse me.” Tengku Daniel meminta diri. Tidak mahu berlama-lama di situ. Lebih baik dia melayan isterinya. Tentu-tentulah dapat pahala.

Tengku Daniel menaiki tangga. Fikirannya kini hanya terarah pada isterinya. Tiba sahaja di depan bilik, tombol pintu dipulas perlahan. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Tetapi senyumannya mati apabila menyedari yang isterinya tiada di dalam bilik. Tengku Daniel kelam kabut. Cuba mencari di dalam bilik air dan bilik pakaian tetapi tetap juga tiada. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Segera dia keluar dari bilik dan menerjah masuk ke dalam bilik yang berhadapan dengan biliknya.

Kelihatan sekujur tubuh sedang lena tidur di atas katil. Tengku Daniel menghela nafas lega. Pintu dikunci. Perlahan-lahan, dia menapak ke arah isterinya yang sedang tidur. Punggung dilabuhkan di atas katil bersebelahan Dian. Rambut isterinya diusap lembut sebelum sebuah kucupan hangat dilabuhkan pada isteri tersayang.

“ Dian sayang, tidur dalam bilik abang.” Bisik Tengku Daniel perlahan pada telinga Dian. Dian membuka mata perlahan. Dia dapat rasa yang ada seseorang berada di dalam bilik dia. Badan dikalihkan ke sebelah. Terpampang wajah Tengku Daniel yang begitu rapat dengan dia. Dian bingkas bangun. Tuala yang berada di ampaian segera dicapai lalu ditutup rambutnya yang panjang mengurai.

“ Awak buat apa dalam bilik ni ?” soal Dian. Terkejut dia apabila menyedari kehadiran Tengku Daniel di situ.

“ Nak bawak awak masuk biliklah.”

“ Ini bukan bilik ke ?” tanya Dian sinis.

“ Ini bukan bilik kita sayang. Bilik kita dekat depan sana tu. Kenapa tidur sini ?”

“ Saya tak nak tidur kat bilik awak.” Jawab Dian selamba. Tidak fikir langsung akan perasaan suaminya.

Tengku Daniel hanya tersenyum. “ Kalau macam tu, abang tidur sini je lah.” Dengan selamba, badan direbahkan di atas cadar berwarna merah jambu milik Dian.  Dian memandang Tengku Daniel tidak percaya. Setelah beberapa minit memandang suaminya yang tidak mahu bergerak, Dian membuat keputusan untuk berperap di bilik air sahaja sehinggalah suaminya itu tidur.


DIAN menggeliat malas. Semalamam dia terpaksa tidur di atas sofa. Memang tidak selesa, tapi sudah itu kemahuannya. Jam dikerling. Pukul 5.30 pagi. Manakala, Tengku Daniel masih lagi lena diulit mimpi. Dian bangkit. Segera mendapatkan suaminya yang sedang lena tidur.

Wajah lelaki itu yang putih bersih dijamahnya sehabis mungkin. Memang jarang dia dapat melihat wajah lelaki itu yang sedang tidur walaupun mereka duduk sebumbung. Dian menjaga pergaulannya. Tidak pernah Dian memasuki bilik Tengku Daniel tanpa sebab.

“ Dah bangun.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Terkejut Dian.

“ Awak dah bangun ke ?” soalan dibalas dengan soalan.

“ Dah lama dah. Saja baring kejap.” Balas Tengku Daniel. Mata dibuka luas. Wajah comel Dian ditatap penuh kasih. Makin gadis itu dekat dengannya, makin dia merasakan kebahagiaan yang tidak pernah dia dapat sebelum ini.

“ Kenapa tak siap ?” soal Tengku Daniel tiba-tiba. Dian memandang suaminya pelik.

“ Nak siap buat apa pagi-pagi buta ni ?”

Tengku Daniel ketawa. “ Siap untuk solat subuh berjemaah lah sayang oi. Lepas tu, kita kena siap pergi office.” Makin Dian jadi pelik. Siap pergi office apa kejadahnya ?

For what ? Awak seorang je lah yang pergi. Saya dah tak kerja lagi kat situ.”

Just follow sayang. Tak luak pun ikut suami pergi kerja kan ?” balas nada sensual itu. Dian mengerutkan dahinya.

“ Saya nak buat apa dekat situ ? Tengok awak buat kerja ?”

Nope.”

Then what ?”

“ Abang yang nak tengok sayang.” Wajah Dian bertukar merah. Mengapa lelaki itu terlampau sweet ? Nampaknya, memang bila-bila masa sahaja dia akan cair dengan tingkah laku Tengku Daniel yang sangat romantik.


TENGKU Daniel memegang tangan Dian erat. Dapat dilihat dengan jelas wajah Dian yang gemuruh. Tentu gadis itu takut untuk berhadapan dengan manusia-manusia yang suka menghukum orang tanpa sebab musabab. Bukannya dia tak tahu yang Dian selalu dibuli. Sebelum mereka bertunang lagi, Tengku Daniel sudah menyiasat tentang apa yang berlaku semasa ketiadaan dia di Malaysia. Memang ternyata Dian telah banyak terluka.

“ Kenapa nervous ?” tanya Tengku Daniel pada isterinya. Nasib baik tak ramai orang yang menaiki lif pada masa itu.

No I’m not.” Nafi Dian.

Yes you are. I can see it in your eyes.” Bisik Tengku Daniel lembut. Dian menjarakkan tubuhnya. Tengku Daniel hanya tersenyum.


SALLY mengemaskan fail-fail di atas mejanya. Pekerja-pekerja lain juga turut sama berbuat demikian. Memang itu adalah rutin wajib bagi pekerja-pekerja setiap kali bos besar datang. Kesemua perkara akan dipastikan perfect.

Walaupun Tengku Daniel sudahpun memperkenalkan dirinya tempoh hari tetapi hari ini adalah giliran isteri kepada Tengku Daniel pula untuk memperkenalkan diri. Ramai yang kecewa kerana Tengku Daniel sudah berpunya, tapi tidaklah sekecewa mana. Tengku Daniel seorang lelaki dan seorang lelaki boleh kahwin sampai empat. Sally tersengih sendirian.

Setelah Tengku Daniel muncul, Sally adalah orang yang pertama datang menyambut dengan gaya tersendiri.

“ Selamat pengantin baru Tengku. You look so handsome today.” Ujar Sally ceria.

Tengku Daniel tersenyum ramah. “ Well, thank you, Sal. So, how’s work ?”

Everything dah settle Tengku. I heard your wife ikut sama. Mana dia ?” Tertanya-tanya dia bagaimanakah rupa isteri kepada ahli korporat itu. Tentu isterinya kacukan korea, maklumlah, jejaka itu pernah tinggal di Korea.

She’s in the toilet.” Sementara menunggu Dian keluar. Tengku Daniel membuat rondaan pada setiap station kerja milik pekerjanya. Kemas. Bagus. Bukan setakat tempat kerja sahaja yang kemas, kerja mereka juga semuanya tip top. Memang tidak dapat dinafikan.

“ Awak.” Suara yang seperti berbisik itu menyebabkan Tengku Daniel tersenyum. Segera dia mendapatkan isterinya yang bersembunyi di sebalik dinding.

“ Kenapa sayang ?” tanya Tengku Daniel lembut. Wajah isterinya yang seakan pucat itu merisaukan sungguh. Nervous macam gini teruk ke ?

“ Saya takut lah.”

“ Laa, nak takut apanya. Meh sini.” Tangan Dian dicapai. Segera diheretnya gadis itu ke ruang pejabat.

Everyone. Let me introduce you to my beautiful wife, Dian Nur Arya.”

Sally dan beberapa orang pekerja melongo. Terkejut. Gadis itu nampak berbeza. Dian yang dibuli sehingga gadis itu sanggup meletak jawatan sebagai CEO itu isteri kepada anak Tengku Tajuddin, Tengku Daniel !!! What in the world !!!


SEE ? You don’t have to be afraid anymore.” Ujar Tengku Daniel sambil sebelah tangan memegang stereng dan sebelah lagi memegang tangan isterinya. Wajah Dian dikerling sekilas. Sudah tidak pucat wajah comel itu.

“ Kenapa awak buat macam tu ?” tanya Dian lurus. Dia memang blur gila semasa suaminya itu mengheret dia ke pejabat.

“ Sebab abang sayangkan sayang ?”

Dian menjuling mata ke atas. “ Be serious.”

Tengku Daniel tergelak. “ Yes, I am being serious. I love you, honey.” Bisik Tengku Daniel lembut. Meremang bulu roma Dian apabila diperlakukan seperti itu. Hish.

“ Ya, saya tahu. Tapi, boleh bagi sebab yang spesifik sikit tak ?”

“ Spesifik ? Hmm…I love you and I feel like I wanna kiss you like crazy ?” Tengku Daniel tersenyum nakal. Satu penampar halus dihadiahkan pada Tengku Daniel.

Stop flirting with me ! Cakap betul-betul cepat ! Kalau tak…”

“ Kalau tak apa sayang ? Sayang nak peluk abang ke ?”

“ Tengku Daniel !!!”

Tengku Daniel hanya tersengih. Tidak membalas pertanyaan isterinya. Cukuplah yang Dian tahu yang dia buat semua itu kerana dia sayangkan Dian. I love you my wife !!!

17 comments:

  1. Salam akak syg..shorry to say macam tak complete sgt la ending dia but you still give a great job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tdk dpt dinafikan pon Flower Dno...i'm in a bit hurry mse tulis crite ni...

      Delete
  2. Boleh pertingkatkan lagi. Tq.

    Nick ;)

    ReplyDelete
  3. assalam akak sory lah tpi klau akak smbung rse nye lgi best... pendapat sye lah tpi cite tu mmg sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg akn smbung pon dik...but, tahap kesabaran kena tinggi ye...hihihi

      Delete
  4. best tapi macam tergantung

    ReplyDelete
  5. Bila nak sambung kak... citenye...

    ReplyDelete
  6. Bila nak sambung kak... citenye...

    ReplyDelete
  7. cpt smbung yer.. very very very nice story.. keep it up ✌

    ReplyDelete
  8. ada sambungan tak?bestla tapi tergantung.--nufa--

    ReplyDelete
  9. Mrvenustraphobia bab 14 xde ke sis?

    ReplyDelete
  10. Habis dh ke ???������
    Ending tergantung la......
    ����������

    ReplyDelete