Sunday, June 8, 2014

My Spieldose - Bab 6


IVY melabuhkan duduk di atas tangga selepas kereta milik Ethan hilang dari pandangan. Tiba-tiba dia berasa sunyi pula dengan ketiadaan Ethan. Adakah dia merindui lelaki itu ? Ataupun, adakah dia sudah mula untuk menyayangi lelaki yang sudahpun bergelar suami kepadanya ? Oh, tidak ! Dia ada tugas yang lebih penting dari memikirkan soal itu.

“ Ivy ! Ivy boleh tolong mak kejap tak ?” jerit Puan Julia dari dapur.

Ivy yang mendengar namanya dipanggil segera berlari ke atas untuk mendapatkan maknya. “ Ada apa mak ?” tanya Ivy sebaik sahaja dia sampai di dapur dan melihat Puan Julia yang sedang tergaru-garu kepala.

“ Garam mak dah habis lah Ivy. Boleh Ivy tolong belikan. Kalau tidak lauk mak semua pahit lah nampaknya.”

Ivy hanya tersenyum melihat gelagat maknya yang kelam kabut. Ingatkan apa lah tadi. Setakat beli garam ni no hallah !

“ Mak nak berapa ?”

“ Beli satu paket je lah. Nak beli banyak kang, ada juga orang dalam rumah ni yang kena darah tinggi.” Ujar Puan Julia lalu menyambung kerjanya.

Ivy mengangguk lalu pergi ke biliknya. Tudung dicapai lalu dipakai ala kadar. Dompet diambil.

“ Ivy pergi dulu eh mak ?!” jerit Ivy dari ruang tamu.

Dalam perjalanan ke kedai, Ivy ternampak beberapa mamat motor yang sedang bersidai di hujung jalan. Tiba-tiba, kakinya terasa berat untuk melangkah. Kejap dia berhenti, kemudian dia berjalan semula dan berhenti. Ivy menggigit bawah bibir.

Akhirnya, dia menguatkan juga hati. Dengan lafaz bismillah dia berjalan dengan perlahan dan apabila berhampiran dengan konco-konco itu, hayunan kakinya, dipercepatkan lagi.

“ Eh ? Cik adik ni nampak familiar lah. Macam bekas awek aku. Comel !” ujar salah seorang mamat motor dari belakang. Ivy sudah mula tidak sedap hati. Langkah kakinya makin dicepatkan lagi.

“ Cik adik cantik ni nak cepat-cepat pergi mana, abang kan ada.” Tangan Ivy tiba-tiba ditarik kasar. Tubuh genit Ivy terus terpusing kebelakang. Jantungnya makin berdebar-debar dengan kelakuan mamat motor yang tiada adab itu.

“ Lepaskan aku lah !” Ivy cuba menarik tangannya semula tetapi gagal.

Gedebuk !

Satu penumbuk berkuasa veto hinggap pada batang hidung mamat motor yang tiada adab tadi. Ivy memejam matanya. Dia sangkakan, tumbukan itu adalah untuknya jadi untuk keselamatan, dia memejamkan mata. Tidak sanggup untuk melihat keganasan yang sedang berlaku.

Sorry bang, janji tak buat lagi.” Suara mamat motor yang sudah bertukar jadi lembut sahaja yang kedengaran. Siapakah yang telah menjadi penyelamat dia tadi ?

Leaving Mrs. Ethan alone, is bad idea.” ujar satu suara yang sangat familiar sejak akhir-akhir ini. Ivy membuka mata. Perlahan-lahan, wajah Ethan yang tampan menghiasi ruang matanya. ‘ Haih, dia rupanya hero aku.’ Bisik hati Ivy terharu.

“ Err, awak buat apa dekat sini ? Bukan awak kata nak balik KL ke ?”

Well, aku cancelkan. Tak sedap hati nak tinggalkan kau seorang-seorang dekat kampung ni.” Tanpa menunggu balasan dari Ivy, tangan isterinya dicapai lalu dibawa ke kereta.

“ Eh ? Saya nak pergi kedai. Mak minta tolong belikan garam.” Ujar Ivy jujur.

“ Ye, aku tahu. Naik kereta, kita pergi kedai. Nak jalan jauh.”

Ivy diam. Dia hanya mengekori sahaja rentak suaminya yang sedikit garang itu.


KATA nak balik KL ?” tanya Puan Julia sebaik sahaja melihat menantunya.

“ An cancel mak. Risau tinggalkan dia seorang-seorang.” Balas Ethan selamba. Punggung dilabuhkan bersebelahan Ivy. Wajah isterinya yang muncung dilihat dari ekor mata. ‘ Tak suka ke aku ada dekat sini ?’ bisik hati Ethan perlahan.

Tiba-tiba Ivy bangun lalu menuju ke bilik meninggalkan Ethan terpinga-pinga seorang. “ An masuk dalam dulu eh mak.” Ethan meminta diri. Segera kakinya dihayunkan menuju ke bilik. Puan Julia hanya menggeleng kepala.

Ivy yang sedang berbaring di atas katil dipandang tidak henti. Dahinya berkerut. “ Asal ?” tanya Ethan tiba-tiba. Ivy menoleh sebelah. Wajah suaminya yang ketat dipandang ala kadar. Mata dipejamkan semula.

Ethan tidak puas hati. Dia berjalan menuju ke katil lalu melabuhkan duduk di sebelah Ivy yang sedang berbaring. “ Asal senyap ?” tanya Ethan sekali lagi.

Ivy mengeluh. “ Penat.” Balas Ivy pendek. Malas mahu melayan suaminya.

Ethan menggigit bawah bibirnya. ‘Jawapan apa ni ? Tadi pergi kedai naik kereta kan ? Aku yang drive pulak tu.’ Detik hati Ethan tidak puas hati. Seharusnya isterinya itu gembira dengan kehadiran dia tapi mengapa macam tak suka je ? Adakah isterinya itu menyukai mamat motor tadi ? Hish ! Janganlah…

“ Kau suka mamat motor tu kacau kau kan tu yang kau marah sebab aku kacau daun tadi.” Ivy membuka mata. Memandang wajah Ethan yang sedang ketat.

“ Apa yang awak merepek ni. Saya tak marah awaklah. Saya penat je !” balas Ivy bengang. Dah kenapa pula dia yang kena marah ni. Hish ! Stress ! Trauma kena kacau dengan mamat motor tadi pun tak habis lagi lepas tu balik-balik je kena marah. Tak adil betul !

“ Buat penat je aku patah balik tadi. Kalau aku tahu, aku biarkan je kau tersadai kat tepi jalan tadi.” Bebel Ethan sendirian. Ekor matanya memandang Ivy. Hampeh ! Gadis itu tidak mempedulikan dia. Satu pujukan pun tidak diterimanya. Apakah ini ?!

“ Habis tu ! Siapa suruh patah balik ! Ish ! Dahlah ! Malas saya nak cakap dengan awak. Tiap kali bercakap je, mesti kena marah. Entah apa salah saya pun saya sendiri tak tahu. Malam ni saya tidur bilik Damia. Awak tidurlah sini seorang-seorang !” bentak Ivy geram. Dia terus bangun dari katil dan menuju ke bilik adiknya di sebelah.

Ethan tercengang.


IVY memandang lauk pauk di atas meja dengan mata yang bersinar-sinar manakala Ethan bukan memandang makanan tetapi memandang Ivy. Isteri yang tidak mahu memujuk suaminya. Memang dia mahukan Ivy memujuk dirinya tapi apakan daya, Ivy hanya boh layan dia.

“ Kenapa mak masak banyak sangat mak ? Kita berdua eh kita bertiga je dekat rumah ni.” Ujar Ivy. Ethan hanya menjeling tajam pada isterinya. Boleh pula Ivy tersalah cakap ! Ish ! Inikah balasan yang dia terima setelah menyelamatkan gadis itu dari bahaya ?!

“ Tak apalah. Kadang-kadang je ni. Lagipun, lusa adik kamu dah nak balik kan ? Jadi mak kenalah praktis masak lauk banyak-banyak sebab nanti ramai yang balik.”

Ivy tersenyum. Nasi disendukkan lalu diletakkan di atas pinggannya manakala Ethan masih lagi menjeling Ivy. Puan Julia yang baru tersedar akan kehadiran menantunya segera menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi. Ethan hanya menyambut bersama senyuman manis.

“ Vivian Sahara. Kamu ingat tak yang kamu dah ada suami ?”

Ivy berhenti menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Matanya kini terarah pada suaminya yang sedang menjamu nasi. Kemudian, pandangannya kembali terarah pada Puan Julia bersama wajah yang blur. “ Ingat mak. Kenapa ?”

Puan Julia hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. “ Tak ada apa-apalah.”

9 comments:

  1. Dah xde sambungan ke??

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Best!!!!! Sanad....
    Cuma dh x smbung ke skunk....
    Cik writer

    ReplyDelete
    Replies
    1. smbung but one by one lah...byk sgt niii . hihihii

      Delete
  3. mana sambungannya? sampai 6 je ke?

    ReplyDelete
  4. mana sambungannya? cter nye dahla pening2 skit nak phm ni. haha

    ReplyDelete
  5. Baccarat - Bet in Roulette - Worrione
    › bets › baccarat › bets › baccarat Bet in 메리트카지노 Roulette - Win 바카라 money 인카지노 in free bets. Play Baccarat today!

    ReplyDelete