Baiklah, saya sangat bosan hari ni and ada kawan saya mintak up satu lagi bab cerita ni so, saya dengan baik hatinya, update bab 4 MV...hekhek...Enjoy reading ! ^^
Bab 4
NUHA
memegang
hanger baju lace dress kuat. Baju itu nanti akan dipakainya semasa photoshoot untuk majalah Glam nanti.
Selepas photoshoot pula, dia akan
berjumpa dengan seseorang. Mengikut kata Syasya, orang itu mahu dia menjadi
model untuk menggayakan beg tangan jenama keluaran syarikat mereka.
Syasya membantu Nuha
memakai baju yang dia dapat tadi untuk digayakan semasa photoshoot itu nanti. Selepas selesai mendandankan rambutnya,
Syasya memakaikan pearl necklace yang
tampak cantik apabila digayakan bersama lace
dress yang dipakai Nuha. Nuha membelek-belek rantai yang dipakai. Dia tersenyum senang dengan penampilan dia
kali ini.
“ Ok, Nuha ! We are done !” ujar seorang photographer professional sambil
menunjukkan thumbs up kepada dia.
Nuha pula hanya tersenyum tawar. Penat betul dia hari ini kerana harus
menggayakan beberapa pakaian. Habis sudah idea dia untuk berposing tadi. Penat
jangan cakaplah. Nak patah kaki dia asyik berdiri sepanjang hari.
“ Nuha ! Tukar baju
cepat ! Kita janji dengan orang tu pukul berapa, sekarang pukul berapa ? Aduh
!” Laungan Syasya yang kuat itu mengejutkan Nuha. Segera aku melangkah ke bilik
persalinan untuk menukar baju. Peluang depan-depan mata ni ! Takkan aku
lepaskan !
Syasya yang melihat
gelagat rakannya yang kelam kabut itu tersenyum gembira. Sejak rakannya itu
gagal dalam hubungannya, dia sentiasa sedih dan seperti tidak bermaya untuk
meneruskan hidup. Pada mulanya, Nuha tidak mahu menjadi model walaupun dia
mendapat banyak tawaran, tapi, selepas dinasihatkan dan diberi galakan dari dia
agar merebut peluang yang ada itu, akhirnya Nuha menerima juga.
Dia tahu yang
sebenarnya Nuha sangat sedih gara-gara dicurang dari belakang oleh kekasihnya
sendiri. Tapi dia bangga juga dengan rakan karibnya itu. Walaupun sudah
dipermainkan oleh seorang yang bernama lelaki, dia tetap bangkit dan meneruskan
kehidupannya seperti sekarang.
Nuha datang menghampiri
dengan wajah yang ceria. “ Hoi ! Jomlah cepat. Kata tadi dah lambat.” Ujar Nuha
sambil menarik lembut tangan Syasya yang sedang tenggelam dalam khayalannya.
Syasya tersedar dari
lamunannya. “ Hah ? Ohh, a’ah ! Jom, jom !”
HAIZAR
tersenyum sinis memandang ke arah dua gadis yang sedang khusyuk berbual dengan
setiausahanya. Perlahan-lahan, dia bergerak ke arah meja yang ditempah khas
untuk perjumpaan itu. Haizar berdiri di tepi meja sambil tangannya dimasukkan
ke dalam poket.
“ Hye, ladies. May I join you guys ?” ujar Haizar tenang. Kelihatan
wajah kedua-dua gadis itu sudah terkejut beruk melihat kehadirannya di situ.
Secara yang disangkakan, Nuha bangun dari tempat duduknya. Wajahnya kelihatan agak
berang ketika itu. Nafas Nuha sudah naik turun.
“ Haizar ! You buat apa dekat sini ?!” tanya Nuha
sedikit tinggi. Dia sudah tidak boleh melihat lelaki itu didepannya lagi. Allergic ! Nampak kelibat lelaki itu
sahaja dia sudah rasa tidak senang duduk.
Haizar pula hanya
menayangkan senyuman sinis. Sambil memandang setiausahanya. Kelihatan wajah
setiausahanya juga agak terkejut kerana dia ditengking oleh gadis itu. “ Err, Miss Nuha. This is my boss. He’s the one who
ask for you to come.”
Nuha kaget. Syasya juga
turut melopongkan mulutnya. 20 ekor lalat pun boleh masuk. Terkejut. Tidak
sangka Haizar perangkap dia macam ni. Apa yang sebenarnya dimahukan lelaki itu
! Dia sudah tidak betah berada di situ lagi.
“ I’m so sorry, Mr. Kamal. The deal is off !” Nuha mencapai beg
tangannya dan segera mengatur langkah menuju ke pintu keluar tapi tangannya
telah ditahan oleh Haizar. Nuha merentap tangannya kembali kemudian berjalan
keluar. Syasya pula masih lagi diam tidak berkutik di meja makan. Nuha
membiarkan sahaja rakannya itu. Pandai-pandailah Syasya cari teksi nanti. Dia
dah tak boleh duduk berhadapan dengan lelaki itu lagi. Tolonglah !
“ Nuha !” jeritan
Haizar memanggil namanya itu tidak diendahkan. Dia berjalan terus menonong ke
arah keretanya. Kunci kereta ditekan. Pintunya dibuka. Belum sempat dia ingin
menguncikan keretanya, Haizar lebih pantas membuka pintu disebelah kirinya.
Nuha memandang Haizar
disebelah dengan wajah yang bengang. ‘ Apa yang mamat ni nak ?’ bisik hati
Nuha. “ Hoi ! Baik kau keluar sekarang sebelum aku jerit.” Tengkingan Nuha
tidak berjaya menggerakkan Haizar. Malah, lelaki itu hanya terduduk diam
memandang ke hadapan.
“ Haizar !” jerit Nuha
sekuat hati. Bengang dia dengan sikap Haizar yang seperti batu itu. Mahu sahaja
dia menghentakkan kepala lelaki itu di stereng keretanya.
Haizar berpaling ke
sebelah kanan. “ I love the way how you
called my name, dear.” Ujar Haizar tenang. Satu senyuman manis dilakarkan
di bibirnya. Nuha yang hampir hanyut dengan senyuman menggoda Haizar itu
berpaling ke luar tingkap kereta.
Haizar ketawa sambil
merapatkan bibirnya ke telinga Nuha Surfina. “ I know the fact that you still love me. Don’t deny it, Nuha.” Ujar
Haizar sekali lagi dekat di telinga Nuha sehingga dia dapat merasakan deruan
nafas Haizar. Cepat-cepat Nuha berpaling ke kiri. Wajah Haizar begitu dekat
dengannya sehingga bibir mereka hampir bertaut. Segera dia menjauhkan badannya
sedikit dari Haizar yang masih tidak berganjak dari posisinya.
“ Kau nak apa hah ?!
Kenapa kau mesti nak kacau hidup aku ?! Tak puas lagi kau sakitkan hidup aku ?!”
tempik Nuha Surfina. Nafasnya turun naik saat itu.
“ You don’t have to yell,
honey. We are in the car right ? So, talk nicely.” Balas Haizar selamba
sambil bersandar memandang ke hadapan. Nuha sudah membeliakkan matanya. Tidak
percaya dengan apa yang dikatakan Haizar sebentar tadi. Dia mencebik.
“ So, apa yang you nak
sebenarnya ?” suaranya sengaja diperlahankan. Haizar tersenyum gembira.
Badannya dikalihkan memandang Nuha yang sudah panas.
“ I nak ajak you keluar
makan malam dengan I hari ni.” Pelawa
Haizar sambil tersenyum manis. Sekali lagi senyumannya itu membuatkan Nuha
hanyut dalam dunia dia sendiri. Segera dia mengingatkan diri. ‘ Nuha, dia tu
buaya darat, laut, langit, tanah, semuanyalah ! Jangan kau terpedaya dengan
kata-kata manis dia.’
“ Kalau I tak nak ?!” tanya Nuha berani.
“ Kalau you tak nak, I akan kacau you sampai you bengang.” Balas Haizar tenang. Nuha
sudah membuat muka menyampah.
“ Ohh, pleaselah Haizar ! You buat I nak muntah biru
tahu tak. Dulu, suka hati you je nak
cari perempuan lain dan sekarang. Huh ! You
nak apa sebenarnya dari I hah ?!” Dia
sudah tidak boleh bermain teka teki dengan lelaki itu lagi. Haizar bukan sahaja
bermulut manis, tapi, pandai juga mengambil kesempatan. Pelbagai muslihat yang ada
pada lelaki itu. Ace up his sleeve.
Haizar merapatkan
bibirnya ke telinga Nuha sehingga menyentuh telinga gadis itu. “ I want you to be mine.” Selepas berkata
begitu, Haizar membuka pintu kereta dan keluar tanpa berkata apa-apa. Lelaki
itu dilihatnya dari ekor mata. Haizar masih lagi tidak berubah seperti dulu.
Kalau dia mahu, dia akan mendapatkannya sehingga dapat dan itu yang menakutkan
Nuha Surfina.
TELEFON
yang
berbunyi mematikan mimpi Haiyan. Dengan malasnya, dia mencapai juga telefon
yang terletak tidak jauh dari katil dia. Butang hijau ditekan.
“ Hah. Nak apa ?” soal
Haiyan mamai. Dia masih lagi mengantuk gara-gara berjaga malam semalam
menyiapkan assignment yang disuruh oleh
pensyarahnya.
“ Hoi ! Dah pukul
berapa ni baru bangun ?!” jerit suara di sana. Haiyan kenal sangat suara itu.
Sudah tentunyalah kawan penyibuk dia yang seorang itu. Tiap kali hari minggu
macam ni sahaja pasti kawannya itu akan mengacau dia membuta. Awek ada, tak nak
kacau pulak.
Haiyan menguap untuk
kesekian kalinya sambil matanya digosok. “ Hmm. Semalam stay up siapkan homework
cikgu bagi.” Balas Haiyan malas. Akil yang mendengarnya sudah ketawa
terbahak-bahak. Kawannya itu masih mamai lagi rupanya.
“ Bro ! Jom teman aku
tengok wayang nak ?” pelawa Akil perlahan. Takut juga kalau dia terkantoi. Ini
semua rancangan brilliant Amalina lah
ni. Dia pula yang jadi mangsa. Kalau Haiyan tahu ni, memang mati tak bernyawa
dia.
“ Ajaklah awek kau. Aku
nak tidur ni.” Balas Haiyan sambil menguap sekali lagi. Entah berapa kali dah
dia menguap. Mengantuk sangat rasanya.
Akil di sebelah sana
sudah menggigit jari. Amalina ugut dia. Kalau dia tak bawa Haiyan keluar
sekali, dia akan pastikan, Sara merangkap kekasihnya itu untuk memutuskan
hubungan dia bersama Sara. Wargh ! Mana dia sanggup untuk kehilangan kekasih
pengarang jantung dia tu.
“ Err,…Sara ada hal
lah, Yan. Teman lah aku wei.” Rayu Akil meminta simpati.
Haiyan meraup mukanya. ‘
Ahh, malasnya !’ “ Hmm, oklah. Lagi 30 minit aku sampai. Tunggu kejap.” Balas Haiyan
malas sambil bergerak ke almari mengambil tualanya.
“ Alright, bro ! Thanks !”
Akil tersenyum gembira. Dia memandang Amalina yang sedang bercekak pinggang
sambil memandang tajam ke arahnya. Akil menelan air liur. ‘ Macam pembunuh
upahan pulak minah ni.’
“ Kejap lagi dia
datang.” Ujar Akil sambil berpura-pura tersenyum. Amalina pula sudah gembira
tidak terkata. Akhirnya, Haiyan bersetuju juga hendak datang. Yahoo !
HAIYAN
menanggalkan kaca mata hitamnya dan digantikan dengan cermin mata yang selalu
dipakai semasa ke kolej. Segera dia berjalan menuju ke GSC Cinema seperti yang
disuruh Akil. Macam-macam betul perangai kawannya itu. Nak tengok wayang pun
harus diteman. Sebelum ni, tengok wayang sorang-sorang boleh aje. Sekarang,
mengada-ngada lah pulak.
Haiyan berjalan sambil
mendail nombor telefon Akil. “ Hello. Hah ? Kau kat tingkat berapa ni ? Aku
malas nak cari. Tak jumpa, aku cau !” Ujar Haiyan sambil matanya melilau-lilau
mencari lif. Tidak semena-mena badannya dirempuh satu lagi badan dengan kuatnya
dan menyebabkan dia jatuh seperti nangka busuk. Orang yang melanggarnya itu
juga ikut jatuh sama. Haiyan mengusap punggungnya yang sakit dek accident tadi. Boleh tahan sakitnya.
Haiyan cuba untuk
bangun, tapi tidak boleh gara-gara punggungnya yang terhentak kuat dengan
lantai. “ Awak ok ?” ujar satu suara lembut sambil tangannya dihulurkan pada
Haiyan. Haiyan hanya mencapai tangan itu tanpa melihat si pemilik suara yang
lembut.
“ Terima ka…” Haiyan
angkat muka. Dia terkejut monyet bila melihat si empunya suara, badan, muka dan
segala-galanya. Satu sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya. “ Cantik…”
mulut yang ternganga luas tidak di ‘cover’
itu menerbitkan ketawa kecil di bibir gadis itu.
Gadis itu senyum tersipu-sipu
malu dibuatnya. “ Hello ? Awak ok tak ni ?” tanya gadis itu prihatin. Wajah
gadis yang bujur sireh itu ditatap lama. Perasaan gemuruh sudah mula
menunjukkan tanda-tandanya. Tangan yang berpeluh dilap menggunakan bajunya.
“ Err…sa..saya…ok ! Na…na…”
Haiyan mula menggelabah. Ayat yang diatur kemas di dalam kepala sudah mula
berterabur. Argh ! ‘Susahnya nak cakap dengan perempuan !’ jerit Haiyan dalam
hati.
“ Nama saya Rose
Halina. You can call me Rose.” Rose
mula mengenalkan diri. Tangannya dihulurkan. Haiyan menyambut tangan yang
dihulur itu. Nak mengharapkan jejaka itu menanyakan namanya, sampai bulan depan
pun belum tentu dia dapat beritahu. Jejaka itu kelihatan kacak sekali di
matanya. Walaupun, lelaki itu nampak ‘nerdy’
sikit, tapi, cermin mata itu tidak menutup kekacakannya. Malangnya, lelaki itu
seperti serba tak kena. Kenapa agaknya ya ?
“ Err,…sa..saya…Haiyan.
Haiyan Aakif !” ujar Haiyan laju-laju. Tangannya kalau diperah rasa-rasa
sebaldi sudah boleh penuh. Rambut yang tidak gatal digaru. Ah ! Apa kena dengan
dia ni. Tangannya dimasukkan dalam poket sambil memandang wajah gadis itu. Satu
sahaja perkataan yang mampu menggambarkan gadis itu. Cantik ! Rambutnya yang
ikal mayang serta wajahnya yang putih mulus itu sangat menyerlahkan
kecantikannya. Matanya yang bundar dihiasi bulu mata yang lebat itu sedikit
sebanyak memukau Haiyan.
“ Err, Haiyan. I got to go ! Ada hal sikit. Kalau ada
rezeki nanti kita jumpa lagi eh ? Bye
!” ujar Rose tergesa-gesa sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Haiyan. Haiyan
pula sudah tercengang. Tidak sempat dia hendak meminta nombor telefon gadis
itu. Argh ! Rugi betul !
hero dan heroin dia siapa sebenarnya.
ReplyDeletewell, you have to wait and see for yourself...=)
Delete