Showing posts with label Mr. Venustraphobia. Show all posts
Showing posts with label Mr. Venustraphobia. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Mr. Venustraphobia - Bab 13


HASIF bersandar pada kereta Peugeot RCZ santai. Cermin mata hitam yang tersarung menyerlahkan lagi ketampanannya. Sekali-sekala, dia perasan juga dengan beberapa orang yang lalu lalang di situ. Terutama sekali yang perempuan. Pantang nampak lelaki kacak sikit. Huh ! Sorrylah, hatinya sudah dimiliki. Hehehe.

Siapa yang sanggup keluar semasa sakit kalau tak demi si buah hati pengarang jantung. Orang yang tengah angau sahaja yang akan buat. Huhuhu.

“ Lama tunggu ?” suara yang lembut bak puteri kayangan itu menerbitkan senyuman pada bibir Hasif. Cermin mata ditanggalkan agar dia dapat melihat wajah gadis yang amat dia rindui.

“ Taklah. Kalau Nuha suruh abang tunggu setahun pun abang sanggup.” Hasif tersenyum manis manakala Nuha hanya menyengih.

“ Suruh betul-betul kang. Nak ?” Nuha mencekak pinggang. Wajah dibuat serius.

Perlahan-lahan, Hasif menggeleng kepala. Nuha hanya memerhati bersama senyuman lebar. “ Tahu pun takut. Hmph !” Nuha mencebik seraya tangannya ringan sahaja membuka pintu kereta milik Hasif. Belum sempat Nuha membuka pintu, Hasif pantas menghalang.

“ Eh, wait !”

Nuha yang tersentak apabila disergah begitu cepat-cepat mengangkat tangannya dari memegang pintu. “ What, what ?” terpinga-pinga Nuha dibuatnya. Tanpa membalas soalan Nuha pintu yang dibuka setengah tadi, dibuka seluas-luasnya.

“ Madam.” Dengan gaya seperti seorang pemandu peribadi, Hasif mempersilakan Nuha masuk. Gadis itu hanya menggeleng-geleng kepala melihat perlakuan abang yang sudah bertahun dia tidak ketemui itu.

“ So, sejak bila tukar penampilan ni ?”

Nuha tersentak. Tukar penampilan ? Alamak…Baru dia teringat yang sejak dia berhenti bekerja sebagai model, penampilan dan gayanya semua sudah diubah menjadi tomboy. Macam mana dia boleh lupa pula ni ? Adoi.

Cap yang menutup kepalanya dicabut. Rambut yang tersanggul kemas, dilepaskan lalu diikat menjadi satu. Siap !

“ Asal bukak cap tu ? Pakai je lah. Nampak cute.” Sekali sekala Hasif menjeling ke sebelah. Memandang si gadis yang comel berpakaian seperti brutal itu. Pakaiannya sungguh tidak mencacatkan rupa gadis itu yang halus dan mulus. Nampak comel je pada dia.

“ Cute ? Seriously ? Abang dari dulu sampai sekarang memang tak tahu nak bezakan mana yang cantik and mana yang taklah. You are still the same !” ujar Nuha sedikit mengejek. Bagi dia, Hasif memang tidak tahu berfesyen. Tiap kali mesti lelaki itu haru dibimbing dan dikauseling mengenai fesyen. Nasib dapat adik yang pandai berfesyen. Haih. Abang, abang.

‘ Ya. Abang memang masih sama. Sama macam dulu. Sentiasa mencintai adik.’ Hasif senyum tawar. Memang dia mencintai Nuha dalam diam. Kenapa dalam diam ? Hmm. Dia bukannya pengecut, tapi, dia tahu. Hati Nuha bukannya pada dia. Tapi pada lelaki lain. Lelaki yang sangat dia kenal.

“ Well, you know me.” Hasif tersengih sumbing.

“ So abang. Kita nak makan kat mana ni ?” Badan dikalihkan ke sebelah agar dapat memandang wajah tampan milik abangnya. Sekali sekala Hasif tersenyum dalam diam. Kenapa dia rasakan ini seperti mimpi ? Mimpi yang tak pernah disangkakan untuk menjadi kenyataan. Nuha Surfina berada di sebelahnya dan dia pula sedang memandu. Adakah dia sedang bermimpi ?

“ Abang ooo abang. Berangan ke ? Sejak bila Dr. Hasif Azhar ni pandai berangan ? May I know, siapa yang abang berangankan sampai soalan Nuha pun abang tak layan ?”

Hasif tersentak dari lamunannya. Kemudian dia tersenyum lagi. “ So sorry adik abang. Where were we ?” tanya Hasif semula. Nuha hanya menggelengkan kepala melihat perangai abangnya yang sudah berubah seratus lapan puluh darjah.

“ Kita nak makan kat mana ni ?” Nuha mengulangi soalannya semula.

“ Hmm. Makan dekat rumah abang nak ?” tanya Hasif lembut. Nuha yang menanti jawapan tadi dikerling. Berkerut-kerut dahi gadis itu.

“ Rumah abang ? Abang masak ?” soalan dibalas dengan soalan. Sejak bila abangnya itu pandai memasak ? Aih ! Lupa lagi. Sudah lebih setahun Nuha ! Lebih dari setahun. Tentulah lelaki itu sudah pandai berdikari, lagi-lagi Hasif menyambung pelajarannya di luar negara.

“ Yes, my dear. Sekarang, kita pergi beli barang kejap sebab rumah abang tak ada bahan basah…ok ?” tutur Hasif lembut. Dia tahu sangat yang Nuha pasti terkejut kerana tidak pernah-pernah dia ke dapur dulu, tiba-tiba sekarang, mahu masak untuk makan tengahari pula. ‘ Nuha sayang, abang pandai memasak ni pun sebab sayang tau.’ Hasif tersenyum.

“ Excuse me again Mr. Hasif. Are you thinking about someone because saya yang dekat sini bercakap dengan awak terasa macam bercakap dengan kereta tahu tak ?” perli Nuha straight forward. Memang dari tadi dia lihat lelaki itu tidak ubah seperti orang angau. Siapa pula yang telah berjaya menawan hati abangnya yang keras ni ? Haih. Macam-macam lah Abang Hasif dia ni.

Sekali lagi Hasif tersentak. ‘ Aduh. Nasib aku tak kantoi berangan pasal dia. Eh, kejap. Dia panggil aku apa tadi ? Saya ? Awak ? Huh ?’ pertama kali dia mendengar Nuha menggunakan kata panggilan itu. Memang itu juga impiannya dulu. Untuk mendengar Nuha Surfina yang memanggilnya abang kepada awak. Kalau memanggil dirinya dengan panggilan abang, dia terasa yang dirinya hanya dianggap sebagai seorang abang. Hmm.

“ You will know soon.” Hasif senyum. Manakala, Nuha hanya bingung dengan jawapan yang diberikan Hasif. Kalau nak bagitahu tu, bagitahu je lah. Nak rahsia-rahsia pulak abang dia yang seorang ni. Haih. Fening !



DATUK Rayyan yang baru hendak melabuhkan punggung ke atas sofa empuknya itu tiba-tiba berhenti setengah jalan. Telefon yang bingit meminta untuk dijawab itu segera dicapai dan dijawab.

“ Waalaikummussalam. Ya, siapa ni ?”

“ Hisyam lah ni.”

Datuk Rayyan memandang semula skrin telefonnya. Ahh ! Asal dia tak perasan nama kawan baik sendiri menelefon. Haih. “ Hah, Syam ! Ada apa kau call aku ni ?” balas Datuk Rayyan ramah.

“ Pasal yang date tu, anak kau setuju tak ? Dia ada syak apa-apa tak ?” tanya Datuk Hisyam perlahan.

“ Hmm, dia setuju. Dah pergi pun tadi. Tapi, sebelum tu, aku ada tanya jugak dekat dia pasal yang kahwin tu.” Suara Datuk Rayyan sedikit mengendur. Rasa sebersalah nak cerita. Tapi, kalau tak diceritakan, bagaimana dia nak dapat penyelesaiannya nanti. Kalau nak harapkan otaknya berfikir untuk mendapatkan cara merapatkan anaknya dan anak kawannya itu, sampai esok pun belum jumpa jalan penyelesaian. Kalau dua otak bergabung, meletop lah idea macam bertih jagung. Hehehe.

Wajah Datuk Hisyam sedikit terkejut mendengar kata-kata rakannya. Cepatnya kawannya itu memulakan langkah pertama. Dia pun baru terkial-kial. “ Habis tu, dia cakap apa ?” gelojoh Datuk Hisyam bersuara.

“ Abang, nanti pergi butik…”

“ Syyyy !!!” jari telunjuk diletakkan di atas bibir. Tanda menyuruh isterinya senyap seketika. Datin Sofia hairan.

“ Hmm, dia terkejut. Tapi, kau fikirlah kan. Kalau diaorang tu dulu, pernah suka sama suka, kau rasa, reaksi dia akan terkejut ke ? Aku rasa, diaorang ni, macam tak pernah bercinta je. Mungkin, kita dah salah anggap kot. Mungkin, diaorang cuma kawan je kot.” Dagu dipegang. Kalau betullah sangkaan dia, memang akan faillah rancangan mereka pada masa akan datang, untuk menyatukan Nuha dan Hasif.

Datuk Hisyam sudah memegang kepala. Kemudian, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Tak mungkinlah, Ray. Kalau setakat terkejut tu memang biasa. Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, mak bapak nak jodohkan kita dengan orang yang kita dah lama tak jumpa.”

Datuk Rayyan mengangguk laju. Teori dan fakta yang dibentangkan oleh kawannya itu ada benarnya. Kalau boleh, dia berharap sangat agar teori itu sangat betul dan kalau betul, cepat-cepatlah dia berbesan dengan kawannya itu. Hikhik.



TELEFON dicampak kasar menuju terus ke dinding lalu berkecai berderai seribu keping. MMS yang dihantar oleh penyiasat peribadinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa kecewa dan marah dalam dirinya. Walaupun telefonnya sudah hancur berkecai, namun, gambar seorang lelaki bersama dengan Nuha sedang berbual mesra itu masih lagi di ingatannya.

Tidak boleh dibayangkan kalau dia berada di situ. Bukan setakat telefon sahaja yang akan pecah, kemungkinan besar, kepala lelaki itu juga yang akan dipecah-pecahkan. Berani betul lelaki itu mengajak kekasih hatinya keluar. Tidak tahukah yang Nuha Surfina sudah dimiliki. Walaupun belum secara rasmi lagi, tetapi dia pasti. Cinta Nuha Surfina pada dia masih ada lagi walaupun sikit. Sikit pun sikitlah sebab kalau sikit, lama-lama jadi bukit. Haizar tersenyum.

Masih dia ingat lagi semasa mereka bercinta dulu. Dari sekolah menengah, sampailah ke kolej. Mereka mempunyai hubungan yang baik sehinggalah Haizar sendiri yang berubah. Sebab dia berubah bukan kerana Nuha mahupun sesiapa. Tetapi, papanya sendiri yang mengubah dia untuk menjadi seorang seperti ini.

Melarikan diri dari masalah, bukannya menyelesaikan masalah tetapi hanya memberi masalah. Ayat itu sentiasa bermain di fikirannya. Dia sedar. Puncanya berlaku masalah ini adalah semasa dia melarikan diri ke luar negara selama dua tahun lebih. Hubungan dia dan Nuha masih baik pada masa itu sehinggakan dia pulang ke Malaysia. Pulang bersama perubahan yang sangat drastik.

Dan sekarang dia sedar, jika dengan sesiapa sahaja yang dia keluar, hatinya tetap pada Nuha Surfina. Sayangnya, cinta Nuha Surfina dibalas dengan buruk. Cinta gadis itu tidak dihargai lagi. Haizar mengeluh.

Kalau dia boleh putarkan masa balik,…tidak akan dia melepaskan Nuha Surfina begitu sahaja. Huh.

Sunday, March 16, 2014

Mr. Venustraphobia - Bab 12


HASIF bangun dari pembaringan bersama matanya yang masih terpejam rapat. Pelipisnya dipegang kejap sebelum perlahan-lahan matanya dibuka. Silau. Matahari yang sudah terpacak naik menyebabkan dia terpaksa juga bangun untuk bersiap ke tempat kerja.

Katil yang bersepah dibiarkan. Tuala diambil dan berlalu menuju ke bilik air. Namun, kepalanya yang terasa berat menyebabkan dia berhenti melangkah. Hasif berpatah balik ke katil lalu melabuhkan punggung. Pelipisnya dipegang semula. Sakit.

Telefon yang berada di sebelah diambil lalu didail nombor telefon seseorang.

“ Assalammualaikum, Ani. Hari ni saya MC eh. Kepala saya rasa pening pulak. Hmm. Thanks.” Butang merah ditekan sebelum dia segera merebahkan diri di atas katil. Terasa lega seketika.

Tidak berapa lama kemudian itu, telefonnya berdering semula. Dengan malas, telefon dicapai lalu ditekapkan ke telinga.

“ Hello, Ani. I don’t want to be bother today so please…”

“ Hello, Hasif ? Are you okay ? Kenapa suara kamu macam tak sihat je ?” suara Datuk Hisyam yang menampar gegendang telinganya itu memadamkan rasa panas di hati. Hasif berdeham sebelum membalas soalan papanya.

“ Err, Hasif okay pa. Ada apa papa call Hasif pagi-pagi ni ?” suaranya yang agak serak cuba dikawal sebaik mungkin agar tidak dikesan oleh papanya.

“ Tak ada apa. Papa Cuma nak jumpa kamu je. Hari ni kamu sibuk ke ? Ramai patient ?” tanya Datuk Hisyam lembut. Datin Sofia yang berada di sebelah sudah tersenyum penuh makna.

“ Hari ni Hasif MC pa. Err, can I know why papa nak jumpa Hasif hari ni ?” Digagahkan diri juga untuk bertanya kerana suara papanya itu seperti ada hal penting yang mahu dibincangkan. Tiba-tiba pula hatinya berdegup kencang. Kenapa dia rasa seperti ini  pula ?

“ Hmm, kamu kenal anak Datuk Rayyan ?” Datuk Hisyam sudah memulakan rancangannya. Senyuman Datin Sofia makin melebar apabila suaminya bertanyakan soalan yang satu itu.

Hasif berdiam seketika. Kepalanya cuba mengingati pemilik nama namun masih gagal diingati. “ Who pa ?”

Datuk Hisyam berdeham. “ Anak Datuk Rayyan yang tunggal tu.”

Hasif berdiam lagi. Datuk Rayyan ? Nama itu macam pernah dia dengar, tapi di mana ya ? “ Datuk Rayyan yang Ray Holdings ?” tanya Hasif meminta kepastian.

Datuk Hisyam menggeleng kepalanya. Datin Sofia pula menepuk dahinya. Kenapa lembab sangat anak dia yang seorang ni. Adoi !

“ Datuk Rayyan yang ada anak tunggal perempuan seorang tu lah !” jerit Datuk Hisyam sedikit kuat.

Hasif menjauhkan telinganya daripada telefon. Kuat betul suara papanya menjerit. “ Hmm, ok, Hasif kenal, tapi kenapa ya pa ?”

Satu-satunya anak tunggal Datuk Rayyan. Siapa yang tak kenal. Nuha Surfina. Nama yang cukup melekat di ingatannya sehingga ke hari ini. Cuma tadi dia agak keliru kerana terlalu banyak orang yang bernama Rayyan jadi dia keliru yang mana satu papanya maksudkan.

“ Papa dah aturkan date untuk kamu berdua hari ni pukul 2. Tapi, kamu kata tadi kamu MC ya ? Jadi, papa tak dapatlah nak…”

“ Hah ! Pa ! Hasif MC bukan sebab sakit pa, Hasif cuma stress je. Nak cuti kejap, rehatkan minda. Well, you know…” Belum sempat Datuk Hisyam menghabiskan ayatnya, Hasif pantas memotong. Date dengan Nuha ? Dia dan Nuha ? Hasif dan Nuha ? Gila nak tolak ! Bukan ke itu yang dia harapkan sejak dari dulu ? Peluang dah datang, apa lagi ?

“ Err, oookaayyy…Kejap lagi papa confirmkan dengan Datuk Rayyan ya. Ingat tau, pukul 2 sharp ! Jangan bagi anak dara orang tunggu lama-lama !” ujar Datuk Hisyam tegas. Hasif pula tersenyum-senyum malu dihujung talian.

“ Ok, pa. I promise !” Talian dimatikan. Badan direbahkan semula ke atas katil. Matanya tertancap pada siling bilik bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Wajah gadis itu kini berlayar di fikirannya. Tawa gadis itu, senyumannya, sungguh tidak dapat dia lupakan. Hasif tersengih sendirian apabila memikirkan kenangan lama.



“ WHAT pa ?!” Nuha yang sedang mengalami kejutan budaya terus terduduk di atas sofa berhadapan papanya. Datuk Rayyan hanya tersenyum sumbing melihat reaksi anaknya.

“ Papa nak jodohkan Nuha dengan Abang Hasif ?!” ujar Nuha meminta kepastian sekali lagi. Sama ada dia pekak ataupun papanya sendiri yang sudah nyanyuk.

Datuk Rayyan senyum. “ Papa gurau je lah. Saja nak test Nuha kalau-kalau Nuha ingat tak Abang Hasif tu.” jelas Datuk Rayyan. Dia tersenyum plastik. Kalau anaknya tidak suka dengan pilihannya, macam mana dia mahu jodohkan Nuha dan Hasif nanti ? Aduh ! Apa yang dia nak jawab dengan teman baiknya ?

Sebenarnya tadi, Datuk Rayyan sengaja mahu bertanya soalan itu kerana mahu melihat reaksi anaknya. Kalau suka, mesti Nuha jadi malu-malu. Tapi, bila diulang tayang reaksi Nuha sebentar tadi, langsung tiada kriteria orang yang suka tapi malu yang dia sangkakan. Sangkaan dia meleset sama sekali !

Nuha mengurut dadanya. Lega setelah mendengar penjelasan dari papanya. Ingatkan tadi, papanya itu betul-betul mahu menjodohkan dia dengan Abang Hasif. Hmm, bukan apa. Kalau bab jodoh-jodoh ni dia tidak berapa gemar. Bukannya sebab dia tidak suka Abang Hasif. Dia suka. Tapi, sebagai abang dan tidak lebih dari itu.

“ Hmm. Ingatkan apalah tadi. Nuha ingatlah pa. Kenapa papa tiba-tiba tanya ?” stokin yang terlepas dari genggaman tadi diambil semula lalu disarungkan pada kaki. Sekali sekala matanya menjeling pada jam dinding di ruang tamu. Takut terlambat untuk ke kelas.

Datuk Rayyan senyum penuh makna tersirat. Kalau Nuha tak terima sekarang tidak apa kerana dia pasti, selepas beberapa kali pertemuan, pasti anak tunggal kesayangannya itu akan menerima juga pilihan hatinya.

“ Abang Hasif kamu tu baru balik dari luar negara dan…”

“ Dia nak datang rumah ke ?” Mata Nuha tiba-tiba bersinar-sinar.

‘ Abang Hasif dah balik ?! Yes !!’ jerit hati Nuha dengan penuh kegembiraan.

“ Eyy, budak ni. Masa orang tua tengah bercakap, jangan mencelah. Dia bukan nak datang rumah kita, tapi dia nak jumpa kamu !” Datuk Rayyan menggeleng-geleng kepala manakala Nuha terdiam seribu bahasa. Abang Hasif nak jumpa dia ? Berdua je ? Sungguh pelik bin ajaib. Selalunya, kalau mahu keluar bersama, pasti Abang Hasif akan mengajak Haizar bersama. Tapi, kenapa kali ni…hmm…

“ Jumpa ? Bila ?” pendek saja pertanyaan Nuha. Takut-takut kalau papanya salah sangka pula nanti.

“ Hari ni, pukul 2 petang. Tadi papa dah message Hasif nombor telefon kamu. So, kalau kamu nak tanya apa-apa, papa boleh bagi nombor telefon dia pada kamu.”

Nuha senyap. Senyuman lebar tadi sudah hilang dari wajahnya. Kenapa Abang Hasif mahu berjumpa dengan dia secara berdua-duaan ?

“ Hmm, pa. Haizar ikut sekali ke ? Takkanlah Abang Hasif nak jumpa berdua-duaan sebab dia selalu tak nak keluar berdua dengan Nuha.” Terluah juga soalan yang bermain di fikirannya.

Datuk Rayyan menggeleng perlahan. “ Nope. You, him, ONLY !”

Nuha menggaru kepala. Tak pening terus jadi migrain pula. Kenapa tiba-tiba Abang Hasif berubah ? Selalunya kalau Nuha ajak keluar berdua pasti Hasif akan menolak habis-habisan. Bukan setakat tu je, muka lelaki itu pasti akan bertukar merah. Adakah lelaki itu sudah berubah ? Maklumlah, Nuha sudah lama tidak bersua muka dengan dia. Mungkin lelaki itu sudah berubah. Nuha tersenyum.



SONGKOK yang menutup kepalanya itu dibetulkan untuk kali terakhir. Baju melayu yang tersarung di badan diperkemaskan sebelum samping juga turut dibetulkan agar tidak senget. Penampilan haruslah nampak sempurna kerana dia bakal mendapat perhatian orang ramai sebentar lagi. Nafas ditarik, kemudian dilepaskan. Siap !

“ Fulamak, pengapit lelaki nampak lagi handsome pulak dari pengantin ! Mana boleh macam ni !” Hasif hanya tersenyum mendengar kata-kata kawannya.

“ Kau pun apa kurangnya, nampak smart macam selalu.”

Adnan tersengih. Walaupun dia nampak segak hari ini tapi tetap tidak dapat mengalahkan ketampanan semulajadi milik Hasif. Tapi apa yang penting, dia kahwin lagi awal dari Hasif. Muahahaha.

“ Thanks, bro. Tapikan, dari tadi aku tak nampak pun adik kau yang bongsu tu. Selalunya dia dengan kau macam belangkas. Tak boleh berpisah langsung.” Setahu dia, Hasif memilik dua orang adik, Haizar dan Haiyan. Yang paling dia kenal sudah tentulah Haiyan kerana adik yang seorang itu selalu berkepit dengan Hasif.

“ Dia kan duduk asrama. Hari ni dia ada hal pulak, tu yang tak dapat ikut tu.” Terang Hasif tenang. Memang sejak Haiyan berpindah ke asrama, adiknya itu jarang-jarang sekali pulang.

“ Ohh,…oklah. Kau tolong betulkan tanjak aku ni. Rasa macam senget pulak.” Hasif segera membantu kawannya yang merengek meminta pertolongan.

Tok ! Tok !

Secara automatik, pandangan Hasif dan Adnan kedua-duanya beralih pada pintu yang diketuk.

“ Pengantin lelaki dah siap belum. Kita kena bergerak cepat ni. Pengantin perempuan dah tunggu dekat luar.”

“ Eh, jom, jom ! Dah lambat.” Hasif dengan pantas mencapai payung yang diletakkan di atas katil lalu membuntuti langkah rakannya.

“ Awak ! Panas tahu tak ! Kenapa lambat sangat !” rengek Riana, isteri Adnan. Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh yang kelihatan lain dari yang lain. Selalunya lelaki itu memakai t-shirt dan seluar jeans, tapi kali ini nampak berbeza sekali. Riana tersenyum.

“ Wah ! Hasif nampak lainlah hari ni, nampak kacak. Lagi kacak dari awaklah.” Ejek Riana. Meletus ketawa saudara mara dan kenalan rapat mereka. Manakala, Adnan pula memuncungkan mulut. Tidak puas hati dengan komen isterinya. Hasif pula tersenyum malu.

Riana mendekati Adnan lalu tangan suaminya dipegang. “ Tahu pun marah kan. Lain kali jangan lambat.” Sebuah senyuman manis dihadiahkan pada si suami yang merajuk maka secara semulajadinya, senyuman manis itu juga turut dibalas sama.

Hasif juga turut gembira dengan rakannya kerana memiliki seorang isteri yang baik. Kalau boleh, dia juga mahukan seorang isteri yang memahami seperti itu suatu hari nanti. Hmm.

“ Woi, pak cik. Kipas mana ?” Pertanyaan Adnan mematikan lamunan Hasif.

Hasif seperti terpinga-pinga mendengar soalan rakannya. Maklumlah, dia baru first time jadi pengapit. Manalah dia tahu benda-benda macam tu.

“ Kipas apa ?” tanya Hasif seperti orang dungu.

“ Kipas pengantin lah woi.” Balas Adnan tidak percaya. Tentu kawannya itu tidak pernah melihat pengantin berarak. Kalau tidak, masakan dia tidak tahu.

“ Alamak ! Aku rasa tertinggal dekat dalam lah wei.” Hasif semakin kelam kabut. Macam mana dia boleh terlupa mengenai kipas pengantin itu. Aduh ! Hasif, Hasif.

Tiba-tiba ada seorang gadis datang menghampiri mereka.

“ Abang ! Ni kipas abang kan ? Abang tertinggal kat dalam tadi.”

Hasif menoleh kebelakang. Kipas yang disuakan oleh adik itu disambut.

“ Ohh, terima kasih, dik. Abang terlupa pula tadi. Terima kasih ya.” Wajah adik yang memberi kipasnya tadi itu dipandang. Dia terpana. Jantungnya berdegup kencang. Deruan nafasnya tidak teratur. Gadis yang berketinggian sederhana itu menangkap perhatiannya. Sangat…cantik.

“ No problem !” balas gadis itu riang.

Gadis yang tidak diketahui nama itu beredar lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Riana. Pengapit pengantin perempuan rupanya. Hasif tersenyum. Masih ada masa untuk berkenal-kenalan. Jangan gelojoh. Hehehe.

Friday, January 10, 2014

Mr. Venustraphobia - Bab 11

Assalammualaikum wbt.

Dah lama tak update ? Senyap ? Sekarang tidak lagi...Amani Ahlam dah balik ! 

Demi meraikan comeback saya, Mr. Venustraphobia bab 11 saya kasi update ! Dipersilakan baca ! 

Terima kasih kepada yang setia menunggu. Jangan risau, saya tak kemana-mana pun. Ada je. Saja nak test korang. Ehek. Anyway, happy reading ! Harap chapter ni memuaskan hati ye ! =D


Bab 11


ROSE mengetap bibir rapat. Api cemburu mula membara-bara ke seluruh tubuhnya. Tangannya menggenggam penumbuk di sisi. Dahinya berkerut-kerut menahan rasa marah yang bertapa. Kedua-dua orang mahkluk yang sedang mengkaji pelajaran sambil ketawa mesra di meja hujung perpustakaan itu dipandang tajam.

Kakinya mula dihayunkan menuju ke arah pasangan yang sedang berbahagia itu. Botol air mineral yang berada di tangan itu digenggam erat. Setelah beberapa meter menghampiri mereka, botol air dibuka dan dituangkan ke atas kepala Nuha. Habis basah baju sekolah yang dipakai gadis itu. Rose tersenyum bangga.

Mulut Haizar melopong saat melihat baju Nuha yang secara tiba-tiba menjadi basah itu. Matanya dijegilkan pada Rose. Punggung diangkat.

“ Kau buat apa ni hah ?!” jerkah Haizar kuat menyebabkan beberapa murid yang sedang membaca buku di situ agak terkejut dengan suara Haizar yang meninggi. Pergaduhan antara Rose dan Haizar mendapat perhatian di situ.

“ Awak tanya saya apa yang saya buat ? Awak buta ke ?” soal Rose sinis sekali. Dia mencebik. Tangannya disilangkan ke dada.

Haizar mengeluh perlahan. Malas dia mahu bertengkar lidah dengan gadis cantik itu. Paham sangat dia dengan perangai Rose yang tidak pernah menyembunyikan perasaannya itu. Kalau dia sedih, dia akan menangis sampai ke pagi dan kalau dia marah, inilah contohnya.

“ Bangun Nuha. Baju awak tu kena tukar. Jom.” Lengan Nuha dipegang kejap agar gadis itu bangun dengan segera. Dengan langkah yang lemah akibat trauma dengan kejadian sebentar tadi, akhirnya gadis itu bangun juga.

“ Awak nak pergi mana Haizar ?! Saya belum habis cakap lagi !”

“ Kau cakap je lah dengan meja tu.” Balas Haizar tanpa menoleh ke belakang.

Rose menghentak kakinya tidak puas hati. Geram dengan sikap Haizar yang seperti nak tak nak sahaja dengan hubungan mereka itu. Semasa diajak untuk belajar bersama pun Haizar asyik memberikan alasan. Setelah dapat tahu sahaja informasi yang diberikan kawannya, baru dia dapat tahu yang Haizar ada hubungan dengan Nuha.

Kalau tidak, sampai bila-bila dia takkan tahu yang Haizar membuat hubungan bersama perempuan lain di belakangnya. Itu baru pakai air mineral sahaja. Belum pakai asid lagi. Rose tersenyum jahat.



HAIZAR bersandar pada dinding sambil tangannya disilangkan ke dada menunggu Nuha yang sedang menukar baju di dalam. Sejak akhir-akhir ni dia tahu yang dia telah mengabaikan Rose tapi, entah kenapa apabila bersama Nuha, dia terasa, selesa. Sifat gadis itu yang ceria sungguh menceriakan hari-hari dia.

Kalau nak dibandingkan kecantikan Nuha dan Rose, dari segi fizikal, Rose memang nampak cantik. Tapi, Nuha juga cantik. Cuma gadis itu sahaja yang tidak tahu nak berhias. Penampilan dia sangat biasa tiap kali ke sekolah. Rambutnya yang panjang diikat tinggi dengan riben berwarna biru. Kebanyakan pelajar perempuan di sekolah itu memang menggayakan stail itu sahaja.

Pintu yang dikuak dari dalam itu menghentikan lamunan Haizar. Secara automatik bibirnya mengukir senyuman saat melihat Nuha yang kelihatan segar dengan memakai t-shirt sekolah. Rambutnya yang sudah basah kuyup itu dilepaskan.

“ Comel.” Puji Haizar sambil tersenyum memandang gadis itu.

Nuha mengukir senyuman nipis. “ Err, Haizar.” Ujar Nuha perlahan. Dia sebersalah untuk memberi tahu jejaka itu tentang sesuatu kerana dia pun dalam diam menyukai lelaki itu.

“ Hmm ? Apa dia ?” Gadis di hadapannya itu kelihatan gemuruh. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Nuha memandang kasutnya. Kemudian dia mengangkat muka.

“ Saya rasa mulai hari ni, kita tak payah jumpa lagi lah eh. Saya takut nanti Rose marah. Dia tu girlfriend awak. Bukannya saya. Jadi, saya harap sangat kalau kita…”

“ Tak nak !” Senyuman Haizar mati. Matanya tegas memandang Nuha.

“ Ini mesti pasal tadi kan ? Awak tak payah risaulah. Saya memang nak putus dengan dia pun.” Balas Haizar selamba.

Nuha mengeluh perlahan. “ Dah beritahu dia ?”

Haizar memandang bawah. Tak sanggup memandang mata Nuha yang memanah anak matanya.

Nuha tergelak perlahan. “ Itu tandanya, awak tak sanggup nak berpisah dengan dia. Betul tak ?” tebak Nuha sambil tersenyum.

Haizar angkat muka. Tak ! Dia bukannya tak sanggup nak berpisah dengan Rose tapi dia,…err…Argh ! Entah !

“ Nuha, saya…”

“ Awak pergi je lah dekat dia balik. Saya ok. Memang sepatutnya dari awal lagi saya tak terima awak sebagai kawan saya. Kalau saya tak terima, pasti salah faham ni semua takkan berlaku kan ?” Nuha senyum nipis. Pahit sekali rasanya setelah berkata begitu. Kenapa ya ?

“ Tapi saya…” Tidak sempat dia hendak berkata apa-apa, Nuha terlebih dahulu memotong.

“ Oklah. Saya ada kelas lepas ni. Bye !” Tangan dilambaikan pada Haizar bersama senyuman palsu. Dia berjalan menuju ke kelas dengan perasaan yang kecewa.

‘ Haizar bukan untuk kaulah Nuha. Dia milik orang lain.’ Bisik hati Nuha perlahan.



“ BUAT apa tu ?”

Suara itu seperti dia kenal ?

Nuha mengangkat wajah. Terpampang wajah Haizar yang sedang tersenyum memandangnya. Mata dijegilkan.

“ Macam mana awak tahu saya dekat sini ?” Matanya tepat memandang Haizar yang sedang melabuhkan punggung di kerusi depannya.

“ Bantuan teknologi masa kini.” Haizar tersengih. Nuha mencebik. Lelaki itu memang berpegang teguh pada peribahasa, ‘ nak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Heh.

“ Motif datang sini ?” tanya Nuha sombong. Malas dia mahu melayan lelaki itu. Rimas !

“ Nak jumpa dengan bakal isteri lah.” Haizar menongkat dagunya. Matanya dikelipkan berkali-kali. Senyuman manis dihadiahkan pada gadis yang sedang memakai leather jacket itu.

“ Mengarut.” Nuha menjuling matanya ke atas sebelum sling bag dipakai. Punggung diangkat kemudian menuju ke kaunter pembayaran. Haizar juga turut mengekori Nuha ke kaunter pembayaran.

“ Nak pergi mana lepas ni ?” tanya Haizar sambil kedua-dua belah tangannya diletakkan ke belakang.

“ Balik.” Balas Nuha sepatah. Dia mempercepatkan langkah menuju ke superbike yang dinaikinya tadi tanpa menjeling sedikit pun pada lelaki di sebelahnya itu.

“ Nak ikut.” Ujar Haizar dengan nada yang manja.

Nuha memberhentikan langkah. Dia memang tak boleh blah dengan mamat otak tiga suku itu. Memang sengaja cari pasal malam-malam buta ni. Tanpa memperdulikan Haizar, dia terus menghayunkan langkah menuju ke superbike yang terletak beberapa meter darinya.

Haizar memberhentikan langkah. Senyuman diukir. Gadis itu masih lagi marah. Mungkin memang salah dia juga. Sejak dari dulu sampai sekarang, gadis itu masih tidak boleh dimilikinya. Haih. What a shame…



DATUK Hisyam memasuki perkarangan rumah banglo milik Datuk Rayyan bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Setelah bertahun-tahun lamanya, barulah sekarang dia boleh membuat keputusan untuk berjumpa dengan Datuk Rayyan. Kawan lamanya semasa zaman kolej dulu.

Datin Sofia yang berada di sebelah juga turut tersenyum sama. Hari inilah yang ditunggu-tunggu. Kalau nak tunggu anaknya itu, memang sampai umurnya mencecah lapan puluh tahun pun belum tentu lagi anaknya itu mahu merealisasikan impiannya yang satu itu.

“ Assalammualaikum.” Datuk Hisyam memberi salam.

Pintu terkuak dari dalam lalu terjengul wajah Datuk Rayyan. Senyuman lebar dilemparkan. Memang tetamu inilah yang dia tunggu sejak dari tadi.

“ Waalaikummussalam. Syam ! Masuklah ! Aku ingat kau sesat tadi.” Datuk Rayyan segera mendapatkan teman baiknya itu. Dipeluknya tubuh kawan rapatnya itu erat.

“ Ada lah sesat sikit tadi. Tapi kau jangan risaulah. Rumah bakal besan ni ! Sesat tak sesat, kena cari jugak !” Datuk Hisyam ketawa kuat.

Bahu kawannya yang sudah lanjut usia itu ditepuk perlahan.

“ Dah lama kita tak jumpa kan. Masing-masing sibuk dengan business sendiri. Macam kau lainlah kan. Anak kau yang seorang tu boleh jagakan. Hmm. Siapa nama anak kau yang kedua tu ?”

“ Haizar ! Dia tu sibuk memanjang. Yang sulung tu pulak, sibuk uruskan klinik dia.”

Datuk Rayyan menghenyakkan punggung di atas sofa menghadap Datuk Hisyam dan isterinya. “ Setahu aku kau ada tiga orang anak kan ?” tanya Datuk Rayyan meminta kepastian. Dia sendiri pun tidak tahu yang mana satukah anak teruna milik rakannya itu yang hendak dijodohkan dengan Nuha.

“ A’ah. Hasif, Haizar dan Haiyan.” Jawab Datuk Hisyam lancar.

“ Habis tu, yang mana satu yang hendak dijodohkan dengan anak aku ?”

“ Yang bukak klinik tu.”

Datuk Hisyam tersenyum penuh makna. Datuk Rayyan mengangguk kepala. Datin Sofia tersenyum gembira.
?"gi anaknya itu mahu t keputusaembira.tuk Rayyan mengangguk.aku ?"ohkan dengan Nuha.
 kedua tu ?"gi anaknya itu mahu t keputusa?"gi anaknya itu mahu t keputusaembira.tuk Rayyan mengangguk.aku ?"ohkan dengan Nuha.
 kedua tu ?"gi anaknya itu mahu t keputusa

Monday, November 25, 2013

Mr. Venustraphobia - Bab 10

Assalammualaikum wbt. 

Sepatutnya update hari Sabtu hari tu, tapi my sister kahwin so, agak busy sikit...Lagi-lagi, saya yang jadi maid of honornya...Haih...penat teramat sangat...Tapi, disebabkan dah janji nak update every week so here we go...Mr. Venustraphobia chapter 10 for you guys...enjoy ! ^^V

Bab 10


MACKENZIE blouse yang dikenakan pada tubuhnya itu dibelek-belek ala kadar seraya sehelai seluar jeans yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar dipakai. Rambutnya yang panjang melebihi bahu itu diikat tinggi. Sehelai leather jacket disarung pada badan. Zip ditarik dan diperkemaskan lagi. Dah siap !

Kunci motor dan cap berwarna hitam dicapai laju. Jam tangan dikerling sekilas. Pasti Syasya bengang gila dengan dia kerana lambat. Selepas habis kelas tadi, dia pulang ke rumah sampai pukul 6. Disebabkan keletihan yang amat sangat, jadi dia membuat keputusan untuk membuat taik mata seketika. Malangnya, dia terlambat bangun dan hasilnya dia terlambat !

“ Pa, pinjam motor kejap. Ha dah lambat ni.” Ujar Nuha Surfina sambil tergesa-gesa menuruni anak tangga. Segera dia mendapatkan papanya yang sedang sibuk membuat kerja di ruang tamu.

Datuk Rayyan menoleh ke kiri memandang anaknya yang sudah bersiap. “ Kamu nak pergi mana ni ?” tanya Datuk Rayyan. Pelik betul penampilan anaknya itu. Nampak Feminine tapi ganas. Eh ? Macam mana tu ?

“ Ada majlis perpisahan, Nuha temankan Syasya je.” Balas Nuha selamba sambil menyarungkan stokin pada kakinya.

Datuk Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal. “ Pakai macam ni pergi majlis orang ?” terkebil-kebil Datuk Rayyan memandang anak daranya yang seorang itu. Bekas model, tapi pakai semua yang pelik-pelik. Memang tak paham betul dia dengan satu-satunya anak dia tu.

Nuha berhenti menyarungkan stokin pada kakinya. Matanya memandang pada pakaian yang dipakai. “ A’ah la pa. Kenapa ?” soal Nuha pelik. Macam tak pernah nampak dia pakai baju macam ni je hari-hari pergi kolej. Entah apa-apa papanya itu.

Datuk Rayyan menggeleng kepala. “ Nuha Surfina binti Datuk Rayyan, majlis yang kamu nak pergi ni majlis formal. Kenapa pakai baju selekeh macam ni ?”

Nuha mengerutkan dahinya. “ Papa cakap baju Ha selekeh ?! Mana ada selekehlah pa ! Vogue apa pakai macam ni.” Rungut Nuha sambil matanya dijegilkan kea rah papanya. Selekeh papa dia cakap ? Memang sungguh tidak patut ! 

Sampai hati papanya mengutuk penampilan dia yang super duper rock ni. Kalau orang tak pernah buat, dia mahu jadi orang pertama yang buat ! Biar terbeliak sikit biji mata tetamu yang hadir. Asyik pakai dress je. Tiap kali majlis formal mesti dress. Asyik-asyik dress ! Bosan betul ! Kali ni bagi lainlah sikit.

Datuk Rayyan menggelengkan kepalanya untuk kesekian kali. “ Takkan lah Ha nak pakai macam ni. Pakai lah baju yang macam Ha selalu pakai masa on stage dulu.” Datuk Rayyan memberi pendapat. Dia memang tak pandai bab-bab dressing-dressing ni semua. Tapi, sekurang-kurangnya, dia tahu jugaklah nak bezakan majlis formal dan yang bukan formal. Bukannya main taram saja.

Nuha menjuling mata ke atas. “ Relax ah pa. Nuha teman kawan je kot. Nak melaram bagai buat apa. Sebelum pukul 10, Nuha balik eh. Papa jangan risau. Alright, see ya !” balas Nuha seraya kunci motor yang digantung itu dicapai dan segera dia berlari menuju ke Superbike Ducati milik papanya.

Enjin dihidupkan. Topi keledar dipakai dan segera dia membonceng laju Superbike papanya. Senang sikit naik motor ni, sebab selalunya jalan akan jem. Nasib baiklah dia ada lesen motor. Tak sia-sia dia berhempas pulas dulu. Sampai luka-luka kakinya gara-gara asyik terjatuh dari motor.

Getaran dari telefon bimbitnya dibiarkan sahaja. Tahu sangat siapa yang menelefon. Motor berkuasa tinggi itu segera dipandu laju menuju ke destinasi yang ditujui. Pasti Syasya akan membebel sebab dia datang lambat. Terpaksalah dia menahan telinga mendengar syarahan minah tu. Haih. Apalah nasib.



BLACK Tuxedo Georgio Armani yang tersarung pada tubuh dipandang dari cermin panjang dihadapannya. Bow tie berwarna hitam diperkemaskan. Seorang saleswoman yang ingin membantu dia membetulkan pakaiannya ditolak. Tidak mahu ada perempuan yang bukan muhrim menyentuhnya sesuka hati.

Bukan boleh percaya sangat saleswoman zaman sekarang ni. Kalau nampak ada pakwe cun sikit, mulalah dia tunjuk rajin nak menolong. Cuba kalau suruh layan yang tak handsome, confirm dia tolak kawan dia suruh buat. Haih.

Tuxedo yang diperbuat dari Itali itu dibelek-belek sehingga puas hati. Dia mahu penampilannya hari ini tampil berkarisma. Maklumlah, ramai awek datang nanti. Walaupun yang sebenarnya tangan dia tengah bergigil seperti orang kena parkinson sebab kena berhadapan dengan ramai perempuan nanti. Aduh. Perempuan satu hal. Yang satu hal lagi ni, Rose Halina akan menjadi pasangan dia pada malam ini. Gemuruh sungguh dia rasakan saat ini.

“ Tuan Haiyan, driver dah sampai.” Ujar salah seorang pekerja lelaki di situ seraya menunduk hormat selepas Haiyan melangkah keluar dari butik terkemuka di situ. Sebuah Mercedes Benz S Class Limousine sudah diparkir elok di hadapan pintu utama. Seorang pemandu memakai topi keluar dari kereta dan pintu dibuka untuk memberi ruang kepada Haiyan.

Tuxedo yang dipakai dikemaskan sedikit sebelum menghenyakkan punggungnya pada seat mewah kereta panjang itu. Selesa. Gaya macam orang nak hadir ke majlis makan malam kerabat diraja je, padahal hanya sekadar menghadiri ke majlis persaraan cikgu tersayang. Disebabkan tema pada malam itu adalah, luxurious lifestyle jadi semua pelajar yang hadir harus mengikut temanya.

Nasib baik semua pelajar kolej di situ anak-anak orang kaya, kalau tak memang kena tukarlah tema tu. Ini semua idea brilliant genius Akil lah ni ! Orang cakap buat tema biasa-biasa je, dia memandai nak guna pakai tema macam tu. Dah dengan dia-dia sekali disuruhnya buat macam ni.

Memang dia antara anak orang kaya, tapi itu tidak semestinya dia harus belanjakan keseluruhan harta mak bapak dia sesuka hati. Dia bukannya jenis seperti itu. Dalam berbelanja pun dia berpada-pada. Kalau ikutkan hati dia, tak ada maknanya dia nak pakai tuxedo, naik kereta limousine bagai ni.

Ini semuanya idea dan pujuk rayu si Akil. Bukan pujuk rayu pada dia tapi pada mama dia. Kalau dia jangan haraplah nak menjadi. Kesemua baju dan kereta ini adalah tajaan Datin Sofia merangkap mamanya yang tersayang.

Dah banyak kali cakap tak payah, tak payah sampai naik muak dia nak menuturkan ayat itu. Tapi, Datin Sofia tetap mendesaknya. Katanya nanti, nampak segak dan tampan. Dalam hati, dia memang dah tampan pun buat apa nak tampan lagi. Huh. Rambut yang sudah siap digayakan dikuakkan sedikit ke belakang. Memang dah macam artis nak ambik award dah lagak gaya dia hari ini. Huh.



NUHA yang sudah sampai beberapa minit yang lalu itu menjengukkan kepalanya mencari kelibat kawannya yang entah mana. Telefon diambil dari poket. Jari jemarinya laju menaip mesej untuk dihantarkan pada kawan baiknya yang seorang itu.

Ekau kek no ? – Nuha

Tidak sampai berapa minit menunggu, Syasya membalas mesejnya.

Den kek meja nombo ompek. Ekau copek lah sikit datang. – Syasya

Aku dah sampai lah ! Tunggu jap, aku cari. – Nuha

Kepalanya dipanjangkan sambil mata tidak berhenti menganalisis grand hall yang sudah dihias cantik itu. Jumpa ! Baru dia hendak menuju ke arah kawannya itu tetapi badannya tiba-tiba berlaga dengan seseorang. Gedebuk ! Nuha jatuh terduduk manakala perempuan yang seorang lagi sudah habis lencun evening gaunnya.

“ What the…?! Hoi perempuan ! Kau buta eh ? Jalan tu boleh pakai mata tak ?!” tengking Rose sambil matanya mencerlung tajam memanah pada gadis di hadapannya yang cuba untuk bangun.

Nuha mengangkat muka. Matanya membulat saat memandang wajah di hadapannya. Rose juga turut terkejut sama.

“ Engkau !!!” jari telunjuk masing-masing dinaikkan. Dahi berkerut seribu.

“ Apa kau buat dekat sini ?” soal Rose sambil matanya masih mencerlung memandang wajah Nuha. Dia ingat sangat perempuan itu. Mereka sama sekolah dulu dan tidak mungkin dia akan lupakan wajah itu.

“ Yang kau pulak buat apa dekat sini ?” Nuha menyoal kembali. Matanya tajam memandang anak mata Rose. Apalah nasib dia malang sangat hari ni. Haih. Satu lagi episod yang menyedihkan. Malang, malang.

Rose mengetap giginya rapat. Menahan rasa amarah yang semakin menjalar ke seluruh tubuhnya. Pendingin hawa yang dipasang sudah tidak terasa sejuknya lagi malah rasa panas pula yang menyerbu masuk.

“ Kau jangan nak loyar buruklah Nuha. Kau nak makan free je kan dekat sini ? Kesiannya kau ni kan. Nak makan pun kena sampai datang majlis macam ni. Huh !” Rose menjeling Nuha dengan berlagak. Senyuman sinis ditarik. Tubuhnya dipeluk sambil jari telunjuk tangan kanannya dihalakan pada pakaian yang dipakai Nuha.

“ Kalau ye pun nak makan free, baju tu biar bagi elok lah sikit. Tak ikut tema langsung ! Opps ! Lupa pulak yang kau ni tak ada duit nak beli baju mahal-mahal kan ?” ejek Rose sambil tergelak jahat pada Nuha. Nuha memandang Rose tajam. Minah ni memang tak habis dendam dengan dia lagi ni. Haih. Nasib betul dia malam ni.

“ Kau ingat aku hingin sangat ke nak makan dekat sini ? Dengar sini ye mak cik. Bukak telinga kau tu besar-besar sikit. Baju apa aku nak pakai suka hati aku lah…Bukannya nak guna se-sen duit mak bapak kau pun ! In fact, aku bukan jenis yang menyusahkan mak bapak aku lah ! Baju yang kau pakai ni pun, bukannya duit kau pun kan ? Duit mak bapak kan ? Haha. Jadi, tak payahlah nak berlagak beli macam pakai duit kau pulak. Beringatlah sikit duit hasil titik peluh mak bapak kau tu. Jangan asyik nak berbelanja je.” Nuha berpaling ke belakang dan melangkah beberapa tapak kemudian dia berhenti dan berpusing ke belakang semula.

“ Oh, by the way, hutang keluarga kau dekat DR Sdn Bhd dah bayar balik belum ? Sorry to saylah, sebab bapak aku yang kerja jadi kuli dekat sana tu cerita dekat aku. Well, tiada rahsia antara aku dengan bapak aku. Ciao !” tangan kanan diangkat dan dilambai sambil bibirnya terlakar senyuman kemenangan. ‘ Nasib kaulah hutang dekat syarikat bapak aku ! Muahahaha !!!’

Rose mengetap bibirnya sambil kakinya dihentak-hentakkan. Perempuan tu memang nak kena ! Sejak dari sekolah lagi memang dia asyik kalah dengan gadis itu. Gadis yang telah merampas buah hati dia pada suatu masa dahulu. Sampai sekarang dendam dia pada Nuha tak habis lagi. Gadis itu harus rasa apa yang dia rasa pada suatu masa dahulu ! Harus !



JAKET yang ditanggalkan dari badan beberapa minit lalu dipakai semula. Kalau dia tahu nasib dia akan jadi macam ni, jangan haraplah dia nak tunjuk muka dekat situ ! Dah tak pasal-pasal baju dia kena kutuk. Habis semua hal pasal harta diungkit perempuan bengong tu ! Huh ! Memang tak berubah-ubah perangai minah langsuir tu. Langsuir tu pun tak macam dia !

Gedebuk untuk kali ke, err, entah berapa. Entah mana mangkuk hayun entah melanggarnya. Nasib baik tak jatuh terduduk macam tadi. Kalau tak, memang nahas orang yang langgar dia tu. Muka diangkat.

“ Engkau !!!”

Kenapalah banyak-banyak malam, malam ini juga dia datang bala. Memang tak cool betullah. Dia fikir malam ni dia nak makan puas-puas tapi lain pulak jadinya.

“ Kau buat apa dekat sini hah ?!” Haiyan membetulkan kotnya yang sudah sedikit senget. Kemudian matanya mencerlung tajam ke arah gadis di hadapannya itu. Akhirnya, kita berjumpa lagi ya. Panjang betul jodoh kita…eh. Bukan jodoh. Err, guna perkataan lain tapi bukan jodoh ! Tak sesuai !

“ Malam ni dah dua kali aku dengar soalan yang sama. Boleh tanya soalan lain tak ? Naik berbulu telinga aku dengar soalan tu.” Nuha memeluk tubuh sambil matanya menjeling ke tempat lain. Menyampah ! Double menyampah betul dia hari ni !

Eh ? Minah ni sesuka hati je suruh dia tanya soalan lain. Memang brutal betul.

“ Err, engkau dah lama dekat sini ?” Hah ! Itu sahajalah soalan yang boleh difikirkan saat ini. Lagipun, soalan dia macam lebih kurang sama sikit dengan yang pertama tadi.

“ Lama jugaklah. Dalam…” Nuha memandang jam tangannya seketika.

“ 10 minit 20 saat. Kenapa ?” pandangan dihalakan kembali pada jejaka kacak yang memakai tuxedo di hadapannya. Menyampah tu memang menyampah, tapi, kekacakan mamat tu malam ni amatlah terserlah lagi sebab lelaki itu tidak memakai cermin mata. Lain bebenor penampilan lelaki itu sehinggakan dia tadi pun tak berapa nak kenal.

“ Err, eh ! Kau stalk aku ke hah ! Sebab, yang pasal hari tu ?” ujar Haiyan sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Pandangannya masih lagi tepat memandang gadis brutal yang memakai leather jacket ala-ala minah rempit di hadapannya itu. Sungguh luar biasa betul cara perempuan itu berpakaian. Sungguh tidak up-to-date.

Nuha menjuling mata ke atas. “ Dah apa kejadah aku nak stalk kau pulak ! Kalau anak raja tu tak apa jugak aku hendap ! Huh ! Habis tu, yang kau ni, buat apa dekat sini ?” soal Nuha kembali. Apabila difikirkan balik, pelik pula soalan dia tu. Haih.

“ Aku ? Datang untuk tunjuk mukalah. Kenapa ?”

“ Tunjuk muka ?” Nuha soal kehairanan. Pelik.

“ Ye lah, tunjuk muka je lah. Lepas tu blah. Aku bukan minat sangat pun nak datang ni. Kawan aku paksa. Yang kau tu, siapa jemput ?” balas Haiyan. Seronok pula berbual dengan perempuan brutal ni. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup dia berbual dengan perempuan. Peluh tak berjaya memunculkan diri manakala gabra dan sikap gemuruhnya tidak berani menunjukkan tanda. Pelik betul.

“ Kawan aku yang ajak. Tapi, tak pasal-pasal pulak bertukar jadi malang. Hmm, tak apalah. Aku cau dulu. Penat. Bye !”

“ Eh, kau tak nak tunggu lama sikit ke ?”

“ Tak apalah ! Lain kali kita jumpa lagi ok. Ciao !” Nuha melambai tangan seraya memakai helmet keselamatan dan membonceng Superbikenya laju.

Haiyan masih berdiri di tempat tadi sambil tersenyum. Memang kalau dengan perempuan tu dia pelik sikit. Macam cakap dengan kawan-kawan lelaki dia tapi yang berbezanya gadis itu perempuan. Selesa sahaja. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu ! Haiyan menepuk dahinya. Lupa nak tanya nama daaa…Haih. Tak apa. Perempuan brutal tu pun satu kolej dengan dia. Pasti dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi. Hehe.