Sunday, March 16, 2014

Mr. Venustraphobia - Bab 12


HASIF bangun dari pembaringan bersama matanya yang masih terpejam rapat. Pelipisnya dipegang kejap sebelum perlahan-lahan matanya dibuka. Silau. Matahari yang sudah terpacak naik menyebabkan dia terpaksa juga bangun untuk bersiap ke tempat kerja.

Katil yang bersepah dibiarkan. Tuala diambil dan berlalu menuju ke bilik air. Namun, kepalanya yang terasa berat menyebabkan dia berhenti melangkah. Hasif berpatah balik ke katil lalu melabuhkan punggung. Pelipisnya dipegang semula. Sakit.

Telefon yang berada di sebelah diambil lalu didail nombor telefon seseorang.

“ Assalammualaikum, Ani. Hari ni saya MC eh. Kepala saya rasa pening pulak. Hmm. Thanks.” Butang merah ditekan sebelum dia segera merebahkan diri di atas katil. Terasa lega seketika.

Tidak berapa lama kemudian itu, telefonnya berdering semula. Dengan malas, telefon dicapai lalu ditekapkan ke telinga.

Hello, Ani. I don’t want to be bother today so please…”

Hello, Hasif ? Are you okay ? Kenapa suara kamu macam tak sihat je ?” suara Datuk Hisyam yang menampar gegendang telinganya itu memadamkan rasa panas di hati. Hasif berdeham sebelum membalas soalan papanya.

“ Err, Hasif okay pa. Ada apa papa call Hasif pagi-pagi ni ?” suaranya yang agak serak cuba dikawal sebaik mungkin agar tidak dikesan oleh papanya.

“ Tak ada apa. Papa Cuma nak jumpa kamu je. Hari ni kamu sibuk ke ? Ramai patient ?” tanya Datuk Hisyam lembut. Datin Sofia yang berada di sebelah sudah tersenyum penuh makna.

“ Hari ni Hasif MC pa. Err, can I know why papa nak jumpa Hasif hari ni ?” Digagahkan diri juga untuk bertanya kerana suara papanya itu seperti ada hal penting yang mahu dibincangkan. Tiba-tiba pula hatinya berdegup kencang. Kenapa dia rasa seperti ini  pula ?

“ Hmm, kamu kenal anak Datuk Rayyan ?” Datuk Hisyam sudah memulakan rancangannya. Senyuman Datin Sofia makin melebar apabila suaminya bertanyakan soalan yang satu itu.

Hasif berdiam seketika. Kepalanya cuba mengingati pemilik nama namun masih gagal diingati. “ Who pa ?”

Datuk Hisyam berdeham. “ Anak Datuk Rayyan yang tunggal tu.”

Hasif berdiam lagi. Datuk Rayyan ? Nama itu macam pernah dia dengar, tapi di mana ya ? “ Datuk Rayyan yang Ray Holdings ?” tanya Hasif meminta kepastian.

Datuk Hisyam menggeleng kepalanya. Datin Sofia pula menepuk dahinya. Kenapa lembab sangat anak dia yang seorang ni. Adoi !

“ Datuk Rayyan yang ada anak tunggal perempuan seorang tu lah !” jerit Datuk Hisyam sedikit kuat.

Hasif menjauhkan telinganya daripada telefon. Kuat betul suara papanya menjerit. “ Hmm, ok, Hasif kenal, tapi kenapa ya pa ?”

Satu-satunya anak tunggal Datuk Rayyan. Siapa yang tak kenal. Nuha Surfina. Nama yang cukup melekat di ingatannya sehingga ke hari ini. Cuma tadi dia agak keliru kerana terlalu banyak orang yang bernama Rayyan jadi dia keliru yang mana satu papanya maksudkan.

“ Papa dah aturkan date untuk kamu berdua hari ni pukul 2. Tapi, kamu kata tadi kamu MC ya ? Jadi, papa tak dapatlah nak…”

“ Hah ! Pa ! Hasif MC bukan sebab sakit pa, Hasif cuma stress je. Nak cuti kejap, rehatkan minda. Well, you know…” Belum sempat Datuk Hisyam menghabiskan ayatnya, Hasif pantas memotong. Date dengan Nuha ? Dia dan Nuha ? Hasif dan Nuha ? Gila nak tolak ! Bukan ke itu yang dia harapkan sejak dari dulu ? Peluang dah datang, apa lagi ?

“ Err, oookaayyy…Kejap lagi papa confirmkan dengan Datuk Rayyan ya. Ingat tau, pukul 2 sharp ! Jangan bagi anak dara orang tunggu lama-lama !” ujar Datuk Hisyam tegas. Hasif pula tersenyum-senyum malu dihujung talian.

“ Ok, pa. I promise !” Talian dimatikan. Badan direbahkan semula ke atas katil. Matanya tertancap pada siling bilik bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Wajah gadis itu kini berlayar di fikirannya. Tawa gadis itu, senyumannya, sungguh tidak dapat dia lupakan. Hasif tersengih sendirian apabila memikirkan kenangan lama.



WHAT pa ?!” Nuha yang sedang mengalami kejutan budaya terus terduduk di atas sofa berhadapan papanya. Datuk Rayyan hanya tersenyum sumbing melihat reaksi anaknya.

“ Papa nak jodohkan Nuha dengan Abang Hasif ?!” ujar Nuha meminta kepastian sekali lagi. Sama ada dia pekak ataupun papanya sendiri yang sudah nyanyuk.

Datuk Rayyan senyum. “ Papa gurau je lah. Saja nak test Nuha kalau-kalau Nuha ingat tak Abang Hasif tu.” jelas Datuk Rayyan. Dia tersenyum plastik. Kalau anaknya tidak suka dengan pilihannya, macam mana dia mahu jodohkan Nuha dan Hasif nanti ? Aduh ! Apa yang dia nak jawab dengan teman baiknya ?

Sebenarnya tadi, Datuk Rayyan sengaja mahu bertanya soalan itu kerana mahu melihat reaksi anaknya. Kalau suka, mesti Nuha jadi malu-malu. Tapi, bila diulang tayang reaksi Nuha sebentar tadi, langsung tiada kriteria orang yang suka tapi malu yang dia sangkakan. Sangkaan dia meleset sama sekali !

Nuha mengurut dadanya. Lega setelah mendengar penjelasan dari papanya. Ingatkan tadi, papanya itu betul-betul mahu menjodohkan dia dengan Abang Hasif. Hmm, bukan apa. Kalau bab jodoh-jodoh ni dia tidak berapa gemar. Bukannya sebab dia tidak suka Abang Hasif. Dia suka. Tapi, sebagai abang dan tidak lebih dari itu.

“ Hmm. Ingatkan apalah tadi. Nuha ingatlah pa. Kenapa papa tiba-tiba tanya ?” stokin yang terlepas dari genggaman tadi diambil semula lalu disarungkan pada kaki. Sekali sekala matanya menjeling pada jam dinding di ruang tamu. Takut terlambat untuk ke kelas.

Datuk Rayyan senyum penuh makna tersirat. Kalau Nuha tak terima sekarang tidak apa kerana dia pasti, selepas beberapa kali pertemuan, pasti anak tunggal kesayangannya itu akan menerima juga pilihan hatinya.

“ Abang Hasif kamu tu baru balik dari luar negara dan…”

“ Dia nak datang rumah ke ?” Mata Nuha tiba-tiba bersinar-sinar.

‘ Abang Hasif dah balik ?! Yes !!’ jerit hati Nuha dengan penuh kegembiraan.

“ Eyy, budak ni. Masa orang tua tengah bercakap, jangan mencelah. Dia bukan nak datang rumah kita, tapi dia nak jumpa kamu !” Datuk Rayyan menggeleng-geleng kepala manakala Nuha terdiam seribu bahasa. Abang Hasif nak jumpa dia ? Berdua je ? Sungguh pelik bin ajaib. Selalunya, kalau mahu keluar bersama, pasti Abang Hasif akan mengajak Haizar bersama. Tapi, kenapa kali ni…hmm…

“ Jumpa ? Bila ?” pendek saja pertanyaan Nuha. Takut-takut kalau papanya salah sangka pula nanti.

“ Hari ni, pukul 2 petang. Tadi papa dah message Hasif nombor telefon kamu. So, kalau kamu nak tanya apa-apa, papa boleh bagi nombor telefon dia pada kamu.”

Nuha senyap. Senyuman lebar tadi sudah hilang dari wajahnya. Kenapa Abang Hasif mahu berjumpa dengan dia secara berdua-duaan ?

“ Hmm, pa. Haizar ikut sekali ke ? Takkanlah Abang Hasif nak jumpa berdua-duaan sebab dia selalu tak nak keluar berdua dengan Nuha.” Terluah juga soalan yang bermain di fikirannya.

Datuk Rayyan menggeleng perlahan. “ Nope. You, him, ONLY !”

Nuha menggaru kepala. Tak pening terus jadi migrain pula. Kenapa tiba-tiba Abang Hasif berubah ? Selalunya kalau Nuha ajak keluar berdua pasti Hasif akan menolak habis-habisan. Bukan setakat tu je, muka lelaki itu pasti akan bertukar merah. Adakah lelaki itu sudah berubah ? Maklumlah, Nuha sudah lama tidak bersua muka dengan dia. Mungkin lelaki itu sudah berubah. Nuha tersenyum.



SONGKOK yang menutup kepalanya itu dibetulkan untuk kali terakhir. Baju melayu yang tersarung di badan diperkemaskan sebelum samping juga turut dibetulkan agar tidak senget. Penampilan haruslah nampak sempurna kerana dia bakal mendapat perhatian orang ramai sebentar lagi. Nafas ditarik, kemudian dilepaskan. Siap !

“ Fulamak, pengapit lelaki nampak lagi handsome pulak dari pengantin ! Mana boleh macam ni !” Hasif hanya tersenyum mendengar kata-kata kawannya.

“ Kau pun apa kurangnya, nampak smart macam selalu.”

Adnan tersengih. Walaupun dia nampak segak hari ini tapi tetap tidak dapat mengalahkan ketampanan semulajadi milik Hasif. Tapi apa yang penting, dia kahwin lagi awal dari Hasif. Muahahaha.

Thanks, bro. Tapikan, dari tadi aku tak nampak pun adik kau yang bongsu tu. Selalunya dia dengan kau macam belangkas. Tak boleh berpisah langsung.” Setahu dia, Hasif memilik dua orang adik, Haizar dan Haiyan. Yang paling dia kenal sudah tentulah Haiyan kerana adik yang seorang itu selalu berkepit dengan Hasif.

“ Dia kan duduk asrama. Hari ni dia ada hal pulak, tu yang tak dapat ikut tu.” Terang Hasif tenang. Memang sejak Haiyan berpindah ke asrama, adiknya itu jarang-jarang sekali pulang.

“ Ohh,…oklah. Kau tolong betulkan tanjak aku ni. Rasa macam senget pulak.” Hasif segera membantu kawannya yang merengek meminta pertolongan.

Tok ! Tok !

Secara automatik, pandangan Hasif dan Adnan kedua-duanya beralih pada pintu yang diketuk.

“ Pengantin lelaki dah siap belum. Kita kena bergerak cepat ni. Pengantin perempuan dah tunggu dekat luar.”

“ Eh, jom, jom ! Dah lambat.” Hasif dengan pantas mencapai payung yang diletakkan di atas katil lalu membuntuti langkah rakannya.

“ Awak ! Panas tahu tak ! Kenapa lambat sangat !” rengek Riana, isteri Adnan. Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh yang kelihatan lain dari yang lain. Selalunya lelaki itu memakai t-shirt dan seluar jeans, tapi kali ini nampak berbeza sekali. Riana tersenyum.

“ Wah ! Hasif nampak lainlah hari ni, nampak kacak. Lagi kacak dari awaklah.” Ejek Riana. Meletus ketawa saudara mara dan kenalan rapat mereka. Manakala, Adnan pula memuncungkan mulut. Tidak puas hati dengan komen isterinya. Hasif pula tersenyum malu.

Riana mendekati Adnan lalu tangan suaminya dipegang. “ Tahu pun marah kan. Lain kali jangan lambat.” Sebuah senyuman manis dihadiahkan pada si suami yang merajuk maka secara semulajadinya, senyuman manis itu juga turut dibalas sama.

Hasif juga turut gembira dengan rakannya kerana memiliki seorang isteri yang baik. Kalau boleh, dia juga mahukan seorang isteri yang memahami seperti itu suatu hari nanti. Hmm.

“ Woi, pak cik. Kipas mana ?” Pertanyaan Adnan mematikan lamunan Hasif.

Hasif seperti terpinga-pinga mendengar soalan rakannya. Maklumlah, dia baru first time jadi pengapit. Manalah dia tahu benda-benda macam tu.

“ Kipas apa ?” tanya Hasif seperti orang dungu.

“ Kipas pengantin lah woi.” Balas Adnan tidak percaya. Tentu kawannya itu tidak pernah melihat pengantin berarak. Kalau tidak, masakan dia tidak tahu.

“ Alamak ! Aku rasa tertinggal dekat dalam lah wei.” Hasif semakin kelam kabut. Macam mana dia boleh terlupa mengenai kipas pengantin itu. Aduh ! Hasif, Hasif.

Tiba-tiba ada seorang gadis datang menghampiri mereka.

“ Abang ! Ni kipas abang kan ? Abang tertinggal kat dalam tadi.”

Hasif menoleh kebelakang. Kipas yang disuakan oleh adik itu disambut.

“ Ohh, terima kasih, dik. Abang terlupa pula tadi. Terima kasih ya.” Wajah adik yang memberi kipasnya tadi itu dipandang. Dia terpana. Jantungnya berdegup kencang. Deruan nafasnya tidak teratur. Gadis yang berketinggian sederhana itu menangkap perhatiannya. Sangat…cantik.

No problem !” balas gadis itu riang.

Gadis yang tidak diketahui nama itu beredar lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Riana. Pengapit pengantin perempuan rupanya. Hasif tersenyum. Masih ada masa untuk berkenal-kenalan. Jangan gelojoh. Hehehe.

3 comments: