LAGI
beberapa hari saja lagi Dian akan pulang ke Malaysia. Kalau dia pulang ke
Malaysia dengan tangan kosong macam mana ? Sia-sia lah dia datang dari jauh
semata-mata nak mengajak abangnya pulang.
Tak
boleh jadi ! Dia tak boleh menyerah kalah. Kalau perlu dia mengheret lelaki itu
ke airport, dia sanggup buat !
Asalkan Tengku Daniel pulang ke Malaysia bersama dia. Masa semakin suntuk.
Dian
berdiri di depan pintu dengan penuh kesabaran. Selepas membaca selawat beberapa
kali, butang loceng ditekan. Dia memandang pada wajahnya di skrin. Membuat muka
kasihan. Mengharapkan lelaki itu membuka pintu.
Tiba-tiba
pintu dibuka. Terpacul wajah Tengku Daniel yang baru sahaja bangun.
“
Kau nak apa ?” tanya Daniel malas.
“
Ikut saya pulang please…”
“
Tak nak !” Pintu ditutup kasar. Macam itu je ? Macam itu je dia direject ? Hampeh.
Keesokan
paginya…
“
Ikut saya balik Malaysia, pleaseeeee…”
“
Tak nak !”
Petang…
“
Ikut saya…”
Gedebum !!!
Dian
mengeluh. Cubaan demi cubaan tidak berjaya. Dia harus fikirkan strategi lain.
Dan ting, ting ! Idea dah sampai !
Butang
loceng ditekan. Sekali lagi, Dian menayang wajah kesiannya. Dan sekali lagi,
berjaya. Pintu dibuka.
“
Encik Daniel, saya janji saya akan buat apa sahaja yang Encik Daniel suruh saya
buat. Tapi, tolonglah…ikut saya balik Malaysia.” Rayu Dian penuh syahdu. Wajah
kasihan kali ini digandakan. Mimik muka harus dibuat sekasihan mungkin.
Daniel
berfikir-fikir. “ Tiba-tiba,…aku rasa dahaga pulak.” Serta merta Dian berlari
menuju ke kedai untuk membeli air. Beberapa minit kemudian, Dian muncul bersama
sebotol air mineral ditangan lalu diserahkan pada Daniel. Daniel tersenyum
penuh makna.
“
Hari ni aku ada photoshoot tapi,…”
“
Saya tolong !” Dian melantik dirinya sendiri. Daniel memegang dagunya. Sengaja
dia buat-buat fikir. He he he.
“
Ok fine ! Esok tunggu saya depan ni.
8 am sharp !” tegas Daniel memberi
arahan kepada ‘adik angkatnya’.
JANTUNGNYA
bagaikan mahu tercabut keluar dari badan. Serta merta, pandangannya dilabuhkan
ke tempat lain. Tidak sanggup memandang ke arah makhluk yang seorang itu.
Ingatkan tugasnya hanya membeli air, mengambil baju dan kerja-kerja yang
seumpamanya. Rupa-rupa…
“
Cepat ! Aku ada photoshoot lagi lepas
ni.” Arah Daniel tegas. Dalam diam, dia tersenyum menang. Dengan teragak-agak,
Dian menghampiri Daniel yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang. Semakin
Dian menghampirinya, semakin senyumannya mekar bak bunga morning glory.
Perlahan-lahan,
tangan Dian menghampiri dada milik Daniel yang bidang. Tangannya sedikit
terketar-ketar untuk membutangkan satu persatu baju kemeja putih yang dipakai
lelaki itu. ‘Nak butang baju mesti suruh orang yang buat ke ?! Mengada betul !’
bebel Dian dalam diam.
Daniel
memandang Dian. Tiba-tiba, jantungnya pula yang berdebar-debar. Kenapa pula ni
?
Dengan
cepatnya, jari Dian mula lincah membutangkan pakaian Daniel. Puas dia memujuk
diri agar tidak terlalu ‘obses’ dengan tubuh gagah milik Daniel. ‘ Dia abang
aku, dia abang aku. Jangan mengada…’ pujuk hatinya berkali-kali. Dan akhirnya…
“
Okay ! Siap !” sorak Dian gembira.
Selesai juga tugasan ‘peliknya’ itu. Tangan diletakkan ke belakang. Matanya memandang
wajah Daniel yang seperti tidak lepas memandangnya. Dian mengangkat sebelah
kening.
“
Err, dah siap.” Ulangnya sekali lagi. Daniel tersedar. Mengapa cepat sangat
masa berlalu ? Dia masih tidak puas untuk menatap wajah comel itu ! Ahh ! Gadis
yang dikatakan comel itu adik angkat dia ! Eh, adik angkat je kan ? Boleh
kahwin…Eh ? Eh ?
Daniel
berdeham. Riak wajah dikawal.
“
Ohh, erm, thanks.” Balas Daniel
malu-malu. Wajah yang berbahang merah itu dialihkan. Takut kantoi. Manakala,
Dian hanya beriak biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hmm.
BEBERAPA
hari berada di negara asing, akhirnya, tibalah masa untuk Dian Nur Arya kembali
ke Malaysia. Walaupun hatinya terasa berat untuk meninggalkan negara Winter Sonata itu, tapi dia tetap harus
pulang ke tanah tumpah darahnya. Beg bagasi ditarik menuju ke kereta Uncle Han yang sedang menunggu.
Sementara
menunggu Uncle Han memasukkan beg-beg
ke dalam kereta, Dian termenung sendirian. Mengenangkan kenangan dia bersama
Tengku Daniel merangkap abangnya. Tapi, kenapa layanan Tengku Daniel tidak
seperti abang langsung. Lebih kepada sepasang kekasih yang sedang hangat
bercinta. Oh ! Apa yang difikirkannya ni ?! Jangan merepek Dian ! He’s your brother !
Jam
tangan dikerling seketika. Tidak mahu melayan perasaan yang makin lama makin
menyesakkan nafasnya serta merta. Fuh.
“
Hey, gorgeous ! Lama tunggu ?” ujar
Daniel. Mata dikenyitkan. Dian memandang abangnya dengan pandangan yang pelik.
Satu beg yang dijinjing Tengku Daniel ditenung.
“
Hello…Beg ni tak handsome okay. Nak
tenung, tenung yang ni.” Jari telunjuknya dihalakan pada wajahnya sendiri. Ada
ke patut lelaki sekacak dan sehot dia
ni diabaikan. Huh. Tak patut-tak patut.
“
Apa abang cakap ?” tanya Dian sedikit blur.
Dia memandang beg yang dipegang Daniel bukannya saja-saja tapi dia pelik.
Tengku Daniel merupakan seorang model yang terkenal dan sepatutnya tentulah
banyak beg yang dibawa. Mengapa hanya satu beg ? Persoalan itu dibiarkan saja.
Tak penting pun. Lelaki itu dah sanggup ikut dia pulang ke Malaysia pun dah
cukup bagus. Bersyukurlah…
Abang
? Kening dinaikkan. Kedengaran sangat sedap dan memang panggilan itu yang dia
teringin untuk dengar apabila sudah berkahwin nanti. Tapi, maksud ‘abang’ yang
disebut gadis itu, bukanlah dimaksudkan kepada seorang suami. Haih. Terasa
kecewa pula.
“
It’s nothing dear. Shall we go now ?” Daniel senyum. Cuba
menunjukkan wajah yang ceria.
DIAN
membuka pintu kereta. Sejak di lapangan terbang tadi, tidak banyak yang mereka
bualkan. Berpatah-patah yang Dian tanya, hanya dibalas sepatah saja oleh Tengku
Daniel. Dia pun tidak tahu mengapa abangnya berubah sedrastik itu. Selalunya,
ada saja yang mereka bualkan. Hmm.
Dian
mengeluarkan bagasinya dari kereta. Memang selalunya, dia akan angkat dan bawa
sendiri begnya. Walaupun dia mempunyai ramai pembantu rumah, Dian lebih suka
membuat sendiri. Tiba-tiba tangannya ditepis seseorang.
“
Biar aku bawakkan.” Ujar Daniel senada. Matanya tidak memandang pada wajah Dian
tapi hatinya…mahu dipeluk dan dicium gadis itu semahu-mahunya. Eh ?
Astaghfirullah…
“
Eh, tak apa. Dian boleh bawak sendiri.” Balas Dian. Tetapi tidak diendahkan
abangnya. Makin pelik Dian dibuatnya. Mengapa layanan abangnya itu seperti
dingin sahaja dengan dirinya. Dia ada buat salah ke ? Huh ? Salah apa ?
“
Dian, meh masuk cepat.” Jerit Tengku Maria dari dalam rumah. Nampak sahaja muka
anaknya yang makin kacak itu terus diserbunya Tengku Daniel. Terpinga-pinga
anak muda itu membalas pelukan mama yang disayangi.
Dian
mengambil tempat bertentangan dengan Tengku Daniel. Lelaki itu langsung tidak
memandang mahupun menjelingnya. Kenapa ya ? Eh ? Kenapa dia mahu jadi panasaran
pula jika lelaki itu tidak sudi melihatnya ? Bukannya dia lawa sangat pun…
“
Mama dengan papa harap, Danny tak pergi mana-mana dah lepas ni. Kerja dengan
papa je.” Tengku Maria memulakan mukadimah perbincangan mereka. Tengku Tajuddin
di sebelah disiku lembut. Memberi lampu isyarat untuk menyambung perbincangan.
Daniel
hanya diam. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat Dian yang hanya tersenyum.
Comel je anak orang ni. Haih.
“
Daniel dah kenal kan dengan Dian ? Anak angkat papa. Papa ambil dia masa dia 13
tahun dan masa tu Daniel baru lari.”
Perkataan
lari itu serta merta membuatkan Dian mahu tergelak. Ada ke orang lari dari
rumah sebab tak nak jadi CEO ? Haha. Macam lawak pula…
“
Kenal.” Balas Daniel malas.
“
Macam mana Danny dengan Dian kenal sayang ?” tanya Tengku Maria teruja. Tidak
sangka begitu cepat mereka berkenalan. Seperti sudah dirancang pula.
“
Ma…kita nak bincang pasal tu kan.” Tengku Tajuddin memberi signal agar isterinya itu tidak bertanya apa-apa. Kena slow and
steady. Takut kalau-kalau anaknya itu lari lagi. Semasa anak tunggalnya
pulang tadi pun sudah cukup menakjubkan. Tertanya-tanya juga macam mana Dian
berjaya memujuk hati batu anaknya itu.
“
Ehem. As I say,…Danny kena…”
“
On one condition.” Tidak sempat
Tengku Tajuddin melengkapkan ayatnya Daniel pantas mencelah.
“
Syarat apa ?” Tengku Tajuddin, Tengku Maria dan Dian senyap. Ingin mendengar
apakah syarat yang diletakkan.
“
I want to marry.” Ujar Daniel
selamba. Tiada belok-belok.
Tengku
Tajuddin dan Tengku Maria melepaskan lega. Fuh. Ingatkan apalah tadi. Haih.
Sudah besar rupanya anaknya itu. Manakala, Dian hanya diam. Tidak tahu mahu
bereaksi seperti apa. Terkejut ? Mahu menangis ? Nak nangis buat apa pulak…haih.,,
“
Err,…ma, pa…Dian nak naik atas kejap. Tukar baju. Mama dengan papa bincanglah
dengan abang Daniel dulu eh ?” Dian bangkit dari duduknya. Beg bagasi yang
berada di tepi tangga didapatkan.
“
Daniel nak kahwin dengan siapa sayang ? Dah ada calon ? Mama ada kawan yang
anak dia baru balik dari England. Kalau Danny nak kenal-kenal dengan dia boleh
juga.” Cadang Tengku Maria.
Daniel
merenung tajam ke arah Dian yang sedang bersusah payah mengangkat beg
bagasinya. “ Danny nak kahwin dengan dia.” Jari telunjuk dihalakan pada Dian.
Dian terdiam. Dia ? Dian memusing kebelakang. Jari telunjuk milik Daniel
dihalakan pada dia ? Kenapa ?!
Tengku
Tajuddin dan Tengku Maria melongo besar.
“
She’s your sister Daniel !”
“
Adopted sister, ma. Adopted. So, I can marry her.” Tegas Daniel berkata-kata. Tiba-tiba dia
bangun dan berjalan ke arah Dian yang terpinga-pinga. Tangan gadis itu dicapai
dan digenggam kemas. Terkejut Dian dibuatnya.
“
I want to marry her. Only her ! Or I will
not take that offer.” Mata Daniel bertembung dengan anak mata milik Dian.
Anak mata Dian seperti keliru.
‘
Maaf Dian sayang…’ bisik hati Daniel.
“
But why Dian ? Danny baru kenal dia
kan ? Bukan setakat tu je, she’s your
sister !”
Dian
melepaskan genggaman Daniel. Wajahnya penuh dengan kekeliruan. Apa ni ?! Ni
bukan drama melayu mahupun drama korea ! Arghhhh !!!!
“
Dian naik atas dulu.” Ujar Dian dingin. Beg bagasi ditinggalkan di bawah.
Kakinya terus dihayun menuju ke bilik. Berehat. Menenangkan minda.
TOK
! Tok !
Pintu
bilik dibuka. Memberi ruang Tengku Maria untuk masuk. Selepas Tengku Maria
masuk, tudung yang berada di kepala, dicabut. Memang setiap kali keluar dari
bilik, tudung adalah benda yang wajib harus dipakai.
“
Dian…” panggil Tengku Maria lembut. ‘Nak memujuk ler tu…’ bisik hati Dian.
“
No, ma. Dian tak nak. Maaf kalau Dian
kecewakan mama dengan papa. But, Dian
tak nak kahwin dengan abang Daniel. Dia abang Dian ma !”
“
Dian…I know he is your brother, tapi,
Dian tengoklah dia. Dia keras kepala Dian. Dia nak Dian juga. Apa yang mama nak
buat. I have no choice !” jelas
Tengku Maria. Dia serba salah untuk mengahwinkan anak tunggalnya dengan anak
angkatnya tapi apakan daya. Dia terpaksa ! Kalau dah dua-dua tak nak gantikan
tempat suaminya, siapa yang nak gantikan ? Dia ?! Mengarut…
“
Dian tak boleh ma. Kalau dia bukan abang Dian tak apa, tapi ni dia abang Dian !
Walaupun abang angkat.”
“
Please, Dian. Tolong mama. Dian
seorang je harapan mama. Apa mama nak buat kalau dia balik sana Dian ? Mama tak
nak berpisah dengan satu-satunya anak mama. Dian pahamkan perasaan mama. Hmm ?”
Dian tidak sanggup bertentangan mata dengan mamanya. Perasaan bersalah dan
terhutang budi kini menyelubungi. Arghhhh !!! Stressss !!!
“
Maaa…Dian dah banyak berkorban. Takkan Dian nak korbankan kehidupan Dian sebab
abang Daniel ma ?” Dian mencuba lagi. Mana tahu kali ini menjadi.
“
Dian…percayalah dekat mama. Dia tak pernah ada teman wanita Dian. Dia first time jatuh cinta. Dia dah cerita dekat mama and he is deeply in love with you. Mama tahu Dian mesti tak nak
kecewakan sesiapa kan ? He’s a good man
Dian. Percayalah. Because he’s my son. I
know him.” Haih. Tak menjadi rupanya. Dian memandang lantai. Berkerut-kerut
dahinya. Kusut !!!
best sgt amani... terbaik. haha good dear.
ReplyDeletethank you for reading kak =)
Deletebest sangat...tak sabar nak tunggu sambungannya
Deletebest sangat...tak sabar nak tunggu sambungannya
Deletebest sangat...tak sabar nak tunggu sambungannya
Deletethank you Sakinah...=)
DeleteBest 3x.
ReplyDeletethanks baby mio =)
Deletelagi...lagi...lagi dan lagi..
ReplyDeletehehe =)
Deletehai dear , i'm newbie..ceritanya sgt sgtlah menarik..boleh sambung cpt..
ReplyDeleteyes i see...thank you for reading dear newbie ! welcome to the club =)
DeleteWah...ade sambungan pula. Best
ReplyDelete