Friday, October 25, 2013

Mr. Venustraphobia - Bab 5

Assalammualaikum wbt.

Buat pengetahuan korang, err...nak beritahu ke tak...sebab, most of you yang baca cerita ni confirm dah cari apa maksud venustraphobia ni..hehe..tak pe, tak pe...saya terangkan sekali lagi....Venustraphobia ini adalah sejenis fobia. Fobia takut perempuan cantik...saya ulang,...takut perempuan cantik sahaja...tu je. Hehe...simple je bagi yang tak tahu lah apa maksudnya...so,...kita jangan buang masa lagi...chapter 5 here we go ! Happy reading readers ! ^^

Bab 5


NUHA sudah membuat muka merayu di hadapan papanya. Papanya pula sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil melihat anaknya yang seperti tidak mahu berhenti merayu itu.

“ Bukan janji nak daftar bulan depan ke ? Kenapa tiba-tiba awal sangat ni. Habis, kerja kamu tu macam mana ?” soal Datuk Rayyan sedikit bingung. Pecah kepala otaknya memikirkan sikap anaknya yang seorang ni. Kalau bukan anaknya seorang, dah lama dia kutai-kutai anak dia ni.

“ Alaa, kerja tu, bila-bila masa pun boleh. Yang penting sekarang, Nuha nak daftar masuk esok jugak ! Papa tolonglah cakap dengan orang atasan kolej tu. Boleh lah.” Nuha mengoncang-goncangkan bahu papanya. Datuk Rayyan pula yang terasa rimas dengan kelakuan anaknya itu.

“ Ok, ok ! Fine ! Nanti papa call kawan papa tu.” Ujar Datuk Rayyan. Kalau itulah yang boleh anaknya itu berhenti mengacau dia menonton berita Tv3, itu juga akan dibuatnya. Dia sudah tidak kira dah.

“ Dah ! Pergi main jauh-jauh !” halau Datuk Rayyan kepada anak daranya yang sudah terloncat-loncat kegembiraan. Dia hanya memandang dengan ekor mata, kemudian pandangannya beralih pada kaca tv.

Yes ! Thanks pa ! I love you !” jerit Nuha sambil mencium pipi papanya. Rimas pula dibuatnya budak seorang ni.

‘ Lepas ni jangan haraplah kau nak kacau aku lagi, Haizar !’ bisik Nuha kegembiraan. Sungguh dia gembira kerana berjaya memujuk papanya agar dia dapat ke kolej esok. Yahoo !



HAIYAN duduk termenung di sofa. Televisyen yang terpasang tidak berjaya menarik perhatian dia. Sekarang, perhatian dia hanya pada pemilik nama, Rose Halina. Gadis yang baru dia terserempak tadi itu sungguh cantik tidak terperi. Bagaikan bidadari yang turun dari langit.

Malangnya, sikap gemuruh dia itu menghalang dia untuk bercakap dengan gadis itu secara normal. Bila difikirkan semula, berbakul-bakul sesalan yang dia tanggung saat ini. Arh ! Kenapa boleh dia cakap gagap dengan Cik Rose tu. Mesti Rose fikir yang dia tu seorang lelaki yang gagap. Argh !

“ Hoi ! Kau termenung apa hah ?” sergah Hasif dari belakang mengejutkan Haiyan dari angan-angan mat jeninnya.

“ Kalau ya pun, bagilah salam dulu sebelum sergah tu. Nak buat orang mati cepat je keje kau kan.” Haiyan sudah menggeleng-gelengkan kepalanya mengenangkan sikap abangnya yang seperti anak-anak kecil. Tak padan doktor. Dia rasa elok abangnya itu jadi doktor budak-budak. Baru sesuai.

“ Assalammualaikum. Kau tengah buat apa hah ? Termenung je dari tadi. Fikir pasal mak cik jual pisang goreng dekat seberang jalan tu ke ?” kata-kata Hasif itu membuatkan Haiyan berfikir seketika. Mak cik jual pisang goreng ? Nah, sudah ! Abangnya itu sudah pun berjangkit penyakit dengan pesakit-pesakitnya di hospital. Penyakit gila !

“ Kau merepek apa ni bang ?” Haiyan mengerutkan dahinya.

Hasif sudah ketawa terbahak-bahak. “ Hah ! Termenung lagi ! Nasib baik normal kau ni. Kau tahu tak, pesakit aku jadi gila sebabkan ni lah ! Termenung banyak sangat.” Mata Haiyan sudah mencerlung melihat abangnya. Hampeh punya abang !

“ Kau ni bang. Nak sangat aku jadi gila ke ?” soal Haiyan tidak puas hati.

Hasif menghabiskan sisa tawanya. “ Kau kan adik aku, takkan lah aku nak doakan kau jadi gila pulak ! Haha ! Cukup-cukuplah dengan orang gila dekat tempat kerja aku tu. Takkan dekat rumah pun nak ada lagi ? Haha.” sekali lagi meletus ketawa Hasif. Haiyan pula sudang bengang melihat abangnya yang buat lawak sendiri, gelak sendiri. Atau lebih tepat lagi, SS ( Syok Sendiri ).

“ Menyampahlah cakap dengan kau !” ujar Haiyan seraya mengangkat punggungnya berura-ura untuk pergi.

“ Eh ! Kejaplah ! Kau ceritakanlah dekat aku kenapa kau termenung.” Ujar Hasif ingin tahu.

Haiyan melabuhkan punggungnya semula. Bersedia untuk menceritakan tentang gadis yang dia jumpa tadi.  Badannya dikalihkan memandang abangnya.“ Aku jumpa ada seorang perempuan ni bang. Cantik gila ! Macam model !” ujar Haiyan bersungguh-sungguh. Hasif pula mengangguk-anggukkan kepalanya.

“ Apa nama dia ?” tanya Hasif. Seratus peratus perhatian diberikan pada adiknya itu. Jarang sekali Haiyan bersikap begitu. Baru ini pertama kali dia melihat Haiyan kelihatan teruja apabila bercerita tentang perempuan cantik yang dia jumpa.

“ Rose. Rose Halina. Dengar nama pun dah tertawan kan ? Haha ! Aku teringin nak jumpa dia lagi, tapi, tu la…” Haiyan tidak jadi meneruskan kata-katanya.

Hasif berfikir. “ Hmm, kau…cakap meraban depan dia ke ?

Haiyan memandang abangnya dengan pandangan sedih. “ Cakap meraban tu tak lah, tapi, cakap gagap. Aduh ! Malu gila aku masa tu.” Haiyan menepuk dahinya. Sungguh dia malu gila !

Hasif mengangguk kepalanya. “ Itu petanda yang baik.”

Haiyan pelik. “ Petanda baik ? Meaning ?”

“ Itu maknanya kau tu tak gay !” Membulat mata Haiyan memandang abangnya. Hasif pula sudah mengekek-ngekek ketawakan dia.

“ Oi ! Aku memang tak gay lah ! Aku cuma phobia je ok. Phobia jumpa perempuan. Bukannya gay ! Hangkuk betullah kau ni bang !” bentak Haiyan tidak puas hati. Geram betul dia dengan abangnya itu. Kalau tidak buat lawak bodoh dalam sehari memang tak boleh. Kalau lawak best tak apa jugak. Ni lawak nak menyakitkan hati orang je.

“ Haha ! Phobia ke gay ke, aku tak kisah ! Yang penting sekarang, aku nak membuta. Err, hah ! Kalau kau jumpa crush kau tu, kau jangan lupa kirim salam ok. Cakap bakal abang ipar dia kirim salam. Bye !” ujar Hasif seraya beredar dari situ.

Selepas mendengar kata-kata Hasif, perlahan-lahan, bibir Haiyan mengukir senyuman. Ambil berat juga abangnya ini. Ingatkan tahu main-mainkan orang sahaja kerjanya. Hmm. Oh Rose Halinaku ! Bilakah kita bisa berjumpa lagi ?



HAIYAN membetulkan cermin mata yang sudah tersenget akibat terlampau fokus semasa kelasnya berjalan. Akil yang masih terhegeh-hegeh menyimpan barangnya itu ditinggalkan. Dia terus melulu berjalan keluar dari dewan kuliahnya. Beg sandang dipakai sebelah sambil berjalan menuju ke pintu.

“ Woi, Yan ! Tunggu ah !” jerit Akil dari belakang. Terkocoh-kocoh dia memasukkan buku ke dalam beg. Bukan dia tidak tahu yang sebenarnya kawan dia tu masih panas lagi tentang hal kelmarin. Mana tidaknya, kata mahu keluar berdua, tengok-tengok ‘berdua-dua’. Mana tak mengamuk si Haiyan. Nak-nak lagi si Amalina ada sekali. Beranglah jadinya.

Haiyan berhenti di hadapan kelasnya di tengah-tengah koridor. Dia berpeluk tubuh. ‘ Dah sakitkan hati orang, masih lagi nak tunjuk baik tu. Huh’ cebik Haiyan dalam hati. Bengang betul dia dengan Akil yang bersubahat dengan Amalina. Tapi, kalau tidak disebabkan Amalina, dia takkan berjumpa dengan Rose Halina hari itu. Huh.

Belum sempat dia ingin berpusing ke belakang, badannya sudah dirempuh sesuatu. Gedebuk ! Macam lori batu je yang melanggar dia tadi. Aduh ! Boleh tahan sakitnya. Sudahlah sakit dilanggar Rose hari itu tidak habis lagi. Lepas tu, ditambahnya lagi. Tapi, Rose tu ringan je, yang ni, berat bertan-tan ! Argh !

Haiyan mengerang kesakitan. Nuha melihat kertasnya yang sudah bertaburan di atas lantai. “ Damn ! Siapa yang berani langgar aku ni hah !” jerit Nuha sekuat hati. Dia ternampak sekujur tubuh yang sedang mengerang kesakitan. ‘ Apasal pulak mangkuk hayun ni terdampar kat tepi jalan ni. Eh ?!’

Nuha cepat-cepat bangun dari tempat jatuhnya. Kakinya disepak-sepak perlahan pada pinggang Haiyan. Lelaki itu makin menjerit kesakitan. ‘ Lembik betul, orang baru sepak sikit dah merengek.’ Bisik hati Nuha jahat.

“ Oi ! Bangun lah cepat. Tu, kau nampak tak aku punya kertas tu bersepah. Pergi kutip sekarang ! Dah langgar aku, kau buat bodoh je lak eh. Banyak cantik !” ujar Nuha. Matanya tajam memerhati lelaki itu yang sedang bangun perlahan-lahan.

Haiyan mula naik berang. Darahnya sudah ingin mencapai setinggi-tingginya. ‘Ini dah lebih ni. Dah langgar aku, dia boleh cakap aku yang langgar dia pulak. Bukan setakat tu je, siap sepak-sepak aku lagi ! Dia ingat aku ni apa !’ bisik Haiyan dalam hati bengang. “ Hoi !” Haiyan berpusing menghadap orang yang telah mencari fasal dengan dia tadi. Mereka berpandangan.

5 saat…
15 saat…
20 saat…
Kemudian…

“ Yan ! Aku rasa aku kena balik lah wei, mak aku…” Akil memandang Haiyan dan seorang perempuan lagi  yang dia tidak kenal. Macam minah rempit je minah ni. Akil pandang dari atas ke bawah penampilan gadis itu.

Rambut berapa panjang, dia tak berapa pasti, sebab rambutnya itu diselindungi cap. Baju t-shirt putih di dalam serta baju kemeja di luar kotak-kotak. Seluar, jeans. Gadis itu juga memakai cermin mata seperti Haiyan. Memang bukan taste dia langsung perempuan macam ni. Muka pun tak tahu berapa lawa, sebab dilidungi cermin mata. Apa yang dia tahu, wajah gadis itu sangat putih. Pandangannya bersilih ganti. Kejap pandang Haiyan, kejap pandang wajah gadis itu. Dah kenapa pulak diaorang ni ?

Haiyan menunjukkan jari telunjuknya pada batang hidung gadis di hadapannya itu. “ Kau ! Kau yang langgar aku, lepas tu, kau nak cakap aku langgar kau ! Siap suruh kutip kertas pulak tu..haip !” Haiyan menahan geramnya daripada dilepaskan sambil memegang dada. Dia menarik nafas kemudian menghembus perlahan. Mencari kekuatan dengan makhluk kepala batu di depannya itu.

“ Kau ingat, aku balaci kau ?!” jerit Haiyan nyaring. Gadis itu dia lihat selamba sahaja riak wajahnya. Tak melatah langsung ! Fuh ! Tough minah ni.

“ Kau nak jadi balaci aku ke ? Cara kau cakap macam nak jadi jer…” balas Nuha selamba. Kemudian, dia mencebik. Haiyan hanya melihat dengan hati yang panas. Akil yang dari tadi di depan pintu sudah ternganga seluas yang mungkin. Itu kawan aku ke ? Haiyan ? Dia…dah boleh cakap dengan perempuan lah !

“ Heyy, ni dah over sangat ni. Siapa yang nak sign up jadi balaci kau lak. Jangan nak tukar topik boleh tak ?” Mata masih tajam memandang gadis itu yang sedang membetulkan baju kemeja yang dipakai.

So, what ? Kutip kertas aku sekarang tak !”  jerit Nuha nyaring. Akil sudah mula kelam-kabut melihat perang dunia ketiga yang akan meletus itu. Cepat-cepat dia mengutip kertas yang bertebaran di lantai itu dan diserahkan pada gadis yang muka sudah seperti cacing kerawit itu.

Akil menarik lengan Haiyan untuk beredar dari situ. “ Ok, ok. Saya dah tolong kutipkan bagi pihak kawan saya. Err, Yan…dah, dah lah tu ! Jom, jom. Kita pergi minum. Let’s cool you off.” Bisik Akil di telinga Haiyan. Tapi tidak juga berjaya mengelakkan Nuha mendengarnya.

“ Sumbat ais krim banyak-banyak sikit dekat mulut kawan awak tu ! Haha.” Nuha ketawa terkekek-kekek. Akil yang mendengarnya sudah beristighfar banyak-banyak. Apa punya jenis perempuan daa…Nama je perempuan, tapi, tak macam perempuan pun. Haih. Sempat dia memandang ke belakang, gadis itu sedang melambai ke arahnya sambil tersenyum. Ganas, ganas jugak. Manis tu tetap ada. Akil tergelak kecil. Haiyan pula sudah jauh berbatu-batu meninggalkan dia.

No comments:

Post a Comment