Sepatutnya update hari Sabtu hari tu, tapi my sister kahwin so, agak busy sikit...Lagi-lagi, saya yang jadi maid of honornya...Haih...penat teramat sangat...Tapi, disebabkan dah janji nak update every week so here we go...Mr. Venustraphobia chapter 10 for you guys...enjoy ! ^^V
Bab 10
MACKENZIE
blouse yang dikenakan pada tubuhnya
itu dibelek-belek ala kadar seraya sehelai seluar jeans yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar dipakai.
Rambutnya yang panjang melebihi bahu itu diikat tinggi. Sehelai leather jacket disarung pada badan. Zip
ditarik dan diperkemaskan lagi. Dah siap !
Kunci motor dan cap
berwarna hitam dicapai laju. Jam tangan dikerling sekilas. Pasti Syasya bengang
gila dengan dia kerana lambat. Selepas habis kelas tadi, dia pulang ke rumah
sampai pukul 6. Disebabkan keletihan yang amat sangat, jadi dia membuat
keputusan untuk membuat taik mata seketika. Malangnya, dia terlambat bangun dan
hasilnya dia terlambat !
“ Pa, pinjam motor
kejap. Ha dah lambat ni.” Ujar Nuha Surfina sambil tergesa-gesa menuruni anak
tangga. Segera dia mendapatkan papanya yang sedang sibuk membuat kerja di ruang
tamu.
Datuk Rayyan menoleh ke
kiri memandang anaknya yang sudah bersiap. “ Kamu nak pergi mana ni ?” tanya
Datuk Rayyan. Pelik betul penampilan anaknya itu. Nampak Feminine tapi ganas. Eh ? Macam mana tu ?
“ Ada majlis
perpisahan, Nuha temankan Syasya je.” Balas Nuha selamba sambil menyarungkan
stokin pada kakinya.
Datuk Rayyan menggaru
kepala yang tidak gatal. “ Pakai macam ni pergi majlis orang ?” terkebil-kebil
Datuk Rayyan memandang anak daranya yang seorang itu. Bekas model, tapi pakai
semua yang pelik-pelik. Memang tak paham betul dia dengan satu-satunya anak dia
tu.
Nuha berhenti
menyarungkan stokin pada kakinya. Matanya memandang pada pakaian yang dipakai.
“ A’ah la pa. Kenapa ?” soal Nuha pelik. Macam tak pernah nampak dia pakai baju
macam ni je hari-hari pergi kolej. Entah apa-apa papanya itu.
Datuk Rayyan menggeleng
kepala. “ Nuha Surfina binti Datuk Rayyan, majlis yang kamu nak pergi ni majlis
formal. Kenapa pakai baju selekeh macam ni ?”
Nuha mengerutkan
dahinya. “ Papa cakap baju Ha selekeh ?! Mana ada selekehlah pa ! Vogue apa pakai macam ni.” Rungut Nuha
sambil matanya dijegilkan kea rah papanya. Selekeh papa dia cakap ? Memang
sungguh tidak patut !
Sampai hati papanya
mengutuk penampilan dia yang super duper
rock ni. Kalau orang tak pernah buat, dia mahu jadi orang pertama yang buat
! Biar terbeliak sikit biji mata tetamu yang hadir. Asyik pakai dress je. Tiap kali majlis formal mesti dress. Asyik-asyik dress ! Bosan betul ! Kali ni bagi lainlah sikit.
Datuk Rayyan
menggelengkan kepalanya untuk kesekian kali. “ Takkan lah Ha nak pakai macam
ni. Pakai lah baju yang macam Ha selalu pakai masa on stage dulu.” Datuk Rayyan memberi pendapat. Dia memang tak
pandai bab-bab dressing-dressing ni
semua. Tapi, sekurang-kurangnya, dia tahu jugaklah nak bezakan majlis formal
dan yang bukan formal. Bukannya main taram saja.
Nuha menjuling mata ke
atas. “ Relax ah pa. Nuha teman kawan
je kot. Nak melaram bagai buat apa. Sebelum pukul 10, Nuha balik eh. Papa
jangan risau. Alright, see ya !”
balas Nuha seraya kunci motor yang digantung itu dicapai dan segera dia berlari
menuju ke Superbike Ducati milik papanya.
Enjin dihidupkan. Topi
keledar dipakai dan segera dia membonceng laju Superbike papanya. Senang sikit
naik motor ni, sebab selalunya jalan akan jem. Nasib baiklah dia ada lesen
motor. Tak sia-sia dia berhempas pulas dulu. Sampai luka-luka kakinya gara-gara
asyik terjatuh dari motor.
Getaran dari telefon
bimbitnya dibiarkan sahaja. Tahu sangat siapa yang menelefon. Motor berkuasa
tinggi itu segera dipandu laju menuju ke destinasi yang ditujui. Pasti Syasya
akan membebel sebab dia datang lambat. Terpaksalah dia menahan telinga
mendengar syarahan minah tu. Haih. Apalah nasib.
BLACK
Tuxedo Georgio Armani yang tersarung pada tubuh dipandang dari cermin panjang
dihadapannya. Bow tie berwarna hitam
diperkemaskan. Seorang saleswoman
yang ingin membantu dia membetulkan pakaiannya ditolak. Tidak mahu ada perempuan
yang bukan muhrim menyentuhnya sesuka hati.
Bukan boleh percaya
sangat saleswoman zaman sekarang ni.
Kalau nampak ada pakwe cun sikit, mulalah dia tunjuk rajin nak menolong. Cuba
kalau suruh layan yang tak handsome, confirm dia tolak kawan dia suruh buat.
Haih.
Tuxedo yang diperbuat
dari Itali itu dibelek-belek sehingga puas hati. Dia mahu penampilannya hari
ini tampil berkarisma. Maklumlah, ramai awek datang nanti. Walaupun yang
sebenarnya tangan dia tengah bergigil seperti orang kena parkinson sebab kena
berhadapan dengan ramai perempuan nanti. Aduh. Perempuan satu hal. Yang satu
hal lagi ni, Rose Halina akan menjadi pasangan dia pada malam ini. Gemuruh
sungguh dia rasakan saat ini.
“ Tuan Haiyan, driver dah sampai.” Ujar salah seorang
pekerja lelaki di situ seraya menunduk hormat selepas Haiyan melangkah keluar
dari butik terkemuka di situ. Sebuah Mercedes Benz S Class Limousine sudah
diparkir elok di hadapan pintu utama. Seorang pemandu memakai topi keluar dari
kereta dan pintu dibuka untuk memberi ruang kepada Haiyan.
Tuxedo yang dipakai
dikemaskan sedikit sebelum menghenyakkan punggungnya pada seat mewah kereta panjang itu. Selesa. Gaya macam orang nak hadir
ke majlis makan malam kerabat diraja je, padahal hanya sekadar menghadiri ke
majlis persaraan cikgu tersayang. Disebabkan tema pada malam itu adalah, luxurious lifestyle jadi semua pelajar
yang hadir harus mengikut temanya.
Nasib baik semua
pelajar kolej di situ anak-anak orang kaya, kalau tak memang kena tukarlah tema
tu. Ini semua idea brilliant genius
Akil lah ni ! Orang cakap buat tema biasa-biasa je, dia memandai nak guna pakai
tema macam tu. Dah dengan dia-dia sekali disuruhnya buat macam ni.
Memang dia antara anak
orang kaya, tapi itu tidak semestinya dia harus belanjakan keseluruhan harta
mak bapak dia sesuka hati. Dia bukannya jenis seperti itu. Dalam berbelanja pun
dia berpada-pada. Kalau ikutkan hati dia, tak ada maknanya dia nak pakai
tuxedo, naik kereta limousine bagai ni.
Ini semuanya idea dan
pujuk rayu si Akil. Bukan pujuk rayu pada dia tapi pada mama dia. Kalau dia
jangan haraplah nak menjadi. Kesemua baju dan kereta ini adalah tajaan Datin
Sofia merangkap mamanya yang tersayang.
Dah banyak kali cakap
tak payah, tak payah sampai naik muak dia nak menuturkan ayat itu. Tapi, Datin
Sofia tetap mendesaknya. Katanya nanti, nampak segak dan tampan. Dalam hati,
dia memang dah tampan pun buat apa nak tampan lagi. Huh. Rambut yang sudah siap
digayakan dikuakkan sedikit ke belakang. Memang dah macam artis nak ambik award dah lagak gaya dia hari ini. Huh.
NUHA
yang sudah sampai beberapa minit yang lalu itu menjengukkan kepalanya mencari
kelibat kawannya yang entah mana. Telefon diambil dari poket. Jari jemarinya
laju menaip mesej untuk dihantarkan pada kawan baiknya yang seorang itu.
Ekau
kek no ? – Nuha
Tidak sampai berapa
minit menunggu, Syasya membalas mesejnya.
Den
kek meja nombo ompek. Ekau copek lah sikit datang.
– Syasya
Aku
dah sampai lah ! Tunggu jap, aku cari. – Nuha
Kepalanya dipanjangkan
sambil mata tidak berhenti menganalisis grand
hall yang sudah dihias cantik itu. Jumpa ! Baru dia hendak menuju ke arah kawannya
itu tetapi badannya tiba-tiba berlaga dengan seseorang. Gedebuk ! Nuha jatuh
terduduk manakala perempuan yang seorang lagi sudah habis lencun evening gaunnya.
“ What the…?! Hoi perempuan ! Kau buta eh ? Jalan tu boleh pakai mata
tak ?!” tengking Rose sambil matanya mencerlung tajam memanah pada gadis di
hadapannya yang cuba untuk bangun.
Nuha mengangkat muka.
Matanya membulat saat memandang wajah di hadapannya. Rose juga turut terkejut
sama.
“ Engkau !!!” jari
telunjuk masing-masing dinaikkan. Dahi berkerut seribu.
“ Apa kau buat dekat
sini ?” soal Rose sambil matanya masih mencerlung memandang wajah Nuha. Dia
ingat sangat perempuan itu. Mereka sama sekolah dulu dan tidak mungkin dia akan
lupakan wajah itu.
“ Yang kau pulak buat
apa dekat sini ?” Nuha menyoal kembali. Matanya tajam memandang anak mata Rose.
Apalah nasib dia malang sangat hari ni. Haih. Satu lagi episod yang
menyedihkan. Malang, malang.
Rose mengetap giginya
rapat. Menahan rasa amarah yang semakin menjalar ke seluruh tubuhnya. Pendingin
hawa yang dipasang sudah tidak terasa sejuknya lagi malah rasa panas pula yang
menyerbu masuk.
“ Kau jangan nak loyar
buruklah Nuha. Kau nak makan free je
kan dekat sini ? Kesiannya kau ni kan. Nak makan pun kena sampai datang majlis
macam ni. Huh !” Rose menjeling Nuha dengan berlagak. Senyuman sinis ditarik.
Tubuhnya dipeluk sambil jari telunjuk tangan kanannya dihalakan pada pakaian
yang dipakai Nuha.
“ Kalau ye pun nak
makan free, baju tu biar bagi elok
lah sikit. Tak ikut tema langsung ! Opps ! Lupa pulak yang kau ni tak ada duit
nak beli baju mahal-mahal kan ?” ejek Rose sambil tergelak jahat pada Nuha.
Nuha memandang Rose tajam. Minah ni memang tak habis dendam dengan dia lagi ni.
Haih. Nasib betul dia malam ni.
“ Kau ingat aku hingin
sangat ke nak makan dekat sini ? Dengar sini ye mak cik. Bukak telinga kau tu
besar-besar sikit. Baju apa aku nak pakai suka hati aku lah…Bukannya nak guna se-sen
duit mak bapak kau pun ! In fact, aku
bukan jenis yang menyusahkan mak bapak aku lah ! Baju yang kau pakai ni pun,
bukannya duit kau pun kan ? Duit mak bapak kan ? Haha. Jadi, tak payahlah nak
berlagak beli macam pakai duit kau pulak. Beringatlah sikit duit hasil titik
peluh mak bapak kau tu. Jangan asyik nak berbelanja je.” Nuha berpaling ke
belakang dan melangkah beberapa tapak kemudian dia berhenti dan berpusing ke
belakang semula.
“ Oh, by the way, hutang keluarga kau dekat DR
Sdn Bhd dah bayar balik belum ? Sorry to
saylah, sebab bapak aku yang kerja jadi kuli dekat sana tu cerita dekat
aku. Well, tiada rahsia antara aku
dengan bapak aku. Ciao !” tangan kanan diangkat dan dilambai sambil bibirnya
terlakar senyuman kemenangan. ‘ Nasib kaulah hutang dekat syarikat bapak aku !
Muahahaha !!!’
Rose mengetap bibirnya
sambil kakinya dihentak-hentakkan. Perempuan tu memang nak kena ! Sejak dari
sekolah lagi memang dia asyik kalah dengan gadis itu. Gadis yang telah merampas
buah hati dia pada suatu masa dahulu. Sampai sekarang dendam dia pada Nuha tak
habis lagi. Gadis itu harus rasa apa yang dia rasa pada suatu masa dahulu !
Harus !
JAKET
yang ditanggalkan dari badan beberapa minit lalu dipakai semula. Kalau dia tahu
nasib dia akan jadi macam ni, jangan haraplah dia nak tunjuk muka dekat situ !
Dah tak pasal-pasal baju dia kena kutuk. Habis semua hal pasal harta diungkit
perempuan bengong tu ! Huh ! Memang tak berubah-ubah perangai minah langsuir
tu. Langsuir tu pun tak macam dia !
Gedebuk untuk kali ke,
err, entah berapa. Entah mana mangkuk hayun entah melanggarnya. Nasib baik tak
jatuh terduduk macam tadi. Kalau tak, memang nahas orang yang langgar dia tu.
Muka diangkat.
“ Engkau !!!”
Kenapalah banyak-banyak
malam, malam ini juga dia datang bala. Memang tak cool betullah. Dia fikir malam ni dia nak makan puas-puas tapi lain
pulak jadinya.
“ Kau buat apa dekat
sini hah ?!” Haiyan membetulkan kotnya yang sudah sedikit senget. Kemudian
matanya mencerlung tajam ke arah gadis di hadapannya itu. Akhirnya, kita
berjumpa lagi ya. Panjang betul jodoh kita…eh. Bukan jodoh. Err, guna perkataan
lain tapi bukan jodoh ! Tak sesuai !
“ Malam ni dah dua kali
aku dengar soalan yang sama. Boleh tanya soalan lain tak ? Naik berbulu telinga
aku dengar soalan tu.” Nuha memeluk tubuh sambil matanya menjeling ke tempat
lain. Menyampah ! Double menyampah
betul dia hari ni !
Eh ? Minah ni sesuka
hati je suruh dia tanya soalan lain. Memang brutal betul.
“ Err, engkau dah lama
dekat sini ?” Hah ! Itu sahajalah soalan yang boleh difikirkan saat ini.
Lagipun, soalan dia macam lebih kurang sama sikit dengan yang pertama tadi.
“ Lama jugaklah. Dalam…”
Nuha memandang jam tangannya seketika.
“ 10 minit 20 saat. Kenapa
?” pandangan dihalakan kembali pada jejaka kacak yang memakai tuxedo di
hadapannya. Menyampah tu memang menyampah, tapi, kekacakan mamat tu malam ni
amatlah terserlah lagi sebab lelaki itu tidak memakai cermin mata. Lain bebenor
penampilan lelaki itu sehinggakan dia tadi pun tak berapa nak kenal.
“ Err, eh ! Kau stalk aku ke hah ! Sebab, yang pasal
hari tu ?” ujar Haiyan sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Pandangannya
masih lagi tepat memandang gadis brutal yang memakai leather jacket ala-ala minah rempit di hadapannya itu. Sungguh luar
biasa betul cara perempuan itu berpakaian. Sungguh tidak up-to-date.
Nuha menjuling mata ke
atas. “ Dah apa kejadah aku nak stalk kau pulak ! Kalau anak raja tu tak apa jugak
aku hendap ! Huh ! Habis tu, yang kau ni, buat apa dekat sini ?” soal Nuha
kembali. Apabila difikirkan balik, pelik pula soalan dia tu. Haih.
“ Aku ? Datang untuk
tunjuk mukalah. Kenapa ?”
“ Tunjuk muka ?” Nuha
soal kehairanan. Pelik.
“ Ye lah, tunjuk muka
je lah. Lepas tu blah. Aku bukan minat sangat pun nak datang ni. Kawan aku
paksa. Yang kau tu, siapa jemput ?” balas Haiyan. Seronok pula berbual dengan
perempuan brutal ni. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup dia berbual
dengan perempuan. Peluh tak berjaya memunculkan diri manakala gabra dan sikap
gemuruhnya tidak berani menunjukkan tanda. Pelik betul.
“ Kawan aku yang ajak.
Tapi, tak pasal-pasal pulak bertukar jadi malang. Hmm, tak apalah. Aku cau
dulu. Penat. Bye !”
“ Eh, kau tak nak
tunggu lama sikit ke ?”
“ Tak apalah ! Lain
kali kita jumpa lagi ok. Ciao !” Nuha melambai tangan seraya memakai helmet
keselamatan dan membonceng Superbikenya laju.
Haiyan masih berdiri di
tempat tadi sambil tersenyum. Memang kalau dengan perempuan tu dia pelik sikit.
Macam cakap dengan kawan-kawan lelaki dia tapi yang berbezanya gadis itu
perempuan. Selesa sahaja. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu ! Haiyan menepuk
dahinya. Lupa nak tanya nama daaa…Haih. Tak apa. Perempuan brutal tu pun satu
kolej dengan dia. Pasti dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi. Hehe.
thanks baby mio =)
ReplyDeletemungkin kena ada satu lagi bab.... Hehe
ReplyDeletehoho, insyaAllah minggu ni ade lagi...keh3...
DeleteHow to register a new casino site in Lucky Club Online
ReplyDeleteWelcome to Lucky Club Casino. We are happy to inform you that Lucky luckyclub Club online betting site is licensed in Gibraltar, Gibraltar and has a lot more