DIAN
memegang kepalanya yang terasa sakit. Seluruh badan dan tulang temulangnya
sungguh terasa perit gara-gara terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak ada
kena mengena langsung dengan kerja CEO.
Hari-hari
kalau tak menadah telinga mendengar jerkahan, hinaan dan cacian memang tak sah
! Tahulah yang dia hanya anak angkat kepada Tengku Tajuddin tapi dia hanya
manusia biasa yang juga memerlukan kasih sayang daripada seorang ibu dan ayah.
Tambahan
pula dengan penampilannya yang agak selekeh itu makin ‘menaikkan’ lagi kepala
pekerja-pekerja. Bertudung bawal kosong biasa, berkaca mata bingkai besar, dan
setiap hari hanya sekadar mengenakan baju kurung hanya menimbulkan rasa jelik
para pekerja bawahannya. Lantaran pula, dirinya juga yang sungguh naif. Haih.
Memang nasib badan.
“
Excuse me, Cik Puan CEO. Saya mintak
cappuccino bukannya nescafe 3 in 1. So,
minta tolong buat balik. Saya tak boleh telanlah air ni.” Ujar Sally angkuh.
‘
Apa yang susahnya, telan je lah. Kalau susah jugak, meh aku ‘suapkan’.’ Perli
hati Dian tidak puas hati. Geram betul dia dengan sikap Sally yang suka
mengarah-arah orang. Sejak dari mula dia bekerja di situ, memang ada sahaja
yang dia buat tidak kena. Jadi akhirnya, tugas mak cik buat air menjadi tugas
umum dia di situ. Katanya, semua CEO dulu haruslah belajar membuat air untuk
pekerja sebelum memulakan tugasnya yang sebenar. Haktuih dia ! Ingat Dian Nur
Arya ni bodoh sangat ke ?! Hmph !
Memanglah
dia seorang yang lurus, tetapi dia bukannya bodoh. Walaupun umurnya masih
mentah, tapi dia masih tahu tugas-tugas sebagai seorang CEO. Tengku Tajuddin
merangkap bapa angkatnya sudah mengajar. Dan tugas membuat air, bukannya tugas
dia, tetapi tugas Sally ! Dengan penuh kesabaran, akhirnya, dia mengikut sahaja
pembantu peribadi yang tak berapa nak membantu itu.
Aktiviti
pembulian yang dilakukan sudah ibarat rutin harian bagi mereka. Rutin ini akan
diubah jadualnya sekiranya ada pemantauan oleh Tengku Tajuddin sendiri. Dan malangnya,
pada hari ini, Tengku Tajuddin yang tiba-tiba muncul di pintu pejabat,
meriuhkan suasana.
“
Everybody ! Take place ! Tengku is here
!” jerit Sally. Dengan terkocoh-kocohnya, semua fail yang bersepah di atas meja
dikemaskan sekemas mungkin. Semua para pekerja yang sudah mengemaskan meja
mereka segera berdiri tegak demi menyambut kedatangan bos besar mereka.
Senyuman dilakarkan.
“
Hmm, bagus semua. Kekalkan prestasi kerja kamu semua ni.”
“
Baik, Tengku ! Kami akan…”
“
Cik Sally, cappuccino tak ada, kopi je ada !” jerit Dian dari pantri.
Sally
dan pekerja yang lain sudah membulat mata dan ada juga yang melopong mulut
tidak percaya. Kantoi ! Berkerut dahi Tengku Tajuddin melihat anak angkatnya
yang tiba-tiba muncul itu. Segera dia mendekati Dian.
“
Dian, why are you making coffee for
Sally ?” tanya Tengku Tajuddin senada. Dian diam tidak berkutik. Sebaliknya,
Sally yang menggantikan tempatnya.
“
Err, Tengku…Let me explain…” ujar
Sally tergagap-gagap. Wajah Tengku Tajuddin sudah berubah.
“
Sally, Dian. I need to see you in my office, now !” arahan
tegas diberi. Sally sudah menggelabah tidak tentu hala manakala dalam diam,
Dian tersenyum. Akhirnya ! Tibalah masa untuk dia meletakkan jawatan sebagai
CEO gantian ini ! Ohh, bebasnya !
Memang
dari mula lagi dia memang tidak berkenan untuk menjadi CEO. Pada usianya yang
begitu muda ini sepatutnya dia sambung belajar bukannya tiba-tiba jadi mak
sanggup !
Seminggu
yang lepas,…
“
Dian…Papa ada benda nak cakap dengan Dian.” Tengku Tajuddin menarik nafas
dalam. Sebenarnya, dia agak berat untuk menyuruh Dian menggantikan tempatnya
tetapi apakan daya, anak tunggalnya sudah bertahun-tahun melarikan diri.
Sebelum Dian dijadikan anak angkat lagi, anak kandungnya itu telah membawa diri
ke luar negara kerana tidak mahu mengambil alih syarikatnya.
“
Ada apa pa ?” tanya Dian lembut.
“
Boleh tak kalau papa nak minta tolong Dian ?”
“
Tolong apa pa ?” Makin musykil Dian dibuatnya. Jangan suruh dia buat yang
bukan-bukan sudahlah. Memang dia tak sanggup !
“
Tolong gantikan papa.” Pinta Tengku Tajuddin perlahan. Dian diam. Sebenarnya,
dia tidak berapa paham dengan apa yang dikatakan Tengku Tajuddin. ‘Gantikan
tempat dia ? Nak ganti macam mana, dia ni perempuan. Hmm ?’
Tengku
Tajuddin tersenyum. Nampak sangat anaknya itu tidak memahami kata-katanya. “
Dian, papa nak suruh Dian jadi CEO untuk sementara waktu.” Jelas Tengku
Tajuddin. Wajah anaknya yang blur itu
sedikit sebanyak menyerikan hari-harinya walaupun dia dalam keadaan yang tidak berapa
sihat.
“
Ohhh…Err…tapi pa, papa tahukan yang Dian ni muda lagi. Dian rasa, Dian tak
bolehlah pa…” balas Dian sayu. Memang dia tak boleh ! Tugas itu terlampau berat
bagi seorang Dian Nur Arya. Dia hanyalah anak angkat dan hanya memiliki diploma
! Dan penampilannya yang tidak berapa sesuai dengan jawatan itu. Kalau jadi mak
cik cleaner memang lulus tapi kalau
CEO...? Oh ! Tidak !
“
Dian, papa sakit Dian. Dia tak berapa sihat lagi dah untuk buat kerja-kerja tu.
Hanya Dian seorang je harapan kami.” Celah Tengku Maria. Dia memandang Dian
dengan wajah yang sayu. Siapa lagi kalau bukan Dian seorang sahaja harapan
mereka. Nak harapkan anaknya yang seorang itu. Huh ! Entah bilalah dia nak
balik ke Malaysia.
“
Dian, please…papa berharap sangat
Dian dapat gantikan papa for the time
being. I’m not well, Dian…” rayu
Tengku Tajuddin. Walaupun Dian hanya diambil sebagai anak angkat semasa Dian
baru sahaja berusia 13 tahun namun dia sudah menganggap Dian sebagai anak
kandungnya sendiri. Tidak pernah dia bersangka buruk pada anaknya itu.
Rasa
bersalah semakin menggunung apabila papa dan mamanya membuat muka kasihan
seperti itu. Dia bukan hanya rasa bersalah tetapi berasa terhutang budi juga.
Sejak dilahirkan lagi dia sudah berada di rumah anak yatim dan apabila umurnya
13 tahun, dia diambil sebagai anak angkat oleh keluarga ternama itu. Memang
hidupnya sentiasa senang sejak hari itu. Ditaburkan dengan kemewahan dan kasih
sayang yang tidak terhingga nilainya.
“
Ok,ok, fine ! Dian tolong.” Kata
putus dari Dian menyebabkan Tengku Maria terus memeluk Dian. Sungguh dia sayang
akan anaknya itu. Hanya Dian sahaja yang sanggup berkorban demi keluarga
mereka.
“
SALLY, this is Dian Nur Arya. Our
new CEO.” Tengku Tajuddin memperkenalkan Dian kepada PAnya. Dian menghadiahkan
senyuman mesra manakala Sally hanya menghadiahkan jelingan tajam. Dian dapat
merasakan, kehadirannya di situ tidak berapa disambut baik tetapi memang dari
awal lagi dia sudah bersedia. Mana mungkin pekerja yang telah bekerja selama
beberapa tahun dengan Tengku Tajuddin akan menerima dirinya yang hanya
merupakan anak angkat kepada keluarga Tengku itu. Nama depannya pun bukannya
Tengku. Hanya, Dian. Dian Nur Arya.
“
Baiklah, Cik Puan Dian.” Dian hanya diam. Awal-awal lagi dah sengit. Cik Puan
Dian dipanggilnya. Sejak bila dia berkahwin ?
“
Awak jangan fikir yang awak tu pegang jawatan tertinggi dekat sini awak boleh
berlagak diva. Di syarikat ini, yang bergelar diva hanyalah saya. Awak tu,
hanya anak angkat kepada Tengku Tajuddin sahaja dan jangan perasan diri tu
bagus sangat. Huh ! Aku tak pahamlah kenapa Tengku Tajuddin jadikan kau CEO.
Dahlah muka sememeh, penampilan selekeh ! Urghhh ! Nightmare !!!” hina Sally bertubi-tubi.
Dian
tidak membalas malah dia hanya menunduk memandang meja yang dua kali ganda
lebih besar darinya. Air mata yang sudah mula bertakung di tubir mata itu
ditahan. Tidak sangka dia akan menerima hinaan yang agak melampau itu. Dian
sangka, dia boleh bertahan, tapi, sebenarnya tidak. Hatinya tidak kuat untuk
menghadapi hinaan ini.
“
Saya tahu saya cuma anak angkat, tapi saya sudah diberi amanah…” belum sempat
Dian menghabiskan ayatnya Sally pantas mencelah.
“
Sedar pun diri tu ! Ingat sikit, kau tu tak sesuai dekat sini, entah dari mana
asal usul entah. Kena kutip dengan Tengku je, kau fikir kau baguslah. Huh !”
Dian
memegang hujung baju kurungnya. Hinaan demi hinaan ditaburkan tetapi dia cuba
untuk bertahan juga. Dia tidak boleh cepat marah. Kalau dia marah, tentu akan
jadi lebih teruk dari ini.
“
Aku terfikirlah kan. Agaknya, kenapa ek, mak bapak kau tinggalkan kau ? Haha.
Dah lah. Aku ada banyak kerja nak buat. Dari bercakap dengan kau. Huh ! Tak
kuasa aku !” Hilang sahaja kelibat Sally, Dian menangis semahu-mahunya. Ini
bukanlah kali pertamanya dia dihina, tetapi sudah berkali-kali. Tapi, setiap
kali dia dihina, dia tetap tidak kuat. Pasti air matanya akan jatuh setiap kali
dia diingatkan tentang mak dan ayah kandungnya. Dia sendiri tidak pernah
melihat ibu bapa kandungnya, tetapi mengapa dia dihina sampai begitu sekali ?!
Apa salah dia ?!
SALLY
tunduk menikus. Tidak berani untuk berhadapan dengan bos besar manakala Dian
hanya…tenang. Sudah tiba masanya untuk dia pergi dari situ. Memang sejak dari
mula lagi, dia memang tidak layak untuk duduk di kerusi CEO itu. Tetapi
disebabkan permintaan papanya, dia hanya mengikut sahaja.
“
Explain.” Ujar Tengku Tajuddin
sepatah.
“
Tengku, it’s not my fault…actually, we
were…”
“
Stop ! Not you ! I want YOU to tell me
what’s going on.” Arah Tengku Tajuddin tegas. Jari telunjuknya dihalakan
pada Dian.
Dian
menarik nafas panjang. “ Tengku, it’s not
Sally’s fault. Ini semua salah Dian. Dian yang tak mencukupi syarat untuk
menjadi seorang CEO yang selayaknya. Dian banyak kekurangan dan Dian…nak tarik
diri sebagai CEO syarikat ni.” Jelas Dian jujur. Sally memandang Dian lalu
menarik nafas lega.
“
But, Dian, papa…”
“
No pa. Dian nak tarik diri. Tolong
hormat keputusan Dian. Hmm, Dian minta diri dulu.” Dian mencapai beg tangannya
dan dia berjalan keluar dari pejabat dengan yakinnya. Keputusan yang paling
gembira yang dia pernah buat ! Hoyeah !
DIAN
berbaring memandang siling. Sungguh dia rasa tenang sekarang. Tidak payah
berhadapan dengan cacian dan makian dari pekerja bawahannya dan tidak perlu
membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah ! Inilah hidupnya yang sebenar !
Tok
! Tok !
“
Dian, we need to talk.” Suara Tengku
Maria dari belakang pintu menyedarkan Dian dari lamunannya. Baru nak
berangan…Dalam malas, Dian melangkah turun ke bawah. Ahli-ahli mesyuarat
tergempar sudah berkumpul. Wajah Tengku Tajuddin dan Tengku Maria yang serius
sedikit sebanyak membuatkan Dian kecut perut.
“
Kenapa resign terburu-buru. We can sort things out right ?” ujar
Tengku Maria serius.
Dian
hanya menayang muka selamba. “ Dian nak sambung belajar. Dian tak nak jadi CEO.
Dian tak suka. That’s it. My point.”
“
Diannnn…”
“
Mama papa, please let me go. Dian dah
besar dan Dian nak buat keputusan sendiri. Dian memang dah fikir masak-masak
untuk letak jawatan.” Terang Dian jujur.
Tengku
Tajuddin dan Tengku Maria diam. Nampaknya, tiada cara lain…
“
Ok, fine kalau Dian nak letak
jawatan, but on one condition.”
Dup
dap dup dap . Apakah syaratnya ?
“
Dian Nur Arya mesti cari anak papa di South Korea. Pujuk dia, dan bawa dia
balik ke Malaysia.”
Hmm.
Mampus ! Korea tu bukannya negara yang kecil. Perkara pertama yang dia
bayangkan Korea hanyalah K-Pop. Memang otak K-Pop betul !
“
But, pa. Korea tu besar, macam mana
nak bawa anak papa tu balik sedangkan Dian sendiri tak pernah jumpa anak papa
tu.”
Tengku
Maria tiba-tiba menyerahkan sesuatu. Sekeping gambar yang seperti sudah
bertahun-tahun berlalu. “ Ini gambar lama ma.”
“
Well, you have to figure it out on your
own.” Ujar Tengku Maria selamba. Dian menggaru kepala. Di mana dia nak
mencari lelaki itu jika gambar yang dia perolehi hanyalah gambar yang sudah
bertahun-tahun berlalu ?! Aduh ! Sakit kepala.
Nice intro...x penah lg jd bos kne buli dgn org bwah... Hehehe
ReplyDeletehaha...thank you...=)
Deletethanks baby mio...-)
ReplyDeletewah best! jarang ada cerita pergi cari orang at korea. =)
ReplyDeletehehe...thanks Diana...=)
DeleteWau wau wau best kot .
ReplyDelete