Saturday, January 11, 2014

My Spieldose - Bab 3

Assalammualaikum wbt.

Sabtu dan Ahad untuk minggu ni memang saya nak update sebanyak yang mungkin. Tapi, untuk cerpen PIMS, saya minta maaf sangat-sangat, sebab saya tak sempat nak taip. Hanya My Spieldose sahaja yang saya sempat tulis. Maaf =(

Bab 3


KEDUA-dua tangan jari-jemari disatukan erat lalu diletakkan di atas riba. Kaki kanannya sejak dari tidak boleh duduk diam. Matanya juga asyik meliar memandang ke kanan, kiri, atas dan bawah. Seperti ada yang tidak kena.

Ethan menoleh ke sebelah memandang isterinya merangkap business partnernya yang menggelabah tidak tentu fasal. Kelakuan wanita itu sedikit sebanyak menghiburkan hatinya. Nampak kebudak-budakkan tapi comel. Bertambah comel lagi apabila wanita itu memakai tudung shawl berwarna merah jambu.

Pertama kali dalam hidup dia melihat Ivy memakai tudung. Selama tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama wanita itu, tidak pernah isterinya itu bertudung litup. Apa yang dia gemar pakai semuanya tidak cukup kain. Balik lewat malam. Tiap kali balik sahaja, pasti dalam keadaan yang mabuk. Entah apa hidayah yang dia dapat entah. Haih.

“ Kalau saya tak pergi mesyuarat ni tak boleh ke ? Saya sakit perut lah.” Tanya Ivy memecahkan kesunyian. Bukannya dia sakit perut betul-betul pun. Cuma, dia memang tak nak hadir mesyuarat tu. Selama dua puluh tahun hidup di bumi ni, mana pernah dia pergi mesyuarat. Kalau mesyuarat pun, mesyuarat barisan pengawas masa sekolah dulu tu ada lah.

Ethan menoleh ke sebelah. Keningnya ternaik.

“ Sakit perut ? Nak pergi klinik ke ?”

Ivy menelan air liur. Alamak. Dia bukan sakit betul-betul pun. Tak pasal-pasal kantoi nanti macam mana. Haish !

“ Err, tak payah. Saya rehat dalam bilik je lah.” Ivy menggigit bibirnya. Kalau betullah lelaki itu suaminya, memang banyak dosa dia dapat ni.

“ Hmm.” Ethan memandang ke depan. Dalam kepalanya ligat berfikir.

Memang sah. Wanita itu dah berubah. Tidak pernah-pernah wanita itu tidak hadir ke mesyuarat. Ini pertama kali dalam sejarah. Banyak persoalan dalam fikirannya sekarang. Apa yang membuatkan wanita itu berubah ? Perangai Ivy yang tegas dan garang tidak sama dengan yang sekarang. Ivy yang dia lihat sekarang sangat berlainan. Perangainya sangat kebudak-budakkan. Hmm.



PUAN nak minum apa. Biar saya buatkan.” tanya seorang perempuan yang berumur lebih kurang 20-an. Terkejut juga dia tadi bila ada orang yang entah mana main terjah dia.

“ Err, tak apa. Kalau saya nak saya boleh buat sendiri. Terima kasih.” Ivy menundukkan kepalanya sebelum dia sambung mengekori Ethan dari belakang.

Una menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ Kalau saya nak saya boleh buat sendiri ? Hah ? Pergi pantri pun tak pernah inikan nak buat air sendiri ? Eh, kejap ! Sejak bila bos pakai tudung ?!” gumam Una sendirian. Selama dia bekerja, bosnya itu hanya tahu menayang muka garang dan mengarah itu dan ini. Sejak bila si singa betina itu jadi baik ? Penampilan pun berlainan sangat dengan hari-hari sebelum ini. Apa yang telah terjadi ?

Ethan memberhentikan langkahnya lalu berpaling ke belakang. Ivy yang berjalan dengan agak laju itu hampir melanggar badan sasa milik Ethan sempat berhenti.

“ Kata nak rehat.” Ujar Ethan sedikit perlahan. Pelik betul dia dengan sikap isterinya itu. Macam-macam hal. Pening kepala dibuatnya.

“ Hah ? Err,…a’ah la !” balas Ivy terpinga-pinga.

“ Hmm, tapi, mana bilik saya ?” tanya Ivy dengar tak dengar. Dia tersipu-sipu malu.

Ethan mengeluh perlahan. “ Hujung sana tu. Sebelah bilik aku.” Jawab Ethan malas.

“ Ohh, ok ! Terima kasih.” Tanpa menunggu balasan dari Ethan, dia segera berjalan menuju ke bilik yang dikatakan Ethan.

Ethan menggeleng. Sejak dari pagi tadi, memang dia tak habis-habis tersenyum. Kenapalah isterinya itu sekarang nampak comel sangat. Haih.



IVY bersandar pada kerusi sambil kepalanya cuba untuk memproses keadaan.

“ Hari ni, aku bangun pagi sebelah aku ada lelaki. Lelaki tu dia dakwa diri dia sendiri  sebagai suami aku. Dia cakap umur aku dah tiga puluh tahun. Semalam, hari jadi aku yang kedua puluh. Kek cawan dengan lilin. Hmm, lepas tu, mak panggil. Hmm, lepas tu, aku masuk bilik menangis. Hmm, apa lagi ek ?” Ivy berfikir sejenak. Dia pasti perkara yang dia lupa itu sesuatu yang penting. Tapi apa dia !?

Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang bijak !

“ Damia !”

Beg tangan di atas meja digali. Setelah menjumpai barang yang dicari, Ivy terdiam.

“ Aku mana reti pakai benda alah ni. Adoi !!!” Dahinya ditepuk kuat. Telefon bimbit yang canggih itu dipandang sayu. Macam mana dia mahu menelefon Damia kalau nak bukak pun tak tahu ! Grrrrrrr…kenapa lah canggih sangat telefon zaman sekarang ni !!!

Kepalanya tiba-tiba mendapat idea sekali lagi. Ting, ting !

Cepat-cepat dia menuju ke pintu lalu kepala dijengukkan sedikit. Hah ! Perempuan tu !

“ Err, awak ! Awak sini kejap !” jerit Ivy sedikit perlahan. Nasib meja gadis itu berdekatan dengan biliknya.

Una menelan air liur. ‘ Alamak. Mampus aku.’

Akhirnya dia ikut sahaja arahan dari Ivy yang hanya menunjukkan sebahagian badannya dari belakang pintu. Sempat dia berdoa-doa dalam hati agar dia tidak dibuang kerja.

“ Apa yang boleh saya bantu, Puan ?” tanya Una lembut.

“ Hmm, jangan panggil saya puan boleh tak. Rasa tua lah. Hmm, ni hah. Saya nak telefon adik saya, tapi saya lupa macam mana nak guna benda alah err telefon ni. Boleh awak tolong telefonkan adik saya ?”

‘Lupa ? Huh.Lebih kepada tidak tahu.’

Una yang agak terpinga-pinga dengan arahan yang diberikan si bos hanya mengikut saja. Jarinya menguis-nguis skrin telefon, mencari nama adik bosnya. Jumpa !

“ Nah. Saya dah call dia.” Samsung Galaxy Note itu bertukar tangan.

“ Ok. Terima kasih !” Ivy tersenyum gembira manakala Una pula masih lagi agak pelik dengan sikap majikannya yang lupa cara untuk menggunakan telefon.

Tut, tut, tut…

“ Hello ! Assalammualaikum, adik !”

“ Waalaikummussalam. Hmm, apa ?”

“ Adik kat mana sekarang ?”

“ Orang kat kolej ah.”

“ Nanti akak datang sana ok. Tunggu tau. Bye.”

“ Eh ?! Kak ! Akak !” Damia melihat skrin telefonnya. Akaknya sudahpun mematikan talian. Apa kejadah akaknya itu mahu datang ke sini. Haih. Pening betul.

Samsung Galaxy Note dimasukkan ke dalam beg tangan kemudian dia bangun. Baru beberapa tapak menghampiri pintu, dia berhenti.

“ Apa alamat kolej Damia ek ?”

Ivy menggaru kepalanya. Kakinya tidak henti-henti ke hulur ke hilir memikirkan sesuatu. Sekali lagi ideanya datang. Lelaki itu pasti tahu sedikit sebanyak mengenai hal keluarga dia. Pasti dia tahu di mana Damia belajar.



5 minit kemudian,…

“ Entah.”

Ivy melopong. Biar betul mamat ni !

“ Takkan awak tak tahu mana adik saya belajar !” Suaranya sudah naik frequency. Betul ke lelaki itu suami dia ni ? Ke, mereka ni hanya kahwin kontrak ? Huh ?

“ Aku mana tahu pasal keluarga kau. Kau pun tak pernah cerita kat aku apa-apa. Jadi macam mana aku nak tahu.” Ethan mengeluh kasar. Ingatkan tadi, perempuan itu kejang nak mati kerana sakit perut. Habis mesyuarat dia terpaksa ditangguhkan. Kalau dia tahu,…ei !!

“ Kalau tak ada apa-apa lagi, aku pergi dulu.”

Belum sempat dia hendak beredar ke biliknya semula, lengannya pantas direntap oleh Ivy. “ Wei, janganlah macam ni. Saya desperate sangat ni. Saya kena tahu jugak apa yang terjadi pada saya sepuluh tahun yang lalu. Tolonglah.” Ivy membuat muka kasihan. Bibirnya dimuncungkan.

Ethan menjuling mata ke atas. Keluhan demi keluhan dilepaskan. Memang nasib dia hari ni memang malang !

9 comments:

  1. makin menarik..thumb ups (y)

    ReplyDelete
  2. X faham apa sebenar yang terjadi.

    ReplyDelete
  3. Heeee !!! Thanks akak :) serious , akak mmg da best :) sayang akak sangat.. Hihihihi.. Nnti update laagii will yaa :) btw , salam maulidur rasul :D

    ReplyDelete
  4. Best, ivy ni dpt amnesia time tdo ke?

    ReplyDelete