Friday, October 18, 2013

Mr. Venustraphobia - Bab 3

Assalammualaikum wbt.

Janji nak post esok, tapi, saya rasa esok nak settlekan mss 5HBC dulu so...tanpa membuang masa lagi, enjoy reading u'olls ! ^^

Bab 3


NUHA menyelak rambutnya kebelakang. Rambutnya yang wavy berwarna hitam pekat itu sedikit sebanyak mengganggu kosentrasinya. Cap yang dibeli tadi, segera dipakai. Cermin mata besar berbingkai hitam diletakkan di atas hidung. Baju sweater milik Syasya disarung ke badan. Walla !

Excuse me, Miss Nuha Surfina. Are you sure if you walk out, wearing like this, he will not recognize you ?” ujar Syasya sambil mencebik. Gadis di depannya itu punyalah desperate sangat sampai baju dia dengan cemin mata sekali dia nak kebas.

Nuha memandang wajah rakannya yang sudah membuat muka itu. “ Girl, I just need to walk out and find our car ! And, zoom ! No more stalker stalkie, got it ?!” balas Nuha sambil membetulkan cermin mata yang sudah mula meleret jatuh dari hidungnya.

Sekali lagi Syasya mencebik sambil matanya memandang Nuha yang sedang menjenguk-jengukkan kepalanya ke luar. “ And girl ! How long are we going to do this ? Semalam baru je buat, hari ni dah kena buat lagi. Huh ! Asal kau ni ramai sangat peminat huh !?” sakit betul hati dia apabila mengenangkan kejadian semalam. Masa dia tengah menjamu selera jugalah minah depan dia tu menarik tangannya untuk lari dari encik stalker. Tak ke sakit hati. Pantang betul kalau ada orang mengganggu dia makan. Pantang !

Don’t worry lah ! As long as aku dah transfer kolej nanti, semuanya akan kembali seperti biasa. Hoyeah !” ujar Nuha ceria. Bukan setakat si Syasya sahaja yang bengang. Dia lagi bengang sebab hari-hari kena berhadapan dengan manusia-manusia yang sememangnya tak paham bahasa !

Beribu, tak. Berjuta kali dah dia sound dan bagi warning dengan mereka-mereka ni semua, tapi, tetap juga nak menghendap orang macam tikus. Sampaikan dia terpaksa bertukar-tukar kolej tiap kali berhadapan dengan masalah sebegini. Papa pun dah naik pening dah.

“ Seperti biasa ? You mean, kita akan hadapi situasi yang sama macam ni lagi !” jerit Syasya agak terkejut. Minah ni biar betul. Takkan sampai tua aku nak menghadap minah ni kena stalk. Aku pun nak distalk jugak. Waa !

“ Tak lah ! Err,…jadi seperti dulu !” balas Nuha ceria sambil mengangkat tangannya.

“ Seperti dulu ? Waaa !” tiada istilah ‘seperti biasa’ dan ‘seperti dulu’ untuk Nuha ni. Sejak dia lahir lagi, err, melampau sangatlah pulak. Sejak dia sekolah menengah lagi, semua lelaki dalam dunia ni asyik hendap dia macam orang gila ! Tak ada kerja nak buat. Banyak perempuan dalam dunia ni, Nuha juga menjadi mangsa diaorang. Tapi, sebanyak kosong peratus bagi gadis biasa bernama Syasya. No one wants her, bak kata saudaranya.

Chill lah babe ! Apa yang perlu kita buat sekarang ni, keluar je dari bilik ni, lari ! Cari kereta ! Aku dah tak larat dah dengan semua ni ! Rimas !” balas Nuha jujur. Kalau perempuan lain, mungkin mereka suka.

Tapi tidak pada Nuha Surfina. Walaupun dia dikurniakan dengan wajah bujur sirih yang cantik dan latar belakang keluarga yang ternama, itu tidak menjadikan dia sebagai seorang gadis yang playgirl. Cukuplah hanya seorang sahaja lelaki yang telah memporak perandakan hidupnya selama ini. Cukuplah. Dia tidak mampu untuk bercinta dengan lelaki seperti itu lagi. Sungguh menyakitkan hati.

“ Hoi ! Mak cik ! Dah sampai ni. Tak nak turun ke ?” soalan Syasya mematikan lamunan Nuha. Wajah rakannya yang disebelah dipandang. Kemudian, sebuah senyuman dihadiahkan.

Thanks, babe ! See you tomorrow !” ujar Nuha gembira sebelum tangannya ditahan Syasya.

“ Oi, oi ! Kejap !  Esok photoshoot kau pukul berapa ?” tanya Syasya sambil membelek-belek telefonnya. Kalendar dibuka. Pandangannya kemudian beralih pada Nuha.

10 o’clock. Tapi, kita kena keluar awal ! Nak ambil baju.” Ujar Nuha tenang. Pintu kereta Viva milik Syasya ditutup sebelum menuju ke rumah banglonya. Syasya melambai tangan sebelum memandu keluar dari taman perumahan elit itu. Nuha mengeluh lemah. Penat juga dia hari ni berkejar-kejaran di dalam shopping mall itu. Aduh ! Sampai bilalah dia boleh tahan dengan semua ni. Memang mengarut betul !



HAIYAN menghirup laju air fresh orange yang baru sahaja sampai sambil mata mengerling abangnya. “ So, apa kau nak buat lepas ni ?” tanya Haiyan.

“ Nak buat apa. Duduk hospital, kerja je lah ! Adik sendiri yang tak sihat ni pun tak terjaga.” Balas Hasif selamba sambil berpeluk tubuh memandang adiknya. Bersimpati dengan masalah yang dihadapi Haiyan.

Hasif menyambung kata-katanya. “ So, masih ada masalah berhadapan dengan perempuan ?” Hasif menjongket kening. Haiyan memandang wajah abangnya itu tidak berkedip.

Perlahan-lahan Haiyan mengangguk lemah. Susah betul bila ada masalah nak berkomunikasi dengan perempuan. Bukan setakat berkomunikasi je, dengar nama pun badan dah menggeletar macam kena penyakit parkinson.

Hasif menggelengkan kepala. Wajah Haiyan direnung tajam. “ Mana boleh macam ni dik. Sampai bila kau nak lari dari berhadapan dengan kaum hawa. The more you run from a problem, the more it will chase you !” ujar Hasif bersungguh-sungguh. Penat dia menasihati adiknya itu agar bergaul dengan perempuan tapi tidak terlampau keterlaluanlah. Malangnya, adiknya itu tetap tidak dapat nak menghadapinya. Mati akal juga dibuatnya.

“ Aku bukan apa bang. Tiap kali kalau aku dekat dengan perempuan cantik-cantik macam si Amalina tu je, aku tak boleh nak fikir apa-apa. Apa yang keluar dari mulut aku, ada saja yang tak kena. Kadang-kadang, aku rasa nak tanam je muka aku ni dekat tanah. Memalukan !” tutur Haiyan jujur.

Bukan setakat cakap rubbish je, sesak nafas pun ada jugak kadang-kadang. Berpeluh-peluh tu jangan cakap lah. Rasa dah macam matahari tu dekat saja dengan kepala dia. Jantung pun rasa macam nak tercabut keluar dah. Jangan satu hari nanti, dia mati sebab tengok perempuan cantik sudahlah. Buat malu kaum je.

Hasif memegang dagunya sambil berfikir sesuatu. “ Nak katakan kau ni tak pernah jumpa psychiatrist, depan kau ni dah tercongok macam-macam consult dah dia bagi. Hmm.” Hasif berfikir seketika. Sungguh ! Masalah adik dia yang seorang ni memang agak rumit.

Nak katakan masalah si Haiyan ni berpunca dari keturunan keluarga, dia tengok, semuanya elok-elok belaka. Terutama sekali dengan yang si Haizar. Terlebih-lebih elok ada lah. Semua perempuan yang mendampingi dia dah macam baju dah. Bertukar-tukar ! Bukan setakat bawak pergi jalan-jalan je, siap bawak balik rumah lagi ! Makin menjadi-jadi adiknya yang lagi seorang itu.

Bersosial tak ingat dunia. Halal haram dibantainya aje. Peluk, cium dan pegang sana sini. Ya Allah ! Sungguh Hasif bingung dengan sikap pelik kedua-dua adiknya. Walaupun mereka hanyalah adik angkat semata-mata, setiap masalah yang dihadapi adiknya pasti dia akan bantu. Kecuali Haizar. Serba serbi masalah lelaki itu dia tidak tahu. Bagi Haizar, dia dianggap sebagai orang luar.

Haih. Seorang playboy, seorang fobia !

“ Ahh ! Lantaklah ! Aku pelik lah, asal kau ni beria-ia sangat nak aku bergaul dengan perempuan ni ?” soal Haiyan pelik. Sikap Hasif itu membuatkan dia bingung kadang-kadang. Bukannya tak ada perempuan yang mahukan dia. Ada banyak je dan hanya dia sendiri yang sebenarnya bermasalah.

Hasif mengerling pada jam tangannya. “ Yan ! Aku ada hal lah lepas ni. Kau balik sendiri eh. Chow !” Hasif mengangkat punggung dan berlalu pergi meninggalkan Haiyan keseorangan terpinga-pinga di situ.

“ Oi ! Nak mengelak jawab soalan lah tu !” jerit Haiyan setelah Hasif beredar dari situ. Sesekali Hasif menoleh ke belakang kemudian melambai tangannya sambil memakai cermin mata hitam yang diletakkan di kolar bajunya.

Haiyan merenung jauh sambil memikirkan tentang masalah yang dihadapi. Ataupun lebih tepat lagi, fobia yang dihadapinya terhadap perempuan-perempuan cantik. Dia mengalami fobia itu sejak dari sekolah menengah lagi dan sehinggalah sekarang. Tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang tahu tentang itu. Kecuali, Hasif Azhar yang sering membantunya ketika senang mahupun susah.

Tidak seperti abang kandungnya yang seorang itu. Haizar Ayhan, terkenal dengan sikap buayanya. Walaupun abangnya itu duduk berasingan, dia tahu sedikit sebanyak dengan perangai abangnya yang satu itu. Sehinggakan kadang-kadang dia terfikir dengan sikap abangnya yang selalu sahaja memainkan perasaan perempuan. Tidak penat agaknya melayan kerenah perempuan-perempuan yang pelbagai macam ragam tu. Duit pun dah macam air yang mengalir tak henti-henti, beli itu ini untuk semua girlfriend tersayang dia tu.

Bukan ke itu suatu pembaziran ? Bukankah kita hidup sebagai manusia di muka bumi Allah ini adalah untuk hidup dalam kesederhanaan ? Rasullullah SAW sendiri mengamalkan hidup yang kesederhanaan sedangkan baginda adalah seorang pemimpin yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar, sudah tentulah baginda mampu hidup bergelimang dengan harta.

Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Sekiranya aku punya emas sebesar gunung Uhud ini, nescaya aku tidak akan senang jika sampai berlalu lebih dari tiga hari, meski padaku hanya ada sedikit emas, kecuali akan aku pakai untuk membayar hutang yang menjadi tanggunganku”
(HR Al-Bukhari dan Muslim).



NUHA mengeringkan rambutnya dengan menggunakan tuala berbanding pengering rambut. Penjagaan rambut bagi dia sangat penting. Dia tidak suka mengeringkan rambut menggunakan hairdryer. Untuk seorang model seperti dia, Nuha lebih gemar menggunakan caranya tersendiri untuk menyerlahkan rambutnya tanpa menggunakan perkhidmatan salon.

Telefonnya yang berbunyi menghentikan pergerakan Nuha dari mengeringkan rambutnya. Dia menoleh kebelakang dari meja soleknya sambil memandang ke arah telefon bimbitnya yang berbunyi di atas meja belajar. Segera dia bergerak dan menjawab.

“ Hello ? Siapa ni ?” nombor yang tiada nama itu dipandang untuk kesekian kali. Memang dia tidak dapat mengecam identiti si pemanggil.

“ Hello, sayang. Sayang buat apa tu ?” soal suara garau di hujung talian. Nuha tersentak sebaik sahaja mendengar suara si pemanggil. Dia kenal sangat dengan suara itu. Suara yang sering membuat jantungnya berdegup kencang. Pada masa yang sama, membuatkan dia kecewa.

“ Kau nak apa hah ?!” tempik Nuha. Dia sudah tidak suka lelaki itu menelefonnya. Sejak mereka berpisah, lelaki itu sudah tidak mengambil peduli mengenai halnya lagi. Tapi, hari ini, lain pula jadinya.

“ Hey, hey. Janganlah marah. I cuma nak tanya khabar you je.” Balas suara di sana dengan manja. Nuha sudah ingin memuntahkan segala isi yang dijamahnya sebentar tadi.

Nuha tergelak sinis. “ Dulu, kau sibuk ‘main’ dengan perempuan lain sampai aku ni kau campak dekat tepi jalan. Sekarang pulak, kau sibuk sangat tanya khabar aku ni dah apasal ? Buang tebiat ?” tanya Nuha dengan nada yang disiniskan sehabis mungkin. Mahu sahaja dia mencekik lelaki yang menelefonnya itu.

Dia ketawa. “ Come on lah sayang. I minta maaf ok. I masih sayangkan you lagi. I tahu I silap. I akan tebus kesilapan I.” diakhir kata-katanya, suara lelaki itu semakin perlahan. Terdapat keikhlasan di balik suara itu. Nuha menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak mudah untuk ditipu lagi. Tidak lagi.

Just stop the crap ! And go away ! Jangan ganggu aku lagi !” Nuha menghempaskan telefonnya di atas meja dan terduduk lemah di birai katil sambil menekup mukanya. Dia tidak dapat menahan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia tidak dapat menafikan perasaannya sendiri. Memang dia akui, dia masih lagi mempunyai sedikit perasaan pada lelaki itu tetapi lelaki itu tidak pernah nak menghargai cinta yang telah dia berikan. Sungguh dia kecewa dengan lelaki itu !

4 comments: