Friday, January 10, 2014

Mr. Venustraphobia - Bab 11

Assalammualaikum wbt.

Dah lama tak update ? Senyap ? Sekarang tidak lagi...Amani Ahlam dah balik ! 

Demi meraikan comeback saya, Mr. Venustraphobia bab 11 saya kasi update ! Dipersilakan baca ! 

Terima kasih kepada yang setia menunggu. Jangan risau, saya tak kemana-mana pun. Ada je. Saja nak test korang. Ehek. Anyway, happy reading ! Harap chapter ni memuaskan hati ye ! =D


Bab 11


ROSE mengetap bibir rapat. Api cemburu mula membara-bara ke seluruh tubuhnya. Tangannya menggenggam penumbuk di sisi. Dahinya berkerut-kerut menahan rasa marah yang bertapa. Kedua-dua orang mahkluk yang sedang mengkaji pelajaran sambil ketawa mesra di meja hujung perpustakaan itu dipandang tajam.

Kakinya mula dihayunkan menuju ke arah pasangan yang sedang berbahagia itu. Botol air mineral yang berada di tangan itu digenggam erat. Setelah beberapa meter menghampiri mereka, botol air dibuka dan dituangkan ke atas kepala Nuha. Habis basah baju sekolah yang dipakai gadis itu. Rose tersenyum bangga.

Mulut Haizar melopong saat melihat baju Nuha yang secara tiba-tiba menjadi basah itu. Matanya dijegilkan pada Rose. Punggung diangkat.

“ Kau buat apa ni hah ?!” jerkah Haizar kuat menyebabkan beberapa murid yang sedang membaca buku di situ agak terkejut dengan suara Haizar yang meninggi. Pergaduhan antara Rose dan Haizar mendapat perhatian di situ.

“ Awak tanya saya apa yang saya buat ? Awak buta ke ?” soal Rose sinis sekali. Dia mencebik. Tangannya disilangkan ke dada.

Haizar mengeluh perlahan. Malas dia mahu bertengkar lidah dengan gadis cantik itu. Paham sangat dia dengan perangai Rose yang tidak pernah menyembunyikan perasaannya itu. Kalau dia sedih, dia akan menangis sampai ke pagi dan kalau dia marah, inilah contohnya.

“ Bangun Nuha. Baju awak tu kena tukar. Jom.” Lengan Nuha dipegang kejap agar gadis itu bangun dengan segera. Dengan langkah yang lemah akibat trauma dengan kejadian sebentar tadi, akhirnya gadis itu bangun juga.

“ Awak nak pergi mana Haizar ?! Saya belum habis cakap lagi !”

“ Kau cakap je lah dengan meja tu.” Balas Haizar tanpa menoleh ke belakang.

Rose menghentak kakinya tidak puas hati. Geram dengan sikap Haizar yang seperti nak tak nak sahaja dengan hubungan mereka itu. Semasa diajak untuk belajar bersama pun Haizar asyik memberikan alasan. Setelah dapat tahu sahaja informasi yang diberikan kawannya, baru dia dapat tahu yang Haizar ada hubungan dengan Nuha.

Kalau tidak, sampai bila-bila dia takkan tahu yang Haizar membuat hubungan bersama perempuan lain di belakangnya. Itu baru pakai air mineral sahaja. Belum pakai asid lagi. Rose tersenyum jahat.



HAIZAR bersandar pada dinding sambil tangannya disilangkan ke dada menunggu Nuha yang sedang menukar baju di dalam. Sejak akhir-akhir ni dia tahu yang dia telah mengabaikan Rose tapi, entah kenapa apabila bersama Nuha, dia terasa, selesa. Sifat gadis itu yang ceria sungguh menceriakan hari-hari dia.

Kalau nak dibandingkan kecantikan Nuha dan Rose, dari segi fizikal, Rose memang nampak cantik. Tapi, Nuha juga cantik. Cuma gadis itu sahaja yang tidak tahu nak berhias. Penampilan dia sangat biasa tiap kali ke sekolah. Rambutnya yang panjang diikat tinggi dengan riben berwarna biru. Kebanyakan pelajar perempuan di sekolah itu memang menggayakan stail itu sahaja.

Pintu yang dikuak dari dalam itu menghentikan lamunan Haizar. Secara automatik bibirnya mengukir senyuman saat melihat Nuha yang kelihatan segar dengan memakai t-shirt sekolah. Rambutnya yang sudah basah kuyup itu dilepaskan.

“ Comel.” Puji Haizar sambil tersenyum memandang gadis itu.

Nuha mengukir senyuman nipis. “ Err, Haizar.” Ujar Nuha perlahan. Dia sebersalah untuk memberi tahu jejaka itu tentang sesuatu kerana dia pun dalam diam menyukai lelaki itu.

“ Hmm ? Apa dia ?” Gadis di hadapannya itu kelihatan gemuruh. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Nuha memandang kasutnya. Kemudian dia mengangkat muka.

“ Saya rasa mulai hari ni, kita tak payah jumpa lagi lah eh. Saya takut nanti Rose marah. Dia tu girlfriend awak. Bukannya saya. Jadi, saya harap sangat kalau kita…”

“ Tak nak !” Senyuman Haizar mati. Matanya tegas memandang Nuha.

“ Ini mesti pasal tadi kan ? Awak tak payah risaulah. Saya memang nak putus dengan dia pun.” Balas Haizar selamba.

Nuha mengeluh perlahan. “ Dah beritahu dia ?”

Haizar memandang bawah. Tak sanggup memandang mata Nuha yang memanah anak matanya.

Nuha tergelak perlahan. “ Itu tandanya, awak tak sanggup nak berpisah dengan dia. Betul tak ?” tebak Nuha sambil tersenyum.

Haizar angkat muka. Tak ! Dia bukannya tak sanggup nak berpisah dengan Rose tapi dia,…err…Argh ! Entah !

“ Nuha, saya…”

“ Awak pergi je lah dekat dia balik. Saya ok. Memang sepatutnya dari awal lagi saya tak terima awak sebagai kawan saya. Kalau saya tak terima, pasti salah faham ni semua takkan berlaku kan ?” Nuha senyum nipis. Pahit sekali rasanya setelah berkata begitu. Kenapa ya ?

“ Tapi saya…” Tidak sempat dia hendak berkata apa-apa, Nuha terlebih dahulu memotong.

“ Oklah. Saya ada kelas lepas ni. Bye !” Tangan dilambaikan pada Haizar bersama senyuman palsu. Dia berjalan menuju ke kelas dengan perasaan yang kecewa.

‘ Haizar bukan untuk kaulah Nuha. Dia milik orang lain.’ Bisik hati Nuha perlahan.



BUAT apa tu ?”

Suara itu seperti dia kenal ?

Nuha mengangkat wajah. Terpampang wajah Haizar yang sedang tersenyum memandangnya. Mata dijegilkan.

“ Macam mana awak tahu saya dekat sini ?” Matanya tepat memandang Haizar yang sedang melabuhkan punggung di kerusi depannya.

“ Bantuan teknologi masa kini.” Haizar tersengih. Nuha mencebik. Lelaki itu memang berpegang teguh pada peribahasa, ‘ nak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Heh.

“ Motif datang sini ?” tanya Nuha sombong. Malas dia mahu melayan lelaki itu. Rimas !

“ Nak jumpa dengan bakal isteri lah.” Haizar menongkat dagunya. Matanya dikelipkan berkali-kali. Senyuman manis dihadiahkan pada gadis yang sedang memakai leather jacket itu.

“ Mengarut.” Nuha menjuling matanya ke atas sebelum sling bag dipakai. Punggung diangkat kemudian menuju ke kaunter pembayaran. Haizar juga turut mengekori Nuha ke kaunter pembayaran.

“ Nak pergi mana lepas ni ?” tanya Haizar sambil kedua-dua belah tangannya diletakkan ke belakang.

“ Balik.” Balas Nuha sepatah. Dia mempercepatkan langkah menuju ke superbike yang dinaikinya tadi tanpa menjeling sedikit pun pada lelaki di sebelahnya itu.

“ Nak ikut.” Ujar Haizar dengan nada yang manja.

Nuha memberhentikan langkah. Dia memang tak boleh blah dengan mamat otak tiga suku itu. Memang sengaja cari pasal malam-malam buta ni. Tanpa memperdulikan Haizar, dia terus menghayunkan langkah menuju ke superbike yang terletak beberapa meter darinya.

Haizar memberhentikan langkah. Senyuman diukir. Gadis itu masih lagi marah. Mungkin memang salah dia juga. Sejak dari dulu sampai sekarang, gadis itu masih tidak boleh dimilikinya. Haih. What a shame



DATUK Hisyam memasuki perkarangan rumah banglo milik Datuk Rayyan bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Setelah bertahun-tahun lamanya, barulah sekarang dia boleh membuat keputusan untuk berjumpa dengan Datuk Rayyan. Kawan lamanya semasa zaman kolej dulu.

Datin Sofia yang berada di sebelah juga turut tersenyum sama. Hari inilah yang ditunggu-tunggu. Kalau nak tunggu anaknya itu, memang sampai umurnya mencecah lapan puluh tahun pun belum tentu lagi anaknya itu mahu merealisasikan impiannya yang satu itu.

“ Assalammualaikum.” Datuk Hisyam memberi salam.

Pintu terkuak dari dalam lalu terjengul wajah Datuk Rayyan. Senyuman lebar dilemparkan. Memang tetamu inilah yang dia tunggu sejak dari tadi.

“ Waalaikummussalam. Syam ! Masuklah ! Aku ingat kau sesat tadi.” Datuk Rayyan segera mendapatkan teman baiknya itu. Dipeluknya tubuh kawan rapatnya itu erat.

“ Ada lah sesat sikit tadi. Tapi kau jangan risaulah. Rumah bakal besan ni ! Sesat tak sesat, kena cari jugak !” Datuk Hisyam ketawa kuat.

Bahu kawannya yang sudah lanjut usia itu ditepuk perlahan.

“ Dah lama kita tak jumpa kan. Masing-masing sibuk dengan business sendiri. Macam kau lainlah kan. Anak kau yang seorang tu boleh jagakan. Hmm. Siapa nama anak kau yang kedua tu ?”

“ Haizar ! Dia tu sibuk memanjang. Yang sulung tu pulak, sibuk uruskan klinik dia.”

Datuk Rayyan menghenyakkan punggung di atas sofa menghadap Datuk Hisyam dan isterinya. “ Setahu aku kau ada tiga orang anak kan ?” tanya Datuk Rayyan meminta kepastian. Dia sendiri pun tidak tahu yang mana satukah anak teruna milik rakannya itu yang hendak dijodohkan dengan Nuha.

“ A’ah. Hasif, Haizar dan Haiyan.” Jawab Datuk Hisyam lancar.

“ Habis tu, yang mana satu yang hendak dijodohkan dengan anak aku ?”

“ Yang bukak klinik tu.”

Datuk Hisyam tersenyum penuh makna. Datuk Rayyan mengangguk kepala. Datin Sofia tersenyum gembira.
?"gi anaknya itu mahu t keputusaembira.tuk Rayyan mengangguk.aku ?"ohkan dengan Nuha.
 kedua tu ?"gi anaknya itu mahu t keputusa?"gi anaknya itu mahu t keputusaembira.tuk Rayyan mengangguk.aku ?"ohkan dengan Nuha.
 kedua tu ?"gi anaknya itu mahu t keputusa

4 comments: