Tuesday, March 18, 2014

Mr. Venustraphobia - Bab 13


HASIF bersandar pada kereta Peugeot RCZ santai. Cermin mata hitam yang tersarung menyerlahkan lagi ketampanannya. Sekali-sekala, dia perasan juga dengan beberapa orang yang lalu lalang di situ. Terutama sekali yang perempuan. Pantang nampak lelaki kacak sikit. Huh ! Sorrylah, hatinya sudah dimiliki. Hehehe.

Siapa yang sanggup keluar semasa sakit kalau tak demi si buah hati pengarang jantung. Orang yang tengah angau sahaja yang akan buat. Huhuhu.

“ Lama tunggu ?” suara yang lembut bak puteri kayangan itu menerbitkan senyuman pada bibir Hasif. Cermin mata ditanggalkan agar dia dapat melihat wajah gadis yang amat dia rindui.

“ Taklah. Kalau Nuha suruh abang tunggu setahun pun abang sanggup.” Hasif tersenyum manis manakala Nuha hanya menyengih.

“ Suruh betul-betul kang. Nak ?” Nuha mencekak pinggang. Wajah dibuat serius.

Perlahan-lahan, Hasif menggeleng kepala. Nuha hanya memerhati bersama senyuman lebar. “ Tahu pun takut. Hmph !” Nuha mencebik seraya tangannya ringan sahaja membuka pintu kereta milik Hasif. Belum sempat Nuha membuka pintu, Hasif pantas menghalang.

“ Eh, wait !”

Nuha yang tersentak apabila disergah begitu cepat-cepat mengangkat tangannya dari memegang pintu. “ What, what ?” terpinga-pinga Nuha dibuatnya. Tanpa membalas soalan Nuha pintu yang dibuka setengah tadi, dibuka seluas-luasnya.

Madam.” Dengan gaya seperti seorang pemandu peribadi, Hasif mempersilakan Nuha masuk. Gadis itu hanya menggeleng-geleng kepala melihat perlakuan abang yang sudah bertahun dia tidak ketemui itu.

So, sejak bila tukar penampilan ni ?”

Nuha tersentak. Tukar penampilan ? Alamak…Baru dia teringat yang sejak dia berhenti bekerja sebagai model, penampilan dan gayanya semua sudah diubah menjadi tomboy. Macam mana dia boleh lupa pula ni ? Adoi.

Cap yang menutup kepalanya dicabut. Rambut yang tersanggul kemas, dilepaskan lalu diikat menjadi satu. Siap !

“ Asal bukak cap tu ? Pakai je lah. Nampak cute.” Sekali sekala Hasif menjeling ke sebelah. Memandang si gadis yang comel berpakaian seperti brutal itu. Pakaiannya sungguh tidak mencacatkan rupa gadis itu yang halus dan mulus. Nampak comel je pada dia.

Cute ? Seriously ? Abang dari dulu sampai sekarang memang tak tahu nak bezakan mana yang cantik and mana yang taklah. You are still the same !” ujar Nuha sedikit mengejek. Bagi dia, Hasif memang tidak tahu berfesyen. Tiap kali mesti lelaki itu haru dibimbing dan dikauseling mengenai fesyen. Nasib dapat adik yang pandai berfesyen. Haih. Abang, abang.

‘ Ya. Abang memang masih sama. Sama macam dulu. Sentiasa mencintai adik.’ Hasif senyum tawar. Memang dia mencintai Nuha dalam diam. Kenapa dalam diam ? Hmm. Dia bukannya pengecut, tapi, dia tahu. Hati Nuha bukannya pada dia. Tapi pada lelaki lain. Lelaki yang sangat dia kenal.

Well, you know me.” Hasif tersengih sumbing.

So abang. Kita nak makan kat mana ni ?” Badan dikalihkan ke sebelah agar dapat memandang wajah tampan milik abangnya. Sekali sekala Hasif tersenyum dalam diam. Kenapa dia rasakan ini seperti mimpi ? Mimpi yang tak pernah disangkakan untuk menjadi kenyataan. Nuha Surfina berada di sebelahnya dan dia pula sedang memandu. Adakah dia sedang bermimpi ?

“ Abang ooo abang. Berangan ke ? Sejak bila Dr. Hasif Azhar ni pandai berangan ? May I know, siapa yang abang berangankan sampai soalan Nuha pun abang tak layan ?”

Hasif tersentak dari lamunannya. Kemudian dia tersenyum lagi. “ So sorry adik abang. Where were we ?” tanya Hasif semula. Nuha hanya menggelengkan kepala melihat perangai abangnya yang sudah berubah seratus lapan puluh darjah.

“ Kita nak makan kat mana ni ?” Nuha mengulangi soalannya semula.

“ Hmm. Makan dekat rumah abang nak ?” tanya Hasif lembut. Nuha yang menanti jawapan tadi dikerling. Berkerut-kerut dahi gadis itu.

“ Rumah abang ? Abang masak ?” soalan dibalas dengan soalan. Sejak bila abangnya itu pandai memasak ? Aih ! Lupa lagi. Sudah lebih setahun Nuha ! Lebih dari setahun. Tentulah lelaki itu sudah pandai berdikari, lagi-lagi Hasif menyambung pelajarannya di luar negara.

Yes, my dear. Sekarang, kita pergi beli barang kejap sebab rumah abang tak ada bahan basah…ok ?” tutur Hasif lembut. Dia tahu sangat yang Nuha pasti terkejut kerana tidak pernah-pernah dia ke dapur dulu, tiba-tiba sekarang, mahu masak untuk makan tengahari pula. ‘ Nuha sayang, abang pandai memasak ni pun sebab sayang tau.’ Hasif tersenyum.

“ Excuse me again Mr. Hasif. Are you thinking about someone because saya yang dekat sini bercakap dengan awak terasa macam bercakap dengan kereta tahu tak ?” perli Nuha straight forward. Memang dari tadi dia lihat lelaki itu tidak ubah seperti orang angau. Siapa pula yang telah berjaya menawan hati abangnya yang keras ni ? Haih. Macam-macam lah Abang Hasif dia ni.

Sekali lagi Hasif tersentak. ‘ Aduh. Nasib aku tak kantoi berangan pasal dia. Eh, kejap. Dia panggil aku apa tadi ? Saya ? Awak ? Huh ?’ pertama kali dia mendengar Nuha menggunakan kata panggilan itu. Memang itu juga impiannya dulu. Untuk mendengar Nuha Surfina yang memanggilnya abang kepada awak. Kalau memanggil dirinya dengan panggilan abang, dia terasa yang dirinya hanya dianggap sebagai seorang abang. Hmm.

You will know soon.” Hasif senyum. Manakala, Nuha hanya bingung dengan jawapan yang diberikan Hasif. Kalau nak bagitahu tu, bagitahu je lah. Nak rahsia-rahsia pulak abang dia yang seorang ni. Haih. Fening !



DATUK Rayyan yang baru hendak melabuhkan punggung ke atas sofa empuknya itu tiba-tiba berhenti setengah jalan. Telefon yang bingit meminta untuk dijawab itu segera dicapai dan dijawab.

“ Waalaikummussalam. Ya, siapa ni ?”

“ Hisyam lah ni.”

Datuk Rayyan memandang semula skrin telefonnya. Ahh ! Asal dia tak perasan nama kawan baik sendiri menelefon. Haih. “ Hah, Syam ! Ada apa kau call aku ni ?” balas Datuk Rayyan ramah.

“ Pasal yang date tu, anak kau setuju tak ? Dia ada syak apa-apa tak ?” tanya Datuk Hisyam perlahan.

“ Hmm, dia setuju. Dah pergi pun tadi. Tapi, sebelum tu, aku ada tanya jugak dekat dia pasal yang kahwin tu.” Suara Datuk Rayyan sedikit mengendur. Rasa sebersalah nak cerita. Tapi, kalau tak diceritakan, bagaimana dia nak dapat penyelesaiannya nanti. Kalau nak harapkan otaknya berfikir untuk mendapatkan cara merapatkan anaknya dan anak kawannya itu, sampai esok pun belum jumpa jalan penyelesaian. Kalau dua otak bergabung, meletop lah idea macam bertih jagung. Hehehe.

Wajah Datuk Hisyam sedikit terkejut mendengar kata-kata rakannya. Cepatnya kawannya itu memulakan langkah pertama. Dia pun baru terkial-kial. “ Habis tu, dia cakap apa ?” gelojoh Datuk Hisyam bersuara.

“ Abang, nanti pergi butik…”

“ Syyyy !!!” jari telunjuk diletakkan di atas bibir. Tanda menyuruh isterinya senyap seketika. Datin Sofia hairan.

“ Hmm, dia terkejut. Tapi, kau fikirlah kan. Kalau diaorang tu dulu, pernah suka sama suka, kau rasa, reaksi dia akan terkejut ke ? Aku rasa, diaorang ni, macam tak pernah bercinta je. Mungkin, kita dah salah anggap kot. Mungkin, diaorang cuma kawan je kot.” Dagu dipegang. Kalau betullah sangkaan dia, memang akan faillah rancangan mereka pada masa akan datang, untuk menyatukan Nuha dan Hasif.

Datuk Hisyam sudah memegang kepala. Kemudian, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Tak mungkinlah, Ray. Kalau setakat terkejut tu memang biasa. Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, mak bapak nak jodohkan kita dengan orang yang kita dah lama tak jumpa.”

Datuk Rayyan mengangguk laju. Teori dan fakta yang dibentangkan oleh kawannya itu ada benarnya. Kalau boleh, dia berharap sangat agar teori itu sangat betul dan kalau betul, cepat-cepatlah dia berbesan dengan kawannya itu. Hikhik.



TELEFON dicampak kasar menuju terus ke dinding lalu berkecai berderai seribu keping. MMS yang dihantar oleh penyiasat peribadinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa kecewa dan marah dalam dirinya. Walaupun telefonnya sudah hancur berkecai, namun, gambar seorang lelaki bersama dengan Nuha sedang berbual mesra itu masih lagi di ingatannya.

Tidak boleh dibayangkan kalau dia berada di situ. Bukan setakat telefon sahaja yang akan pecah, kemungkinan besar, kepala lelaki itu juga yang akan dipecah-pecahkan. Berani betul lelaki itu mengajak kekasih hatinya keluar. Tidak tahukah yang Nuha Surfina sudah dimiliki. Walaupun belum secara rasmi lagi, tetapi dia pasti. Cinta Nuha Surfina pada dia masih ada lagi walaupun sikit. Sikit pun sikitlah sebab kalau sikit, lama-lama jadi bukit. Haizar tersenyum.

Masih dia ingat lagi semasa mereka bercinta dulu. Dari sekolah menengah, sampailah ke kolej. Mereka mempunyai hubungan yang baik sehinggalah Haizar sendiri yang berubah. Sebab dia berubah bukan kerana Nuha mahupun sesiapa. Tetapi, papanya sendiri yang mengubah dia untuk menjadi seorang seperti ini.

Melarikan diri dari masalah, bukannya menyelesaikan masalah tetapi hanya memberi masalah. Ayat itu sentiasa bermain di fikirannya. Dia sedar. Puncanya berlaku masalah ini adalah semasa dia melarikan diri ke luar negara selama dua tahun lebih. Hubungan dia dan Nuha masih baik pada masa itu sehinggakan dia pulang ke Malaysia. Pulang bersama perubahan yang sangat drastik.

Dan sekarang dia sedar, jika dengan sesiapa sahaja yang dia keluar, hatinya tetap pada Nuha Surfina. Sayangnya, cinta Nuha Surfina dibalas dengan buruk. Cinta gadis itu tidak dihargai lagi. Haizar mengeluh.

Kalau dia boleh putarkan masa balik,…tidak akan dia melepaskan Nuha Surfina begitu sahaja. Huh.

6 comments:

  1. Salaam Kak..
    Great job!!!!!!
    Cuma konfius dgn citet niii..
    Xkan 3 bradik Ada hti dgn Nuha...
    Mamposlah cam nie...

    ReplyDelete
  2. Kak.. Sambungan cerita ni ada tak? Cari bab 14 x jumpa pun.. Teringin nak tahu ending dia..
    #Mr.venustraphobia...

    ReplyDelete
  3. akak buat lah sambungan dia pleaseee....tak mau tunggu2...huhu

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh buat sambungan... :-)

    ReplyDelete
  5. Bila akak nk buat sambungan ni lama tunggu hehehe

    ReplyDelete