Another update from me ! Hiuhiu...check it out ! ^^V
p/s : kalau ada kekurangan tu, maafkan saya ya...otak tak berapa nak bekerjasama pulak malam ni...hehe
Bab 7
HAIZAR
memerhatikan Syasya yang sedang seronok berbual bersama kawannya itu dari jauh.
Dia datang ke situ hanya semata-mata untuk mencari Nuha yang sudah seminggu
menghilangkan diri. Puas dia mencari gadis itu di tempat kerjanya. Tapi, mereka
mengatakan bahawa Nuha sudahpun berhenti menjadi model.
Banyak kali juga dia
cuba menelefon gadis itu, tapi, paham-paham sahajalah perangai Nuha macam mana.
Sekali dia ludah, dia tidak akan menjilatnya kembali. Huh. Terbit rasa menyesal
dalam dirinya. Kalaulah dia tidak keluar dengan Gina hari itu, pasti Nuha tidak
akan marah dengannya sampai macam ini sekali.
Haizar menanggalkan
kaca mata hitamnya dan melambai tangan ke arah Syasya. Syasya yang melihat
kehadiran Haizar yang tidak disangka-sangka itu terkejut bukan kepalang. “
Alamak ! Mamat tu buat apa dekat sini ? Dia dah tahu ke ?” bisik Syasya seorang
diri. Risau juga kalau Haizar tahu yang Nuha ada di sini.
Syasya menghampiri
jejaka yang berkemeja putih itu sambil mengerutkan dahinya. “ Kau nak apa ?”
tanya Syasya sedikit kasar. Nuha itu sahabat karibnya sejak dari zaman sekolah
lagi dan jika ada sesiapa yang menyakiti hati kawannya itu, dia juga akan
terasa tempiasnya.
“ Takkan kau pun nak
marah dengan aku jugak, Sya ?” soal Haizar tidak percaya dengan layanan yang
diberikan Syasya. Selalunya, gadis itu sentiasa tersenyum dan banyak cakap.
Tapi, kali ini lain pula.
“ Nuha tu kawan aku. Kalau
dia sakit hati, aku pun terasa jugak. Kau tu yang tak ada perasaan ! Sampai
hati kau buat Nuha macam tu kan ?! Kau memang tak ada hati !” jerit Syasya
sakit hati. Memang dia tidak salah lagi, sejak dari dulu perangai lelaki itu
tidak pernah berubah. Selalu mempermainkan perasaan perempuan. Apa dia ingat
perempuan ni tak ada perasaan ke ?
“ Wowo ! Relaxlah ! Aku datang sini nak berdamai,
bukannya nak merumitkan lagi keadaan. Aku nak tanya kau pasal Nuha. Dia dekat
mana sekarang ? Aku cari dia dekat tempat kerja, tapi dia tak ada. Diaorang
kata, Nuha dah berhenti. Betul ke ?” Haizar bercekak pinggang. Wajahnya
kelihatan serius.
“ Kau nak buat apa
jumpa dia ?! Nak sakitkan hati dia lagi ?! Kau ni lelaki jenis apa hah ?”
jerkah Syasya.
“ Sya, aku cuma nak
minta maaf dekat dia je. Aku tahu aku salah dan kalau boleh aku nak putarkan
balik masa. Aku cuma sukakan dia seorang je. Kau pun tahu kan.” Ujar Haizar
cuba untuk membela diri. Buat masa sekarang ni, orang yang boleh dia harapkan
hanyalah Syasya seorang sahaja. Memandangkan sejak dari sekolah menengah lagi,
mereka seperti belangkas. Ke mana sahaja Nuha pergi, pasti Syasya ada bersama.
“ Aku tak tahu ! Dah
aku ada kelas.” Belum sempat Syasya hendak beredar dari situ, tangan Haizar
dengan pantas menarik pergelangan tangannya.
“ Kau beritahu aku dulu
mana Nuha !” jerit Haizar sedikit kuat. Tembok kesabarannya kini sudah ingin
runtuh. Syasya memang sengaja nak menyusahkan keadaan. Niatnya ingin meminta
maaf pada Nuha disalahtafsirkan oleh Syasya.
“ Aku tak tahulah !
Baik kau bla lah Haizar !” Syasya juga tidak mahu mengalah. Tangannya ditarik
kembali agar dilepaskan dari pegangan Haizar. Wajah bengang ditayang.
“ Tolonglah jangan buat
aku macam ni, Sya ! Aku,…betul-betul perlukan dia sekarang. Aku menyesal dengan
perbuatan aku tu. Aku,…minta maaf sangat-sangat. Tolonglah beritahu aku dekat
mana Nuha sekarang.” Haizar merayu seraya lututnya sudah mencecah ke bumi.
Tangisan yang ditahan-tahan itu terhambus keluar juga akhirnya. Hilang sudah
ego dan rasa malunya. Apa yang dia mahu kini hanyalah Nuha. Gadis yang sering
mewarnakan hidupnya.
“ Zar…Aku…” Syasya
menggigit bibir. Tiba-tiba dia rasa sebersalah pula. Melihat kesungguhan
Haizar, dia tidak sampai hati. Tapi, dia juga tidak sanggup Nuha disakiti lagi.
Syasya menoleh ke
belakang. Matanya terbeliak memandang si empunya badan yang bersembunyi di
sebalik tiang. Gadis itu sedang merenung ke bawah. Wajah Nuha kelihatan sedih.
Mungkin, gadis itu juga rasa sebersalah. Kenapalah perempuan terlampau cepat
merasa bersalah ! Argh ! Mungkin memang betullah. Hati perempuan itu lembut.
Haih.
“ Tolonglah aku, Sya.
Aku tak boleh hidup tanpa dia.” Tutur Haizar sayu. Wajahnya diangkat dan
memandang mata Syasya tepat ke anak mata.
Mamat ni dah mula dah
nak buat mata Puss In Boots dia tu ! Aduh ! Ni yang dia lemah ni. “ Err, Zar…aku
bukannya apa…aku cuma…”
“ Kau pergi balik lah !”
belum sempat Syasya menghabiskan kata-katanya, Nuha terlebih dahulu memintas.
Dia menghampiri kedua makhluk yang sedang membuat drama sembilu di
tengah-tengah taman kolejnya itu dengan wajah yang bengis. Tiada secalit
senyuman pun yang ditayang. Hanya jelas
terpancar kemarahan di wajahnya.
“ Nuha.” Bukan hanya
Syasya sahaja yang terkejut, Haizar juga turut sama terkejut dengan kehadiran
tidak diundang Nuha. Wajah gadis itu dipandang. Hanya api kemarahan yang dia lihat
di wajah mulus itu.
“ Aku tak nak tengok
muka kau lagi dekat sini. Baik kau bla sekarang !” tempik Nuha. Nafasnya sudah
tidak teratur. Dia sudah tidak boleh terpedaya lagi dengan lakonan Haizar. Dia
tahu, Haizar mahu memainkan perasaannya seperti perempuan-perempuan yang pernah
didampingi dulu. Dia dah berubah. Dia bukan Nuha yang dulu. Yang lemah ! Mudah
sangat percaya dengan janji manis yang lelaki itu taburkan dulu.
“ Nuha,…please…Saya cuma sayangkan awak seorang
je. Percayalah.” Rayu Haizar bersungguh-sungguh. Dia mesti mendapatkan
kepercayaan gadis itu semula. Tapi, kepercayaan daripada Nuhalah yang susah
untuk didapatkan.
“ Go away ! Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi ! Pergi !” jerit
Nuha seperti mahu terkeluar anak tekak. Dada Haizar ditolak kuat. Nasib baik ramai
pelajar yang dah balik. Kalau tidak, memang popularlah dia dalam laman Youtube.
Haiyan bersandar di
tepi tiang. Tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil memandang drama yang
bertajuk, ‘ Engkau Curangi Aku’ yang sedang ditayangkan. Bibirnya mengukir
senyuman sinis. Kenal sangat dengan pelakon-pelakon drama itu. Kemudian, tidak
semena-mena, senyuman sinis tadi bertukar jadi ketawa.
“ Tak sangka aku ada
abang macam tu. Kalau orang tanya, memang aku tak mengakulah yang dia tu abang
aku.” Ujar Haiyan bersama dengan ketawanya yang masih bersisa. Malas mahu
menonton drama yang membosankan itu, dia berjalan menuju ke tempat letak keretanya.
Balik lagi bagus !
NUHA
mengelap tangannya yang sudah berpeluh itu menggunakan baju kurungnya. Suasana
perpustakaan yang agak sibuk itu diperhatikan. Ramai dan agak sesak memandangkan
ada pelajar yang ingin mengulang kaji pelajaran kerana ujian pertengahan tahun
yang akan bermula tidak lama lagi.
Manakala, Nuha pula,
dia lebih gemar mengulang kaji di taman ataupun di rumahnya sahaja. Nama sahaja
perpustakaan, tapi, dah macam pasar borong dah rupa. Ada tu belajar, dan ada
tu, berborak. Macam-macam ragam budak-budak sekolah ni.
Sekali-sekala, jam di
tangan dipandang sekilas. Lagi berapa minit sahaja lagi masa rehat akan tamat.
Tapi, batang hidung Haizar masih lagi tidak kelihatan. Lima minit kemudian,
Haizar masuk ke dalam perpustakaan dengan terkocoh-kocoh. Tidak tahu mengapa,
aku dengan automatiknya bangun dari tempat duduk dan berjalan menuju ke rak
buku yang terdapat pelbagai jenis itu.
Nuha mengintai Haizar
yang sedang tercari-cari itu di celah-celah buku. Sengaja dia menyorok di situ kerana
ingin membalas dendam terhadap lelaki itu. “ Dik, tepi sikit. Nak ambik buku tu
jap.” Tegur salah seorang akak senior. Nuha memberi laluan. Kemudian, matanya kembali
mengintai di celah-celah buku.
“ Oh mak kau !” jerit
Nuha sedikit kuat. Mulutnya ditekup kuat. Terkejut ! Rasa nak tercabut jantung
ni.
“ Hai !” ujar Haizar
ceria sambil melambaikan tangannya mesra. Dia menghampiri Nuha yang sedang
terkejut seperti terkena renjatan elektrik itu.
“ Ingatkan tadi awak
tak datang. Sorrylah lambat. Ada
perjumpaan pengawas tadi.” Ujar Haizar sambil tersenyum manis memandang Nuha. Nuha
pula kelihatan agak gemuruh berhadapan dengan jejaka idaman ramai ni.
“ Buku saya ?” tanya
Nuha perlahan. Tidak mahu perbualan dia bersama Haizar ini disalah ertikan.
Nuha memandang keadaan sekeliling. Belum apa-apa lagi, dia dan Haizar sudah
menjadi perhatian dari pelajar-pelajar yang berada di situ. Tak dapatlah dia
mahu berahsia-rahsia lagi. Lepas ni, tadah je lah telinga mendengar gosip liar
yang akan tersebar luas nanti.
“ Hmm, sebelum tu, saya
nak tanya awak satu soalan boleh ?” tanya dia dengan mata yang bercahaya. Macam
pelik je mamat ni. Hmm.
“ Err, apa dia ? Cepat
sikit, masa rehat dah nak habis.” Balas aku cuba untuk mengawal gemuruh yang
bertapak di hati. Tak sangka aku boleh jadi se’nervous’ ini apabila berhadapan dengan pemegang gelaran Jejaka Playboy itu.
“ Saya nak jadi kawan
awak boleh ?”
“ Tak boleh !”
Haizar mengerutkan
keningnya. “ Kenapa ?”
“ Sebab awak tak bagi
buku saya balik ! Saya tak kawan dengan pencuri.” ujar Nuha seraya ketawa.
Haizar juga turut sama ketawa. Ingatkan apalah tadi. Dalam mereka bergembira
itu, ada seseorang yang memendam rasa.
best nak lg.
ReplyDeletewait ye...hehe =)
DeleteHai siap ada tajuk lagi... 'Engkau Curangi Aku' haha... best!
ReplyDeletemerepek je tu..dh xde idea punye pasai..haha =D
Delete