AIRIS berjalan
perlahan memasuki biliknya manakala Ethan hanya mengekori dari belakang. Ethan
mengunci pintu lalu bergerak ke katil dan merebahkan badan akibat kepenatan
yang teramat sangat.
“ Mr.
Ethan, sila tidur di bawah ye malam ni. Saya tak ada masa nak tidur
bersebelahan dengan awak !” ujar Ivy sambil memeluk tubuh di sisi katil.
Matanya memandang Ethan yang sedang berbaring. ‘ Penat ke dia ni ?’ detik hati
Ivy. Terasa kejam pula menyuruh orang yang memandu sampai beribu-ribu batu. Tangan
Ivy tiba-tiba ditarik lalu dia jatuh di atas dada bidang milik Ethan.
“ Mrs.
Ethan, you can sleep right next
beside me tonight.” Ujar Ethan perlahan bersama matanya yang telah dipejam
rapat. Bahu Ivy dipeluk erat.
Ivy yang berasa tidak selesa itu cuba
melepaskan diri dari pelukan paksa itu secepatnya. “ No, thank you !” Pintu bilik dibuka lalu Ivy keluar bersama degupan
jantung yang laju. Walaupun dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku,
namun, hatinya mengatakan sebaliknya. Dia terasa bagaikan di taman bunga.
Bahagia !
Ivy menggeleng-geleng kepala. Dia
tidak mengenali lelaki itu dan bagaimana kalau lelaki itu mempunyai niat jahat
terhadap dia. Eh ? Dia bukan berharta pun dan kalau lelaki itu mahu mengapa-apakan
dia pun apa salahnya, mereka dah berkahwin. Eh ? Apa yang dia sedang fikirkan
ini ?!
“ Ivy…buat apa berdiri dekat situ. Meh
duduk sini.” Ajak Puan Julia setelah melihat anaknya hanya berdiri tercegat
sahaja di depan pintu bilik. Ivy tersenyum mesra dengan sapaan lembut maknya.
Dia melabuhkan punggung bersebelahan Puan Julia yang sedang mengupas kulit
bawang.
“ Mak sihat ?” tanya Ivy lembut. Wajah
tua ibunya diamati dengan penuh khusyuk. Makin tua pula wajah itu. Berlainan
sekali semasa hari jadi yang ke-20nya. Hmm. Fikirannya asyik terganggu jika
difikirkan tentang masalah yang satu itu.
“ Alhamdullillah. Mak dengan ayah
kamu sihat je.” Balas Puan Julia. Wajah anaknya yang makin cantik itu
menimbulkan rasa tenang dalam hatinya. Tambahan pula, Ivy sudah berubah.
Sikapnya serta penampilannya yang berubah 360 darjah memanjatkan rasa syukur
dalam dirinya.
“ Ayah dekat mana mak ? Tak nampak
pun dari tadi.” Ivy mencari-cari kelibat ayahnya. Tapi sayang, tiada satu
kelibat ayahnya pun yang muncul mahupun adiknya Damia.
“ Dia dekat Kota Bharu. Ada urusan
penting. Hmm, Ivy sihat ?” tanya Puan Julia sedikit teragak-agak. Dalam
hatinya, mahu saja dia tanya mengapa anaknya itu tiba-tiba pulang ke rumah
sedangkan sudah bertahun-tahun Ivy tidak pulang ke rumah untuk menjenguk
dirinya.
“ Ivy sihat mak, tapi, ada benda
pelik yang dah berlakulah.” Balas Ivy jujur.
Dahi Puan Julia berkerut. “ Benda
pelik ? Benda apa yang pelik ?”
Ivy menarik nafas dalam lalu
dihembusnya. Perlahan-lahan, dia menceritakan segala-galanya yang telah
berlaku. Puan Julia pula hanya khusyuk mendengar cerita anaknya.
“ Boleh tak mak ceritakan apa yang
terjadi dekat Ivy lepas hari jadi yang ke-20 tu ?” pinta Ivy. Memang dia
bingung dengan keadaan hidupnya. Lepas sahaja hari jadinya itu, tiba-tiba, dia
di tempat lain. Yang paling peliknya, dia sudahpun berkahwin dengan lelaki yang
dia tidak kenal. Malah, lelaki itu sendiri pun tidak banyak mengenali dirinya.
“ Hmm, Ivy larikan diri dari rumah.” Balas
Puan Julia pendek. Sebenarnya, dia tidak sanggup untuk mengungkit kisah lama
tapi apakan daya anaknya mahu tahu sangat tentang kisah yang telah lama
berlalu.
Ivy terkejut. Dia…lari dari rumah ?!
Beranikah dia ? Mengapa dia sanggup buat kerja bodoh tu ?
“ Habis tu, macam mana ?” soal Ivy
tidak sabar untuk tahu kisah hidupnya yang seterusnya.
“ Ayah dengan mak pergi cari Ivy.
Tapi, kami tak jumpa. Kami cari di pekan, tapi masih tidak jumpa. Sampai
setahun kami cuba cari kamu, tapi langsung tak jumpa. Lepas dua tahu berlalu,
kami jumpa kamu di dalam surat khabar. Kamu dah berjaya.” Puan Julia berhenti
seketika. Tiba-tiba dia rasa sebak untuk menceritakan kisah yang seterusnya.
Air mata yang mengalir diseka perlahan. Ivy memerhati wajah sedih maknya dengan
perasaan yang bersalah.
“ Dan masa tu ayah dan mak buat
keputusan untuk cari kamu di Kuala Lumpur. Hari yang kami datang tu adalah hari
perkahwinan kamu dan…”Air mata Puan Julia makin deras mengalir. Tangisan yang
ditahan-tahan, akhirnya pecah juga. Ethan hanya memerhati di belakang bersama
hati yang sayu.
“ Dan Ivy halau mak dengan ayah ?”
tutur Ivy perlahan. Tubuh Puan Julia dipeluknya kuat. Hatinya dipagut rasa pilu
apabila mendengarkan cerita maknya. Air matanya juga turut sama mengalir
sederas air mata Puan Julia.
“ Ivy minta ampun mak. Ivy dah banyak
berdosa dengan mak dan ayah rupanya. Kalaulah Ivy boleh putarkan masa, Ivy
takkan buat mak kecewa lagi dengan sikap Ivy yang teruk ni.” Ivy menangis
sekuat-kuatnya. Meminta kemaafan daripada seorang perempuan yang bergelar ibu.
“ Tak apa Ivy. Mak tak kisah asalkan
anak mak semuanya berjaya. Salah mak juga sebab tak dapat nak hantar Ivy pergi
sambung belajar. Tapi tengok Ivy sekarang, Ivy dah berjaya sayang. Jangan salahkan
diri tu. Mak dah lama maafkan Ivy.” Pujuk Puan Julia sambil mengusap belakang
anaknya yang sedang menangis teresak-esak.
Ethan tersenyum. Akhirnya, keluarga
isterinya bersatu semula. Ethan melangkah ke ruang tamu, meninggalkan isteri
dan ibu mertuanya.
Ivy mengelap air matanya lalu
memandang wajah Puan Julia. “ Ivy minta maaf mak sebab lari dari rumah. Ivy
anak yang derhaka !”
“ Tak Ivy ! Ivy anak yang baik, cuma keadaan
sahaja yang berubah Ivy. Lagipun, Ethan dah banyak bantu keluarga kita. Mak
rasa berbangga sangat dapat menantu yang baik macam tu.”
Ivy terdiam. Ethan banyak membantu
keluarga dia ? Bukankah lelaki itu tidak tahu akan asal usulnya. Makin dia
mengenali lelaki itu, makin bertambah pening kepala dibuatnya.
“ Ohh, ye ke. Err, sayangnya, Ivy
sendiri tak kenal dia.”Ivy memandang lantai. Malu dengan diri sendiri. Boleh
pula dia berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal ? Pelik.
“ Ivy ada masalah kan. Sebab tu Ivy
tak ingat dia. Cuba Ivy cakap-cakap dengan dia, tanya-tanya dia apa-apa. Mana
tahu ingat apa-apa ke kan ?” cadang Puan Julia.
Haih. Tentu maknya fikir dia hilang
ingatan. ‘ Mak, Ivy tak hilang ingatan tapi Ivy err entah !’ Perkara ini
berlaku terlalu pantas. Macam tengah tengok movie
lepas tu tekan butang skip. Huh. Ivy
memang tak kenal langsung dengan lelaki itu ! Bukannya dia mengalami amnesia ke apa. Dia tak pernah
menghadapi apa-apa kemalangan mahupun mengalami gegaran otak.
“ Hmm, malam nanti, Ivy interview dia eh ? Err, Ivy nak masuk
bilik kejap nak solat. Sebelum tu, Damia mana mak ?”
“ Damia dekat kolej. Lusa dia balik
lah tu. Ivy nak tinggal sini berapa lama ? Ajaklah Ethan duduk lama sikit.”
Ivy senyum. “ Ok, mak. Nanti Ivy
tanya Ethan dulu eh ? Kalau Ethan nak balik pun, Ivy stay sini kut, nak tunggu
Damia balik.”
“ Hmm, eloklah tu, budak tu pun rindu
sangat dengan kamu. Hari-hari asyik tanya je bila agaknya kamu nak balik.”
Ivy hanya tersenyum hambar. Memang
dia tahu dia salah. Apa yang telah dilakukan semuanya itu salah ! Tapi, dia
sendiri tak tahu yang dia dah berubah sampai begitu sekali. Dia masih, bingung
!
IVY
memerhatikan Ethan dari ekor mata. Lelaki itu sedang memakai t-shirt biasa
sambil fokus menghadap laptop. Entah apa yang ditaipnya.
“ Pergi mandi.” Ujar Ethan pendek. Matanya
masih lagi menghadap laptop. Langsung tidak berminat untuk memandang wajah
isterinya.
“ Awaklah pergi mandi.” Balas Ivy.
Matanya masih lagi memandang suaminya yang sedang sibuk bekerja. Ethan mengeluh
tiba-tiba. Telefon disebelah diambil lalu tangannya pantas mendail nombor
telefon seseorang.
“ Hish ! Tak angkat pulak.” Bebel Ethan
sendirian. Matanya masih lagi fokus dengan kerja yang banyak. Ivy yang
memerhatikannya hanya menggeleng kepala.
“ Kalau awak sibuk, balik je lah KL.
Saya boleh duduk sini seorang-seorang. Mak kan ada. Lagipun, adik saya balik
nanti.” Ujar Ivy perlahan. Tanggapan dia pada lelaki itu berubah sekali bila
mendengar cerita dari maknya. Lelaki itu tidaklah sejahat mana yang dia
sangkakan rupanya. Hmm.
Ethan mengangkat muka. Memandang
wajah isterinya yang sedang duduk di birai katil. “ Sure ?” tanya Ethan meminta kepastian. Dalam diam sebenarnya, dia
agak risau untuk meninggalkan isterinya berseorangan. Err, kenapa boleh jadi
macam ni ek ? Err…
“ Yes
! I’m very sure ! Macamlah saya tak
pernah duduk dekat sini. Awak tu je yang tak biasa duduk sini.” Balas Ivy
dengan penuh keyakinan.
Ethan hanya diam. Memang dia banyak
kerja di pejabat tetapi meninggalkan Ivy membuat hatinya terasa berat. Haih. Kenapa
ni ?!
BEG bagasi
sudahpun diletakkan ke dalam kereta. Ethan segera mendapatkan isterinya dan ibu
mertuanya yang sedang bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal.
“ An bawa kereta tu baik-baik ya.
Jangan nak cepat-cepat sangat.” Nasihat Puan Julia kepada menantunya.
Ivy tergelak kecil. “ An ? Mak
panggil suami Ivy An ? Mana mak dapat idea tu mak ?”
“ An lah sedap. Kalau panggil Ethan
tu macam panjang sangat. Nama orang putih susah nak sebut. Jadi mak panggillah
dia An.” Jelas Puan Julia.
Selepas selesai menguruskan
barang-barang yang hendak dibawa, Ethan menyalami tangan Puan Julia sebelum
meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ivy disebelah, hanya
tersengih-sengih. Sakit pula hati Ethan melihat isterinya yang seperti
berseronok kerana ketiadaan dia nanti.
Ivy menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan Ethan. Tangan suaminya itu dikucup halus sebelum dahinya pula
dijadikan mangsa kucupan Ethan.
“ Jaga diri baik-baik.” Ujar Ethan
senada. Ivy hanya mengangguk.
An ? Ahhhhh.. Sounds cuteee !! Hahah.. The writer must be very cute right ?!!! Huuuu.. My fav novel to be !! Cant wait to read the book one :) sis.. I want to make a request.. May i ?? Uhuksss pleaseee
ReplyDeletehaha...it just came out from my head...what kind of request ? sure u can...
DeletePost this novel first :) please :) i cant wait to know how ivy be like that.. Kohkohkoh.. 1st kinda of novel.. Kalau jual.. Sure sold out !! Yeayeayea.. Such a clever writer.. And cute one also :)
Deletehaha...ini mini novel habes dkt blog jerrr...sebab ada dua mss yg tgh tulis...xdpt nk dibuat novel de...hehe...mana thu cute ni ? prnah jumpe ke ? haha =D
DeleteBEST NAK LAGI.
ReplyDeletethanks baby mio...
Delete