Showing posts with label My Spieldose. Show all posts
Showing posts with label My Spieldose. Show all posts

Wednesday, January 4, 2017

My Spieldose - Bab 11

IVY bersandar di sofa sambil menyilangkan tangan ke dada. Walaupun matanya memandang skrin televisyen, namun, otaknya menerawang ke arah lain. Kejadian siang tadi membuatkan dia tidak berhenti berfikir.

Siapakah perempuan itu ?

Apa yang mereka berbual sampai seronok tak ingat dunia ?

Apa hubungan Ethan dengan perempuan cantik itu ?

Macam-macam persoalan yang timbul dalam benak Ivy.

Adakah Ethan curang dengan dia ?

Kalau kahwin bukan sebab cinta pun boleh jadi curang ke ek ? Bukannya Ivy yang dulu tu kisah pun kan agaknyalah kan ? Tapi kenapa dia beria-ia sangat marahkan lelaki tu ? Bukannya mereka kahwin sebab mencintai satu sama lain pun kan ? Kan ? Kan ? Arghhh !!!

Pintu terkuak dari luar menghentikan lamunan Ivy. Segera dia menoleh ke kiri memandang si gerangan yang pergi-dating-curang-dengan-isteri huh ! Dia menoleh kembali memandang televisyen.

“ Assalammualaikum.” Ethan melonggarkan tali lehernya sambil berjalan ke arah Ivy yang sedang elok bersandar di sofa sambil menonton televisyen. Kepala Ivy dicium lembut sebelum dia melangkah masuk ke bilik.

“ Tak basuh rambut ke ?” tebak Ethan. Kemudian dia selamba melangkah masuk ke bilik.

Ivy yang mendengar kata-kata Ethan terus menoleh ke belakang bersama muka yang teramat geram.

“ Kurang ajar betul ! Huh ! Dia tu curang dengan bini sendiri tak sedar diri ! Huh !” Ivy memusingkan badan semula menghadap televisyen. Baru sahaja dia hendak bersyahdu-syahdu dengan tindakan spontan yang dilakukan Ethan. Memang tidak dinafikan Ethan selalu sahaja mencium kepalanya, dahinya, serta pipinya. Tapi disebabkan kejadian petang tadi, Ivy jadi bingung. Makin dia tertanya-tanya siapakah Ethan yang sebenarnya.

Adakah lelaki itu seorang suami yang penyayang atau seorang suami yang suka main kayu tiga ?

“ Arghhh !!! Buat apa aku nak pening-pening kepala fikir !” jerit Ivy sehingga hampir serabai rambut dia dibuatnya.

“ Kau kenapa ?” tanya Ethan selamba selepas selesai mandi dan menukar baju. Dia dengan selamba melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Ivy. Ivy menjeling Ethan dari ekor mata.

“ Tak sakit ke mata tengok aku macam tu ?” soal Ethan selamba. Terbeliak biji mata Ivy. Boleh pula lelaki itu perasan yang dia sedang memandang. Ivy berdeham untuk menutup malunya.

“ Ish !!! Saya tengah tengok cerita tadi lah !” bentak Ivy. Alat kawalan cuba dirampas dari tangan Ethan. Namun, Ethan dengan pantas mengelak.

“ Kau tengah berangan kan. Bukannya kau tengok pun cerita tu.”

Tidak tahu mengapa tiap kali kalau lelaki itu membuka mulut pasti sahaja hatinya panas membakar. Ivy memandang Ethan dengan tajam sebelum dia mengorak langkah untuk merampas kembali alat kawalan jauh dari tangan Ethan.

Namun, rancangannya gagal apabila dia tertolak Ethan sehingga lelaki itu terbaring di atas sofa dan elok sahaja dia juga landing di atas badan lelaki itu. Mata mereka bersatu. Mata Ethan terbuka luas akibat terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Begitu juga Ivy.

Alaaa, macam dalam scene pasangan suami isteri yang lovey dovey bermesra gurau-gurau lepas tu mereka berciuman. Ivy menelan air liur. Pipinya tiba-tiba bertukar merah.

Macam mana dia boleh fikir sampai ke situ ? Bibir Ethan yang basah ala-ala bibir Lee Dong Wook (nampak sangat banyak tengok drama korea) direnung lama. What the tut… Apa yang dia sedang fikirkan ini !

‘ Ivy ! Hentikannn !!!’ jerit di lubuk hati Ivy.

Ivy menutup mata kerana tidak sanggup melihat wajah Ethan. Perlahan-lahan dia cuba bangun. Baru sahaja Ivy hendak bangun dari kedudukan yang agak janggal itu, tiba-tiba bibirnya terasa dikucup dengan laju dan badannya sudah berada pada di posisi asal apabila dia membuka mata. Ethan juga sudah tiada lagi di sebelahnya.

Ivy masih tidak bergerak sebaliknya dia memproses apa yang telah berlaku. Bibirnya dipegang. Apa yang dah jadi tadi ? Jangan cakap yang…lelaki itu dah ?!!!

Pintu bilik dikunci rapat. Ethan bersandar di belakang pintu sambil memegang dadanya. Jantungnya berdegup sungguh laju. Tidak sangka dia boleh mengucup bibir Ivy ! Tidak pernah dia membuat kerja gila seperti ini ! Tapi dia rasa tidak menyesal langsung. Malah, dia lagi suka berbuat demikian ! Tapi, apakah penerimaan Ivy ?

Ivy menekup wajahnya pada bantal. Kemudian dia mengangkat wajahnya dan kemudian di menekup semula mukanya. Ber-u-lang-ka-li.

Ivy bangun dan bersandar pada kepala katil sambil memeluk bantal.

“ Dia…” Ivy memegang bibirnya. Kemudian dia tersenyum.

“ Malunya !!!” jerit Ivy sambil bergolek-golek di atas katil.


TEKO berisi air kopi yang telah dibancuh diletakkan di atas meja. Roti dan telur masak setengah turut dihidangkan bersama. Sekali sekala lehernya dipanjangkan untuk melihat si dia yang masih di dalam bilik.

“ Tidur lagi ke dia ni ?” tanya Ivy pada dirinya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke pintu bilik Ethan. Dia teragak-agak untuk mengetuk pintu. Namun, baru sahaja Ivy hendak mengetuk, pintu telah dibuka luas. Terpampang wajah Ethan yang sudah siap untuk ke tempat kerja. Bau haruman minyak wangi yang dipakainya menyelubungi rongga hidung Ivy. Wanginya…

Ethan tergamam. Tidak sangka pula dia boleh terserempak depan-depan dengan Ivy. Baru sahaja dia mengatur strategi untuk terus keluar dari rumah tanpa bertembung dengan wanita itu tapi akhirnya gagal rancangannya itu.

“ Err…aku pergi kerja dulu.” Ethan terus tergesa-gesa ke rak kasut dan kasut kulit berwarna coklat disarung sepantas kilat.

“ Err…awak tak nak minum dulu ke ?” tanya Ivy teragak-agak. Dia dapat rasakan keadaan agak kekok di situ jadi dalam hati dia berharap agar lelaki itu cepat-cepat ke pejabat.

“ Tak apalah. Aku dah lambat.” Selepas selesai menyarung kasut, dia berdiri tegak menghadap Ivy tapi kedua-duanya tidak berkata apa-apa.

Ivy memandang tempat lain begitu juga Ethan. “ Err…oklah. Aku pergi dulu.” Ethan cepat-cepat meminta diri selepas mengharungi keadaan yang sungguh janggal antara dia dan Ivy.


Ivy hanya menganguk. Selepas Ethan beredar, dia melepaskan lega. Dadanya dipegang. Degupan jantungnya sungguh kuat sehinggakan dia risau kalau Ethan mendengarnya. Fuh !

Saturday, December 31, 2016

My Spieldose - Bab 10

IVY membuka mata perlahan. Perlahan-lahan dia cuba bangun dengan segala kudrat yang dia ada. Kepalanya yang terasa sakit dipegang kejap sebelum matanya tertancap pada seseorang yang sedang elok dibuai mimpi dalam posisi duduk sambil tangan disilangkan ke dada.

Dia cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku. Apabila dia cuba mengingat kembali, kepalanya kembali sakit.

“ Kau dah bangun ?” tanya Ethan. Matanya digosok perlahan. Ivy hanya menjawab dengan anggukan.

‘ Patut ke aku tanya dia pasal tu ? Ke tak patut ?’ Ivy berkira-kira. Dia takut hendak memberitahu lelaki itu.

“ Tunggu kejap. Aku bawakkan air.” Ujar Ethan kemudian dia terus menuju ke dapur untuk mengambil segelas air buat Ivy.

“ Awak tak pergi kerja ke ?” tanya Ivy pelik. Seingat dia pagi tadi lelaki itu sudahpun bersiap-siap dengan kemeja putihnya untuk ke pejabat. Tapi apa yang dia lihat sekarang Ethan hanya mengenakan t-shirt belang-belang berwarna biru putih.

“ Aku cuti hari ni. Dah kau tiba-tiba jatuh pengsan macam nangka busuk kat dapur tu.” Balas Ethan selamba. Tiba-tiba Ivy rasa hangin pula mendengar kata-kata Ethan. Lelaki itu menyamakan dia dengan nangka busuk ! Dia tengah sakit-sakit ni pun masih lagi nak cari pasal. Memang tak ada rasa belas kasihan betul.

“ Siapa yang nangka busuk hah ! Awak tu yang hati busuk. Orang tengah tak sihat ni boleh lagi nak menyakitkan hati orang.” Bentak Ivy. Matanya tajam memandang ke arah Ethan.

“ Eh, hello mak cik. Kalau aku ni busuk hati la kan, dah lama aku biar kau mereput kat situ.” Balas Ethan pedas. Makin geram Ivy dibuatnya.

“ Nah ! Makan ubat ni lepas tu pergi tidur ! Jangan nak menyusahkan orang! Pengsan lagi kang aku yang kena angkat. Kau ingat kau tu ringan macam bulu ayam. Jangan perasan !” perli Ethan. Dia tersenyum sendirian mengingat kembali kejadian sebentar tadi. Ivy tidaklah berat mana. Tapi memang dah hobi dia untuk menyakitkan hati wanita itu.Huhu…

Tiba-tiba wajah Ivy terasa panas. Sudahlah mengutuk dirinya seperti nangka busuk, sekarang kutuk berat badan dia pulak ! Lelaki ini memang suka cari pasal betul !


IVY menekan butang alat kawalan jauh berkali-kali. Dia berasa sungguh bosan kerana tiada drama-drama menarik yang dapat ditonton. Dia menjenguk keluar beranda. Tiada. Pintu bilik yang terbuka dipandang sekejap sebelum kepalanya cepat-cepat dipusing memandang ke kaca televisyen semula.

“ Aku keluar kejap.” Ujar Ethan pendek. Tangannya sibuk memakai jam tangan. Sebelum kepala Ivy diusap kasar.

“ Hishhh ! Nak pergi, pergi lah.” Balas Ivy meluat.

“ Kau jangan buat benda-benda tak senonoh pulak dalam rumah aku ni.” Sempat lagi Ethan menyakitkan hati Ivy sebelum dia keluar. Ivy mencebik. Menyampah betul.

Selepas beberapa minit Ethan keluar, Ivy meletakkan alat kawalan jauh perlahan-lahan sebelum dia perlahan-lahan menuju ke bilik belajar milik Ethan. Tombol pintu dipegang namun dia gagal membuka pintu bilik tersebut. Dia ke bilik tidur untuk mencari kunci.

Habis segala almari diselongkarnya. Namun, gagal. Tiba-tiba dia teringat ada satu laci yang dia tak cek lagi. Ya. Laci itu. Tiba-tiba pipi Ivy bertukar panas. Apa yang sedang difikirkan dia niiiii.

“ Jangan cuba untuk berfikiran kotor di sini wahai otakku sayang…” Ivy menarik nafas. Cuba untuk menenangkan diri. Perlahan-lahan tangannya membuka laci. Terdapat pelbagai warna anak-anak kecil milik Ethan yang terlipat kemas.

“ Kemas juga mamat ni.” Sempat lagi Ivy memuji. Tiba-tiba terdapat kunci yang terselit di celah-celah anak-anak kecil tersebut. Cepat-cepat Ivy mengambilnya dan dia terus berlari ke bilik yang berada bersebelahan dengan bilik tidurnya.

“ Yes !” pintu bilik tersebut akhirnya terbuka. Ivy tersenyum lebar. Dia menyimpan kunci di dalam poket seluar. Tiada apa yang menarik di dalam bilik itu melainkan perabot-perabot yang menghiasi bilik itu yang sangat moden dan kelihatan sungguh kemas. Rak buku semua dipenuhi buku-buku dan tiada langsung ruang yang kosong.

Ivy melabuhkan punggung di atas sofa empuk. Namun, matanya tertancap pada sesuatu yang berada di atas meja. Sekeping kertas yang terselit di celah buku nota. Ivy menghampiri meja di mana terletaknya buku tersebut.

Ivy membuka buku nota itu perlahan. Kertas tersebut diambil dan dibaca.

“ Surat apa ni ?” Baru saja Ivy hendak membaca butir-butir surat tersebut. Ethan lebih pantas merampas surat itu dari tangan Ivy.

“ Kau buat apa dalam bilik ni ?” mata Ethan mencerlung marah memandang Ivy. Ivy menggigit bibir.

‘ Habislah aku…’

“ Aku tanya kau, kau buat apa dekat sini ?” tanya Ethan sekali lagi dengan nada yang tegas. Ivy mengalah. Dia memandang ke bawah lantai gara-gara tidak sanggup melihat mata tajam bak pedang milik Ethan. Sungguh menakutkan.

“ Saya errr cari barang saya !” Ivy memberanikan diri memandang wajah lelaki itu. Ethan berkerut dahi kemudian dia ketawa sinis.

“ Cari barang kau dalam bilik yang 24 jam berkunci ni ? Macam mana barang kau boleh tersesat dalam bilik aku ni ? Ada kaki ke barang kau tu ?” perli Ethan sambil mencekak pinggang.

“ Err…manalah saya tahu ! Kot, kot dulu saya tertinggal barang dalam ni ke apa. Saya kan hilang ingatan ni ! Ish…err…dah lah ! Saya nak masak ! Huh !” balas Ivy tergagap-gagap. Tanpa menunggu balasan dari Ethan, dia terus berdesup keluar dari bilik itu. Ethan terlongo.

“ Woi ! Aku tak habis cakap lagi ni !” jerit Ethan. Ivy buat-buat pekak. Dia tu dahla tak pandai menipu. Lagi lama dia di situ, lagi banyaklah soalan yang akan dikemukakan oleh lelaki itu. Tak sanggup, mak !

Namun, Ethan lebih pantas merentap tangannya sehingga mukanya tersembam ke dada lelaki itu. Ivy memegang hidungnya yang terasa sakit. Dia mengangkat wajahnya dan dihadiahkan pandangan tajam setajam duri. Tapi sekejap je. Pandangan Ethan yang redup membuatkan jantung Ivy berdegup laju. Dup dap dup dap.

Ethan menghampirkan wajah dia dengan Ivy. Ivy membelakangkan badannya secara spontan. “ Awak buat apa ni ?!” soal Ivy cuak. Ethan nak cium dia ke ? Eh ? Betul ke ni ! Tapi dia belum bersedia untuk menerima ciuman pertama dari lelaki itu. Huhu. Ivy berangan-angan. Senyuman terukir tanpa disedari. Ethan senyum penuh makna.

Tangannya menarik pinggang ramping milik Ivy dan tangannya berjalar menuju ke tempat yang ingin ditujui. Ivy cuak. Dia memejamkan mata serapat-rapatnya.

Ethan merapatkan wajahnya pada wajah Ivy.“ Bilik aku ni adalah bilik larangan dan tiada siapa yang dibenarkan masuk. So, lepas ni kalau kau masuk juga, tunggu je lah akibatnya.” bisik Ethan lembut di telinga Ivy. Ivy seriau. Tapi kenapa dia macam ingin tahu saja akibatnya tu. Uhuk uhuk.

Kunci yang diambil dari poket seluar Ivy ditayangkan di hadapan muka wanita itu. Ivy mengerut dahi.

“ Apa ? Kau ingat aku nak cium kau ke ? Huh ! Perasan !”

Muka Ivy merah. Makin hari makin menyakitkan hati pula lelaki itu. Arghhh !!! Geramnya dia !!!


DAMIA memandang kakaknya dengan pandangan seribu satu soalan yang berlegar di ruang mindanya. Tapi dia seperti mendapat satu naluri yang mengatakan bahawa kakaknya sedang bergaduh dengan abang iparnya. Jadi dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Air teh ais dihirup.

“ Akak tak pahamlah.” Kata Ivy tiba-tiba. Damia tersedak-sedak kerana terkejut mendengar kakaknya yang diam dari tadi tiba-tiba mengeluarkan kata-kata. Ivy menepuk-nepuk belakang Damia yang tersedak-sedak tanpa memandang gadis itu.

“ Akak tak paham apa ?” tanya Damia pelik.

“ Akak tak paham mamat tu.” Balas Ivy pendek.

“ Mamat mana ni ? Abang An ke ?” Damia menghirup minumannya sekali lagi. Haus pula tiba-tiba.

Ivy tidak membalas pertanyaan Damia sebaliknya dia mengeluh lemah. “ Jomlah tengok wayang.” Ajak Ivy tiba-tiba. Damia mengerutkan dahi. Kenapa pelik benar perangai kakaknya hari ini ? Pagi tadi ajak keluar minum-minum. Tiba-tiba ajak tengok wayang pula ? Dah kenapa kau kak…

Belum sempat Damia hendak bertanya apa yang telah terjadi, Ivy sudahpun menyangkut beg tangannya di bahu. Damia terkocoh-kocoh menghabiskan minuman dan mengikut kakaknya dari belakang.

“ Hish, kakak aku ni…”

Damia emergency brake. Namun, gagal. Mukanya sudahpun tercium belakang Ivy. Hidung yang berasa sakit itu diusik perlahan.

“ Akak ni kenapa tiba-tiba brake pulak…Tadi beria jalan laju-laju.” Rengek Damia. Hidungnya yang sudah bertukar merah menyebabkan dia lagi bengang dengan kakaknya yang hanya berdiri tegak tanpa meminta maaf atau apa dan sebaliknya khusyuk memandang sesuatu.

Ivy mencebik. “ Ini rupanya kerja mamat tu.” Ivy menjeling maut. Damia kecut perut. Kelihatan Ethan sedang bergelak ketawa bersama seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an di sebuah restoran.

“ Huh ! Patutlah aku rasa sangsi je dengan muka western dia tu. Betullah kata orang,  muka handsome, pasti playboy.” Berkerut dahi Damia mendengar kata-kata kakaknya.

“ Tak pernah dengar pun orang kata macam tu.” Celah Damia.

“ Shhh. Budak kecik jangan masuk campur hal orang besar.” Balas Ivy. Makin berkerut dahi Damia.

“ Mia dah 24 lah kak.”

“ Shhh…” Ivy meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri. Dia berjalan laju menuju ke satu tiang yang tidak jauh dari restoran di mana Ethan dan seorang wanita itu berada. Cermin mata hitam dipakai. Acah spy. Damia menyorok di belakang Ivy walaupun dia makin pelik dengan sikap kakaknya itu.

“ Mungkin tu member sekolah menengah dia kot.” Damia membuat andaian. Namun, tidak menjadi. Ivy masih lagi tekun memerhatikan gerak laku mereka.

“ Akak…”

“ Shhh… adik ni. Tunggu kejap akak nak tangkap gambar nak jadikan bukti.” Telefon pintar yang berada dalam begnya dikeluarkan. Tapi, pergerakannya tiba-tiba terhenti. Adiknya di sebelah dipandang lalu Ivy menyengih.

“ Kenapa kak ?”

Ivy menyerahkan telefon pintarnya kepada Damia. “ Tolong tangkapkan. Akak tak reti nak buka kamera. Hehe.” Ivy menyengih seperti kerang busuk. Damia menepuk dahi.

“ Akak ni tinggal kat zaman dinosaur ke apa tangkap gambar pun tak reti.” Ivy menikus. Selepas selesai menangkap gambar, Damia menyerahkan kembali telefon kepada kakaknya.

“ Dah ! Jom kita balik !” Damia menarik tangan Ivy.

“ Eh, kejap, kejap. Akak nak dengar apa yang seronok sangat dia orang berbual tu.”

“ Udahhh ! Jom balik !”

Wednesday, December 28, 2016

My Spieldose - Bab 9

IVY bantu mengangkat beg baju milik Damia namun Ethan terus merampas beg tersebut dari tangan Ivy. Ivy hanya membuat muka toya. Damia yang baru selesai bersiap-siap segera berlari ke arah mereka.

“ Sorry kak and abang. Orang lambat bangun pula hari ni.” Ujar Damia. Serba salah pula dia membiarkan kakak dan abang iparnya menunggu. Sudahlah dia diberi tumpang naik kereta secara percuma lepas tu lambat bangun pulak. Kalau dia tahu yang dia akan bangun lambat, tentu semalam dia tak akan menonton drama korea tu. Oh, Min Ho ku sayang.

Ivy mencuit bahu adiknya yang tadi kononnya rasa bersalah, tapi tiba-tiba berangan pulak siang-siang ni. Rupanya dia bercakap sorang-sorang je tak ada orang dengar. Eh, budak ni.

“ Hah, apa tadi kak ?” tanya Damia terpinga-pinga. Ivy buat muka. Mende adik dia ni.

“ Mia sure ke tak nak duduk rumah akak ?” tanya Ivy tapi Ethan cepat sahaja mencelah.

“ Rumah aku ok. Bukan rumah kau.” Ujar Ethan. Alamak, lupa pula adik ipar dia turut berada di situ.

“ Mia sure ke tak nak duduk rumah abang ?” tanya Ethan balik sambil menyengih. Ivy hanya menggeleng kepala. Lelaki itu gemar mencari pasal dengan dia sekarang. Ada yang tak pasal-pasal hilang kacak kang. Elok-elok muka dah lawa tu kang haaa…

“ Tak apa lah abang, akak. Kacau privacy pengantin baru eh lama. Oppss !” Damia buat-buat tutup mulut konon tersalah cakap. Heh. Ivy menjeling adiknya yang dilahirkan bersama mulut yang tiada insurans. Bukannya Damia tak tahu hubungan dia dan Ethan macam mana. Segala-galanya sudah diceritakan pada Damia. Tapi, masih sengaja mencari pasal.

“ Hehe. Abang dengan kakak Damia ni selalu tak adalah loving-loving sangat. Kan sayang ?” Ethan mencuit dagu Ivy. Kemudian, bahu Ivy dipeluk. Badan Ivy yang keding itu ditarik merapati badannya. Pipi Ivy tiba berasa panas. Mata dia membulat.

“ Alooo sayang ni malu-malu pulak. Cium kang.” Ethan bergurau-gurau. Ivy terasa lain macam. Segera dia memandang lelaki di sebelahnya dan menolak badan Ethan jauh dari dia.

“ Hesh ! Rimaslah !” bentak Ivy. Padahal dia bukannya rimas tapi dia rasa tak selesa. Sangat tak selesa ok rapat-rapat macam tu lepas tu cakap sweet-sweet macam nak kena kencing manis macam tu pegang-pegang macam tu. Eshhh…

“ Alooo sayang ni macam tak biasa pula. Baby nak dengar sayang nyanyi ok baby rinduuu…” Ethan memuncung mulut buat muka comel macam nak kena penampar.

‘ Apa masalah lelaki ni menggeletis tak ingat dunia pulak ni. Ya Allah…Dia ingat dia baby ?! Dah tua gedabak !’ bisik Ivy dalam hati. Gedik bukan main !

Damia hanya tergelak kecil melihat gelagat kedua-dua manusia di hadapannya. Bukannya dia tak tahu hubungan mereka berdua tu macam mana cuma dia sahaja yang tidak mahu berkata apa-apa. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana dia rasa suka melihat kakaknya dan abang iparnya bermesra-mesra begitu walaupun pada hakikatnya mereka hanya berlakon.

“ Amboi, nak bermanja dengan isteri pun tunggulah balik rumah. Kan, Mia ?” tanya Puan Julia sebaik sahaja membungkus sedikit makanan untuk mereka pulang ke Kuala Lumpur petang itu.

“ Tu lah, mak ! Ada kat sebelah pun masih rindu lagi.” Ethan menunduk konon sedih.

‘ Mamat ni kalau masuk Oscar menang kut. Hmm.’ Perli Ivy dalam hati. Makin menjadi-jadi pula perangai lelaki itu. Sebelum ini, taka da pula gedik-gedik. Sejak balik ke kampung ni nauzubillah perangai miangnya. Mana Ethan Omar yang berlagak dan tegas tu ?

Setelah selesai semua barang dimasukkan ke dalam kereta, Ivy meminta izin untuk pulang. Sempat maknya menyuruh Ivy menjaga diri dengan baik dan menyuruh Ethan membawa kereta berhati-hati.

Di dalam kereta, hanya bunyi radio sahaja yang meriuhkan suasana. Manakala, Damia sudah enak dibuai mimpi dan Ivy hanya melayan perasaan. Ethan pula setia memerhati di sebelah.


“ TERIMA kasih kak !” Damia mencium tangan Ivy sebaik sahaja mereka tiba di tempat Damia belajar.

“ Sama-sama. Kalau ada apa-apa nanti, Ivy call je akak ok. Kalau Damia free, boleh kita jumpa dan lepak sama-sama kan ?” ujar Ivy teruja. Selepas hidupnya yang agak kelam kabut beberapa hari yang lepas, kini hidupnya kembali normal selepas berjumpa dengan maknya dan adiknya. Tidaklah senormal mana tapi dia boleh lagi kawal.

“ Insya Allah kak. Abang An jaga kakak Mia elok-elok ok ?” sempat lagi Damia mengusik abang iparnya yang tidak tahu apa-apa.

“ Eh ! Mestilah abang akan jaga elok-elok. Princess abang ni…” balas Ethan berlagak.

“ Tadi kata saya sayang awak. Sekarang princess pulak.” Perli Ivy pedas.

Ethan berdeham sebelum membalas kata-kata Ivy. “ Sayang, you are my everything.” Jawab Ethan dengan tenang. Ekspresi wajahnya menunjukkan dia meluahkan kata-kata romatisnya dengan penuh kesyahduan. Auch !

Ivy menjulingkan mata. Menyampah !

“ Haa dah dah ! Tak sanggup Mia nak tengok drama romantik komedi ni lagi. Mia balik dulu ye akak, abang.” Damia meminta diri.

Ivy dan Ethan memandang sesama sendiri sambil tersengih-sengih.

“ Jaga diri baik-baik, Mia.” Sempat lagi Ethan berpesan.

“ Baik abang ! Terima kasih sebab selalu hantarkan Mia tiap kali abang balik kampung.” Mia tersenyum. Ivy tersentak. Dia memandang Ethan yang berada di sebelah secara senyap-senyap. Lelaki itu menjaga keluarganya lebih baik dari dirinya sendiri ?


NASI goreng yang telah dimasak diletakkan ke dalam bekas serta dihidangkan  bersama air kopi panas yang dibancuh sebentar tadi. Pinggan, cawan minuman serta sudu dan garfu turut disusun.

“ Wanginya bau.” Ujar Ethan sebaik sahaja dia keluar dari bilik sambil membutangkan baju kemejanya. Aroma makanan itu sungguh mengancam sampai tidak sempat dia nak pakai elok-elok baju kerjanya.

“ Duduklah. Awak nak sarapan ? Saya masakkan nasi goreng.” Balas Ivy sopan. Ethan memandang wanita itu pelik. Semalam beria-ria Ivy menyuruhnya untuk tidur di bilik sebelah sampai segala bantal dan selimut dicampaknya keluar. Mungkin salah dia juga kerana cuba memeluk gadis itu tanpa sengaja. Huhuhu…

“ Kau tak nak masuk kerja ke hari ni ?” tanya Ethan sambil tangannya lincah memakai tali leher.

 Ivy diam. Dia masih tak bersedia untuk menghadapi dunia dia yang sekarang. Walaupun dia dah berjaya dan memiliki segala-galanya tapi dia masih tidak dapat mengingati dunia yang dia tinggal sekarang.

“ Boleh tak saya nak rehat untuk beberapa hari ni ?” tanya Ivy lembut. Takut pula lelaki itu melenting kerana sesuka hati meminta cuti tanpa sebab.

“ Sure.” Balas Ethan pendek.

“ Betul ni ?” tanya Ivy meminta kepastian. Dia salah dengar ke apa tu ?

“ Ye betul…”

“ Betul betul ?” tanya Ivy sekali lagi.

“ Jangan sampai aku ubah fikiran kang.” Ugut Ethan. Ivy kecut perut. Dia terus berlari ke dapur mencuci pinggang-pinggan yang digunakan tadi.

Ethan hanya mengeleng kepala. Dia tersenyum dalam diam.

Ivy turut tersenyum-senyum tanda gembira. Tidak perlulah dia menghadap grown up work itu buat sementara ini. Bukannya dia tahu pun buat kerja-kerja itu semua.

“ Ivy…” Ivy memusingkan badannya ke belakang sebaik sahaja namanya dipanggil namun dia terlanggar pinggan sehingga pecah berderai. Ivy terkejut namun apa yang mengejutkan lagi kepalanya tiba-tiba pening dan dia seperti teringatkan sesuatu. Latar belakang suara yang bising menyakitkan kepalanya. Dia melihat di ruang tamu dan kelihatan dia dan Ethan sedang bertengkar. Namun, kepalanya yang sangat sakit menghalang dia untuk mengingat apa-apa lagi. Sebaliknya, dia terus rebah.


“ Ivy !” dia terdengar suara Ethan menjerit namanya sebelum visualnya terus bertukar gelap.

Thursday, December 22, 2016

My Spieldose - Bab 8

ETHAN berbaring di atas katil sambil memikirkan tentang tindakannya dengan berterus terang kepada mak mertuanya. Dia bersyukur kerana dapat mak mertua seperti Puan Julia. Wanita itu sungguh tenang dan tidak mudah melenting walaupun dia telah memberitahu perkara yang tidak patut dimaafkan. Dia faham dengan apa yang telah berlaku dan meminta Ethan untuk menjaga Ivy.

Bunyi ketukan pintu dari luar menyedarkan Ethan dari lamunannya sebentar. Kelihatan Ivy memasuki bilik seperti tikus mondok.

“ Aku tak tidur lagi lah.” Ujar Ethan senada. Ivy berhenti melangkah lebih jauh lalu memandang suaminya yang sedang elok berbaring sambil memeluk tubuh.

“ Saya tidur bilik Damia malam ni.” Balas Ivy. Dia terus berjalan menuju ke katil kerana ingin mengambil bantalnya namun kepala Ethan terletak elok di bantal kesayangannya. Ivy cuba menarik bantalnya namun tidak kesampaian.

“ Hish ! Awak guna la bantal awak sendiri ! Ni bantal saya lah !” jerit Ivy kecil. Tidak mahu Puan Julia terdengar dia menjerit kepada suaminya sendiri. Nanti kena marah.

“ Ambik lah bantal aku. Aku nak bantal kau.” Balas Ethan pendek. Dahi Ivy berkerut. Pelik betul lelaki itu tiba-tiba mengidam bantal dia.

“ Mana boleh ! Saya nak bantal saya jugak !” balas Ivy dengan suara yang terkawal.

“ Kalau kau nak tidur dengan Damia, kau ambik bantal aku. Kalau tak nak, meh sini tidur dengan aku je.” Arah Ethan dengan nada yang tegas sambil menepuk-nepuk tilam.

Ivy terdiam. Dia tiada pilihan lain selain mengambil bantal Ethan sebagai alas kepalanya untuk tidur malam ini. Hish, lelaki ni…

“ Ye lah, ye lah !” balas Ivy malas.

“ Ye lah apa ? Tidur dengan aku ?” ujar Ethan bersama senyuman gatal.

“ Tak lah ! Guna bantal awak la. Hish , dia ni…” Ivy menjeling mata. Menyampah pula dia dengan lelaki itu.

“ Hah, jeling, jeling. Cakap dengan mak kau jeling aku. Makkk…” baru sahaja Ethan hendak menjerit nama Puan Julia, Ivy dengan pantas dan tangkas menekup mulut Ethan menggunakan tangannya. Nak mampus panggil mak ? Silap-silap malam ni kena ceramah lah dia. Itu baru mak belum ayah lagi.

“ Ok, ok saya tak buat dah. Jangan jerit nama mak.” Janji Ivy sambil menaikkan jari kelingkingnya. Berjanji untuk tidak akan buat lagi.

Ethan tersenyum kemenangan. Kemudian, tangannya laju sahaja menghulurkan bantal yang berada di sebelahnya kepada Ivy.

“ Nah, hadiah. Jangan lupa mimpikan aku malam ni. Selamat mencium bau aku.” Selamba Ethan berkata-kata. Sungguh dia seronok dapat mengenakan isterinya itu. Ivy yang sekarang lain dari yang dulu.

Sekarang Ivy lebih kelihatan naïf dan seperti tidak bersalah. Kalau Ivy yang dulu, garang tahap moksya. Fuh ! Cakap sikit melenting bukan main.

“ Hish, menyampah !” sempat Ivy menjelirkan lidah kepada Ethan.

“ Hah tengok tu ! Jelir lidah…Makkk…” baru sahaja Ethan hendak menjerit, Ivy sudah menghilangkan diri dari bilik. Cepat betul dia lari. Ethan tersenyum sendirian.


IVY menggeliat malas. Rasa hilang dan rasa gusar yang bertapa akhirnya semakin hilang. Dia rasa sungguh tenang kini berada di pangkuan mak dan Damia. Segala perkara pelik yang berlaku dalam hidupnya kini telah dapat dilupakan sedikit demi sedikit.

Pintu bilik Damia terbuka dari luar. Wajah Ethan terpampang di tepi pintu sambil berpeluk tubuh bersama wajahnya yang urghh menyampah (kacak ok dia walaupun selekeh pakai seluar trek dengan baju t-shirt putih kosong hensem ok huh).

“ Hah ! Nak apa pagi-pagi dah tercongok depan pintu ni. Hmph !” kali ni Ivy pula yang berpeluk tubuh. Menyampah betul tengok muka dia yang menyampah hensem tu huh.

“ Excuse me. Mak panggil ajak sarapan ok. Kau tu matahari dah terpacak masih tak reti nak bangun. Anak dara opps tak dara lagi. Wekk !” Ethan menjelirkan lidah sebelum dia berlari pergi. Ivy segera mengejarnya dari belakang.

“ Kurang hasam punya laki !!!” jerit Ivy kuat.

“ Vivian Sahara !!! Mak cakap apa hari tu !!!” Puan Julia yang mendengar pergaduhan kecil yang acah-acah manja itu segera menjerit.

“ Kurang hasam punya baby la mak ! Orang panggil dia baby. Apa la mak ni. Hahaha” Ivy membetulkan ayatnya diiringi ketawa yang dipaksa.

“ Tak apa-tak apa. Mentang-mentang mak aku menatang kau bagai minyak yang penuh. Hmph ! Siap kau ada hari aku balas. Aku sabar je ni. Hish ! Geram pulak aku…” Ivy menggenggam penumbuk.

“ Makkk !!! Ivy nak tumbuk An makkk tolonggg !!!” jerit Ethan di belakang pintu masuk ke rumah sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“ Tak lah, mak ! Orang exercise ni hah. Muscle tak tumbuh-tumbuh lagi ni.”

Ivy memandang Ethan seperti singa yang ingin menelan rusa. Sungguh dia lapar untuk menelan lelaki itu. Urghhh. Kenapa lelaki itu makin menjengkelkan !!! Adakah memang lelaki itu memang jengkel sejak sebelum mereka kahwin lagi ? Tapi macam mana dia boleh kahwin dengan lelaki jengkel seperti lelaki itu !!!

“ An !” jerit Puan Julia dari dapur.

Senyuman Ethan mati seketika. “ Ye, mak ?” balas Ethan sopan.

“ Meh sini tolong mak kejap.” Panggil Puan Julia. Memang dia tidak dapat memasak lah kalau macam ni. Lagi-lagi ayahnya pula ke luar daerah untuk beberapa minggu.

Ethan dengan berhati-hati melepasi Ivy yang sedang menjeling dirinya dengan penuh asyik seperti bila-bila masa sahaja dia akan ditelan.

“ Kenapa, mak ?” tanya Ethan sebaik sahaja dia tiba di dapur. Ivy juga turut mengekori.

“ Minta tolong An.” Pinta Puan Julia terdesak.

“Tolong apa mak ? Meh An tolong.” Ethan menunjukkan lengannya yang berketul-ketul. Ivy pula menyampah sehingga mahu muntah melihat betapa poyonya lelaki itu.

“ Tolong mak sembelih ayam tu. Pak Majid bagi pagi tadi tapi mak lupa yang ayah kamu tak ada. Selalu ayah kamu yang sembelihkan.”

Ethan memandang ayam yang berada dihadapannya. Terkelip-kelip mata dia memandang ayam itu. Sungguh dia tak tahu buat kerja-kerja seperti itu. Maklumlah, dia sejak dari kecil duduk di bandar. Makanan yang dia makan hari-hari pun bukan dia kisah. Apa yang dia tahu, bila tiba waktu makan, dah tersedia.

“ Awak ni tahu tak sembelih ni. Kalau tak saya cakap dengan mak bagi balik ayam ni dekat Pak Cik Majid tu hah.” Ujar Ivy setelah dia lemas menunggu di bawah pokok rambutan sambil melihat lelaki itu mencangkung tanpa membuat apa-apa.

Ethan menarik nafas. Dia memegang pisau dengan kemas dan mengucap bismillah. Entah apa yang tak betulnya, tiba-tiba, ayam itu tiba-tiba memberontak dan menyebabkan Ethan melepaskan pegangannya pada ayam itu.

“ Eh, ayam lepas ! Cepat kejar ! Woi tak makan kita hari ni woi !” Ivy menjerit-jerit panik.

Ethan menggelabah tak tentu arah mengejar ayam yang lari. Bila dia hampir tangkap kepaknya sahaja pasti terlepas. Tidak tahu apa mantra yang digunakan ayam tersebut sehingga begitu lincah melarikan diri dari pegangannya.

Beberapa jam kemudian,…

“ Sedaplah lauk kari ayam mak hari ni.” Puji Damia bersungguh-sungguh sambil mencedok kuah kari sekali lagi.

“ Memang sedap, dik. Bersusah payah tu tangkap ayam. Ye lah, ada orang tu poyo sangat last-last, Pak Cik Majid jugak yang settlekan.” Perli Ivy pedas.

 Ivy gelak kecil apabila mengenangkan kembali kejadian petang tadi. Kelakar sungguh apabila lelaki itu cuba menangkap ayam. Sampai jatuh-jatuh. Banyak kali pula tu. Tsk tsk tsk. Sungguh memalukan. Nasib baik dia sahaja yang menonton slapstick comedy itu. Kalau ada anak-anak dara lalu tu, perghhh confirm reject untuk dijadikan suami. Kuikuikui.

Puan Julia mencubit peha Ivy menyebabkan Ivy mengerang kesakitan.

“ Adoi ! Sakitlah mak.” Ivy mengusap tempat yang menjadi mangsa cubitan berbisa dari maknya sambil memuncungkan mulutnya. Ethan gelak besar.

“ Jangan kutuk-kutuk suami. Dia tu suami kamu.” Nasihat Puan Julia. Ivy memang nakal jadi kalau dia tidak ingatkan pasti Ethan akan diperkotak-katikkan.

“ Ye lah, ye lah. Hish.” Ivy mencuri pandang suaminya dihadapan.

‘ Cis ! Dia gelakkan aku. Grrrr.” Makin marak pula api kegeraman dia. Tiap kali dia je yang salah. Mak dia pula asyik back up Ethan. Hish ! Mentang-mentang menantu handsome nak matey. Anak sendiri diabaikan. Haih.


PINTU bilik ditutup kemas. Ivy melabuhkan duduk di depan cermin meja soleknya. Kepalanya yang terasa pening dipegang. Memang sudah beberapa minggu dia sering dihidapi sakit kepala. Tapi itu mungkin sakit kepala biasa sahaja dan parut dikepalanya juga masih tidak diketahui puncanya. Setahu dia memang dia tak pernah ada parut itu.

Selepas selesai mengikat rambut, Ivy keluar dari bilik mencari Puan Julia. Puas dicari di dapur tidak juga kelihatan maknya itu. Ivy berjalan menuju ke ruang tamu setelah di terdengar sesuatu.

“ Mak rasa elok An beritahu perkara sebenar dekat Ivy. Tak elok biarkan dia macam tu lama-lama. An sendiri tahu kan. Takut kesihatan dia teruk nanti macam mana.”

Ethan terdiam. Sungguh dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada Ivy. Setelah apa yang berlaku sekarang. Jujur dari hati yang dia lebih sukakan Ivy yang sekarang. Ivy yang penyayang dan bukannya terlampau ego dan materialistik. Jika dia beritahu perkara yang sebenar, kemungkinan, Ivy tidak akan menerimanya lagi. Dia tidak mahu semua itu.

Dia sayangkan Ivy.

“ Beritahu apa mak ?” soal Ivy tiba-tiba.

“Eh, mak kau !” Ethan terperanjat menyebabkan terhambur ketawa Puan Julia dan Ivy.

“ An melatah terkejut mengalahkan mak la. Nasib baik tak jatuh terjelopok malam-malam ni.” Puan Julia ketawa kecil melihat gelagat menantunya.

“ Tu laa. Banyak dosa la tu. Hah kan Tuhan dah balas.” Perli Ivy. Namun, perlian Ivy cukup mendalam sekali pada Ethan. Wajahnya tiba-tiba bertukar muram.

“ Ivy… dah-dah lah tu. Jom tolong mak kemas dapur tu.” Puan Julia menarik tangan Ivy membiarkan menantunya bersendirian.

“ Eh, bukan dah kemas ke tadi mak ?” Puan Julia tidak mengendahkan kata-kata Ivy sebaliknya menarik tangan anaknya ke dapur meninggalkan Ethan sendirian.

‘ Patut ke aku beritahu perkara yang sebenar pada dia ? Huh.’ Bisik hati Ethan perlahan.

Wednesday, December 21, 2016

My Spieldose - Bab 7

ETHAN memerhatikan Ivy dari belakang. Wanita itu sedang bertungkus lumus memasak untuk makan tengahari mereka memandangkan adik iparnya yang bakal pulang sebentar sahaja lagi. Tapi, ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya sekarang.

Vivian Sahara yang sekarang dan yang sebelum ini berlainan sekali. Seratu peratus lain ! Ivy yang dulu tidak mahu ke dapur langsung dan Ivy yang sekarang, bawang putih, merah, biru, kuning semuanya dihiris bagaikan tukang masak professional. Sikap yang berbeza tapi orang yang sama ? Oh ! Pening !

“ Awak ! Meh sini tolong saya basuh sayur ni.” Panggil Ivy walaupun tangannya masih lagi lincah membuat kerja. Ethan terpinga-pinga. Jari telunjuknya diarahkan kepada dirinya sendiri. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“ Awaklah. Siapa lagi yang ada dalam rumah ni. Awak dengan saya je. Mak pergi kenduri.” Ujar Ivy sambil tersenyum melihat telatah lelaki itu. Walaupun lelaki itu suami dia yang sah, tapi dia masih rasa tidak selesa bersama dengan lelaki itu.

Ethan bergerak perlahan ke arah Ivy. Namun, Ivy menarik lengan sasa milik Ethan ke singki. “ Sampai tahun depan tak dapatlah kita makan kalau awak berjalan macam tu.” Tangan lelaki itu segera ditarik lalu diletakkan bekas yang dipenuhi sayur sawi.

“ Siapa suruh kau masak. Beli je lah. Kan senang.” Balas Ethan selamba.

“ Buat apa nak beli kalau saya boleh masak. Nah ! Basuh bersih-bersih !” arah Ivy tegas. Lambat-lambat, Ethan mengikut juga arahan yang diberi Ivy sambil matanya curi-curi melihat Ivy yang sedang mengacau kuah kari.

“ Dah habis basuh dah ?” tanya Ivy tiba-tiba mengejutkan Ethan lalu sayur sawi yang sudah dibasuh tadi termasuk ke dalam singki semula.

“ Awak berangan apa tadi Encik Ethan ?” tanya Ivy. Geli hati pula dia melihat lelaki itu mengelamun. Lelaki kacak seperti dia boleh mengelamun jauh mengalahkan anak dara.

“ Mana ada aku berangan. Dahlah ! Kau basuhlah sendiri !” bekas berisi sayur sawi itu diserahkan kepada Ivy. Ivy pula hanya ketawa melihat wajah Ethan yang serba tidak kena.

“ Dia yang jatuhkan, orang lain pula yang kena basuhkan. Huh !” omel Ivy sendirian. Tidak dapat dinafikan yang suaminya itu memang ada cute sidenya yang tersendiri.

“ Assalammualaikum.” Salam yang diberi menimbulkan tanda tanya kedua-dua manusia di dalam rumah itu. Ivy segera berlari menuju ke pintu depan.

“ Damia !” Ivy segera mendakap erat satu-satunya adik kesayangannya. Ethan hanya memerhatikan gelagat dua beradik itu.

“ Macam tak percaya je. Akak ke ni ?” tanya Damia sambil matanya diusap-usapkan beberapa kali. Wajah kakaknya yang putih mulus itu direnung penuh rindu.

“ Akaklah ni. Damia sihat ?” tanya Damia lalu tubuh kecil adiknya itu dipeluk sekali lagi. Melepaskan kerinduan.

“ Mia sihat. Akak lepas dah kahwin makin menjadi-jadi cantik. Abang An belanja akak buat facial kat spa hari-hari eh ?” usik Damia. Ethan di belakang hanya tersengih-sengih.

“ Akak memang natural beauty laa. Hihihi.” Ethan menjulingkan mata ke atas. Meluat pula dia mendengar isterinya itu memuji diri sendiri. Tapi, memang betul pun Ivy natural beauty uhuk uhuk. Bangga sekejap.

“ Akak sebenarnya ada banyak benda nak tanya Mia. Tapi, Mia rehat-rehatlah dulu nanti lepas makan kita sembang lama-lama sikit eh.” Ujar Ivy lembut. Sungguh dia rindu adiknya tapi yang membezakan sekarang adiknya itu sudah besar dan makin cantik.

“ Alright ! Mia masuk dalam mandi dulu semua eh. Teringin juga nak merasa masakan Chef Ivy dan Chef An.” Balas Damia sambil ketawa.  Ethan dan Ivy juga turut ketawa bersama namun selepas Damia menutup pintu bilik sahaja kedua-duanya berhenti ketawa. Sebaliknya, mereka menjeling sesama sendiri.
“Apa tengok-tengok ? Dah kupas kulit bawang belum ? Sibuk je.” tanya Ivy bersama jelingan tajam.

“ Eh, hello mak cik. Kau tu yang beria berborak dengan Mia tadi. Aku pulak yang kena ganti tempat kau eh. Kau yang volunteer nak masak, aku pulak yang kena buat semua kerja.” Bengang Ethan dibuatnya. Tiba-tiba sahaja perempuan itu nak marah dia. Padahal, dia tak salah apa-apa pun.

Berkerut dahi Ivy memandang wajah Ethan bersama mulutnya yang dimuncungkan. Tanda kemarahan yang bakal meletup. “ Eh, habis awak duduk rumah nak buat apa. Tolong la…”

“Apa yang kamu berdua bergaduh ni…Dah siap masak ke belum ?” Puan Julia yang tiba-tiba muncul dari belakang dapur mengejutkan Ivy lalu dia terkejut dan terlanggar sayur sawi dibelakangnya. Habis berterabur sayur sawi yang sudah dibasuh.

Ethan menekup mulutnya dengan tangan. Cuba untuk menahan tawanya dari meletus. Namun, kita hanya manusia dan hanya Tuhan sahaja yang menentukan. Akhirnya, Ethan menghamburkan segala tawanya apabila melihat Ivy yang sudah kebengangan.

“ Ya Allah, An ! Sudah-sudahlah tu menggelakkan bini kamu. Ivy ! Kamu kutip sayur sawi mak ni. Ya Allah ! Kuah kari apa ni hangit ! Peninglah kepala mak ! Kamu berdua pergi duduk dekat ruang tamu sana. Dah ! Jangan nak masuk dapur mak lagi dah !” Puan Julia menolak anaknya bersama menantunya agar beredar cepat dari situ. Terpinga-pinga Ivy dan Ethan dibuatnya.


IVY memeluk tubuhnya bersama muka yang bengang. Ethan hanya selamba menonton televisyen sambil bergelak ketawa. Entah apa yang lawaknya pun tak tahulah. Padahal tengok perlawanan bola je pun.

Tak semena-mena lengan sasa milik Ethan dicubit dengan penuh ghairah tanpa mengenal erti belas kasihan.

“ Adoi !!! Sakitlah !!!” jerit Ethan kesakitan. Wajah isterinya itu dipandang. Tiba-tiba lengannya pula yang dijadikan mangsa. Datang bulan ke apa minah tu ?

“ Awak gelakkan saya kan !” marah Ivy. Wajah Ethan dipandang penuh bengang. Tapi tak sampai berapa minit hatinya tiba-tiba cair. Aduh ! Dia silap pandang ! Patutnya pandang hidung ke pipi ke tapi dia terpandang, MATA !

“ Mana ada aku gelak pasal kau. Aku gelak tu hah cerita tu. Perasan !” Ethan menjeling mata ke atas.

Ivy bangun dan mencekak pinggang. Dia hendak berkata sesuatu tapi apabila Ethan mendongak wajahnya lalu memandang dirinya, terus lenyap angan-angannya itu. Dia menarik nafas kemudian berlari menuju ke bilik.

Pintu dikunci perlahan. Ivy bersandar di belakang pintu bersama seribu rasa yang tidak dapat dia ungkap. Kalau dulu dia hanyalah gadis kampung yang biasa tapi kini namanya disebut-sebut di dada-dada akhbar sebagai usahawan yang berjaya. Sedangkan dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan sehingga menangis-nangis hendak ke institusi pengajian tinggi tapi tidak kesampaian kerana dia bukan dari keluarga yang berada.

Berbeza dari dirinya yang sekarang. Dia memiliki segala-galanya. Memiliki harta, wang, kekayaan dan juga seorang suami yang jutawan. Walaupun mereka kahwin bukan atas dasar cinta tapi sungguh dia suka akan kehidupan dia yang sekarang. Bukankah ini impian yang dia mahukan dulu ?


ETHAN mencuri-curi dengar disebalik pintu kayu bilik Damia. Terdengar suara isterinya dan adik iparnya yang sedang bergelak ketawa bercerita tentang kehidupan masing-masing. Tidak pernah dia lihat isterinya sebahagia itu sebelum ini.

“ An !” Puan Julia mencuit bahu Ethan menyebabkan jejaka itu terperanjat.

“ Fuh,…semangat…Kenapa mak main cuit-cuit. Terkejut An.” Ethan mengusap dadanya. Maklumlah dia dah terkantoi mencuri-curi dengar perbualan isterinya.

“ Meh sini mak nak cakap sikit.” Lengan Ethan ditariknya menuju ke ruang tamu. Ethan terpinga-pinga.

“ Kenapa mak ?” tanya Ethan pelik. Tiba-tiba suasana menjadi lebih serius pula. Wajah Puan Julia juga bertukar serius.

“ Ivy sakit ?” tanya Puan Julia perlahan.

Ethan terdiam. Dia tidak mahu menceritakan hal yang sebenar kerana takut merisaukan mak mertuanya itu. Inikan mahu menceritakan apa yang telah terjadi kepada Ivy, anaknya sendiri.


“ An,…jangan takut. Cerita je dekat mak. Mak tahu mesti ada sesuatu yang terjadi pada Ivy kan ?” soal Puan Julia bertubi-tubi. Sungguh dia ingin tahu apa yang telah terjadi pada anaknya itu. Ivy sungguh lain. Bukan seperti Ivy yang dia kenali sekarang.