ETHAN
memerhatikan Ivy dari belakang. Wanita itu sedang bertungkus lumus memasak
untuk makan tengahari mereka memandangkan adik iparnya yang bakal pulang
sebentar sahaja lagi. Tapi, ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya
sekarang.
Vivian
Sahara yang sekarang dan yang sebelum ini berlainan sekali. Seratu peratus lain
! Ivy yang dulu tidak mahu ke dapur langsung dan Ivy yang sekarang, bawang
putih, merah, biru, kuning semuanya dihiris bagaikan tukang masak professional. Sikap yang berbeza tapi
orang yang sama ? Oh ! Pening !
“
Awak ! Meh sini tolong saya basuh sayur ni.” Panggil Ivy walaupun tangannya
masih lagi lincah membuat kerja. Ethan terpinga-pinga. Jari telunjuknya
diarahkan kepada dirinya sendiri. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang
didengarnya.
“
Awaklah. Siapa lagi yang ada dalam rumah ni. Awak dengan saya je. Mak pergi
kenduri.” Ujar Ivy sambil tersenyum melihat telatah lelaki itu. Walaupun lelaki
itu suami dia yang sah, tapi dia masih rasa tidak selesa bersama dengan lelaki
itu.
Ethan
bergerak perlahan ke arah Ivy. Namun, Ivy menarik lengan sasa milik Ethan ke
singki. “ Sampai tahun depan tak dapatlah kita makan kalau awak berjalan macam
tu.” Tangan lelaki itu segera ditarik lalu diletakkan bekas yang dipenuhi sayur
sawi.
“
Siapa suruh kau masak. Beli je lah. Kan senang.” Balas Ethan selamba.
“
Buat apa nak beli kalau saya boleh masak. Nah ! Basuh bersih-bersih !” arah Ivy
tegas. Lambat-lambat, Ethan mengikut juga arahan yang diberi Ivy sambil matanya
curi-curi melihat Ivy yang sedang mengacau kuah kari.
“
Dah habis basuh dah ?” tanya Ivy tiba-tiba mengejutkan Ethan lalu sayur sawi
yang sudah dibasuh tadi termasuk ke dalam singki semula.
“
Awak berangan apa tadi Encik Ethan ?” tanya Ivy. Geli hati pula dia melihat lelaki
itu mengelamun. Lelaki kacak seperti dia boleh mengelamun jauh mengalahkan anak
dara.
“
Mana ada aku berangan. Dahlah ! Kau basuhlah sendiri !” bekas berisi sayur sawi
itu diserahkan kepada Ivy. Ivy pula hanya ketawa melihat wajah Ethan yang serba
tidak kena.
“
Dia yang jatuhkan, orang lain pula yang kena basuhkan. Huh !” omel Ivy
sendirian. Tidak dapat dinafikan yang suaminya itu memang ada cute sidenya yang
tersendiri.
“
Assalammualaikum.” Salam yang diberi menimbulkan tanda tanya kedua-dua manusia
di dalam rumah itu. Ivy segera berlari menuju ke pintu depan.
“
Damia !” Ivy segera mendakap erat satu-satunya adik kesayangannya. Ethan hanya
memerhatikan gelagat dua beradik itu.
“
Macam tak percaya je. Akak ke ni ?” tanya Damia sambil matanya diusap-usapkan
beberapa kali. Wajah kakaknya yang putih mulus itu direnung penuh rindu.
“
Akaklah ni. Damia sihat ?” tanya Damia lalu tubuh kecil adiknya itu dipeluk
sekali lagi. Melepaskan kerinduan.
“
Mia sihat. Akak lepas dah kahwin makin menjadi-jadi cantik. Abang An belanja
akak buat facial kat spa hari-hari eh
?” usik Damia. Ethan di belakang hanya tersengih-sengih.
“
Akak memang natural beauty laa.
Hihihi.” Ethan menjulingkan mata ke atas. Meluat pula dia mendengar isterinya
itu memuji diri sendiri. Tapi, memang betul pun Ivy natural beauty uhuk uhuk. Bangga sekejap.
“
Akak sebenarnya ada banyak benda nak tanya Mia. Tapi, Mia rehat-rehatlah dulu
nanti lepas makan kita sembang lama-lama sikit eh.” Ujar Ivy lembut. Sungguh
dia rindu adiknya tapi yang membezakan sekarang adiknya itu sudah besar dan
makin cantik.
“
Alright ! Mia masuk dalam mandi dulu
semua eh. Teringin juga nak merasa masakan Chef Ivy dan Chef An.” Balas Damia
sambil ketawa. Ethan dan Ivy juga turut
ketawa bersama namun selepas Damia menutup pintu bilik sahaja kedua-duanya
berhenti ketawa. Sebaliknya, mereka menjeling sesama sendiri.
“Apa
tengok-tengok ? Dah kupas kulit bawang belum ? Sibuk je.” tanya Ivy bersama
jelingan tajam.
“
Eh, hello mak cik. Kau tu yang beria berborak dengan Mia tadi. Aku pulak yang
kena ganti tempat kau eh. Kau yang volunteer
nak masak, aku pulak yang kena buat semua kerja.” Bengang Ethan dibuatnya.
Tiba-tiba sahaja perempuan itu nak marah dia. Padahal, dia tak salah apa-apa
pun.
Berkerut
dahi Ivy memandang wajah Ethan bersama mulutnya yang dimuncungkan. Tanda
kemarahan yang bakal meletup. “ Eh, habis awak duduk rumah nak buat apa. Tolong
la…”
“Apa
yang kamu berdua bergaduh ni…Dah siap masak ke belum ?” Puan Julia yang
tiba-tiba muncul dari belakang dapur mengejutkan Ivy lalu dia terkejut dan
terlanggar sayur sawi dibelakangnya. Habis berterabur sayur sawi yang sudah
dibasuh.
Ethan
menekup mulutnya dengan tangan. Cuba untuk menahan tawanya dari meletus. Namun,
kita hanya manusia dan hanya Tuhan sahaja yang menentukan. Akhirnya, Ethan
menghamburkan segala tawanya apabila melihat Ivy yang sudah kebengangan.
“
Ya Allah, An ! Sudah-sudahlah tu menggelakkan bini kamu. Ivy ! Kamu kutip sayur
sawi mak ni. Ya Allah ! Kuah kari apa ni hangit ! Peninglah kepala mak ! Kamu
berdua pergi duduk dekat ruang tamu sana. Dah ! Jangan nak masuk dapur mak lagi
dah !” Puan Julia menolak anaknya bersama menantunya agar beredar cepat dari
situ. Terpinga-pinga Ivy dan Ethan dibuatnya.
IVY
memeluk tubuhnya bersama muka yang bengang. Ethan hanya selamba menonton
televisyen sambil bergelak ketawa. Entah apa yang lawaknya pun tak tahulah.
Padahal tengok perlawanan bola je pun.
Tak
semena-mena lengan sasa milik Ethan dicubit dengan penuh ghairah tanpa mengenal
erti belas kasihan.
“
Adoi !!! Sakitlah !!!” jerit Ethan kesakitan. Wajah isterinya itu dipandang.
Tiba-tiba lengannya pula yang dijadikan mangsa. Datang bulan ke apa minah tu ?
“
Awak gelakkan saya kan !” marah Ivy. Wajah Ethan dipandang penuh bengang. Tapi
tak sampai berapa minit hatinya tiba-tiba cair. Aduh ! Dia silap pandang !
Patutnya pandang hidung ke pipi ke tapi dia terpandang, MATA !
“
Mana ada aku gelak pasal kau. Aku gelak tu hah cerita tu. Perasan !” Ethan
menjeling mata ke atas.
Ivy
bangun dan mencekak pinggang. Dia hendak berkata sesuatu tapi apabila Ethan
mendongak wajahnya lalu memandang dirinya, terus lenyap angan-angannya itu. Dia
menarik nafas kemudian berlari menuju ke bilik.
Pintu
dikunci perlahan. Ivy bersandar di belakang pintu bersama seribu rasa yang
tidak dapat dia ungkap. Kalau dulu dia hanyalah gadis kampung yang biasa tapi
kini namanya disebut-sebut di dada-dada akhbar sebagai usahawan yang berjaya.
Sedangkan dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan sehingga menangis-nangis
hendak ke institusi pengajian tinggi tapi tidak kesampaian kerana dia bukan
dari keluarga yang berada.
Berbeza
dari dirinya yang sekarang. Dia memiliki segala-galanya. Memiliki harta, wang,
kekayaan dan juga seorang suami yang jutawan. Walaupun mereka kahwin bukan atas
dasar cinta tapi sungguh dia suka akan kehidupan dia yang sekarang. Bukankah
ini impian yang dia mahukan dulu ?
ETHAN
mencuri-curi dengar disebalik pintu kayu bilik Damia. Terdengar suara isterinya
dan adik iparnya yang sedang bergelak ketawa bercerita tentang kehidupan
masing-masing. Tidak pernah dia lihat isterinya sebahagia itu sebelum ini.
“
An !” Puan Julia mencuit bahu Ethan menyebabkan jejaka itu terperanjat.
“
Fuh,…semangat…Kenapa mak main cuit-cuit. Terkejut An.” Ethan mengusap dadanya.
Maklumlah dia dah terkantoi mencuri-curi dengar perbualan isterinya.
“
Meh sini mak nak cakap sikit.” Lengan Ethan ditariknya menuju ke ruang tamu.
Ethan terpinga-pinga.
“
Kenapa mak ?” tanya Ethan pelik. Tiba-tiba suasana menjadi lebih serius pula.
Wajah Puan Julia juga bertukar serius.
“
Ivy sakit ?” tanya Puan Julia perlahan.
Ethan
terdiam. Dia tidak mahu menceritakan hal yang sebenar kerana takut merisaukan
mak mertuanya itu. Inikan mahu menceritakan apa yang telah terjadi kepada Ivy, anaknya
sendiri.
“
An,…jangan takut. Cerita je dekat mak. Mak tahu mesti ada sesuatu yang terjadi
pada Ivy kan ?” soal Puan Julia bertubi-tubi. Sungguh dia ingin tahu apa yang
telah terjadi pada anaknya itu. Ivy sungguh lain. Bukan seperti Ivy yang dia
kenali sekarang.
No comments:
Post a Comment