Sunday, June 8, 2014

My Spieldose - Bab 4


ETHAN menguis-nguis skrin telefon sebelum pandangannya beralih pada si isteri yang kelihatan gusar di sebelah. Bibirnya perlahan-lahan mengukir sebuah senyuman yang tidak dapat ditafsirkan. Memang dia gila ! Dari pagi tadi dia asyik senyum tak kira masa. Tak tahu apa yang membuatkan dia begitu ‘murah hati’ untuk tersenyum.

Tangannya sekejap memegang beg kemudian memegang kepala. Entah apa yang tidak kena. Ivy tidak sabar untuk tahu alamat kolej adiknya tapi yang mamat di sebelahnya itu boleh pula meng-slow motionkan keadaan.

Konsentrasinya sedikit terganggu bila orang di sebelahnya itu asyik bergerak sana-sini-tak-reti-nak-duduk-diam. Kejap matanya pada skrin telefon dan sekejap pada Ivy. Dengan gangguan seperti itu Ethan memang tidak boleh buat kerja.

‘Arghhh !!!’ hatinya mula bengang melihat keadaan itu lalu kedua-dua belah tangannya menggapai kedua-dua belah tangan mulus milik Ivy. Ivy terdiam. Matanya membuntang besar memandang Ethan.

“ Apa awak buat ni ?” tanya Ivy perlahan. Dia memang agak terkejut apabila Ethan tiba-tiba memegang kedua-dua belah tangannya. Matanya dan mata Ethan bersatu. Bagaikan satu magnet Utara dan Selatan.

Ethan yang menyedari kelakuannya yang agak ‘sopan’ itu, cepat-cepat mengalihkan tangan dan pandangannya ke tempat lain. Fuh. Kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup kuat pula ni ?

Wajah Ivy bertukar merah. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Tidak sanggup bertentangan mata dengan lelaki itu lagi. Sungguh…menggoda pandangan mata jejaka itu ! Tidak sanggup dia mahu pandang lama-lama.

Ethan berdeham beberapa kali. “ Aa…err…aku dah dapat alamat kolej adik kau.” Ujar Ethan.

Alright ! Jom pergi sana !” balas Ivy ceria.

“ No.” ujar Ethan pendek. Muka selamba ditayang. Ivy menoleh sebelah.

“ Kenapa pulak ?!” bentak Ivy tidak puas hati.

“ Kau suruh aku cari alamat dia je tadi kan ? And besides, sekarang ni waktu bekerja my dear.” Terang Ethan bersama senyuman yang sengaja dibuat-buat. Ivy menayang muka masam. Bibirnya dimuncungkan. Kakinya dihentak-hentak.

“ Habis tu ! Bila boleh saya jumpa adik saya ?” soal Ivy kasar tapi kedengaran manja.

Ethan menahan tawanya dari meletus. Serius memang dia suka sangat dengan isterinya yang baru ini. Sangat adorable !

Well, you have to be patient and we’ll go next week. So, for the time being you’ll just have to stick with me. Like a glue.” Ethan menayang senyuman menawan sebelum dia mengangkat punggung. Belum sempat Ivy membidas, Ethan mengangkat tangannya tanda talk-to-the-hand. Ivy merengus kasar. Badan disandarkan pada kerusi. Sungguh dia buntu. Tak tahu jalan apa yang harus dia ikut. Nak meminta pertolongan lelaki itu ? Huh ! Harapkan muka je handsome, tapi kedekut ! Kedekut tenaga ! Bukan nak hantar dia berjumpa Damia. Huh ! Geramnya !!!



IVY mengomel sendirian tidak puas hati terhadap jejaka bernama Ethan. Sejak perkenalan pertama, hmm, boleh dianggap pertemuan pertama ke ? Ahh !! Apa-apa je lah ! Tapi yang penting, lelaki itu memang menyakitkan hati. Tapi,…kenapa macam sekali-sekala tu kalau lelaki itu berada dekat dengan dia, jiwanya terasa bergetar ya ? Hmm, mungkin, lelaki itu nampak kacak jadi mungkin juga dia jatuh suka dengan lelaki itu kerana rupa. Ahh !!! Apa-apa je lah !!!

Jam sudahpun menunjukkan pukul 6 petang. Ivy masih berada dalam keadaan yang sama. Jika pembantu peribadinya masuk untuk beritahu dia ada mesyuarat pasti Ivy akan mengelak. Kalau boleh hari ini memang dia nak menyorok dalam cengkerang. Tak nak keluar-keluar !

“ Meh, jom !” Tidak Ivy sedar, tangannya tiba-tiba ditarik dan digenggam kemas oleh seseorang. Dia terpinga-pinga tapi dia ikutkan sahaja lelaki itu. Dari belakang sempat Ivy meneliti tubuh sasa milik Ethan. Kotnya sudah dicabut dan disangkut kemas pada lengan. Beg bimbit dipegang belah kiri manakala tangannya belah kanan menggenggam erat tangan Ivy.

Matanya kemudian beralih pada baju kemeja berwarna putih yang sudahpun dilipat kemas. Melalui pantulan pintu lif, dia dapat melihat tubuh lelaki itu pada bahagian depan. Beberapa butang sudah dibuka. Ohh…lelaki itu nampak sangat err…nevermind.

“ Kau tengok apa ?” tanya Ethan senada. Ivy menelan air liur. Kantoi !

“ Err, tengah buat analisis.” Aduh ! Apa jawapan yang dia bagi ni ? Buat analisis ? Analisis apa ? Memang itu idea spontan dia. Tak terlintas di fikiran pun.

Ethan menggangguk kepala. Senyumannya disembunyikan. “ Buat analisis pasal tubuh manusia eh ?” soal Ethan nakal. Pandangannya masih dihalakan pada pintu lif.

Ivy menggelabah. “ Aaa…err…saya nak analisis badan siapa pulak.” Soal Ivy bodoh. Aduh ! Macam memerangkap diri sendiri je.

Ethan menjongket bahu. “ Well, I don’t know. The answer is with you.” Balas Ethan. Senyumannya tidak dapat disembunyikan. Bukan dia tidak perasan yang Ivy sedang memerhatikan dia kerana dia juga turut sama memerhatikan Ivy melalui pantulan lif pintu.

Wajah Ivy yang malu-malu, gelabah, tak sabar, marah, geram semuanya tersemat kukuh di kepala dalam satu hari. Hmm. Dia sendiri bingung. Macam mana dia boleh ingat semua itu sedangkan tak pernah sekalipun dia begitu teliti dalam memerhatikan gerak-geri Ivy. Tapi kenapa hari ini dia seperti orang angau ? Dia dah jatuh cinta ? Buat…pertama kali ? Hmm. Jatuh cinta dengan isteri sendiri. Tak salah kan ?



KITA nak pergi mana ni ?” tanya Ivy sebaik sahaja mereka memasuki kereta.

Ethan menoleh sebelah. Perlahan-lahan wajahnya didekatkan pada Ivy. Wajah Ivy bertukar. Nafasnya tiba-tiba tersekat. Jantungnya berdegup bagai nak gila. Haruman perfume milik Ethan menusuk ke rongga hidungnya. Ohhh !! Kenapa tergoda sangat ni ?

“ Tak pernah belajar undang-undang jalan raya eh ?” soal Ethan tiba-tiba. Wajahnya masih mendekat pada wajah Ivy.

Dahi Ivy berkerut. Tidak memahami maksud Ethan.

“ Nak mati cepat ? Tali pinggang tu, pakai !” arah Ethan dengan nada yang tegas. Tersentak Ivy dibuatnya. Cepat-cepat tangannya memasang tali pinggang keledar. Fuh ! Dia ingatkan apa tadi rupa-rupanya dia sendiri yang terlupa untuk memakai tali pinggang keledar. Hailah !

Dalam diam Ethan tersenyum. Perlahan-lahan stereng diputar lalu keretanya menuju keluar dari perkarangan syarikat miliknya dan Ivy.

“ Encik Ethan, kita nak pergi mana ni ?” soal Ivy setelah menyedari suasana yang agak sunyi antara mereka.

“ Jalan balik rumah sendiri pun dah lupa ke ?” soal Ethan. Tangannya memulas stereng, memasuki perkarangan sebuah rumah kampung. Enjin dimatikan lalu tali pinggang keledar dibuka. Kepala ditoleh sebelah.

“ Macam mana awak tahu rumah saya ?” soal Ivy hairan. Bukan ke Ethan merangkap suami politiknya itu tidak tahu apa-apa mengenai dirinya ? Ethan tidak membalas soalannya malah lelaki itu terus memasuki rumah papan yang merupakan rumah dia sendiri.

“ Eh, tunggu  !” Cepat-cepat Ivy membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta. Kasut tumit tinggi yang menyakitkan kakinya dibuka segera. Salam diberi sebelum memasuki rumah.

Ethan yang sedang bersandar selesa di atas sofa kayu segera didapatkannya.

“ Kenapa awak tak tunggu saya ?!” rungut Ivy bengang. Boleh suaminya itu blah macam tu je.

“ Ivy dah balik dah ? Lama mak tak jumpa Ivy.” Puan Julia tersenyum manis melihat anaknya yang sudah berubah. Dulu anaknya tidak memakai tudung, tapi sekarang, anaknya itu makin kelihatan ayu dan sopan.

Ivy mendapat Puan Julia yang hanya tercegat berdiri selepas menghidangkan minuman. Ivy memeluk erat tubuh wanita tua itu dengan penuh kasih sayang manakala Puan Julia tersentak dengan sikap anaknya yang sudah berubah. Sikap 6 tahun yang lalu telah kembali. Adakah dia sedang bermimpi ?

“ Apa mak cakap ni ? Ivy ada dengan mak semalam kan ?”

Kata-kata Ivy membuatkan Puan Julia terdiam. Semalam ? Sudah 6 tahun anaknya itu tidak pulang ke rumah sejak hari lahir Ivy yang ke-20. Mengapa…

Ethan bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke arah Puan Julia. “ Ivy ni pening sikit mak sejak kebelakangan ni. Hmm, malam nanti kita sembang panjang-panjang eh. Ethan bawakkan Ivy masuk bilik. Mak rehatlah dulu.” Tangan Ivy ditarik menuju ke bilik. Ivy yang lemas ditarik dan ditolak, segera menepis tangan Ethan.

“ Saya tahulah mana bilik saya ! Hish ! Itupun nak main tarik-tarik.” Rengek Ivy tidak puas hati. Ethan hanya tersenyum melihat telatah Ivy yang makin berubah. Manakala, Puan Julia hanya menggeleng kepala melihat telatah anak dan menantunya.

No comments:

Post a Comment