Tak nak tunggu idea datang dah ! Nak tuuuuliiissss je...hehe...Kalau tak sedap bab 8 ni cakap ye ! Enjoy !
Bab 8
ADA
dua puluh lima SMS daripada Haizar selepas Nuha menghidupkan semula telefon
bimbitnya. Kesemua dua puluh lima SMS itu menggunakan ayat yang sama sahaja.
Please,
Nuha. Saya minta maaf sangat dengan awak. Saya cuma sayang awak seorang je.
Nuha mencebik. Bukan
boleh percaya sangat ‘ Saya cuma sayang awak seorang je’ dia tu. Sebelum
terkantoi dengan dia pun lelaki itu sering mengatakan kata-kata cinta dan
janji-janji manis semanis gula. Akhir-akhir, tak kemana pun ‘ saya cuma sayangkan
awak seorang je’ dia tu. Hampeh.
Nuha baring telentang
memandang siling biliknya. Mengenangkan nasib diri yang tak berapa nak
bernasib. Dulu, syok dengan crush,
alih-alih dah dapat, mangkuk tu buat hal pulak. Memang tak tahu apa yang tak
kena dengan dirinya. Yang paling tak boleh blahnya, dah curang, cakap masih
cintakan dia. Memang nak kena bagi makan penampar sekali baru lelaki tu sedar.
Susah betul dapat boyfriend playboy
macam tu. Eh ! Silap, ex-boyfriend. Harap
maklum.
Telefon yang berbunyi
menghentikan lamunan Nuha. Segera telefon bimbit di sebelahnya di capai. Nama
si pemanggil di baca sekilas seraya terus mencampakkan telefon itu ke atas
katil. Nuha mendengus kasar. Sembilan
puluh Sembilan miss call dari Haizar
dan yang selebihnya dari Syasya. Dah berpakat lah agaknya tu.
Syasya tu memang !
Pantang kalau lelaki handsome bagi ayat
merayu dekat dia sikit mesti terus on
je ! Lagi-lagi kalau si mangkuk ayun tu siap melutut buat muka sepuluh sen. Lagilah
makin mencair ! Dasar playboy punya
mangkuk ayun !
Ketukan pintu sekali
lagi mematikan lamunan Nuha Surfina. Bantal yang ditumbuk-tumbuk tadi dipeluk
kembali. Muka senyum ditayang.
“ Kenapa pa ?” Nuha
tersenyum manis memandang Datuk Rayyan yang bersandar di pintu sambil makan
choki-choki.
“ Tu ! Si Haizar tu !
Kacaulah ! Papa nak tengok Alice in Wonderland ni ! Dia kacau lah. Kamu pergi
lah turun tengok budak tu. Kesian papa tengok. Beria-ia benar nak jumpa kamu.” ujar
Datuk Rayyan tidak senang dengan sikap Haizar yang sangat determined untuk berjumpa dengan anaknya. Sedang syok layan movie, ada polan pulak yang datang
mengacau.
“ Papa cakap lah dengan
dia yang Nuha tak nak jumpa dia !” balas Nuha keras hati. Tak mahu dia berjumpa
dengan si buaya darat, air, paya bakau dan paya air masin dengan paya air tawar
itu. Buat panas hati je.
“ Kali ni, papa malas
nak bersubahat dengan kamu lagi. Pergi jumpa bekas balak kamu yang kecoh dekat
pagar depan rumah tu. Semak je !” Datuk Rayyan mencebik seraya terus beredar ke
ruang tamu meninggalkan anaknya berseorangan di dalam bilik.
“ Papa ! Ish ! Papa ni
kan !” Nuha menghentak-hentakkan kakinya seperti anak kecil. Time-time sesak macam ni jugaklah
papanya tidak mahu membantu. Pening kepala dia dibuatnya.
Nuha menuruni anak
tangga perlahan-lahan sambil menjenguk ke ruang tamu di mana Datuk Rayyan
berada. Papanya itu sedang khusyuk menonton filem Alice in Wonderland. Filem
dah lapuk baru nak tengok. Kelakar pula bila difikirkan papanya itu. Maklumlah,
orang businessman kan sibuk. Tak ada
masa nak menonton tv. Filem lapuk tu lah yang dianggap baru bagi diaorang. Haih.
“ Mak Jah ! Sini kejap
!” Nuha memanggil pembantu rumahnya yang sedang sibuk mengemop lantai itu.
Matanya sudah bersinar-sinar sebaik sahaja ternampak kelibat pembantu rumahnya
itu. Hehe. ‘ Kau nak sangat jumpa aku kan Haizar. Siap kau’ bisik hati Nuha
jahat.
Nuha menjenguk ke luar
tingkap melihat si mangsa yang bagaikan menyerah diri itu dengan senyuman yang
bermakna. Memang ada rancangan yang tersisip kemas di dalam kepala otak dia
sekarang ini. Kelibat pembantunya membawa baldi yang berisi air kotor itu
dipandang dengan penuh gumbira ! Haha.
Nuha menunjukkan tanda thumbs up tanda ok agar pembantu
rumahnya yang bernama mak Jah itu meneruskan rancangan yang telah dirancang
olehnya. Perlahan-lahan, Mak Jah menghampiri si jejaka yang segak memakai
kemeja berwarna putih itu. “ Memang bantai lah kau pakai baju warna putih !
Haha !” ujar Nuha sambil terkekek-kekek ketawa.
Datuk Rayyan pula
memerhatikan anak gadisnya itu dengan ekor mata dari ruang tamu. Memang itulah
setiap kali akan dilakukan oleh Nuha Surfina merangkap satu-satunya anak yang
dia ada. Kalau menyampah dengan seseorang je, mesti pelbagai rancangan yang
diatur. Dan yang jadi mangsanya, pembantu rumah mereka iaitu Mak Jah.
Dengan sepantas kilat,
Mak Jah menuangkan baldi yang dipenuhi air kotor itu ke atas kepala Haizar.
Membulat mata Haizar melihat kedua-dua orang makhluk yang sedang ketawa sambil
bertepuk tangan itu. What the…
“ Nak lagi ke Encik
Haizar Ayhan ? Haha !” Nuha ketawa riang sambil memegang perutnya. Rasa sakit
pula perutnya gara-gara terlampau banyak ketawa. Tidak ketinggalan, Mak Jah
yang sama kepala dengannya juga turut sama ketawa hingga pecah perut melihat
keadaan si kacak yang macho yang sudah bertukar menjadi kain buruk itu.
Haizar senyum dalam
diam. Kepala diangkat seraya menggeleng laju agar rambut yang basah tadi
kering. Nuha hanya memerhatikan tindak tanduk Haizar dengan ketawanya yang
masih bersisa. Dalam diam, ‘ Oh my,…mamat
ni nampak hot pulak buat macam tu.’
Baju kemeja putih mahalnya yang sudah basah
kuyup itu dikeluarkan dari seluar sambil memerah baju itu. Dia mengemaskan penampilannya
yang ‘basah’ itu. Kemudian, pintu pagar besar yang masih tidak dibuka itu cuba
dipanjat. Nuha yang melihat lelaki itu sudah terkejut besar. Berani gila mamat
ni !
Haizar turun dari pagar yang dipanjatnya dan
berlari anak ke arah Nuha yang masih tercegat tidak jauh dari tempat dia berada.
Mata Nuha sudah membulat sehabis mungkin melihat keberanian Haizar. Dia tidak
bergerak ke mana-mana kerana terpegun dengan sikap lelaki yang daring itu. Disebabkan Haizar yang sudah
makin menghampiri itu, dia tergopoh-gapah ingin masuk ke dalam rumah.
Malangnya, langkahnya
terhenti sebaik sahaja ada seseorang yang memeluknya dari belakang. Terhenti
langkah dan mulutnya. Hanya mata sahaja yang mempamerkan reaksi tidak percaya.
Dada Nuha berdebar-debar tatkala tangan sasa itu semakin mengeratkan
pelukannya. Terasa deruan nafas Haizar yang tidak teratur itu ditelinganya. Rapat
betul kedudukan dia dan Haizar saat ini. Rasa nak meletup jantung ini. Nasib
baik pembantu rumahnya dah masuk ke dalam tadi. Kalau tidak, memang
digelakkannya sampai tahun depan lah jawabnya.
Dagunya diletakkan di
atas bahu Nuha. “ I miss you.” Ucap Haizar
lembut di telinga Nuha Surfina. Gadis itu pula hanya kaku berdiri tegak tidak
berbuat apa-apa. Terkejut agaknya. Haizar tersenyum.
“ I can’t live without you.” Sekali lagi Haizar cuba mengayat Nuha.
“ I want you to be mine.” Nuha menelan air liur. Jangan cakap ayat tu
! Tolonglah !
“ And I love you.” Secara spontan, bibir Haizar mencium pipi gebu
Nuha sepantas kilat. Nuha masih berdiri tegak seperti ingin berkawat tanpa
memandang Haizar yang sudah berlari menuju ke pagar.
Nuha memegang pipinya
yang telah menjadi mangsa ciuman oleh lelaki yang bernama Haizar tadi. Terasa
panas membahang mukanya saat itu. Dia memandang laju ke arah kereta Ferrari
Maserati yang telah berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumahnya. Jelingan
maut ditayang. Dia mengetap bibirnya rapat. “ Haizarrrrrrr !!!!!”
Datuk Rayyan yang baru
sampai dari dapur itu hanya menjeling sekilas anaknya yang masih berada di
luar. Perlahan-lahan, dia menggeleng kepala melihat perangai anaknya yang masih
tidak ubah seperti anak kecil.
HAIYAN
memandang power point yang
dibentangkan oleh pensyarahnya. Bosan. Akil yang berada di sebelah tidak
habis-habis bermesej dengan awek dia. Haiyan juga yang membujang sampai ke tua.
Walaupun mempunyai rupa paras yang kacak, kulit yang putih melepak macam artis
korea, penampilan yang smart tak
nampak nerd walaupun dia berkaca mata
dan sentiasa mendapat title top student
di dalam kelasnya, kalau tak ada keberanian nak bercakap dengan perempuan pun
susah jugak.
Ramai sahaja student perempuan di kelasnya meminta
nombor telefon lah, bagi surat cinta lah, tanya soalan tak pahamlah, tapi dia
tetap tidak mempunyai keberanian untuk bergaul dengan perempuan juga.
“ Yan ! Kau tahu kan
nanti kita ada majlis perpisahan untuk Professor Saleha ?” pertanyaan Akil
secara tiba-tiba itu mengejutkan Haiyan. Segera dia mengangkat wajah. Dah habis
kelas rupanya. Tak perasan pulak.
“ Hmm. Kenapa ?” tanya
Haiyan sambil tangan kanan menongkat kepalanya.
“ Boleh kau uruskan bahagian
hiasan tak ? Setakat ni kitaorang semua dah full
job, kau seorang je yang free.”
“ Hmm.” Balas Haiyan
pendek. Dia sebenarnya tidak berminat untuk datang ke majlis itu nanti. Tapi,
apakan daya, terpaksalah dia datang nanti. Haih.
“ Jangan risaulah !
Nanti ada budak baru tolong kau !” ujar Akil teruja.
“ Budak baru ?” tanya
Haiyan terpinga-pinga dengan kata-kata Akil.
“ Lawa wei ! Aku tak
sangka ada awek secantik tu. Kau kena jumpa dia !” Akil masih lagi dengan
keterujaannya. Manakala, Haiyan menayang muka biasa. Akil kalau bercakap pasal
perempuan, semuanya mesti cantik-cantik belaka. Tak ada yang buruknya.
“ Hai ! Saya Rose
Harlina. Panggil saya Rose.” Seorang gadis yang bernama Rose itu menghulurkan
tangannya. Haiyan terkejut lalu terus terbangun dari tempat duduknya. Mukanya
nampak sangat menggelabah dengan gadis yang tidak diundang itu. Setelah
beberapa saat memerhatikan si pemilik nama dan rupa, baru dia teringat akan
sesuatu.
Gadis itu dia pernah
terlanggar dulu ! Tidak sangka jodoh mereka sekuat ini. “ Err, hai, err…saya
Haiyan…err…kita…pernah..jumpa dulu kan ?!” tangannya sudah mula berpeluh-peluh.
Matanya tidak tahu mahu diletakkan di mana. Kalau nak dipandang muka Rose,
takut dia pengsan pulak. Aduh ! Cool,
Haiyan, cool ! Act cool ! Depan awek cun ni kot. Buat malu kaum je lah kau ni !
“ A’ah ! Masa dekat shopping mall hari tu kan ? Tak sangka
dunia ni kecil je.” Rose tersenyum manis memandang si jejaka kacak yang
menggelabah di depannya itu. Comel !
Akil menyiku lengan
Haiyan sambil berbisik ke telinganya sesuatu. “ Woi ! Asal aku tengok kau macam
menggelabah semacam je ni ? Hari tu dengan awek brutal tu aku tengok elok je
kau ?”
Haiyan menjeling tajam
ke arah Akil. Kemudian, berpaling kembali pada si bunga Rose yang cantik
jelita. “ Yan ! Ni lah dia yang aku cakap tu. Nanti dia yang akan tolong kau
hias dewan masa majlis tu nanti. Kenal-kenal lah ye.” Akil meminta diri. Haiyan
semakin menggelabah melihat kawannya yang sudah mahu beredar itu. Cepat-cepat
tangannya mencapai beg sandang yang dipakai Akil.
“ Kau nak pergi mana ?”
tanya Haiyan laju. Bulat mata dia memandang Akil yang selamba hendak beredar
itu.
“ Nak pergi cafĂ©. Kau
kenal-kenallah dengan Rose. Aku nak pergi jumpa kawan aku kejap. Bye, Cik Rose !” Akil melambai-lambaikan
tangannya pada Rose. Rose hanya tersenyum manis.
“ So,…bila boleh kita start
?” tanya Rose lembut.
Haiyan makin tidak
tentu arah kerana hanya dia dan Rose sahaja yang berada di situ. Serba tidak
kena Haiyan. Kejap ambil beg sandang nak pakai, kemudian diletakkannya balik ke
atas kerusi. Argh ! Spoil betul ! “
Err,…anytime.” Senyuman tidak ikhlas dihadiahkan pada si dia
yang murah dengan senyuman itu.
“ Ok, then ! See you tomorrow ! Bye !”
“ Ok !” Haiyan
menunjukkan thumbs up kemudian bercekak pinggang. Sungguh
seksa nak bercakap dengan perempuan yang seorang itu.
Dia pun pelik juga
sebenarnya. Kenapa dengan minah brutal tu, dia boleh lancar je bercakap ? Siap
pekik-pekik marah lagi. Kalau dengan Rose ni, nak pandang pun bukan main payah.
Lagi payah masa berhadapan dengan Amalina dulu. Kenapa ya ? Apakah semua ini
memang ditakdirkan ? Atau,...kebetulan sahaja ?
okey! now memang minat dengan haizar.. wah! so sexy and romanctic.. akak, leh tak tukar hero.. hahaha.. selamber aje minx tukar hero.. hehe.. main-main je..
ReplyDeletehaha ! sje nk bagi bikin panas sikit, huhu...
Deletesuka yer buat pembakaran.. haha.. untuk novel ni, sy nk haizar la.. haiyan kaku sgt jmpa ngan pompuan.. biasalah kalau dah mr venustraphobia.. nk wt mcm mana lg kan.. haha.. btw, trtnya2 apa yg haizar buat kat nuha??
Deletedie 'make love' dgn prempuan lain...wakakaka....
DeleteBest.
ReplyDeletethanks baby mio =)
Deletesememangnya best!...so swt!...
ReplyDeleteho ho...thanks Intan ! ngeh2 =)
DeleteEh ? Sy nk tanye ni akak. Sape hero erk ??! Haiyan or his brother ?! Confius kite :( tp sy nk haizar :)
ReplyDeletehaha...nme tajuk pon mr.venustraphobia..so, sape yg kene phobia tu ? hoho..
DeletePada Hanna, watak haiyan tak menonjol sngat. Tapi haizar memang sexy dan handsome [agaknya] tapi... best la citer ni. Next n3 please...
ReplyDeletehoho..bru nk mule cite ni...tu yg haiyan x menonjol tu..haha...ok2...haizar rmai peminat...haiyan kalah...kuang3...
DeleteSalam akak..
ReplyDeleteJust want to say....
Haizar too hot!!!!!!...
Love him.....hehheh.
Tapi ika lbih suka haiyan... SBB dye mcm mister guy.. Just lbih prefer Haiyan not Haizar...apopon keep it up....
i know that...coz i'm also fall in love with haiyan...hehe =)
Delete