DIAN
menghafal bait-bait perkataan yang terdapat dalam kamus dengan penuh khusyuk.
Lagi beberapa minit sahaja lagi pemandu peribadi Tengku Tajuddin di Seoul akan
menjemputnya dari Incheon International Airport.
“
Annyeonghaseyo. Je iremeun Dian imnida. Bangapseumnida
( Hello, My name is Dian. Nice to meet you)”
Bunyi telefon yang tiba-tiba berbunyi segera
diangkat.
“ Hello,
ah, ye, uncle, saya ada dekat depan.
Hmm, ok.” Talian dimatikan. Dian segera menarik bagasinya menuju ke pintu
depan.
Kelihatan sebuah kereta mewah berwarna hitam sudah
siap diparkir di pintu hadapan. Pak cik driver
yang disangkakan orang melayu tiba-tiba bertukar menjadi orang tempatan korea
itu segera didapatkan.
“ Err, uncle
ke yang ambil saya ?” tanya Dian berhati-hati.
“ Ya, saya. Mari saya bawa Cik Dian ke private apartment Tengku Tajuddin.” Ujar
Uncle Han yang merupakan warga korea
tetapi amat petah bercakap dalam bahasa melayu.
Dalam kereta, Dian hanya diam. Kepalanya yang kusut
memikirkan tentang amanah yang diberi masih membelenggu dirinya. Di manakah dia
harus mencari lelaki itu. Persoalan yang utama.
“ Hmm, Cik Dian, esok, Cik Dian nak uncle bawa pergi jalan-jalan ke ?” tanya
Uncle Han setelah menyedari anak
gadis itu hanya membisu.
“ Err, uncle
panggil je saya Dian. Tak payah panggil cik. Hmm, pasal tu, kita fikirkan
kemudian. Hmm, kalau Dian nak tanya sesuatu pada uncle boleh ?”
“ Tanya apa ?”
Dian menggigit bibir. Dia memang sudah mati akal.
Satu perkara mengenai anak kandung Tengku Tajuddin pun dia tidak tahu. Hanya
gambar itu sahaja yang dia ada.
“ Uncle
kenal tak dengan anak Tengku Tajuddin yang tunggal tu.”
Uncle Han seperti berfikir-fikir. “ Hmm, ohh, Tengku
Daniel ! Ya, ya. Uncle kenal. Kenapa
ya Dian ?”
“ Hmm, sebenarnya, tujuan Dian datang sini,
sebenarnya nak cari dia. Uncle tahu
dia tinggal dekat mana tak ?”
“
Uncle tahu, tapi, tak tahulah kalau
dia masih tinggal situ lagi. Dian nak pergi cari dia sekarang ke ?”
Dian
berfikir-fikir. Memang dia mahu cepat tapi… “ Err, tak apa, uncle. Kita cari dia esok je.”
“
Okay !”
AKHIRNYA,
mereka tiba juga di Cheongdamdong di mana terletaknya rumah persendirian Tengku
Tajuddin di Korea. Dian memandang keadaan sekeliling yang agak asing padanya.
Kawasan perumahan di situ agak mewah.
“
Kalau Dian nak tahu, ada selebriti tinggal dekat kawasan ni tau.” Ujar Uncle Han.
Dian
hanya mengangguk. Ada artis korea tinggal berdekatan ? Wow. Boleh minta sain
ni. Kekeke.
“
Malam nanti, uncle ambil Dian ya ?”
“
Okay.” Dian menunjukkan thumbs up.
PADA
pagi itu, Dian membuat keputusan untuk berjalan-jalan sementara menunggu Uncle Han menguruskan urusannya. Dengan
hanya memakai t-shirt lengan panjang dan baju yang paling wajib dipakai apabila
tibanya musim sejuk.
Dian
berjalan-jalan di sekitar kawasan Cheongdamdong dan akhirnya dia singgah ke
sebuah café yang terletak tidak jauh dari villa. Secawan Americano dipesan.
Seingat dia ingin berehat-rehat di café, malangnya, café itu telah dipenuhi
ramai pengunjung dan Dian membuat keputusan untuk menikmati kopinya di villa
sahaja.
Dian berjalan dengan penuh berhati-hati
gara-gara kopi Americano itu yang sangat panas. Sekali kena, memang melecur
habis. Dalam berhati-hati, seorang malaun entah dari mana muncul tiba-tiba
melanggar Dian dan akhirnya kopi yang dijaga dengan penuh kasih sayang itu
tumpah. Selamat tumpah pada si malaun. Alhamdullilah. Eh ?
Lelaki
itu dia lihat membebel dalam bahasa korea yang tidak dia faham sepatah haram.
Apa yang dia dapat agak, lelaki itu membebel kerana bajunya telah kotor.
“
I’m sorry sir. I didn’t realize you were…”
Kejap ! Kenapa dia yang harus minta maaf ? Dia tak bersalah pun ! Lelaki itu
yang menonong masuk ke dalam tanpa melihat kiri kanan. Mengapa dia yang dengan
baik hatinya menerima semua kesalahan yang dibuat oleh lelaki itu ?!
“
Geureon daeum? (then)” Kening
Daniel terangkat. Menunggu kata-kata maafan dari si gadis yang sudah tentunya
bukan berasal dari situ. Dalam diam, dia meneliti penampilan gadis itu. Sungguh
tak up-to-date. Selekeh semacam.
“
Why should I apologise to you ?” soal
Dian berani. Matanya tajam menikam pada anak mata si jejaka. Baru Dian sedar,
lelaki yang dilanggarnya itu ialah seorang jejaka yang sangat kacak ! Mata
lelaki itu sangat galak dan mempesonakan. Tetapi, wajah lelaki itu seperti
kacukan. Korea-Inggeris. Eh ? Err…apa ni Dian…
“
Excuse me ?” Akhirnya keluar juga
bahasa inggeris dari mulut lelaki itu. Kelihatan jejaka yang sedang memakai kot
bulu itu sedikit berang. Kecut perut Dian dibuatnya.
“
Dasi malsseumhae jusi kesseo. (Please say
that again)” Dian mengecil. Oh my…Dia tak paham sepatah haram pun
dengan apa yang dikatakan jejaka kacukan itu. Macam mana ni. Arghhh !!!
“
Ihaeka andoeyo. (I don’t understand)”
balas Dian perlahan. Itu sahaja yang dia hafal. Sediakan payung sebelum hujan.
Memang situasi seperti inilah yang dia jangkakan. Fuh.
Daniel
ketawa. Geli hati dia melihat wajah gadis itu yang menggelabah. Relakslah, dia
pun dari Malaysia juga.
“
Lain kali kalau datang negara orang, tolonglah belajar terlebih dahulu ya.”
Ujar Daniel sebelum dia beredar tanpa menoleh ke belakang. Terbatal niatnya
untuk membeli sarapan. Sudahlah pagi itu dia terbangun lambat. Nampaknya
terpaksalah dia balik ke rumah untuk menukar pakaian. Lagi beberapa jam sahaja
lagi photoshootnya akan bermula. Urgh
! Spoil betul !
Dian
menjeling jejaka yang kelihatan menjelikkan itu. Eh ? Tadi puji, sekarang kutuk
pula ? Ohh, yes ! Memang hatinya
tiba-tiba bertukar panas apabila melihat
lelaki yang agak angkuh itu. Sungguh,…berlagak ! Rupa-rupanya, lelaki itu boleh
cakap melayu ! Sengaja betul ! Grrr…Tengoklah lepas ni, kalau sekali lagi dia
dipertemukan dengan lelaki itu, memang akan di’karate’nye lelaki itu
cukup-cukup ! Berlagak ! Huh !
KERETA
diberhentikan di sebuah apartment yang berada di kawasan Cheongdamdong.
Berdekatan dengan villa yang didudukinya.
“
Ini ke tempat dia uncle ?” tanya Dian
sambil kepalanya didongakkan ke atas. Melihat ketinggian apartment yang ternyata sangat tinggi.
“
Yup. Tapi uncle tak sure lah dia masih tinggal sini lagi
atau tidak. Nombor Daniel pula, uncle
tak ada.” Ujar Uncle Han kesal.
Banyak-banyak perkara, nombor telefon Tengku Daniel pula yang dia tiada.
“
Tak apa, uncle. Jom kita naik atas
dulu. Tengok macam mana.” Ujar Dian tenang.
Selepas
ditunjukkan jalan, akhirnya, mereka tiba juga di hadapan rumah Tengku Daniel.
Dengan langkah yang pantas, Uncle Han
menekan butang. Apabila pintu dibuka, seorang wanita berusia 40-an itu
mengatakan sesuatu dalam bahasa korea. Uncle
Han yang memang berasal dari korea menggantikan tempat Dian. Dian pula hanya
diam membisu. Nasib baik ada Uncle
Han, kalau tidak, memang melongolah dia di situ.
Pintu
ditutup. Uncle Han memandang Dian
kecewa.
“
Kenapa uncle ?” tanya Dian perlahan.
Uncle
Han menggeleng kepala. “ Dia dah pindahlah Dian.”
Dua
perkataan sahaja yang bermain di fikiran Dian sekarang. Mam-pus-a-ku.
DIAN
termenung di birai katil. Merenung masa depannya yang kian gelap. Bagaimana dia
mahu beritahu mama dan papanya tentang Tengku Daniel yang tidak dijumpai ?
Adakah dia tepaksa berhadapan dengan raksasa-raksasa itu semua lagi ? Secara
automatik, wajah si ketua raksasa (Sally) muncul di benak fikirannya. Ahhh,
tidak !!!
Malam
itu dia memang tidak boleh tidur langsung. Perkara yang dapat dia fikirkan
adalah mengambil udara segar. Dian memakai sweater
lalu hoodienya dijadikan sebagai
tudung. Dia membuka pintu kaca perlahan-lahan dan serta merta, udara malam yang
segar meniup ke mukanya. Baiklah, ‘segarnya itu’ lebih kepada sejuk yang
mencengkam tulang.
Dian
memeluk tubuhnya. Udara sejuk dari balkoni sedikit sebanyak menenangkan kepala
otaknya yang berserabut. Mimpi ngeri itu serta merta lenyap. Tetapi,
ketenteramannya tidak kekal lama apabila suara seseorang mengganggu malamnya
yang aman. Ketenteramannya makin lama makin diragut setelah suara garau itu
makin lama makin kuat frequencynya.
‘Tak boleh jadi ni…’ rungut Dian tidak puas hati.
Nasib
baik balkoninya dan balkoni rumah sebelah agak dekat jadi senanglah dia untuk
menyampaikan kata-kata amaran kepada si jiran sebelah yang memekak
tengah-tengah malam.
“
Excuse me, err, neighbour, could you
please, emm, slow down your voice…” ujar Dian tergagap-gagap. Takut juga
sekiranya jiran dia itu seorang gangster.
Ohh, janganlah.
Daniel
berhenti berbual dengan rakannya dari telefon setelah menyedari dia ditegur
seseorang. Setahu dia, rumah sebelahnya tidak berpenghuni. Tiba-tiba jantungnya
berdebar-debar pula. Takkan hantu ju-on pulak. Ohh, tidak.
Talian
dimatikan. Daniel berjalan perlahan menuju ke sebelah kanan balkoni. Dalam
samar-samar lampu, dia dapat lihat seseorang di bawah.
“
Nugusijyo ? (Who are you)” tanya
Daniel perlahan. Makin berdebar-debar pula jantungnya tiap kali dia mendekat.
Apabila dia makin dekat, dan dekat…
“
Wait. Kau ?!” ujar Daniel separuh
jerit. Terkejut dia apabila melihat wajah itu. Wajah gadis yang telah
merosakkan segala moodnya pagi tadi.
Apa dia buat di sini ?!
“
Awak ?!” Dian juga turut terkejut. Lelaki yang telah menumpahkan kopinya pagi
tadi !
“
Kau buat apa dekat sini hah ?!” Daniel membuntangkan matanya. Benda pertama dan
terakhir yang dia mahu buat adalah untuk tidak bertembung dengan perempuan itu
lagi. Tapi mengapa, jadi jiran pula !
“
Eh ?! Sayalah yang patut tanya soalan tu ! Memekak tengah-tengah malam.
Tolonglah hormat sikit ! Orang nak tidurlah !” jerit Dian tidak puas hati.
Cermin matanya yang jatuh dinaikkan ke atas semula bersama wajah yang kononnya
berang tetapi pada hakikatnya tak ada nampak tengah marah langsung.
“
Huh ! Hey, kau tahu tak disebabkan kau, semua benda yang sepatutnya berjalan
dengan lancar dah bertukar…disaster
!” bebel Daniel tidak puas hati. Hatinya yang masih panas itu bertambah jadi
panas apabila dia terpaksa bertembung lagi dengan minah sememeh itu ! Ohh,
ngeri !
“
Hey ! Awak ingat awak seorang je, disebabkan awaklah saya tak dapat cari anak
papa saya tahu !” Masing-masing saling salah menyalahkan. Sehinggalah mereka
kepenatan…dan tidak larat untuk bertegang urat lagi.
“
So, apa yang terjadi dekat awak pagi
tadi ?” tanya Dian setelah menyedari suasana yang tiba-tiba sunyi sambil
bersandar pada tembok balkoni yang memisahkan antara rumahnya dan rumah lelaki
yang tidak dikenali itu.
“
Hmm, aku terpaksa cancelkan photoshoot sebab tangan aku sakit. Ini
semua sebab kopi panas yang kau tumpahkan tu lah !” rengek Daniel. Dia juga
turut bersandar pada tembok balkoni tetapi pada arah yang bertentangan.
‘
Ohh, model..patutlah hot…’ bisik hati
Dian perlahan.
“
Sorry about that.” Balas Dian
perlahan. Malas dia hendak bertegang urat dengan lelaki itu. Sudahlah hari ini
hari yang memenatkan. Baik dia mengalah saja.
“
So, what about you ? Apa yang terjadi
dekat kau pagi tadi ?”
Dian
mengeluh perlahan. “ Hmm, well, saya
datang sini sebab ada misi.”
Kening
Daniel ternaik. Macam Mission Impossible
pula. “ Misi apa ?”
“
Misi untuk membawa pulang anak papa dan mama saya pulang ke Malaysia.”
Daniel
diam. Pelik sungguh misi itu. Merajukkah orang itu ?
“
Habis tu ?”
“
Saya pergi rumah dia dan orang cakap dia dah pindah. Dah sekarang saya buntu.
Tak tahu dah nak cari dia dekat mana.” Daniel mengangguk perlahan. Bersimpati
dengan kesusahan yang menimpa gadis itu.
“
Kenapa tak call je ?” cadang Daniel.
“
Call ? Ha ha. Nombor pun tak tahu.”
Dian ketawa. Dengan hanya sekeping gambar lama, dia disuruh untuk mencari anak
Tengku Tajuddin jika mahu meletak jawatan sebagai CEO. Mengapalah dia harus
bersusah payah semata-mata kerana dia mahu meletak jawatan ? Haih, macam tak
logik pula.
“
So, what’s your plan then ?”
“
I don’t know,…balik Malaysia kot.
Biarlah saya berhadapan dengan raksasa-raksasa tu semua. Biarlah saya gantikan
tempat papa saya sampai badan saya lunyai. Kalau saya jumpa dia pun, macamlah
dia nak balik dengan saya. Perempuan yang sememeh tiba-tiba datang ajak balik
Malaysia. Nanti tentu dia ingat saya ni perempuan gila meroyan.” Jujur Dian.
Daniel
mengangguk simpati. Sedar diri rupanya gadis itu. Uhuk, uhuk. Daniel bangun
lalu menepuk bahagian belakangnya membuang kotoran. Kepalanya dijengukkan ke
luar balkoni.
“
Emm, hei,…” panggil Daniel teragak-agak. Tidak tahu mahu membahasakan diri
gadis itu apa.
Dian
memandang ke atas dan bangun dari duduknya. “ Kenapa ?”
“
Esok kau free ?”
Dian
menggangguk. “ Kenapa ?”
“
Esok bangun awal sebab aku nak bawa kau pergi jalan-jalan sebelum kita
berpisah.” ujar Daniel jujur. Dia berasa seperti ada connection pula dengan gadis itu. Walaupun pertemuan mereka agak
kelam kabut, tapi, akhirnya, dia dapat rasakan gadis itu seorang yang baik.
“
Ohh, ye ke ? Should I ask my driver
?”
“
Hmm, no, that’s okay. Let’s just only,
hmm, the two of us.” Balas Daniel perlahan. Sekali-sekala dia berdeham
membetulkan intonasinya. Err…tiba-tiba pula dia terasa agak kekok berdepan
dengan gadis itu. Haih, kenapa ya ?
“
Kenapa awak tiba-tiba baik dengan saya ?”
Daniel
memasukkan tangannya ke dalam poket. Bawah bibirnya digigit. “ Hmm, well, aku cuma nak, jadikan pengalaman
kau dekat sini sebagai pengalaman yang paling manis. Jadi, tak ada lah kau
ingat aku ni sebagai pengalaman buruk kau.” Hmm. Terasa lain macam ayat yang
akhir tu. Dia mahukan gadis tu ingatkan dia ke ? Erk ? Asal macam pelik je…
“
Oklah. Saya masuk tidur dulu ya. See you
tomorrow !” Dian melambaikan tangannya meninggalkan Daniel termangu
sendirian. “ See you too…” balas
Daniel perlahan. Bibirnya melakarkan senyuman. Aduh ! Kenapa dengan dia ni !
Best.. Love it!
ReplyDeletehehe...thank you =)
Deleteminta sambungan pls! i like it
ReplyDeletethanks you...esk bru release part iii...=)
Deletebestnya...nak lagi..
ReplyDeletewill post...don't worry...=)
DeleteSuperb ohsemm! ;)
ReplyDeletehaha...thanks The Khayalan...=)
DeleteOuh x sbar!!!
ReplyDeletehoho..nantikan....=)
DeleteBEST 3X.
ReplyDeletethanks baby mio =)
Delete