Monday, December 16, 2013

My Spieldose - Bab 2

ETHAN membuka pintu almari sambil tangannya mengelap rambut yang basah menggunakan tuala kecil. Kemeja berona putih dicapai lalu disarungkan pada badan. Satu persatu butang kemeja dibutangkan sebelum seluar slack dipakai. Kemeja putih kemudiannya dimasukkan ke dalam seluar.

Ada satu lagi yang tertinggal. Hmm. Ah !

Dia bergerak ke ruang tamu di mana Ivy berada. Wanita itu ditenung lama sebelum dia datang menghampiri. Bahu Ivy dipegang sebelum kedua-dua belah pipi Ivy dicium mesra.

“ Babe, mana kau letak aku punya tie yang warna maroon tu ? Aku nak pakai hari ni.” Ujar Ethan selamba sebelum melabuhkan punggung di sisi Ivy kemudian bahu wanita itu dipeluknya erat.

Ivy yang terkejut dengan tindakan spontan lelaki yang tidak dikenalinya itu cepat-cepat bangun dari duduk lalu kedua-dua belah tangannya diangkat menutupi dadanya.

“ Jangan dekat !! Kau jangan cuba dekat !!” jerit Ivy kuat. Badannya menggigil ketakutan apabila lelaki itu tiba-tiba mencium dan memeluknya seperti mereka ini rapat sekali.

Ethan mengeluh kasar. ‘ Tak habis-habis dengan drama dia lagi lah tu.’

“ Iv, kau minum berapa banyak semalam sampai jadi biul macam ni.” Ethan memegang kepalanya kejap sebelum dia bangun untuk beredar mencari tali lehernya sendiri. Nak harapkan wanita tu, sampai tahun depan pun dia tak dapat pergi kerja.

“ Kau siapa ?” tanya Ivy dalam nada yang sedikit perlahan. Bibirnya diketap rapat. Nak tak nak, dia harus tanya juga lelaki itu.

Ethan berhenti sebelum memalingkan badannya menghadap Ivy.

“ For God sake Ivy, I’m your husband. Aku dah beritahu kau nak dekat dua puluh kali dah. Tolonglah pergi mandi dan siap cepat. Kau ada meeting pukul tiga ni.” Jawab Ethan sedikit tinggi.

“ Nama kau ?” Ivy menundukkan wajahnya.

Ethan mengeluh kasar. Sakit jiwa betul dia melayan minah ni. Dah sewel ke tak betul entah tiba-tiba tanya nama dia.

“ Ethan Omar.” Jawab Ethan malas. Nak tak nak, layan je lah.

“ Kita…dah…err…” Tergagap-gagap Ivy cuba menyempurnakan ayat itu. Dia takut dan betul-betul keliru. Semalam hari jadi dia yang ke-20 tapi tiba-tiba je dia bangun pagi tadi ada lelaki tidur bersama dia di sebelah tanpa memakai baju. Tak ke pelik. Sebelum dia trauma kerana dirogol, lebih baik dia confirmkan dulu.

“ Kita dan pernah…err…tu…ke ?” tanya Ivy teragak-agak. Tak tahu perkataan apa yang harus dia gunakan.

Ethan tersenyum senget. Dia tahu apa yang wanita itu cuba katakan. Tapi bukan Ivy memang dah tahu ke hubungan mereka macam mana ? Kenapa kena tanya pula ?

“ Dah. And kau dah pregnant sebulan lebih. Kenapa ?” jawab Ethan selamba.

Ivy tersentak. “ Ke…kau…ti…pu…kan…”

Ethan tergelak sinis. “ Buat apa aku nak tipu. Kita dah check semalam. In fact, apa kau nak risau. Aku kan suami kau. Jadi, salah ke kalau kau mengandung pun ?” tipu Ethan dengan wajah selamba ditayang.

Ivy memegang perutnya. Air mata terus deras mengalir. Tidak sangka hidup dia akan bertukar sebegini sedangkan bukanlah ini impian dia. Impian dia hanya satu iaitu untuk ke menara gading. Bukannya mengandungkan anak kepada lelaki yang tidak dikenali langsung itu.

“ Kau jahat ! Kau memang perogol ! Aku tak pernah kahwin dengan sesiapapun ! Kau tipu aku ! Ya Allah !”

Dada Ethan ditumbuk kuat. Air matanya pula tidak berhenti dan hanya terus mengalir. Dia kecewa ! Tidak tahu apa yang terjadi pada dia malam itu. Sungguh dia tak ingat !

Ethan kelam kabut melihat Ivy yang meronta-ronta. Alamak. Dia main-main je. Bukannya serius sangat. Tapi bila tengok wanita itu menangis, dia rasa bersalah pula. Selama dia berkahwin dengan Ivy pun, mana pernah dia menyentuh gadis itu. Perjanjian mereka hanyalah untuk berkahwin hanya semata-mata kerana business sahaja. Bukannya kerana cinta.

Tangan Ivy yang tidak henti-henti memukul dadanya itu digenggam supaya wanita itu berhenti memukul. Wajah Ivy yang dibasahi air mata itu ditenung dalam.

“ Iv, kita kan dah janji. Aku takkan mungkir janji tu punya. Kau jangan risau.” Tutur Ethan lembut. Ivy mengangkat wajah. Air mata yang mengalir dari pipi Ivy itu dilap.

“ Maksud kau, kita memang tak pernah…”

“ Ya. Kita memang tidur sebilik dan sekatil. Tapi percayalah, aku memang tak pernah sentuh kau. Kau pun tahu aku macam mana kan.” Terang Ethan lalu tubuh genit isterinya itu didakap erat. Belakang Ivy diusap perlahan.

“ Kau pergi mandi cepat lepas tu ikut aku pergi pejabat.” Arah Ethen tegas selepas tubuh Ivy dilepaskan. Ivy mengangguk.

Beberapa minit kemudian,…

“ Wei ! Mana aku letak tudung aku ?” jerit Ivy dari dalam bilik. Kepala digaru. Terpaksalah dia memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘wei’. Memang dia lupa habis nama lelaki itu.

Ethan tergelak. “ What’s with the ‘wei’ ? And tudung ? Since when did you started to wear hijab Mrs. Ivy ?” Ethan menghampiri isterinya yang terpinga-pinga. Pinggang ramping milik Ivy dipeluk kejap sebelum Ivy dengan pantas menepis tangannya.

“ Since my akil baligh ? Menutup aurat tu kan wajib ? Kau tak tahu ke ?”

Ethan berdeham sebelum jari telunjuknya dihalakan pada laci di bawah almari.

Sementara menunggu Ivy bersiap, dia mengelamun sendirian ? Cara percakapan wanita itu tidak ubah seperti budak-budak. Menutup aurat adalah wajib ? Sejak bila Ivy pandai agama ? Bukankah wanita itu dulu sering berpakaian seksi sehinggakan nampak peha gebu putih melepak ? Solat pun dia tidak pernah melihat Ivy kerjakan. Sudah berubah ke wanita itu ?

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. seriously , tak sabar tunggu next entry >.<

    ReplyDelete
  3. Masih blur apa sebenarnya yg berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cite ni ala2 fantasi sikit...tu yg rmai pening bile bce tu...=D

      Delete
  4. serius Amani awak buat saya pening, curious sangat sangat. Ok update kasi laju okey. Keep it up!

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. Thanks akak :')
    Syg akak.. Heheh :*
    Update lagi. Sy daa pening ni.. Tpi best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh..akk lgi fening dik nk buat cite ni..haha

      Delete
    2. ouh.. takpe kak.. idea ak mmg cun :) nnti update kasi laju sikit eh.. update yg ni dulu boleh ? please :'( huhu.. btw.. hope projek besar akak cepqt siap.. heheh..

      Delete
    3. thank you adk ! idea cincai je ni...=)

      Delete