Saturday, November 16, 2013

Mr. Venustraphobia - Bab 9

Assalammualaikum wbt.

Less talk, more read ! Enjoyyysssssss...^^V

p/s : saya tahu, bab 9 ni agak hambar...sorry sangat-sangat =(

Bab 9


NUHA menapak ke ruang tamu bersama mulutnya yang sengaja dimuncungkan. Kelihatan Datuk Rayyan sedang duduk bersila di atas sofa sambil melayan Facebooknya. Bengang sungguh hati Nuha. Sudahlah semalam pipi gebunya itu menjadi mangsa si buaya darat. Papanya itu boleh buat endah tak endah sahaja. Bukannya nak membantu anaknya yang sedang berada dalam kesusahan itu.

Nuha bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Datuk Rayyan sambil tersenyum nakal. Matanya kini terfokus pada peha papanya dan pap !

Datuk Rayyan terkejut seraya pehanya yang terasa sakit itu digosok berkali-kali. Kurang hasam punya budak ! Dia tengah syok-syok melayan Facebook, si anak daranya itu boleh pula memukul pehanya dengan kuat sekali.

“ Apa ni, Ha ! Sakitlah peha papa kamu tepuk. Tahulah peha papa ni gebu, tak payahlah nak jealous sangat.” Rengek Datuk Rayyan sambil matanya mencerlung tajam pada wajah anaknya yang tak makan saman itu.

Nuha mencebik. “ Siapa suruh papa tak tolong Nuha masa si Mr. Crocodile tu datang ! Papa buat bodoh je kan dengan Mak Jah dekat dapur . Seronok dapat gelakkan anak sendiri ?” perli Nuha seraya menayang muka cemberutnya.

Datuk Rayyan cuba mengawal tawanya daripada meletus. Janganlah dikau buat hal wahai diri, kalau tak, habis dia dikerjakan anaknya yang seperti lelaki itu. Rupa sahaja comel ala-ala Nora Danish, ambil gen dari papanya lah, siapa lagi. Hehe. Tapi perangai, fuh ! Nauzubillah ! Mengalahkan dia semasa zaman-zaman sekolah dia dulu.

Mama Nuha meninggal semasa melahirkan Nuha dulu. Jadi, sejak Nuha kecil, Datuk Rayyanlah yang menjaganya sehingga dia menjadi besar gedabak seperti itu. Mungkin, disebabkan Nuha tidak mendapat kasih sayang daripada seorang ibu itu yang dia berkelakuan seperti lelaki. Hmm.

“ Pa ? Papa berangan lagi eh ? Tu lah ! Nuha dah koba soh cari girlfriend, tapi papa degil ! Kan dah tak boleh nak stop berangan dah…” bebel Nuha di sebelah papanya sambil mengusap bahu papanya lembut. Papanya itu walaupun dah tua, tapi badan dan rupanya masih in tip top shape ! Kalah lelaki bujang yang masih teruna. Keh, keh, keh.

Datuk Rayyan tersedar dari lamunannya. Lama sangat ke dia mengelamun ? Hmm.

“ Kamu tu dah siap belum kerja sekolah ? Nak papa buat spotcheck ke ?” tanya Datuk Rayyan selamba. Tangannya sebelah kiri didepangkan dan diletakkan di atas kepala sofa.

Nuha Surfina terasa seperti mahu gelak apabila mendengar pertanyaan papanya. Kerja sekolah ? Perkataan itu sesuai ke untuk digunakan pada anaknya yang sudahpun masuk kolej ? “ Pa ! Bukan kerja sekolah, tapi assignment ! Apalah papa ni. Suka buat lawak antarabangsa malam-malam buta ni.” Pecah perut Nuha Surfina menggelakkan papanya. Mak Jah yang terdengar perbualan anak beranak itu juga turut sama ketawa.

Datuk Rayyan menayang muka selamba. “ Hmm, apa-apa je lah. Papa nak naik atas dulu. Kamu jangan tidur lewat pulak, esok nak ke kolej. Nanti papa suruh Pak Hamid hantarkan.” Balas Datuk Rayyan cuba mengawal riak mukanya yang sudah membahang.

‘ Kerja sekolah dengan assignment tu bukan sama je ke ?’ Datuk Rayyan menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal itu.

Nuha yang memerhatikan papanya itu ketawa terbahak-bahak seperti mahu terkeluar anak tekak. Ada jugak zaman sekarang orang tak tahu menggunakan istilah bagi yang masih bersekolah dan berkolej. Kuno betul papanya itu !



HAIYAN memandang skrin telefonnya menunggu SMSnya dibalas seseorang. Tangannya yang sedikit basah itu dilap menggunakan baju. Bunyi yang menandakan SMSnya itu dibalas, segera dicapai. Tangannya menguis-nguis skrin telefon sambil tersengih-sengih membaca mesejnya yang baru sampai.

Datin Sofia memandang anaknya itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Macam angau betul budak ni. Majalah yang berada di tangan sudah tidak menarik minat Datin Sofia untuk membacanya malah dia lebih berminat untuk tahu dengan siapa Haiyan bermesej. Kalau dengan Akil, memang tak mungkinlah ! Ini tentu dengan seorang perempuan ni. Hmm.

Datin Sofia melabuhkan punggungnya di sebelah Haiyan sambil matanya dijeling-jeling ke sisi supaya dapat melihat dengan lebih jelas.

“ Mama tengok apa ?” soal Haiyan pelik. Telefonnya disorokkan di tepi sofa. Seram betul tengok mamanya yang memakai masker berwarna putih itu. Dah macam hantu tepung dah dia tengok. Menakutkan.

Datin Sofia membetulkan posisi badannya dari mengiring kepada menegak. Majalah di atas meja diambil lalu dibuat-buat baca. “ Mama tengok majalah lah.” Balas Datin Sofia cuba menutup malu. Tapi, matanya masih lagi menjeling-jeling pada telefon yang diselitkan di celah sofa. Tak serik-serik. Dah kena kantoi pun masih nak curious lagi.

Haiyan memandang mamanya kemudian menjongket bahu. “ Haiyan naik atas dulu lah eh. Nak tidur. Good night.” Haiyan menghulurkan tangannya kepada Datin Sofia lalu mamanya itu menyambut huluran Haiyan. Haiyan mengucup tangan mamanya lembut sambil menghadiahkan senyuman manis pada Datin Sofia.

Setelah Haiyan melangkah ke bilik, Datin Sofia tersenyum dalam diam mengenangkan sikap anaknya yang sungguh menghormatinya sebagai seorang ibu. Termasuk anak angkatnya, Hasif Azhar merangkap anak lelakinya yang paling tua dalam keluarga. Hasif bukan sekadar bijak dalam pelajaran tapi juga seorang yang kuat agama. Memang tidak sia-sia dia menjadikan Hasif sebagai anaknya dulu. Sejuk sahaja hati dia memandang.

Sekarang, Hasif sudah pun berumur 30 tahun. Seorang doktor pakar psychiatry. Tapi, masih lagi tidak berkahwin. Katanya, belum berjumpa dengan yang sesuai. Mahu sahaja dia meminang anak kawannya yang baru balik dari India itu. Seorang doktor juga. Hmm. Tiba-tiba dia mendapat idea yang bernas. Mungkin, dia boleh sahaja recommend anak terunanya itu pada kawannya. Tentu mereka setuju. Cepat-cepatlah dia dapat menantu nanti. Hehehe.



PANDANGAN Nuha beralih pada Syasya yang sedang menghirup apple smoothie. Kemudian dia melihat kembali pada kad yang diberikan Syasya tadi. Bait-bait perkataan yang terdapat di dalam kad itu di’scan’ sehabis mungkin. Siapa Proffessor Saleha ? Almaklumlah, dia masih baru lagi di kolej itu, jadi, semua nama pensyarah di situ dia tak berapa nak kenal. Kecuali pensyarah yang mengajarnya.

“ Siapa Proffesor  Saleha ni, Sya ?” soal Nuha sambil dahinya berkerut-kerut memandang kad yang berada di tangannya.

Syasya angkat muka. “ Proffesor kegemaran semua.” Balas Syasya pendek sambil tangannya sibuk memotong kek Pavlova lalu dimsuapkan ke dalam mulutnya.

Proffesor kegemaran semua ? Maknanya termasuk aku sekali lah. Tapi, masalahnya aku memang tak kenal dan tak tahu menahu siapa Proffessor Saleha tu. Syasya ni pun satu ! Bagilah penjelasan yang jelas sikit.

“ Kau nak pergi ke party ni ?” tanya Nuha sambil wajahnya dibuat serius.

“ Pergilah ! Rugi doh tak pergi ! Aku nak jumpa Prof buat kali terakhir.”

Hmm. Maknanya, minah ni pun suka dengan ‘Proffesor kegemaran semua’ tu.

“ Aku seganlah. Lagipun, aku bukan kenal dengan Prof tu pun.” Nuha cuba memberi alasan. Tapi, apa yang pasti, Syasya tidak akan senang-senang nak bagi dia peluang untuk tidak pergi masa majlis itu nanti.

Syasya berhenti menyuap kek Pavlova pada mulutnya. Jelingan tajam dihalakan pada Nuha. “ Kau jangan nak mengada-ngada ! Ikut jugak ! Ala, nanti aku sediakanlah kau punya dress dan accessories nanti. Jangan risau. Aku masih lagi bergelar PA kau walaupun kau dah stop jadi model untuk sementara waktu ni.” Syasya cuba memujuk. Nuha tarik muka. Ini yang dia malas bila Syasya sudah mula tayang sikap baik dia tu.

Nuha mengeluh lemah. “ Hmm, ye lah, ye lah ! Aku ikut ! Tapi dengan syarat, kau tak payah nak dandan-dandan aku macam model ! Aku datang sebagai seorang pelajar. Bukan seorang model.” Ujar Nuha tegas.

Syasya melayang thumbs up pada Nuha. “ Ok, honey bunny ! Sayang kau ! Nanti aku belanja kau ais krim eh ?”

“ Kau ingat aku budak kecik ? Hmm, beli yang cone punya. Letak extra nuts ok.” Syasya ketawa mendengar telatah Nuha. Dia tahu sangat yang Nuha memang menggemari ais krim. At last ! Plannya berjaya untuk mengheret Nuha pergi ke majlis itu nanti.Tidaklah nanti dia mati kekejungan sebab terlampau bosan masa majlis itu berlangsung. At least, ada jugaklah kawan yang boleh dibawa berborak. Maklumlah, kolej dia tu, semuanya anak-anak orang kaya. Cuma dia seorang sahaja yang perlu meminta ihsan dari Datuk Rayyan, merangkap papa kepada Nuha.

Tapi, apa yang penting sekarang, dia sudah ada kawan ! Bertahun lamanya dia belajar di situ, tiada seorang pun yang sudi berkawan dengan dia. Semuanya menyombong tahap gaban ! orang kayalah katakan, mana nak layan budak miskin macam dia. Hmm.

2 comments: