Showing posts with label Hanya CEO Gantian. Show all posts
Showing posts with label Hanya CEO Gantian. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

Cerpen - Hanya CEO Gantian [ Final ]


CINCIN bertatahkan berlian ditanggalkan dari jari manisnya. Dian memandang cincin pertunangannya dengan pandangan sayu. Begitu saja ? Begitu saja dia akan menamatkan zaman bujangnya yang penuh dengan onak duri ? Belum pernah dia menikmati zaman bujang yang sebenarnya. Tapi mengapa semuanya berakhir begitu saja ? Huh ?

“ Miss me ?” Daniel mengambil tempat di sebelah Dian. Dian hanya merenung rumput hijau di hadapan tanpa memandang wajah tampan itu.

“ Tak !” balas Dian kasar. Buat apa nak rindu orang yang suka memaksa ! Huh !

“ Sampainya hati. Awek saya dekat Seoul semua rindukan saya. Awak seorang je tak.” Balas suara sensual itu.

Dian tidak membalas. Hanya membeku di sisi Tengku Daniel. Boleh pula bakal isterinya melayan dia sebegitu. Kalau lepas berkahwin nanti macam manalah pula ? Aduh ! Lagi teruk ke ? Tengku Daniel tidak senang duduk.

“ Kenapa tak pakai cincin tu ?” tanya Tengku Daniel lembut.

“ Malas.” Balas Dian acuh tak acuh. Tengku Daniel makin tidak senang duduk.

“ Hmm, kenapa malas ?”

Dian mengeluh kasar. “ Saya tak pahamlah kenapa awak suruh saya kahwin dengan awak. Saya tak paham.” Luah Dian tiba-tiba. Dia memerlukan penjelasan dari lelaki itu.

“ You don’t have to understand. You just have to sit back and relax.” Jawab Tengku Daniel tenang. Senyuman manis ditayangkan sayangnya Dian tidak memandang langsung muka dia. Haih.

Sekali lagi Dian mengeluh. “ Awak tak tahu apa-apa pasal hidup saya. Tiba-tiba awak boleh suruh saya kahwin dengan awak. Tak logik !”

Tengku Daniel senyum. “ Well, siapa kata saya tak tahu pasal hidup awak. You are 13 when you’re adopted to my family and you were force by my father to take over the company and…”

“ I’m also being force by his son.” Dian buat-buat senyum. Tengku Daniel ketawa.

Dian tersenyum kejap sebelum kepalanya makin berat memikirkan hidupnya yang lepas.

“ Awak tahu tak yang saya ni selalu kena hina ? Awak tahu tak walau macam mana tinggi pun jawatan saya, saya masih juga dihina dan diherdik ? Awak tahu tak, masa hidup saya dah semakin pulih, tiada lagi kata-kata cacian yang saya dengar, tiada lagi air mata saya yang mengalir, saya kena paksa untuk kahwin dengan awak. Saya baru nak mulakan zaman bujang saya yang sepatutnya. Being love and to love somebody like everybody does is the stuff that I want to do but it suddenly went wrong when you started to come.” Luah Dian panjang lebar. Soalan demi persoalan dilemparkan pada Tengku Daniel.

Tengku Daniel tidak tahu akan kehidupannya, banyak-banyak perempuan yang lagi cantik, lagi seksi, mengapa mesti dia yang lelaki itu pilih ? Dia merupakan anak pungut yang tidak punya apa-apa. Dia cuma hanya ada kasih sayang yang diberi keluarga angkatnya sahaja. Dia tiada saudara mara. Dia hanya menumpang kasih dari keluarga itu.

“ Then, let me be by your side. Let me, protect you. Let me, love you till the day I die. Awak ada saya. You are not alone. I swear to love you for every minute and every second. Walaupun tempoh perkenalan kita sangat singkat but I believe in God’s fate. And you are my fate. It’s always been you. Cuma, saya je yang tak pernah nak cuba pulang ke Malaysia, hanya disebabkan saya takut. Takut untuk menghadapi cabaran sedangkan Tuhan sentiasa bersama kita walau seberat mana pun halangan itu. But, trust me. I love you and I will cherish you till I’m old and till I’ll die. Just, let me love you.” Luah Tengku Daniel.

Kata-kata Tengku Daniel sungguh menyentuh hati Dian. Tapi mengapa rasa takut itu masih ada ? Tipu kalau dia cakap dia tak suka sedikit pun pada lelaki itu. Memang hatinya ada pada lelaki itu, tapi dia tak sangka lelaki itu begitu mencintai dirinya.


SALLY mengeluarkan compact powder dari dalam beg. Hatinya kini berbunga riang. Almaklumlah, anak Tengku Tajuddin yang terkenal di Korea akan datang melawat ke pejabat pada masa terdekat ini. Dia sungguh teruja kerana dapat berkenalan dengan si jejaka terkenal itu.

“ Sal, hot news ! Aku baru dapat berita ni tadi.” Jija datang terkocoh-kocoh mendapat Sally.

Sally memandang Jija. Hot news apanya lagi. Tentulah mengenai Tengku Daniel. Siapa lagi yang hot dari lelaki itu. Sally tersenyum dalam diam.

“ Tengku Daniel dah bertunang ! Lusa nikah !” jerit Jija kuat. Sally tersentak. Compact powder yang berada di tangan sudah selamat jatuh ke lantai. Habis pecah berderai cermin alat solek itu.


GAUN pengantin yang disarung pada badan dipandang melalui cermin. Cantik. Walaupun hatinya masih ragu untuk menerima abang angkatnya sebagai seorang suami, tapi apakan daya, dia tidak boleh berpatah balik lagi. Dia juga harus menerima lelaki itu seadanya.

Bukannya dia berasa ragu-ragu untuk mengahwini lelaki itu kerana jejaka itu seorang yang jahat mahupun kaki perempuan. Tidak ! Sikap dan personaliti lelaki itu sudah seperti sempurna. Memang menepati ciri-ciri suami idaman. Lengkap dengan rupa, harta, dan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, lelaki itu juga seorang yang kuat agama walaupun sudah lama tinggal di Korea tetapi tidak pernah setitik arak pun yang diteguk. Sungguh sempurna !

“ Dian dah siap ?” Lamunan Dian terhenti. Wajah bakal suaminya ditatap. Sungguh segak.

Tengku Daniel tersenyum mesra. Wajah Dian yang sudah disolek itu ditatap penuh khusyuk. Sungguh berbeza ketika mereka berada di Korea. Lagi cantik dan manis.

Dian hanya membalas pertanyaan Tengku Daniel dengan anggukan. Disebabkan bilik mereka hanya bertentangan, jadi biliknya selalu sahaja dikunjungi oleh lelaki itu. Sehinggakan Tengku Maria pula yang naik risau.

“ Saya tunggu dekat bawah je. Turun tau.” Pesan Daniel berbaur gurauan. Sempat dia menghadiahkan senyuman panjang hingga ke telinga. Dian hanya tersenyum. Risau sangat lelaki itu.


SELEPAS sahaja majlis pernikahan mereka berlangsung, Dian tidak ikut serta untuk menjamu selera. Dian lebih suka melayan perasaannya di dalam bilik. Walaupun tindakannya itu tidak sopan dan boleh dikatakan tidak beradab, tapi apakan daya, dia belum kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal menimpa dirinya nanti. Tentu ramai yang akan bertambah membenci dia.

Pada pendapat mereka, Dian hanyalah orang luar yang tidak ada kena mengena langsung dengan keluarga kerabat diraja mereka. Dian hanya orang biasa yang menumpang. Sedangkan Tengku Daniel berasal dari keluarga yang berdarjat tinggi. Berkelulusan luar negara, bekerja sebagai seorang model yang terkenal hampir di seluruh dunia. Dian dan Tengku Daniel ibarat kain sepuluh ringgit dengan kain beratus-ratus ringgit.

Dian merebahkan tubuhnya ke atas katil. Sepatutnya, dia harus berpindah ke bilik Tengku Daniel tetapi dia tidak ada perasaan untuk ke sana. Jiwanya bagaikan kosong. Cukuplah dia berkorban untuk keluarga itu, dia sudah malas untuk memikirkan apa-apa lagi. Apa nak jadi, jadilah !


TENGKU Daniel tidak dapat menumpukan perhatian terhadap perbualan mereka sekeluarga. Apa yang saudaranya tanya, hanya sepatah sahaja yang dijawab. Kepalanya asyik runsing memikirkan Dian yang sudahpun sah bergelar isterinya.

“ Danny cari siapa ?” tanya Tengku Maria setelah menyedari anaknya yang seperti cacing kepanasan. Tidak boleh duduk diam.

“ Mama nampak isteri Danny tak ? Masa makan tadi kata nak tidur 20 minit tapi ni dah lebih.” Ujar Daniel bersama wajahnya yang kerisauan. Tiba-tiba wajah saudara maranya yang tadi ceria sudah bertukar.

“ Kenapa Daniel pilih perempuan tu jadi isteri ? Dah tak ada perempuan lain ke ?” tanya Mak Longnya yang baru sahaja sampai dari London. Wajah jelik dipamerkan. Memang dia tidak berapa berkenan dengan latar belakang gadis itu. Sejak pertemuan pertama mereka dulu, memang dia tidak berkenan langsung ! Tiba-tiba pula, anak buahnya itu sudah berkahwin dengan perempuan itu.

Wajah Tengku Daniel berubah. Dia cuba untuk menghadam kata-kata Mak Longnya. Walaupun yang sebenarnya, memang dia dah tahu lama yang Mak Long memang tidak menyukai Dian tapi apakan daya, hatinya tetap memilih gadis itu. Tetap gadis itu !

“ Daniel buat-buat tak dengar je lah apa yang Mak Long cakap tu. Please excuse me.” Tengku Daniel meminta diri. Tidak mahu berlama-lama di situ. Lebih baik dia melayan isterinya. Tentu-tentulah dapat pahala.

Tengku Daniel menaiki tangga. Fikirannya kini hanya terarah pada isterinya. Tiba sahaja di depan bilik, tombol pintu dipulas perlahan. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Tetapi senyumannya mati apabila menyedari yang isterinya tiada di dalam bilik. Tengku Daniel kelam kabut. Cuba mencari di dalam bilik air dan bilik pakaian tetapi tetap juga tiada. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Segera dia keluar dari bilik dan menerjah masuk ke dalam bilik yang berhadapan dengan biliknya.

Kelihatan sekujur tubuh sedang lena tidur di atas katil. Tengku Daniel menghela nafas lega. Pintu dikunci. Perlahan-lahan, dia menapak ke arah isterinya yang sedang tidur. Punggung dilabuhkan di atas katil bersebelahan Dian. Rambut isterinya diusap lembut sebelum sebuah kucupan hangat dilabuhkan pada isteri tersayang.

“ Dian sayang, tidur dalam bilik abang.” Bisik Tengku Daniel perlahan pada telinga Dian. Dian membuka mata perlahan. Dia dapat rasa yang ada seseorang berada di dalam bilik dia. Badan dikalihkan ke sebelah. Terpampang wajah Tengku Daniel yang begitu rapat dengan dia. Dian bingkas bangun. Tuala yang berada di ampaian segera dicapai lalu ditutup rambutnya yang panjang mengurai.

“ Awak buat apa dalam bilik ni ?” soal Dian. Terkejut dia apabila menyedari kehadiran Tengku Daniel di situ.

“ Nak bawak awak masuk biliklah.”

“ Ini bukan bilik ke ?” tanya Dian sinis.

“ Ini bukan bilik kita sayang. Bilik kita dekat depan sana tu. Kenapa tidur sini ?”

“ Saya tak nak tidur kat bilik awak.” Jawab Dian selamba. Tidak fikir langsung akan perasaan suaminya.

Tengku Daniel hanya tersenyum. “ Kalau macam tu, abang tidur sini je lah.” Dengan selamba, badan direbahkan di atas cadar berwarna merah jambu milik Dian.  Dian memandang Tengku Daniel tidak percaya. Setelah beberapa minit memandang suaminya yang tidak mahu bergerak, Dian membuat keputusan untuk berperap di bilik air sahaja sehinggalah suaminya itu tidur.


DIAN menggeliat malas. Semalamam dia terpaksa tidur di atas sofa. Memang tidak selesa, tapi sudah itu kemahuannya. Jam dikerling. Pukul 5.30 pagi. Manakala, Tengku Daniel masih lagi lena diulit mimpi. Dian bangkit. Segera mendapatkan suaminya yang sedang lena tidur.

Wajah lelaki itu yang putih bersih dijamahnya sehabis mungkin. Memang jarang dia dapat melihat wajah lelaki itu yang sedang tidur walaupun mereka duduk sebumbung. Dian menjaga pergaulannya. Tidak pernah Dian memasuki bilik Tengku Daniel tanpa sebab.

“ Dah bangun.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Terkejut Dian.

“ Awak dah bangun ke ?” soalan dibalas dengan soalan.

“ Dah lama dah. Saja baring kejap.” Balas Tengku Daniel. Mata dibuka luas. Wajah comel Dian ditatap penuh kasih. Makin gadis itu dekat dengannya, makin dia merasakan kebahagiaan yang tidak pernah dia dapat sebelum ini.

“ Kenapa tak siap ?” soal Tengku Daniel tiba-tiba. Dian memandang suaminya pelik.

“ Nak siap buat apa pagi-pagi buta ni ?”

Tengku Daniel ketawa. “ Siap untuk solat subuh berjemaah lah sayang oi. Lepas tu, kita kena siap pergi office.” Makin Dian jadi pelik. Siap pergi office apa kejadahnya ?

“ For what ? Awak seorang je lah yang pergi. Saya dah tak kerja lagi kat situ.”

“ Just follow sayang. Tak luak pun ikut suami pergi kerja kan ?” balas nada sensual itu. Dian mengerutkan dahinya.

“ Saya nak buat apa dekat situ ? Tengok awak buat kerja ?”

“ Nope.”

“ Then what ?”

“ Abang yang nak tengok sayang.” Wajah Dian bertukar merah. Mengapa lelaki itu terlampau sweet ? Nampaknya, memang bila-bila masa sahaja dia akan cair dengan tingkah laku Tengku Daniel yang sangat romantik.


TENGKU Daniel memegang tangan Dian erat. Dapat dilihat dengan jelas wajah Dian yang gemuruh. Tentu gadis itu takut untuk berhadapan dengan manusia-manusia yang suka menghukum orang tanpa sebab musabab. Bukannya dia tak tahu yang Dian selalu dibuli. Sebelum mereka bertunang lagi, Tengku Daniel sudah menyiasat tentang apa yang berlaku semasa ketiadaan dia di Malaysia. Memang ternyata Dian telah banyak terluka.

“ Kenapa nervous ?” tanya Tengku Daniel pada isterinya. Nasib baik tak ramai orang yang menaiki lif pada masa itu.

“ No I’m not.” Nafi Dian.

“ Yes you are. I can see it in your eyes.” Bisik Tengku Daniel lembut. Dian menjarakkan tubuhnya. Tengku Daniel hanya tersenyum.


SALLY mengemaskan fail-fail di atas mejanya. Pekerja-pekerja lain juga turut sama berbuat demikian. Memang itu adalah rutin wajib bagi pekerja-pekerja setiap kali bos besar datang. Kesemua perkara akan dipastikan perfect.

Walaupun Tengku Daniel sudahpun memperkenalkan dirinya tempoh hari tetapi hari ini adalah giliran isteri kepada Tengku Daniel pula untuk memperkenalkan diri. Ramai yang kecewa kerana Tengku Daniel sudah berpunya, tapi tidaklah sekecewa mana. Tengku Daniel seorang lelaki dan seorang lelaki boleh kahwin sampai empat. Sally tersengih sendirian.

Setelah Tengku Daniel muncul, Sally adalah orang yang pertama datang menyambut dengan gaya tersendiri.

“ Selamat pengantin baru Tengku. You look so handsome today.” Ujar Sally ceria.

Tengku Daniel tersenyum ramah. “ Well, thank you, Sal. So, how’s work ?”

“ Everything dah settle Tengku. I heard your wife ikut sama. Mana dia ?” Tertanya-tanya dia bagaimanakah rupa isteri kepada ahli korporat itu. Tentu isterinya kacukan korea, maklumlah, jejaka itu pernah tinggal di Korea.

“ She’s in the toilet.” Sementara menunggu Dian keluar. Tengku Daniel membuat rondaan pada setiap station kerja milik pekerjanya. Kemas. Bagus. Bukan setakat tempat kerja sahaja yang kemas, kerja mereka juga semuanya tip top. Memang tidak dapat dinafikan.

“ Awak.” Suara yang seperti berbisik itu menyebabkan Tengku Daniel tersenyum. Segera dia mendapatkan isterinya yang bersembunyi di sebalik dinding.

“ Kenapa sayang ?” tanya Tengku Daniel lembut. Wajah isterinya yang seakan pucat itu merisaukan sungguh. Nervous macam gini teruk ke ?

“ Saya takut lah.”

“ Laa, nak takut apanya. Meh sini.” Tangan Dian dicapai. Segera diheretnya gadis itu ke ruang pejabat.

“ Everyone. Let me introduce you to my beautiful wife, Dian Nur Arya.”

Sally dan beberapa orang pekerja melongo. Terkejut. Gadis itu nampak berbeza. Dian yang dibuli sehingga gadis itu sanggup meletak jawatan sebagai CEO itu isteri kepada anak Tengku Tajuddin, Tengku Daniel !!! What in the world !!!


“ SEE ? You don’t have to be afraid anymore.” Ujar Tengku Daniel sambil sebelah tangan memegang stereng dan sebelah lagi memegang tangan isterinya. Wajah Dian dikerling sekilas. Sudah tidak pucat wajah comel itu.

“ Kenapa awak buat macam tu ?” tanya Dian lurus. Dia memang blur gila semasa suaminya itu mengheret dia ke pejabat.

“ Sebab abang sayangkan sayang ?”

Dian menjuling mata ke atas. “ Be serious.”

Tengku Daniel tergelak. “ Yes, I am being serious. I love you, honey.” Bisik Tengku Daniel lembut. Meremang bulu roma Dian apabila diperlakukan seperti itu. Hish.

“ Ya, saya tahu. Tapi, boleh bagi sebab yang spesifik sikit tak ?”

“ Spesifik ? Hmm…I love you and I feel like I wanna kiss you like crazy ?” Tengku Daniel tersenyum nakal. Satu penampar halus dihadiahkan pada Tengku Daniel.

“ Stop flirting with me ! Cakap betul-betul cepat ! Kalau tak…”

“ Kalau tak apa sayang ? Sayang nak peluk abang ke ?”

“ Tengku Daniel !!!”

Tengku Daniel hanya tersengih. Tidak membalas pertanyaan isterinya. Cukuplah yang Dian tahu yang dia buat semua itu kerana dia sayangkan Dian. I love you my wife !!!

Sunday, June 22, 2014

Cerpen - Hanya CEO Gantian [ Part IV ]


LAGI beberapa hari saja lagi Dian akan pulang ke Malaysia. Kalau dia pulang ke Malaysia dengan tangan kosong macam mana ? Sia-sia lah dia datang dari jauh semata-mata nak mengajak abangnya pulang.

Tak boleh jadi ! Dia tak boleh menyerah kalah. Kalau perlu dia mengheret lelaki itu ke airport, dia sanggup buat ! Asalkan Tengku Daniel pulang ke Malaysia bersama dia. Masa semakin suntuk.

Dian berdiri di depan pintu dengan penuh kesabaran. Selepas membaca selawat beberapa kali, butang loceng ditekan. Dia memandang pada wajahnya di skrin. Membuat muka kasihan. Mengharapkan lelaki itu membuka pintu.

Tiba-tiba pintu dibuka. Terpacul wajah Tengku Daniel yang baru sahaja bangun.

“ Kau nak apa ?” tanya Daniel malas.

“ Ikut saya pulang please…”

“ Tak nak !” Pintu ditutup kasar. Macam itu je ? Macam itu je dia direject ? Hampeh.

Keesokan paginya…

“ Ikut saya balik Malaysia, pleaseeeee…”

“ Tak nak !”

Petang…

“ Ikut saya…”

 Gedebum !!!

Dian mengeluh. Cubaan demi cubaan tidak berjaya. Dia harus fikirkan strategi lain. Dan ting, ting ! Idea dah sampai !

Butang loceng ditekan. Sekali lagi, Dian menayang wajah kesiannya. Dan sekali lagi, berjaya. Pintu dibuka.

“ Encik Daniel, saya janji saya akan buat apa sahaja yang Encik Daniel suruh saya buat. Tapi, tolonglah…ikut saya balik Malaysia.” Rayu Dian penuh syahdu. Wajah kasihan kali ini digandakan. Mimik muka harus dibuat sekasihan mungkin.

Daniel berfikir-fikir. “ Tiba-tiba,…aku rasa dahaga pulak.” Serta merta Dian berlari menuju ke kedai untuk membeli air. Beberapa minit kemudian, Dian muncul bersama sebotol air mineral ditangan lalu diserahkan pada Daniel. Daniel tersenyum penuh makna.

“ Hari ni aku ada photoshoot tapi,…”

“ Saya tolong !” Dian melantik dirinya sendiri. Daniel memegang dagunya. Sengaja dia buat-buat fikir. He he he.

“ Ok fine ! Esok tunggu saya depan ni. 8 am sharp !” tegas Daniel memberi arahan kepada ‘adik angkatnya’.


JANTUNGNYA bagaikan mahu tercabut keluar dari badan. Serta merta, pandangannya dilabuhkan ke tempat lain. Tidak sanggup memandang ke arah makhluk yang seorang itu. Ingatkan tugasnya hanya membeli air, mengambil baju dan kerja-kerja yang seumpamanya. Rupa-rupa…

“ Cepat ! Aku ada photoshoot lagi lepas ni.” Arah Daniel tegas. Dalam diam, dia tersenyum menang. Dengan teragak-agak, Dian menghampiri Daniel yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang. Semakin Dian menghampirinya, semakin senyumannya mekar bak bunga morning glory.

Perlahan-lahan, tangan Dian menghampiri dada milik Daniel yang bidang. Tangannya sedikit terketar-ketar untuk membutangkan satu persatu baju kemeja putih yang dipakai lelaki itu. ‘Nak butang baju mesti suruh orang yang buat ke ?! Mengada betul !’ bebel Dian dalam diam.

Daniel memandang Dian. Tiba-tiba, jantungnya pula yang berdebar-debar. Kenapa pula ni ?

Dengan cepatnya, jari Dian mula lincah membutangkan pakaian Daniel. Puas dia memujuk diri agar tidak terlalu ‘obses’ dengan tubuh gagah milik Daniel. ‘ Dia abang aku, dia abang aku. Jangan mengada…’ pujuk hatinya berkali-kali. Dan akhirnya…

“ Okay ! Siap !” sorak Dian gembira. Selesai juga tugasan ‘peliknya’ itu. Tangan diletakkan ke belakang. Matanya memandang wajah Daniel yang seperti tidak lepas memandangnya. Dian mengangkat sebelah kening.

“ Err, dah siap.” Ulangnya sekali lagi. Daniel tersedar. Mengapa cepat sangat masa berlalu ? Dia masih tidak puas untuk menatap wajah comel itu ! Ahh ! Gadis yang dikatakan comel itu adik angkat dia ! Eh, adik angkat je kan ? Boleh kahwin…Eh ? Eh ?

Daniel berdeham. Riak wajah dikawal.

“ Ohh, erm, thanks.” Balas Daniel malu-malu. Wajah yang berbahang merah itu dialihkan. Takut kantoi. Manakala, Dian hanya beriak biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hmm.


BEBERAPA hari berada di negara asing, akhirnya, tibalah masa untuk Dian Nur Arya kembali ke Malaysia. Walaupun hatinya terasa berat untuk meninggalkan negara Winter Sonata itu, tapi dia tetap harus pulang ke tanah tumpah darahnya. Beg bagasi ditarik menuju ke kereta Uncle Han yang sedang menunggu.

Sementara menunggu Uncle Han memasukkan beg-beg ke dalam kereta, Dian termenung sendirian. Mengenangkan kenangan dia bersama Tengku Daniel merangkap abangnya. Tapi, kenapa layanan Tengku Daniel tidak seperti abang langsung. Lebih kepada sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Oh ! Apa yang difikirkannya ni ?! Jangan merepek Dian ! He’s your brother !

Jam tangan dikerling seketika. Tidak mahu melayan perasaan yang makin lama makin menyesakkan nafasnya serta merta. Fuh.

“ Hey, gorgeous ! Lama tunggu ?” ujar Daniel. Mata dikenyitkan. Dian memandang abangnya dengan pandangan yang pelik. Satu beg yang dijinjing Tengku Daniel ditenung.

“ Hello…Beg ni tak handsome okay. Nak tenung, tenung yang ni.” Jari telunjuknya dihalakan pada wajahnya sendiri. Ada ke patut lelaki sekacak dan sehot dia ni diabaikan. Huh. Tak patut-tak patut.

“ Apa abang cakap ?” tanya Dian sedikit blur. Dia memandang beg yang dipegang Daniel bukannya saja-saja tapi dia pelik. Tengku Daniel merupakan seorang model yang terkenal dan sepatutnya tentulah banyak beg yang dibawa. Mengapa hanya satu beg ? Persoalan itu dibiarkan saja. Tak penting pun. Lelaki itu dah sanggup ikut dia pulang ke Malaysia pun dah cukup bagus. Bersyukurlah…

Abang ? Kening dinaikkan. Kedengaran sangat sedap dan memang panggilan itu yang dia teringin untuk dengar apabila sudah berkahwin nanti. Tapi, maksud ‘abang’ yang disebut gadis itu, bukanlah dimaksudkan kepada seorang suami. Haih. Terasa kecewa pula.

“ It’s nothing dear. Shall we go now ?” Daniel senyum. Cuba menunjukkan wajah yang ceria.


DIAN membuka pintu kereta. Sejak di lapangan terbang tadi, tidak banyak yang mereka bualkan. Berpatah-patah yang Dian tanya, hanya dibalas sepatah saja oleh Tengku Daniel. Dia pun tidak tahu mengapa abangnya berubah sedrastik itu. Selalunya, ada saja yang mereka bualkan. Hmm.

Dian mengeluarkan bagasinya dari kereta. Memang selalunya, dia akan angkat dan bawa sendiri begnya. Walaupun dia mempunyai ramai pembantu rumah, Dian lebih suka membuat sendiri. Tiba-tiba tangannya ditepis seseorang.

“ Biar aku bawakkan.” Ujar Daniel senada. Matanya tidak memandang pada wajah Dian tapi hatinya…mahu dipeluk dan dicium gadis itu semahu-mahunya. Eh ? Astaghfirullah…

“ Eh, tak apa. Dian boleh bawak sendiri.” Balas Dian. Tetapi tidak diendahkan abangnya. Makin pelik Dian dibuatnya. Mengapa layanan abangnya itu seperti dingin sahaja dengan dirinya. Dia ada buat salah ke ? Huh ? Salah apa ?

“ Dian, meh masuk cepat.” Jerit Tengku Maria dari dalam rumah. Nampak sahaja muka anaknya yang makin kacak itu terus diserbunya Tengku Daniel. Terpinga-pinga anak muda itu membalas pelukan mama yang disayangi.

Dian mengambil tempat bertentangan dengan Tengku Daniel. Lelaki itu langsung tidak memandang mahupun menjelingnya. Kenapa ya ? Eh ? Kenapa dia mahu jadi panasaran pula jika lelaki itu tidak sudi melihatnya ? Bukannya dia lawa sangat pun…

“ Mama dengan papa harap, Danny tak pergi mana-mana dah lepas ni. Kerja dengan papa je.” Tengku Maria memulakan mukadimah perbincangan mereka. Tengku Tajuddin di sebelah disiku lembut. Memberi lampu isyarat untuk menyambung perbincangan.

Daniel hanya diam. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat Dian yang hanya tersenyum. Comel je anak orang ni. Haih.

“ Daniel dah kenal kan dengan Dian ? Anak angkat papa. Papa ambil dia masa dia 13 tahun dan masa tu Daniel baru lari.”

Perkataan lari itu serta merta membuatkan Dian mahu tergelak. Ada ke orang lari dari rumah sebab tak nak jadi CEO ? Haha. Macam lawak pula…

“ Kenal.” Balas Daniel malas.

“ Macam mana Danny dengan Dian kenal sayang ?” tanya Tengku Maria teruja. Tidak sangka begitu cepat mereka berkenalan. Seperti sudah dirancang pula.

“ Ma…kita nak bincang pasal tu kan.” Tengku Tajuddin memberi signal agar isterinya itu tidak bertanya apa-apa. Kena slow and steady. Takut kalau-kalau anaknya itu lari lagi. Semasa anak tunggalnya pulang tadi pun sudah cukup menakjubkan. Tertanya-tanya juga macam mana Dian berjaya memujuk hati batu anaknya itu.

“ Ehem. As I say,…Danny kena…”

“ On one condition.” Tidak sempat Tengku Tajuddin melengkapkan ayatnya Daniel pantas mencelah.

“ Syarat apa ?” Tengku Tajuddin, Tengku Maria dan Dian senyap. Ingin mendengar apakah syarat yang diletakkan.

“ I want to marry.” Ujar Daniel selamba. Tiada belok-belok.

Tengku Tajuddin dan Tengku Maria melepaskan lega. Fuh. Ingatkan apalah tadi. Haih. Sudah besar rupanya anaknya itu. Manakala, Dian hanya diam. Tidak tahu mahu bereaksi seperti apa. Terkejut ? Mahu menangis ? Nak nangis buat apa pulak…haih.,,

“ Err,…ma, pa…Dian nak naik atas kejap. Tukar baju. Mama dengan papa bincanglah dengan abang Daniel dulu eh ?” Dian bangkit dari duduknya. Beg bagasi yang berada di tepi tangga didapatkan.

“ Daniel nak kahwin dengan siapa sayang ? Dah ada calon ? Mama ada kawan yang anak dia baru balik dari England. Kalau Danny nak kenal-kenal dengan dia boleh juga.” Cadang Tengku Maria.

Daniel merenung tajam ke arah Dian yang sedang bersusah payah mengangkat beg bagasinya. “ Danny nak kahwin dengan dia.” Jari telunjuk dihalakan pada Dian. Dian terdiam. Dia ? Dian memusing kebelakang. Jari telunjuk milik Daniel dihalakan pada dia ? Kenapa ?!

Tengku Tajuddin dan Tengku Maria melongo besar.

“ She’s your sister Daniel !”

“ Adopted sister, ma. Adopted. So, I can marry her.” Tegas Daniel berkata-kata. Tiba-tiba dia bangun dan berjalan ke arah Dian yang terpinga-pinga. Tangan gadis itu dicapai dan digenggam kemas. Terkejut Dian dibuatnya.

“ I want to marry her. Only her ! Or I will not take that offer.” Mata Daniel bertembung dengan anak mata milik Dian. Anak mata Dian seperti keliru.

‘ Maaf Dian sayang…’ bisik hati Daniel.

“ But why Dian ? Danny baru kenal dia kan ? Bukan setakat tu je, she’s your sister !”

Dian melepaskan genggaman Daniel. Wajahnya penuh dengan kekeliruan. Apa ni ?! Ni bukan drama melayu mahupun drama korea ! Arghhhh !!!!

“ Dian naik atas dulu.” Ujar Dian dingin. Beg bagasi ditinggalkan di bawah. Kakinya terus dihayun menuju ke bilik. Berehat. Menenangkan minda.


TOK ! Tok !

Pintu bilik dibuka. Memberi ruang Tengku Maria untuk masuk. Selepas Tengku Maria masuk, tudung yang berada di kepala, dicabut. Memang setiap kali keluar dari bilik, tudung adalah benda yang wajib harus dipakai.

“ Dian…” panggil Tengku Maria lembut. ‘Nak memujuk ler tu…’ bisik hati Dian.

“ No, ma. Dian tak nak. Maaf kalau Dian kecewakan mama dengan papa. But, Dian tak nak kahwin dengan abang Daniel. Dia abang Dian ma !”

“ Dian…I know he is your brother, tapi, Dian tengoklah dia. Dia keras kepala Dian. Dia nak Dian juga. Apa yang mama nak buat. I have no choice !” jelas Tengku Maria. Dia serba salah untuk mengahwinkan anak tunggalnya dengan anak angkatnya tapi apakan daya. Dia terpaksa ! Kalau dah dua-dua tak nak gantikan tempat suaminya, siapa yang nak gantikan ? Dia ?! Mengarut…

“ Dian tak boleh ma. Kalau dia bukan abang Dian tak apa, tapi ni dia abang Dian ! Walaupun abang angkat.”

“ Please, Dian. Tolong mama. Dian seorang je harapan mama. Apa mama nak buat kalau dia balik sana Dian ? Mama tak nak berpisah dengan satu-satunya anak mama. Dian pahamkan perasaan mama. Hmm ?” Dian tidak sanggup bertentangan mata dengan mamanya. Perasaan bersalah dan terhutang budi kini menyelubungi. Arghhhh !!! Stressss !!!

“ Maaa…Dian dah banyak berkorban. Takkan Dian nak korbankan kehidupan Dian sebab abang Daniel ma ?” Dian mencuba lagi. Mana tahu kali ini menjadi.

“ Dian…percayalah dekat mama. Dia tak pernah ada teman wanita Dian. Dia first time jatuh cinta. Dia dah cerita dekat mama and he is deeply in love with you. Mama tahu Dian mesti tak nak kecewakan sesiapa kan ? He’s a good man Dian. Percayalah. Because he’s my son. I know him.” Haih. Tak menjadi rupanya. Dian memandang lantai. Berkerut-kerut dahinya. Kusut !!!

Friday, June 20, 2014

Cerpen - Hanya CEO Gantian [ Part III ]


DANIEL memerhatikan Dian yang hanya mengenakan t-shirt muslimah biasa serta kot tebal. Sangat simple penampilan gadis itu pada hari ini. Hmm…

“ Hello…saya dah ada ni. Kata nak pergi…?” Dian melambai-lambaikan tangannya pada wajah Daniel. Daniel yang tersedar dari lamunannya, tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dian menggeleng kepala. Penampilan lelaki itu memang sesuai dengan pekerjaannya sebagai model. Lainlah dia, macam langit dengan bumi kalau berjalan bersama. Haih.

“ So, kita nak pergi mana dulu ?” tanya Dian teruja. Sepatutnya pagi itu dia dah berjanji dengan Uncle Han untuk berjalan-jalan. Memandangkan ada orang yang tawarkan diri, belasah je lah ! Sekali sekala dapat berjalan dengan model terkenal itu. Wuhuu ! Tentu si Sally jealous kalau dia ceritakan tentang pengalamannya di Korea.

“ Pagi ni, kita pergi ke tempat kerja aku.” Kening Dian terangkat sebelah. Tempat kerja dia ?

“ Kita ada kerja nak buat.” Makin berkerut dahi Dian. Jangan cakap yang lelaki itu mahukan dia jadi model sementara ? Oh ! Kenapa banyak sangat kerja part-timenya ini !


DIAN hanya menunggu dengan sabar. Akibat kebosanan menunggu, Dian hanya berjalan-jalan di sekitar kedai yang terletak di Gangnam. Dekorasi kedainya yang sunggah luxurious itu membuatkan Dian sedikit malu. Maklumlah, uniform pekerjanya pun tidak setanding dengan pakaian yang ibarat kain buruk milik Dian.

Sesekali ada juga dia terdengar perbualan lelaki itu dengan seseorang. Tetapi dalam bahasa korea yang memang sah-sah dia tak paham langsung ! Kelihatan serius juga. Entah apa yang dibincangkan sampai Dian dibiarkan keseorangan.

“ Okay ! Dah settle.” Ujar Daniel bersama senyuman yang tidak lokek di wajahnya. Hailah, kacaknyaaa…Eh ? Ehem…

“ So, next destination ?”

“ You.” Daniel menunjukkan jari telunjuknya pada Dian. Dian keliru. Dia ? Dia ni tempat ke ? Tempat mengadu ? Hah ? Tak paham !!!

“ Kenapa dengan saya ?” tanya Dian pelik.

“ Kau kena masuk dalam. Diaorang dah tunggu.”

Makin Dian pelik. Masuk dalam ? For what ?!!!

Tanpa menunggu balasan dari gadis itu, Dian ditolaknya masuk ke dalam. Daniel tersenyum penuh makna.


SETELAH beberapa minit menunggu, akhirnya Dian keluar bersama dress berwarna pink yang labuh menutup punggung bersama seluar jeans dan tudung bawal berwarna pink pekat yang dipakai Dian pagi tadi. Cermin mata bingkai besar digantikan dengan contact lens yang berwarna natural.

Daniel memandang tunak wajah Dian yang lain. Kalau pagi tadi, Dian nampak pucat tapi kini, wajahnya sudah berubah. Rupanya, gadis itu memiliki sepasang mata yang sangat cantik. Bulu mata yang panjang dan lentik. Matanya bundar dan bibirnya yang sungguh comel. Err, ehem.

“ So, boleh kita pergi sekarang ?”

Daniel senyum. “ Yes, we can.”


MATANYA sejak dari tadi tidak dapat dialihkan. Hanya memandang wajah comel itu hati dia bagaikan di awang-awangan. ‘ I can’t take my eyes of her !! What’s wrong with me !!’ jerit hati Daniel. Gadis itu kelihatan cantik jika tidak memakai cermin mata. Comel kerana gadis itu memakai tudung. Haih.

“ Awak ! Jom beli mangga nak ?” jerit Dian dari jauh. Sungguh dia rasa teruja dengan pengalaman baru yang ditimba ini. Selepas menaiki cable car tadi, dia dapat melihat dengan jelasnya pemandangan di Seoul. Sangat cantik !

Daniel diam. Mangga ? Mana ada buah mangga di Namsan Tower ni.

“ Nanti kita beli dekat pasar lah.” Balas Daniel selamba.

Dahi Dian berkerut. Beli kat pasar kebendanya…

“ Hey ! Saya nak beli lock lah, bukan buah mangga !”

Daniel termalu sendiri. Jauh sangat dia mengelamun sampaikan apa yang gadis itu cakap dia boleh fikir benda lain. Haih.

Dian mengambil sebuah lock yang berbentuk love lalu ditunjukkan pada Daniel. Tiba-tiba wajah Daniel bertukar merah.

“ Ini ok tak ?” tanya Dian. Daniel tersentak.

‘ Takkanlah dia nak tulis nama aku dengan dia kot…’ detik hati Daniel.

“ Err,…ok.” Mudah saja dia membuat keputusan. ‘Mereka berdua ni macam dah declare jadi pasangan kekasih dalam senyap je ?’ sangka Daniel dalam hati. Eh ? Tak mungkinlah gadis itu sukakan dia sampai beli lock berbentuk love pula itu ? Eh ? Eh ?

Ataupun, gadis itu sudah berpunya. Err,…janganlah…

Dian mengambil pen marker lalu menuliskan sesuatu pada lock berbentuk love tersebut. Sekali sekala, Daniel menjeling melalui ekor matanya. Tertanya-tanya pula dia dengan apa yang dituliskan gadis itu.

Dian Nur Arya Y Family Forever

Daniel mengangguk. ‘Ohh, nama dia Dian Nur Arya…Hmm, comel. Macam orangnya…uhuk !’

Lock tadi sudah dikuncikan pada salah sebuah pokok pine. Telefon bimbit dari beg dikeluarkan lalu tangannya lincah saja menekan butang snap. Daniel tersenyum senang. Tentu gadis itu tidak punya teman lelaki, kalau tidak, masakan dia tulis love family forever. Kekeke. Macam ada peluang je…

“ So, lepas ni kita nak pergi mana ?” tanya Dian setelah selesai dengan tugas-tugasnya. Belum sempat Daniel ingin membalas, telefon bimbit Dian yang berbunyi mematikan perbualan mereka.

“ Err, Uncle Han, sekejap ya ?” Daniel terdiam. Uncle Han ? Macam pernah dia dengar nama tu. Hmm…

“ Hello, uncle. Ada apa ?”

“ Dian, uncle dah dapat alamat baru rumah Daniel dengan nombor telefon dia sekali. Sekarang Dian dekat mana ?” ujar Uncle Han teruja. Baru sahaja semalam dia meminta bantuan dari rakannya, terus hari ini segala informasi dia dapat.

“ Ohh,betul ke uncle ? Dian dekat Namsan Tower ni ? Uncle dekat mana ?”

“ Ohh, kalau macam tu, kita jumpa di café yang dekat dengan villa.”

“ Ok. Terima kasih uncle.” Ucap Dian lalu panggilan diputuskan.

“ Kenapa ?” tanya Daniel pelik.

“ Hmm, boleh tak kalau awak hantar saya dekat café yang kita first-first jumpa tu. Saya kena jumpa Uncle Han.”

Daniel hanya menggangguk. Tentu ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Hmm.


DIAN mencari-cari kelibat Uncle Han setelah dia tiba di café. Wajahnya bertukar ceria apabila mendapati Uncle Han sedang melambai-lambai ke arahnya. Segera dia berjalan mendapatkan Uncle Han yang setia menunggu.

“ Sorry lambat, uncle. So, how was it ?” tanya Dian lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Uncle Han. Situasi ini lebih kurang macam ala-ala drama korea sahaja. Hikhik.

Uncle Han tersenyum. Dian Nur Arya memang seorang yang bukan penyabar tetapi apa yang dilakukannya sentiasa efisien. Bangga dirinya dapat mengenali anak gadis seperti Dian.

“ Uncle dah minta tolong dari kawan uncle pasal tempat tinggal Daniel, but, surprisingly…Daniel tinggal berdekatan dengan rumah Dian.” Jelas Uncle Han.

Dian terkejut. Hampir dia mahu jatuh tergolek dari kerusi yang didudukinya. Serius, macam dalam drama korea. Jangan cakap jirannya itulah yang Tengku Daniel memang dia janji akan pengsan !

“ Hmm, kalau macam tu, Dian uruskan sampai sini. Uncle Han balik dulu, rehat. Kasihan uncle tolong Dian carikan alamat rumah Abang Daniel ni.”

Uncle Han menggangguk dan meminta diri untuk pergi. Maka sekarang, tibalah masanya untuk Dian menjalankan misi memujuknya. Tengku Daniel, harus ikut dia pulang ke Malaysia jugak !


DIAN membaca alamat yang diberikan Uncle Han. Ternyata memang rumah Tengku Daniel sangat dekat dengan rumahnya. Tingkat yang sama dan hmm…207. Nombor rumahnya, 206. Hmm…Patut pengsan sekarang ke ataupun nanti. Eh ! Mana boleh pengsan ! Dia ada tugasan yang lebih penting lagi ni !

Sekarang Dian berdiri di depan pintu rumah Tengku Daniel. Sudah sah-sah lelaki itu ada di rumah sebab lelaki itu juga yang menghantarnya tadi ! Ahh ! Kenapa dia tak cam masa jumpa hari tu ! Siap pergi jalan-jalan lagi dengan lelaki itu tetapi masih tidak kenal. Rasa nak tumbuk je muka sendiri kerana terlampau slow.

Ting Tong. Akhirnya, Dian menggagahkan diri menekan butang loceng.

Berkerut dahi Daniel memandang si tetamu. Dian…Baru sahaja dia teringatkan gadis itu dan sekarang gadis itu berada di hadapannya. Daniel mengulumkan senyumannya.

“ Err, Tengku Daniel.”

Daniel terkejut. Macam mana gadis itu tahu namanya ?

“ Saya Dian Nur Arya, adik angkat abang. Papa ajak abang balik.” Terus terang sahaja senang ! Memang dalam kepalanya sudah tidak boleh fikir apa-apa lagi ! Terus terang sahaja cara yang paling mudah.

Daniel terdiam. Dia ada adik angkat ? Dan,…adik angkatnya itu Dian ? Gadis yang sudah mula bertapak di hati dia ?!

“ What ?! Stop talking nonsense. Aku tak pernah ada adik.” Daniel meraup wajahnya. Tak mungkin dia sukakan adik dia sendiri ! Eh ? Grrr ape ni…

“ Abang, papa ajak abang balik Malaysia. Abang, please, ikut Dian balik. Papa sakit.”

Daniel terdiam. Papa sakit ? Ini yang dia malas ni. Arghhh !!!

“ No ! This is too much. I didn’t even know you. Macam mana tiba-tiba kau jadi adik aku pula ?!”

“ Abang please…” Terpaksalah dia membahasakan lelaki itu abang sebab memang Tengku Daniel adalah abangnya walaupun hanya sekadar abang angkat.

“ No way !” Pintu dihempas kuat. Nasib baik tidak mengena wajah Dian. Nak tak nak, terpaksalah dia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Tengku Daniel yang dia kenal semalam dan hari ini sangat lain dengan situasi sekarang. Mungkin disebabkan dia terlampau terus terang tadi. Tak bagi salam tak apa, terus serbu. Mana tak mengamuk. Haih. Nampaknya, terpaksalah dia tunggu amarah lelaki itu reda. Hmm.