ETHAN
berbaring di atas katil sambil memikirkan tentang tindakannya dengan berterus
terang kepada mak mertuanya. Dia bersyukur kerana dapat mak mertua seperti Puan
Julia. Wanita itu sungguh tenang dan tidak mudah melenting walaupun dia telah
memberitahu perkara yang tidak patut dimaafkan. Dia faham dengan apa yang telah
berlaku dan meminta Ethan untuk menjaga Ivy.
Bunyi
ketukan pintu dari luar menyedarkan Ethan dari lamunannya sebentar. Kelihatan
Ivy memasuki bilik seperti tikus mondok.
“
Aku tak tidur lagi lah.” Ujar Ethan senada. Ivy berhenti melangkah lebih jauh lalu
memandang suaminya yang sedang elok berbaring sambil memeluk tubuh.
“
Saya tidur bilik Damia malam ni.” Balas Ivy. Dia terus berjalan menuju ke katil
kerana ingin mengambil bantalnya namun kepala Ethan terletak elok di bantal
kesayangannya. Ivy cuba menarik bantalnya namun tidak kesampaian.
“
Hish ! Awak guna la bantal awak sendiri ! Ni bantal saya lah !” jerit Ivy
kecil. Tidak mahu Puan Julia terdengar dia menjerit kepada suaminya sendiri.
Nanti kena marah.
“
Ambik lah bantal aku. Aku nak bantal kau.” Balas Ethan pendek. Dahi Ivy
berkerut. Pelik betul lelaki itu tiba-tiba mengidam bantal dia.
“
Mana boleh ! Saya nak bantal saya jugak !” balas Ivy dengan suara yang
terkawal.
“
Kalau kau nak tidur dengan Damia, kau ambik bantal aku. Kalau tak nak, meh sini
tidur dengan aku je.” Arah Ethan dengan nada yang tegas sambil menepuk-nepuk
tilam.
Ivy
terdiam. Dia tiada pilihan lain selain mengambil bantal Ethan sebagai alas
kepalanya untuk tidur malam ini. Hish, lelaki ni…
“
Ye lah, ye lah !” balas Ivy malas.
“
Ye lah apa ? Tidur dengan aku ?” ujar Ethan bersama senyuman gatal.
“
Tak lah ! Guna bantal awak la. Hish , dia ni…” Ivy menjeling mata. Menyampah
pula dia dengan lelaki itu.
“
Hah, jeling, jeling. Cakap dengan mak kau jeling aku. Makkk…” baru sahaja Ethan
hendak menjerit nama Puan Julia, Ivy dengan pantas dan tangkas menekup mulut
Ethan menggunakan tangannya. Nak mampus panggil mak ? Silap-silap malam ni kena
ceramah lah dia. Itu baru mak belum ayah lagi.
“
Ok, ok saya tak buat dah. Jangan jerit nama mak.” Janji Ivy sambil menaikkan
jari kelingkingnya. Berjanji untuk tidak akan buat lagi.
Ethan
tersenyum kemenangan. Kemudian, tangannya laju sahaja menghulurkan bantal yang
berada di sebelahnya kepada Ivy.
“
Nah, hadiah. Jangan lupa mimpikan aku malam ni. Selamat mencium bau aku.” Selamba
Ethan berkata-kata. Sungguh dia seronok dapat mengenakan isterinya itu. Ivy
yang sekarang lain dari yang dulu.
Sekarang
Ivy lebih kelihatan naïf dan seperti tidak bersalah. Kalau Ivy yang dulu,
garang tahap moksya. Fuh ! Cakap sikit melenting bukan main.
“
Hish, menyampah !” sempat Ivy menjelirkan lidah kepada Ethan.
“
Hah tengok tu ! Jelir lidah…Makkk…” baru sahaja Ethan hendak menjerit, Ivy
sudah menghilangkan diri dari bilik. Cepat betul dia lari. Ethan tersenyum
sendirian.
IVY
menggeliat malas. Rasa hilang dan rasa gusar yang bertapa akhirnya semakin
hilang. Dia rasa sungguh tenang kini berada di pangkuan mak dan Damia. Segala
perkara pelik yang berlaku dalam hidupnya kini telah dapat dilupakan sedikit
demi sedikit.
Pintu
bilik Damia terbuka dari luar. Wajah Ethan terpampang di tepi pintu sambil
berpeluk tubuh bersama wajahnya yang urghh menyampah (kacak ok dia walaupun
selekeh pakai seluar trek dengan baju t-shirt putih kosong hensem ok huh).
“
Hah ! Nak apa pagi-pagi dah tercongok depan pintu ni. Hmph !” kali ni Ivy pula
yang berpeluk tubuh. Menyampah betul tengok muka dia yang menyampah hensem tu
huh.
“
Excuse me. Mak panggil ajak sarapan
ok. Kau tu matahari dah terpacak masih tak reti nak bangun. Anak dara opps tak
dara lagi. Wekk !” Ethan menjelirkan lidah sebelum dia berlari pergi. Ivy
segera mengejarnya dari belakang.
“
Kurang hasam punya laki !!!” jerit Ivy kuat.
“
Vivian Sahara !!! Mak cakap apa hari tu !!!” Puan Julia yang mendengar
pergaduhan kecil yang acah-acah manja itu segera menjerit.
“
Kurang hasam punya baby la mak !
Orang panggil dia baby. Apa la mak
ni. Hahaha” Ivy membetulkan ayatnya diiringi ketawa yang dipaksa.
“
Tak apa-tak apa. Mentang-mentang mak aku menatang kau bagai minyak yang penuh.
Hmph ! Siap kau ada hari aku balas. Aku sabar je ni. Hish ! Geram pulak aku…”
Ivy menggenggam penumbuk.
“
Makkk !!! Ivy nak tumbuk An makkk tolonggg !!!” jerit Ethan di belakang pintu
masuk ke rumah sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“
Tak lah, mak ! Orang exercise ni hah.
Muscle tak tumbuh-tumbuh lagi ni.”
Ivy
memandang Ethan seperti singa yang ingin menelan rusa. Sungguh dia lapar untuk
menelan lelaki itu. Urghhh. Kenapa lelaki itu makin menjengkelkan !!! Adakah
memang lelaki itu memang jengkel sejak sebelum mereka kahwin lagi ? Tapi macam
mana dia boleh kahwin dengan lelaki jengkel seperti lelaki itu !!!
“
An !” jerit Puan Julia dari dapur.
Senyuman
Ethan mati seketika. “ Ye, mak ?” balas Ethan sopan.
“
Meh sini tolong mak kejap.” Panggil Puan Julia. Memang dia tidak dapat memasak
lah kalau macam ni. Lagi-lagi ayahnya pula ke luar daerah untuk beberapa
minggu.
Ethan
dengan berhati-hati melepasi Ivy yang sedang menjeling dirinya dengan penuh
asyik seperti bila-bila masa sahaja dia akan ditelan.
“
Kenapa, mak ?” tanya Ethan sebaik sahaja dia tiba di dapur. Ivy juga turut
mengekori.
“
Minta tolong An.” Pinta Puan Julia terdesak.
“Tolong
apa mak ? Meh An tolong.” Ethan menunjukkan lengannya yang berketul-ketul. Ivy pula
menyampah sehingga mahu muntah melihat betapa poyonya lelaki itu.
“
Tolong mak sembelih ayam tu. Pak Majid bagi pagi tadi tapi mak lupa yang ayah
kamu tak ada. Selalu ayah kamu yang sembelihkan.”
Ethan
memandang ayam yang berada dihadapannya. Terkelip-kelip mata dia memandang ayam
itu. Sungguh dia tak tahu buat kerja-kerja seperti itu. Maklumlah, dia sejak
dari kecil duduk di bandar. Makanan yang dia makan hari-hari pun bukan dia
kisah. Apa yang dia tahu, bila tiba waktu makan, dah tersedia.
“
Awak ni tahu tak sembelih ni. Kalau tak saya cakap dengan mak bagi balik ayam
ni dekat Pak Cik Majid tu hah.” Ujar Ivy setelah dia lemas menunggu di bawah pokok
rambutan sambil melihat lelaki itu mencangkung tanpa membuat apa-apa.
Ethan
menarik nafas. Dia memegang pisau dengan kemas dan mengucap bismillah. Entah
apa yang tak betulnya, tiba-tiba, ayam itu tiba-tiba memberontak dan
menyebabkan Ethan melepaskan pegangannya pada ayam itu.
“
Eh, ayam lepas ! Cepat kejar ! Woi tak makan kita hari ni woi !” Ivy
menjerit-jerit panik.
Ethan
menggelabah tak tentu arah mengejar ayam yang lari. Bila dia hampir tangkap
kepaknya sahaja pasti terlepas. Tidak tahu apa mantra yang digunakan ayam
tersebut sehingga begitu lincah melarikan diri dari pegangannya.
Beberapa jam kemudian,…
“
Sedaplah lauk kari ayam mak hari ni.” Puji Damia bersungguh-sungguh sambil
mencedok kuah kari sekali lagi.
“
Memang sedap, dik. Bersusah payah tu tangkap ayam. Ye lah, ada orang tu poyo
sangat last-last, Pak Cik Majid jugak
yang settlekan.” Perli Ivy pedas.
Ivy gelak kecil apabila mengenangkan kembali
kejadian petang tadi. Kelakar sungguh apabila lelaki itu cuba menangkap ayam.
Sampai jatuh-jatuh. Banyak kali pula tu. Tsk tsk tsk. Sungguh memalukan. Nasib
baik dia sahaja yang menonton slapstick
comedy itu. Kalau ada anak-anak dara lalu tu, perghhh confirm reject untuk
dijadikan suami. Kuikuikui.
Puan
Julia mencubit peha Ivy menyebabkan Ivy mengerang kesakitan.
“
Adoi ! Sakitlah mak.” Ivy mengusap tempat yang menjadi mangsa cubitan berbisa
dari maknya sambil memuncungkan mulutnya. Ethan gelak besar.
“
Jangan kutuk-kutuk suami. Dia tu suami kamu.” Nasihat Puan Julia. Ivy memang
nakal jadi kalau dia tidak ingatkan pasti Ethan akan diperkotak-katikkan.
“
Ye lah, ye lah. Hish.” Ivy mencuri pandang suaminya dihadapan.
‘
Cis ! Dia gelakkan aku. Grrrr.” Makin marak pula api kegeraman dia. Tiap kali
dia je yang salah. Mak dia pula asyik back
up Ethan. Hish ! Mentang-mentang menantu handsome nak matey. Anak
sendiri diabaikan. Haih.
PINTU
bilik ditutup kemas. Ivy melabuhkan duduk di depan cermin meja soleknya.
Kepalanya yang terasa pening dipegang. Memang sudah beberapa minggu dia sering
dihidapi sakit kepala. Tapi itu mungkin sakit kepala biasa sahaja dan parut
dikepalanya juga masih tidak diketahui puncanya. Setahu dia memang dia tak
pernah ada parut itu.
Selepas
selesai mengikat rambut, Ivy keluar dari bilik mencari Puan Julia. Puas dicari
di dapur tidak juga kelihatan maknya itu. Ivy berjalan menuju ke ruang tamu
setelah di terdengar sesuatu.
“
Mak rasa elok An beritahu perkara sebenar dekat Ivy. Tak elok biarkan dia macam
tu lama-lama. An sendiri tahu kan. Takut kesihatan dia teruk nanti macam mana.”
Ethan
terdiam. Sungguh dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada Ivy. Setelah
apa yang berlaku sekarang. Jujur dari hati yang dia lebih sukakan Ivy yang
sekarang. Ivy yang penyayang dan bukannya terlampau ego dan materialistik. Jika
dia beritahu perkara yang sebenar, kemungkinan, Ivy tidak akan menerimanya
lagi. Dia tidak mahu semua itu.
Dia
sayangkan Ivy.
“
Beritahu apa mak ?” soal Ivy tiba-tiba.
“Eh,
mak kau !” Ethan terperanjat menyebabkan terhambur ketawa Puan Julia dan Ivy.
“
An melatah terkejut mengalahkan mak la. Nasib baik tak jatuh terjelopok
malam-malam ni.” Puan Julia ketawa kecil melihat gelagat menantunya.
“
Tu laa. Banyak dosa la tu. Hah kan Tuhan dah balas.” Perli Ivy. Namun, perlian
Ivy cukup mendalam sekali pada Ethan. Wajahnya tiba-tiba bertukar muram.
“
Ivy… dah-dah lah tu. Jom tolong mak kemas dapur tu.” Puan Julia menarik tangan
Ivy membiarkan menantunya bersendirian.
“
Eh, bukan dah kemas ke tadi mak ?” Puan Julia tidak mengendahkan kata-kata Ivy
sebaliknya menarik tangan anaknya ke dapur meninggalkan Ethan sendirian.
‘
Patut ke aku beritahu perkara yang sebenar pada dia ? Huh.’ Bisik hati Ethan
perlahan.
No comments:
Post a Comment