AKU
berdiri di almari kayuku sambil berfikir. Baru sahaja lima minit tadi ayah dan mak
suruh aku bersiap untuk ke majlis kenduri anak kawannya yang baru pulang dari
London. Beritahu last-last minit
memang last minitlah penampilan aku
nanti. Tapi kalau diberitahu dua hari sebelum kejadian pun penampilan aku tetap
biasa. Jika ada kenduri sahaja, pasti aku akan mengenakan baju kurung. Kalau
ada majlis harijadi pun memang pilihan aku hanyalah baju kurung sahaja.
Selepas
menyarung baju, aku berdiri di hadapan cermin melihat betapa cantik dan ayunya
aku pada hari ini. Maklumlah, kalau aku tak puji diri sendiri, siapa lagi yang
nak memuji. Nak harapkan kakak aku tu ataupun abang aku ? Heh. Jangan nak
beranganlah.
“
Maya Zahra !!! Dah siap ke belum. Kitaorang semua dah siap ni !!!” jeritan
kakak sulungku sudah bergema. Memang kalau tiba majlis-majlis seperti ini,
memang dialah juara. Bersiap sepantas The
Flash ialah Maria Zahira. Lagi-lagi bila dia dengar yang anak kawan ayah
aku yang baru sahaja pulang dari London itu seorang doktor. Dengar cerita, anak
kawan ayah itu masih bachelor. Apa
orang putih kata, the most eligible
bachelor in Malaysia? Eh ? Entah lah.
Aku
menutup pintu bersama dompet yang diletakkan ke dalam poket. Ingatkan nak bawa
telefon sekali, tapi malangnya, poket baju kurung yang aku pakai ni kecil benar.
Tak dapatlah nak dibawa sekali. Telefon bagi aku tak penting pun. Yang paling
penting dompet. In case kalau kena
tinggal ke tercicir ke, ada lah duit sikit nak naik teksi balik.
“
Ye, aku dah siap dah ni hah.” Balas aku malas. Mata yang masih mengantuk cuba
juga aku buka seluas mungkin.
“
MAY, tolonglah cepat sikit ! Bakal
suami aku ada kat dalam tengah tunggu aku tu.” Aku membuat gaya nak muntah. Eh,
tak ! Aku memang rasa nak muntah dah pun ni. Kembang tekak aku mendengarnya.
Bakal suami dia ? Weksss.
“
Eiw ! Tolonglah kak. Tolonglah jangan memalukan aku. Aku ni muda lagi kak. Tak
pasal-pasal disebabkan kau aku pulak yang jadi andartu nanti.” Gumam aku. Kak
Ria aku lihat sudah tergelak-gelak. Bukannya lawak sangat pun. Happy sangatlah tu dapat jumpa jejaka
idaman dia yang baru balik London tu. Heh. Macamlah mamat tu handsome sangat. Aku jamin dan yakin, confirm mamat tu tak handsome dan confirm bila akak aku tengok nanti confirm dia pengsan !
Dari
jauh aku nampak ayah sedang berbual dengan seseorang. Aku mendekati ayah.
“
Ohh, ya, ni anak bongsu yang saya cakapkan itu. Maya Zahra.” Ayah perkenalkan
aku kepada pak cik-yang-aku-tak-berapa-nak-familiar.
Oh ! Lupa ! Aku memang tidak pernah kenal orang. Lebih tepat, aku tak suka
bersosial. Aku lebih gemar duduk dalam bilik, baca novel jiwang dan dengar lagu
secara serentak. 2 in 1. Sebab itulah
hobi aku kalau ada kena mengena dengan perkataan ’sosial’, aku lebih gemar
‘mencuci mata’.
Seorang
lelaki yang berjalan melepasi kami aku pandang lama. Dari sisi, nampak macam handsome. Sebab kulit lelaki itu nampak
putih. Aku menggeleng kepala. Malas nak cuci mata hari ni sebab Kak Ria
terlebih dahulu mahu membuat part time
job tersebut.
“
Ayah, May nak pergi sana kejap eh ?” aku meminta diri. Ayah hanya membalas
dengan anggukan.
Aku
berjalan di sekitar belakang rumah banglo besar itu dengan penuh khusyuk.
Cantik taman dia. Mesti sentiasa dijaga rapi oleh pembantu rumah. Maklumlah,
rumah besar-besar macam ini selalunya ada pembantu rumah.
Suara
orang berdehem dari arah entah mana menghentikan langkah aku. Aku berpaling
kebelakang. Seorang lelaki berbaju melayu berwarna biru mendekati aku. Wajahnya
tidak berapa aku nampak kerana cahaya di situ agak malap.
“
Awak buat apa dekat sini ? Nak curi sesuatu ke ?” tebak suara garau itu.
Berkerut dahi aku memproses kata-katanya. Aku ? Mencuri ? Aku ni ada muka
pencuri ke sampaikan kena dituduh pencuri.
“
Macam mana awak tahu saya nak mencuri ?” tanya aku. Layan sajalah…Bila lagi aku
nak layan karut marut ni.
“
Well, just a rough guess. Saya tahu
awak nak curi hati saya kan ?” Makin lelaki itu mendekati, makin dahi aku
berkerut. Bukan ke dia lelaki yang tadi tu ? Wow. Satu perkataan sahaja yang
aku boleh describe lelaki yang tuduh
aku pencuri tu. Kacak sungguh. Eh ? Dah dua. Eh apa dia cakap tadi ? Curi hati
dia ? Hahhhhhh
“ Ian. Ian Mustazar.” Ujar lelaki yang bernama
Ian itu. Aku hanya berdiam diri.
“
You ?”
Aku
diam juga.
“
Bisu eh ?” Aku terdengar dia ketawa kecil. Tapi aku gagahkan diri juga untuk
tidak memandang lelaki itu.
“
Kan saya cakap tadi…” balas aku tidak puas hati. Tadi dikatanya aku ni pencuri,
sekarang bisu pula. Memang dah lebih…Belum sempat aku mahu menerangkan situasi
itu, dia terlebih dahulu mencelah.
“
Boleh pun cakap. Nama awak siapa ?” tanya dia lagi. Tidak putus asa betul mamat
ni. Aku hanya melabuhkan pandangan ke tempat lain dan secara perlahan, aku
berjalan menuju ke khemah makan.
“
Hei, awak tak jawab soalan saya lagi !” jerit jejaka bernama Ian dari belakang.
Aku tidak menoleh malah aku hanya melambaikan tangan aku. Tipu lah kalau aku
cakap jantung aku tak berdebar-debar tadi. Ditegur si dia yang tidak aku kenali
tapi kacak eh. Siap tanya nama pula tu.
“
Oit ! Kau dari mana ni. Tersengih-sengih.” Aku berpaling pada kakak aku. Tidak
tahu pula dia boleh terperasan yang aku menghilang sekejap tadi.
“
Aku pergi toilet tadi. Kau dah jumpa
dah jejaka idaman Malaya kau tu ?” tanya aku.
“
Dah ! Tapi aku tak tegur dia. Takut pula. Tapi serius dia handsome gila !!!” balas Kak Ria dengan wajahnya yang penuh
keterujaan. Aku hanya dengar kacak dan tampan sahaja anak kawan ayah aku tapi
nama dia memang aku tak tahu langsung.
“
Siapa nama dia eh kak ?” akhirnya aku tanya. Malas nak tanya tapi teringin pula
tiba-tiba nak tahu.
“
Ian Mustazar.” Jawab Kak Ria pendek. Aku diam. Erkkk…lelaki tu rupanya…err…aku
ke yang patut pengsan sekarang ?
SEPERTI
biasa, pada setiap pagi, aku akan ke tempat kerja. Sebagai seorang PA yang
bertanggungjawab menguruskan hal ini hal itu, memang tidak terkiranya jumlah
kerja aku setiap hari. Taip itu taip ini. Hari-hari aku hanya menghadap
komputer. Balik rumah pun menghadap komputer. Komputer itu sudah ibarat suami
dah pada aku. Tak dapat suami macam dalam novel, komputer pun jadilah !
“
Kau tak balik lagi ?” Rania yang tiba-tiba muncul di belakang mengejutkan aku.
Secara spontan, air nescafe pagi tadi yang masih bersisa terjatuh lalu mendarat
di karpet pejabat.
“
Rania ! Kau tengok apa kau dah buat !” aku memukul lembut lengan Rania. Rania
pula hanya membuat wajah selamba. Membuatkan aku bertambah bengang.
“
Eh ? Apa salah aku pula ? Kau yang tersiku cawan tu tadi. Eh, kejap . Ni bukan
nescafe pagi tadi yang kau buat dekat pantri ke ? Masih ada lagi ? Dah basi ke
?” soal Rania bertalu-talu. Aku berdehem. Cuba mengawal riak wajah aku.
“
Err, a’ah. Aku terlupa nak cuci tadi. Kau tolong cucikan boleh ?” Aku membuat
wajah kasihan. Rania pula hanya menggeleng kepala melihat aku. Bukannya aku tak
mahu cuci cawan tu, tapi, aku cuma terlupa kerana terlampau banyak kerja yang
perlu disiapkan.
“
Ye lah, ye lah. Aku cucikan. Tapi aku pun nak minta tolong juga ni.” Mata Rania
aku dapat lihat seperti ada sesuatu yang tidak kena.
“
Kau tolong letakkan fail ni dekat meja Encik Azhar boleh ?”
Dah
agak dah.
“
Hmm, bagi kat aku. Tapi, aku tak tahu tingkat berapa pejabat dia.”
“
Tingkat 6 .” Aku mengambil fail yang ditinggalkan Rania sementara Rania terus
ke pantri untuk mencuci cawan. Aku mengemaskan meja ala kadar kemudian aku
terus bergerak ke pintu lif. Pada waktu-waktu begini, pejabat memang agak
kosong. Bukan agak, tetapi memang kosong ! Sebelum waktu habis kerja pun, semua
orang sudah berpusu-pusu lari balik ke rumah. Keluarga menunggu katanya.
Untunglah.
Aku
segera masuk ke dalam lif dan menekan butang 6. Belum sempat aku hendak menekan
butang tutup, terdapat seorang lelaki terlebih dahulu menahannya. Aku hanya
buat biasa-biasa. Tapi, tiba-tiba rasa jatung ni berdegup laju pula. Kenapa
pulak ni ? Sejak bila aku fobia lif ?
“
Ehem…” Lelaki di sebelah aku tiba-tiba berdehem membuatkan jantung aku berdegup
lebih laju. Apahal pulak dengan aku ni.
“
Awak…kerja sini ke ? Saya pun sama.” Lelaki itu bersuara. Tapi, suara itu.
Seperti pernah aku dengar ! Dia bekerja di sini jugak ?
Aku
hanya mengangguk tanda balasan. Kepala aku tundukkan ke bawah. Tidak sanggup
mahu memandang wajah orang di sebelah. Takut jangkaan aku betul. Ahhh !!!
Tolonglah jangan betul !
“
Awak…tak ingat saya ke ?” Dia bersuara lagi.
Alamak,
alamak ! Matiiiiiiiiii !!! Aku cuba untuk melengah-lengahkan masa daripada
menjawab soalan lelaki itu. Aku sendiri tidak tahu mengapa tiap kali aku
bersemuka dengan lelaki itu aku pasti akan mahu melarikan diri. Cepat lah
sampai !!!
“
Bisu eh ?” Ahhh !! Memang dia !! Memang tidak boleh menafikan lagi.
Ting
! Cepat-cepat aku meloloskan diri dari lif itu. Terasa tidak boleh bernafas
pula apabila bersama dengan dia. Jejaka itu seperti ada aura yang tersendiri.
Macam mana nak cakap ek ? Ahhhh !!!! Aku nak balik !!!
Selepas
selesai meletakkan fail di atas meja Encik Azhar, aku segera menuju ke pintu
lif dan aku juga telah mendapati bahawa lelaki itu masih tercongok di situ
sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Matanya merenung tajam ke
arah aku. Gulp !
“
Kenapa lari ?” tanya suara sensual itu. Aku menelan air liur. Kenapa suara dia
macam menggoda sangat ? Ah ! Stop it
!
“
Siapa yang lari ?” Aku soal kembali. Aku bukannya lari tapi aku hanya mahu
melunaskan amanah yang telah diberi Rania. Ok, sebenarnya aku tipu. Aku memang
nak larikan diri dari dia tapi kebetulan pintu lif tu dah terbuka. So, paham-paham je lah.
“
Boleh pun cakap.” Dia senyum. Nampak kacak sungguh ! Ah ! Hentikan Maya Zahra !
Dia bukan taste kau ! Ok, aku tipu
lagi. Dia memang 100% taste aku !
Ahhhhh !!!
Aku
berpura-pura mengeluh kasar. “ Ya ! Saya memang boleh cakap ! Bukan setakat itu
sahaja, menyanyi ? bersyair ? bersajak ? pun saya boleh !” aku balas geram.
Jejaka
kacak itu melemparkan senyuman sekali lagi. Kata-kata aku yang agak kasar tadi
tidak langsung terkesan di hati dia. Lelaki jenis apa ni ? Kenapa baik sangat awucks
eiw.
“
Baguslah kalau awak tahu bercakap. Sekurang-kurangnya, tidaklah saya tersilap
cari calon isteri. So, sekarang boleh
saya tahu nama awak ?”
Aku
menggigit bibir. Aduh ! Dihimpit dengan masalah sekali lagi. Dia tak boleh tahu
nama aku ! Eh, kejap ? Dia cakap apa tadi ? Tidak tersilap cari calon isteri ?
Aku ? Calon isteri yang dia cari ? Serious
? Eh ? Tak mungkin ! Lelaki kalau dah cakap ayat-ayat manis macam gitu, memang playboy. Chill, Maya. Lelaki tu cuma nak mempermainkan kau je. Hmm.
“
Kalau saya tak nak bagitahu ?”
“
Senang je, saya cari. Awak kerja dekat sini kan ? So, lagi senanglah kerja saya nanti.” Dia tersenyum lagi. Kali ini
senyuman itu lebih ala-ala showing off
gitu. Betul juga kata dia. Lelaki jenis macam ini memang tak makan saman. Haih.
“
Maya Zahra.” Jawab aku perlahan.
“
Apa dia ? Saya tak berapa nak dengar.”
“
Saya tak akan ulang lagi.” Balas aku kasar. Cepat-cepat aku masuk ke dalam
pintu lif yang sudah terbuka. Malangnya, lelaki itu juga ikut sekali. Urgh !
Tak serik-serik lagi ke mamat ni.
“
Maya Zahra. Sedap nama tu.”
Aku
mencebik. Memang dasar playboy betul
!
“
Saya nak nombor telefon awak boleh ?” pinta jejaka itu tak tahu malu. Memang
tak ada rasa malu langsung ! Ada ke selamba mintak nombor telefon aku. Dalam
mimpilah aku bagi. Heh.
“
Saya tak ada telefon.” Nasib baik aku tinggalkan beg di meja kerja aku tadi.
Jadi, tidaklah lelaki itu sangsi.
“
Alamat rumah ? Tarikh lahir ? Nombor I/C ?” Aku rasa jelik pula dengan mamat
ni. Dia sengaja nak memperolok-olokkan aku ke apa ni ? Menaikkan darah betul.
“
Tak ada ! Saya warganegara Bangladesh !” Segera aku meloloskan diri dari lif.
Bukan setakat itu sahaja, butang tutup segera aku tekan bertalu-talu supaya
lelaki itu tidak dapat keluar. Muahahaha !!! Padan muka ! Kalau tak, memang
sampai ke rumah lelaki itu ikut aku.
“
Kau pergi mana tadi May ? Aku suruh kau hantar fail je bukan suruh buat fail
pun.”
“
Ada buaya melambatkan kerja aku tadi. Sorry.
Jom balik.” Balas aku malas. Memang aku malas nak melihat wajah lelaki itu
lagi. Ok, aku tipu untuk entah-ke-berapa-kali. Aku teringin nak melihat wajah
kacak itu lagi. Bukan setakat wajah je kacak, tapi perangainya pun buat aku
tersenyum seorang diri. Haih. Ada ubat tak untuk penyakit aku ni ? Agak-agak,
bila aku boleh jumpa dia lagi ? Hmm…
AKU menggaru
kepala yang tidak gatal. Mampus ! Time-time
aku dah terlambat nak pergi kerja juga dia buat hal. Rasa nak hentuk je kepala
dekat dinding. Arghhhh !!!!
“
Kalau aku tahulah kau nak buat hal, baik aku ikut Kak Ria tadi.” Bebel aku
sendirian. Mak tiba-tiba keluar dari dalam rumah sambil memandang aku hairan.
“
Kenapa May ? Kereta tak boleh start
ke ?” tanya mak pelik.
“
Entah lah mak. Time orang ada hal ni
juga dia buat hal. Semalam orang tak ada hal tak nak pulak cari hal. Macam mana
ni mak, May ada meeting hari ni.
Matilah May.” Rungut aku. Mak hanya menggeleng kepala.
“
May telefon lah Kak Ria. Mana tahu dia sempat patah balik ke apa ambil kamu.”
Cadang mak. Aku mencari telefon bimbit aku di dalam beg. Nombor telefon Kak Ria
aku dail.
“
Hello, Kak. Kau dekat mana ? Kereta aku tak boleh start ni. Kau hantar aku pergi kerja boleh tak ?” ujar aku
bertubi-tubi sebaik sahaja Kak Ria menjawab panggilan telefon dari aku.
“
Aku pun dah stuck dekat sini dik oi.
Kau pergilah naik teksi ke bas ke.”
“
Masalahnya, aku nak kena cepat. Hari ni aku ada meeting.”
“
Kau ingat kau sorang je nak cepat ?” perli Kak Ria. Bibir aku muncungkan.
“
Ye lah, ye lah ! Fine !” aku
mematikan panggilan. Dengan perasaan sebal, aku bergerak ke perhentian bas
berdekatan. Satu batang hidung driver
teksi pun aku tak nampak. Memang kena hentamlah aku dengan bos hari ni.
Tiba-tiba,
sebuah kereta Mercedes entah-apa-brand
berhenti di hadapan aku. Betul-betul depan aku. Dah lama sangat ke aku tak naik
teksi sampaikan ada teksi mewah gila macam ni. Brand Mercedes pulak tu. Fuh ! Mahal tak kalau aku naik ni ?
Pintu
kaca diturunkan. Aku menjenguk ke dalam kereta tersebut.
“
Nak tumpang ?” Aku membeliakkan biji mata. Ian…? Macam mana dia boleh ada dekat
sini ?
“
Mak saya cakap, jangan naik satu kereta dengan orang yang kita tak kenal.”
Balas aku. Aku memandang ke arah lain. Buat muka berlagak gitu.
“
Awak tak kenal saya ke ?” tanya jejaka itu bersama senyuman yang tidak lekang
di wajahnya.
“
Tak !” jawab aku laju-laju. Malas hendak memandang wajah yang menjelikkan itu.
‘Haih. Aku memang tak boleh tipu diri sendiri lah.’
“
Okayyy, saya tak rugi apa-apa. Tapi, saya tahu awaklah yang rugi sebab awak ada
mesyuarat hari ni kan ? Hmm, kalau macam tu, saya pergi dululah.” Dia
melambaikan tangan ke arah aku. Aku terpinga-pinga. Macam mana dia tahu aku ada
mesyuarat pagi ni ? Hish ! Susahlah sama tempat kerja ni !
Tapi,
tak salahkan tumpang dia. Aku bukannya tak kenal dia pun. Dia kan anak kawan
ayah aku. Hmm. Alamak. Apa kena dah aku ni. Tapi, kalau aku lambat masuk
pejabat nanti, confirm kena maki
punyalah !
“
Awak !” Aku jerit sekuat yang boleh agar lelaki itu memberhentikan kereta. Dia
mengundurkan kereta ke belakang sedikit.
“
Ya saya ?”
“
Saya…nak tumpang kereta awak boleh ?” aku buat muka sepuluh sen. Jejaka itu
hanya tersenyum kacak.
AKU
termenung di hadapan komputer. Tak tahu nak tulis apa. Blank. Aku pandang sebelah, Rania tak ada. Mungkin ke pantri.
Sangka aku.
“
Hah ! Mengelamun !” Rania dari belakang menyergah aku dan aku terus melatah.
Ok, sangat memalukan.
“
Dah lima kali aku cakap jangan buat macam tu.” Ujar aku senada. Aku mengurut
dada yang tiba-tiba terasa sakit akibat disergah oleh Rania.
“
Ok, ok. Sorry beb. So, amacam tadi ? Kau tak cakap dekat
aku pun yang kau dah ada boyfriend. Handsome pulak tu…” Mata aku yang kuyu
tadi gara-gara tak cukup tidur terus membulat apabila mendengar kata-kata
Rania.
“
Boyfriend ?” tanya aku bodoh-bodoh.
Rania ketawakan aku.
“
Tak payah nak kura-kura naik perahu, buat-buat tak tahulah Cik May June August
oiii…” Makin aku keliru. Siapa yang tiba-tiba jadi boyfriend aku pulak ni ? Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu. Ahh,…
“
Ohhh, beb, yang pagi tu sebenarnya bukan…”
“
Asal, asal ? Ceritalah macam mana kau boleh jumpa dia. Kenapa dia tu kacak
sangat ? Kacuk eh ? Wow, untungnya…” bebelan Rania tanpa henti menyebabkan aku
tidak dapat berkata-kata. Macam-macam spekulasi yang dibuatnya. Adoi !
“
Cik Rania, dia bukan boyfriend
akulah.” Jawab aku jujur. Kalau boleh memang aku nak dia jadi boyfriend aku. Eh ? Sedarlah diri tu
sikit Cik Maya oiii…
“
Eleh. Habis dia tu siapa ? Takkan tiba-tiba siap tumpang naik kereta. Mana
kereta kau ?” Rania mula sangsi.
“
Dia tu aku kenal masa dekat kenduri. Dia anak kawan ayah aku. Dan, for your information, kereta aku rosak
pagi tadi. Enjin tak boleh start.”
“
Lepas tu, macam mana dia boleh jumpa kau and
dengan rela hatinya, hantarkan kau sampai ke sini ?” tanya Rania.
“
Kebetulan dia lalu dekat perhentian bas masa aku tengah tunggu dekat situ.”
Rania
tersenyum senget.“ Kebetulan ke ? Tapi aku tengok tadi, cara dia senyum dekat
kau, macam ada apa-apa je ? Betul ke ni,…” aku menjuling mata ke atas. Susahnya
lahai nak cakap dengan Cik Rania cantik manis
kita ni. Tak nak percaya cerita kita pulak.
“
Iyeee…Aku dengan dia, tak ada apa-apa.”
Rania
menggangguk. “ So, aku ada peluang
lah kan ?” Wajah nakal Rania membuatkan aku ketawa.
“
Kalau berani, cuba lah…”
“
Eh ? Macam tak kasi je aku mengurat dia ?” membulat mata aku memandang Rania.
Dia pula hanya tersengih-sengih.
“
Siapa nama dia ?”
“
Ian Mustazar.”
“
Wahhh, sedapnya nama.”
“
Mana kau tahu sedap, pernah rasa ?” aku loya buruk. Rania aku lihat sudah
menjeling tajam ke arah aku. Aku menyengih.
AKU
mencapai beg tangan serta telefon bimbit di atas meja. Akhirnya, selesai sudah
kerja aku. Aku bangun dari tempat duduk dan melangkah ke pintu lif. Setelah
pintu lif dibuka, aku masuk ke dalam. Agak sunyi suasana pejabat ketika itu
kerana sudah agak lewat malam. Cuma tinggal aku seorang sahaja di situ.
Setelah
lif berhenti di tingkat bawah, baru aku teringat sesuatu. Aku mana ada kereta.
Aduh ! Entah mengapa aku tiba-tiba teringatkan lelaki itu.
“
Nak call ke tak nak ? Call ? Tak call ? Hmm.” Aku berkira-kira. Kenapa dia yang aku mesti call ? Kak Ria dengan Abang Muaz kan ada
? Kad yang sempat dihulurkan oleh si dia pagi tadi aku pandang.
“
Assalammualaikum.” Salam yang diberi menimbulkan tanda tanya. Aku menjawab
salamnya walaupun tidak tahu siapakah gerangan yang memberi salam. Ibu kata,
berdosa tak jawab salam.
“
Waalaikummussalam.” Aku menoleh kebelakang. Haih. Dia lagi.( Sebenarnya, aku
suka gila dapat jumpa dia !)
“
Call je lah dia. Dia tengah rindukan
awak tu.” Aku menjuling mata ke atas. Makin lama, makin meluat pula aku dengar
kata-kata terlebih gula dia tu. ( Sebenarnya, aku suka dengar. Tipu je tu)
“
Err, awak buat apa dekat sini ?” tanya aku. Cuba untuk cover malu kerana terkantoi mahu menelefon lelaki itu tadi. Ehem.
“
Tunggu awak lerr sayang. Takkan tunggu pak cik guard tu pulak.” Gurau Ian. Tetapi gurauan itu sedikit err…kenapa
mesti panggil aku sayang ? Meluat betul. ( Ahh, sweet gila mamat ni !)
“
Kenapa awak tunggu saya ?” aku soal dia lagi. Sengaja mahu menguji kesabaran
Dr. Ian Mustazar yang kacak bergaya.
“
Sebab saya sayang awaklah. Takkan saya nak biarkan my future soulmate ni jalan seorang-seorang. Kalau jadi apa-apa,
saya juga yang susah.”
Hmm.
Hambik kau. Konon nak menguji kesabaran, last-last,
aku yang kena balik.
Aku
tidak membalas apa-apa. Pandangan aku halakan ke bawah. Tak berani nak menatap
wajah kacak itu. Haish ! Susah betul berhadapan dengan lelaki kacak ni.
“
Come. Saya hantar awak balik.” Aku
ikutkan saja. Kalau tak kereta dia, siapalah yang nak bawak aku balik rumah.
Lagipun, bukannya aku yang paksa. Si jejaka kacak itu yang dengan rela hati
sudi tumpangkan.
“
AWAK tahu kan yang saya tak bagi
awak naik kereta saya free-free je.”
Ujar lelaki itu tiba-tiba.
“
Berhenti dekat depan tu.” Arah aku kasar. Aku dah agak ! Mesti ada benda yang
dia nak ! Argh ! Kenapalah aku mudah sangat percaya dekat lelaki macam dia.
Harap muka je kacak. Hmph !
Ian
tiba-tiba ketawa. Aku menoleh memandang dia.
“
Saya gurau je lah. But, I really want to
know about you. Tak boleh ke ?”
“
Kenapa nak tahu pasal saya ?” soal aku balik.
“
Sebab awak unik. Saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Garang betul !”
komen Ian seraya ketawa. Aku juga turut sama ketawa. Garang sangatkah aku ?
“
Mana ada garang. Saya cuma malas je nak layan.” Jelas aku jujur.
“
Sebab tu saya cakap awak unik. If you
don’t mind, boleh saya nak ajak awak makan malam dengan saya ?”
Dia
ajak aku dating dengan dia ? Err…
“
Saya tak keluar dengan lelaki. Kecuali dengan ayah atau abang.” Balas aku
dengan penuh karisma.
“
Oh…so kalau macam tu, saya datang
rumah awak je lah.”
Aku
menelan air liur. Mampus kalau dia betul-betul nak datang rumah. Maklumlah,
bapak dia kawan bapak aku. Erk. Sebagai balasan kepada kata-kata lelaki itu,
aku memilih untuk berdiam diri. Takut salah cakap nanti tak pasal-pasal lelaki
itu dah tercongok depan pintu rumah aku nanti.
“
Diam tandanya setuju.” Bisik Ian di telinga aku. Terkejut beruk juga aku
apabila dapat tahu yang kedudukan dia dan aku tidak sampai berapa centimeter.
Pergh !!!
Aku
menjarakkan badan aku dengan bergerak ke kiri. “ Siapa cakap ?” balas aku
berani. Makin tak suka pula aku dengan kata-kata itu. Orang yang mencipta
perkataan itu kemungkinan besar akan kubunuh. Hmph !
“
Saya.”
Aku
menjulingkan mata ke atas. Pandangan kuhalakan ke luar tingkap. Tidak sampai
berapa saat, tiba-tiba aku jadi terpana. Kawasan rumah yang seperti pernah ku
kenal. Eh ? Kawasan rumah aku lah !
“
Tak nak tanya macam mana saya tahu mana rumah awak ni ?” soal Ian tiba-tiba.
Pandangannya masih lagi fokus memandang ke hadapan.
“
Er…macam mana ?”
“
Rahsia…” Heh. Menyesal aku tanya.
Beberapa
minit berada di dalam kereta lelaki itu, akhirnya kami tiba juga ke rumahku
syurgaku. Di situlah berakhirnya kesengsaraan aku. Wah…Freedom !!!
“
Sebelum tu, nombor telefon please…”
rayuan Ian membuatkan darah aku berderau. Wajah itu,…sungguh melalaikan !
Astaghfirullah !
“
Tak ada. Ok, thanks, bye !” Selepas
selesai berkata begitu, dengan pantas aku membuka pintu kereta. Nasib aku
sungguh baik pada hari itu kerana kalau tidak sudah tentu aku bakal terkunci di
dalam kereta itu bersama dengan dia. Oh, tak nak mak !
Kelihatan
Ian sedang tersenyum malu gara-gara tindakan pantasku itu. Haha ! Rasakan !!!
SELESAI
sahaja membersihkan diri, aku mengeringkan rambut menggunakan tuala sambil
sebelah tangan lagi menguis-nguis skrin telefon.
Assalammualaikum,
tengah buat apa ? – 01********
Aku
terpinga-pinga. Nombor siapakah ini ? Tidak membuang masa aku terus menaipkan
sesuatu.
Waalaikummussalam.
Siapa ni ? – Aku
Tidak
menunggu lama, pesanan aku dibalas sepantas kilat.
Cuba
teka. – 01********
Aku
mula rasa jelik. Nak suruh main teka-teka pula. Aku bohlayan kau kang baru padan muka. Tapi disebabkan aku ada masa
terluang, maka aku layankanlah sahaja kerenah si-entah-siapa.
Abang
Muaz. Kak Ria. Rania. – Aku
Tiba-tiba
aku teringat sesuatu. Takkan mamat tu kot…Dia mana ada nombor telefon aku ?
Salah,
sayang. Cuba teka lagi. – 01********
Dari
ayat tu pun aku dah dapat agak. Grrr…
Dr.
Ian Mustazar, awak cilok dari mana nombor telefon saya ni ? – Aku
Mesti
ada ‘sepai-sepai’ gelap yang berani membocorkan nombor telefon aku kepada si
dia ni. Memang nak kena kalau aku dapat tahu ni.
Saya
dapat dari mana, awak tak perlu tahu. Tapi sebelum tu saya nak tahu awak tengah
buat apa sekarang ? – Mamat Psycho ( nama itu sahaja yang sesuai untuk dia. )
Saya
buat apa adalah none of your bussines.
– Aku
Lagi
awak ngelat nak beritahu, lagi saya akan kacau awak. Keluar kejap. – Mamat
Psycho
Aku
membaca ayat yang terakhir berulang kali. Keluar kejap ? Kenapa dia suruh aku
keluar pulak neh…Jangan cakap yang dia dah ada depan rumah. Tak berapa lama
kemudian itu, satu lagi pesanan masuk.
Saya
dekat depan rumah awak. Tolong keluar kejap. – Mamat Psycho
Aku
membeliakkan biji mata. Memang tepat sangkaan dia. Arghhh !!! Macam mana ni.
Buat
apa saya nak keluar pulak. – Aku
Aku
cuba berdolak dalih. Kemudian, aku menuju ke tingkap dari bilik atas. Kelihatan
lelaki itu sedang bersandar di kereta dengan pakaian kasualnya. Tidak berapa
lama kemudian itu pula, telefon aku berbunyi. Mamat Psycho telefon !!! Aku
menjawab setelah beberapa minit berlengah.
“
Tolong turun sekarang.” Arah lelaki itu tegas. Gulp ! Kenapa macam aku rasa yang aku kena marah dengan cikgu
disiplin pulak neh…Mana aci kena paksa-paksa.
“
Saya nampak awak dekat atas tu tengah skodeng saya dekat bawah ni.” Aku
tersentak. Segera aku mengalihkan badan menyorok di belakang kain langsir pula.
Gila punya tajam mata dia !
Selepas
siap ala kadar, aku turun ke bawah menuju ke luar rumah. Berdebar-debar juga
jantung aku rasakan saat ini. Manalah tahu tiba-tiba dia culik aku ke. Fuh !
Seremsss…
Aku
berdiri di depan pagar tanpa memegang mahupun ingin membuka mangga pagar
tersebut. “ Nak apa ?” tanya aku kasar. Lelaki itu aku lihat sentiasa saja
dengan senyuman manis 24 jamnya. Tak penat ke ?
“
Nah.” Dia menghulurkan aku sesuatu. Fail dan dokumen kerja aku ! Macam mana
boleh ada di tangan dia ?!
“
Awak tinggalkan kat dalam kereta saya. Memang sengaja buat macam tu eh supaya
dapat jumpa saya malam ni ?” kata-kata Ian membuatkan aku berasa ingin muntah !
Wek !
“
Saya ter-lah !” balas aku kasar. Huluran lelaki itu aku sambut kasar.
“
Awak dah hutang saya banyak sangat ni…bila boleh bayar ?” tanya Ian sambil
tersenyum senget. Aku mula rasa berdebar. Senyuman itu kenapa menawan sangat !
“
Err…Lain kali saya bayar.”
“
Ok, but let me decide apa yang awak
kena bayar.” Aku hanya mengangguk. Eh ? Asal pulak ! Tapi malangnya, aku hanya
bersedia untuk masuk ke dalam kerana tidak sanggup untuk berlama-lama di situ
dengan si dia.
“
Apa-apa je lah. Thanks for this.”
Ucap aku.
“
Welcome. Anything for you…” balas Ian
meleret bersama senyumannya yang meleret. Grrr…senyuman dia itu lah yang
membuatkan aku cair tak tentu pasal.
“WHAT?!” aku menekup mulut. Seperti
tidak percaya dengan apa yang aku dengar sebentar tadi.
“
Abang Muaz yang bagi nombor telefon May kat mamat psycho tu ?!” tidak mampu aku
nak mengawal kesabaran lagi. Rupa-rupanya abang aku sendirilah yang jadi
sepia-sepai gelap tu ?!
“
May, Ian tu baiklah. Dia kawan abang. Walaupun dia senior dia graduate awal
tapi dialah yang banyak tolong abang dekat sini.” Jelas Muaz panjang lebar.
“
Maksudnya, dia tu lagi tua dari abanglah kan ? What ?” jerit aku lagi sekali. Tak sangka selama ni lelaki yang aku
ingat muda jadi tua. Tapi muka dia serius nampak muda gila.
“
Dia tua setahun je lah. Hish. Cakap macam Ian tu umur dah atuk-atuk.” Balas
Muaz selamba. Tapi, kiranya dia tu tua lah jugak. Aku ni baru 24 je pun.
“
Adik ni memang tak tahu cerita ke saja buat-buat tak tahu ?” tanya Muaz bersama
dengan wajahnya yang berubah pelik. Eh, hello…aku lagi pelik ok. Hidup aku
bertambah pelik dengan kewujudan si lelaki yang aku tak kenal tiba-tiba nak
usyar-usyar aku. Eh pelissss…
“
Abang cakap macam tu mesti abang tahu sesuatu kan ? Hah ! Cakap cepat apa dia !
Abang jangan nak rahsia-rahsia pulak haa nanti adik karate kang…” ugut aku.
Konon nak karate padahal tak tahu pun.
“
Ian tu bakal suami adiklah.”
Aku
dah terlongo. Betul ke dengan apa yang aku dengar tadi tu. Ian yang aku panggil
mamat psycho tu bakal suami aku ? Lelaki psycho tu bakal suami aku ?! Aku ?!
Aku memegang dahi. Rasa nak pengsan pun ada.
“
Adik ok tak tu ?” tanya abang aku risau tengok keadaan aku. Dia pun tak boleh
nak tolong apa-apa kalau aku pengsan ke apa sebab kita orang video call je ni sebab abang masih di
London. Kalau aku pengsan memang kena bangun sendiri lah.
“
Macam mana abang tahu semua ni ? Kenapa tak ada sesiapa yang beritahu adik pun
? Macam mana boleh adik ni jadi bakal isteri dia dan dia bakal suami adik ? Apa
yang sedang ibu bapa kita fikirkan ? Adakah mereka berfikiran waras dengan
ingin menjodohkan adik dan Ian si mamat psycho…Masya Allah !” makin pening
kepala aku dibuatnya.
“
Chill lah dik. Bukan senang nak dapat
suami doktor. Ingat senang ke hah nak dapat PhD ni.” Bebel abang aku. Eh !
Jangan kusutkan kepala aku lah abang. Aku dah cukup kusut ni ! Aku
banyak-banyak tanya soalan tu tak nak jawab. Membebel pasal benda tak ada kena
mengena pulak eh dia ni kang…
“
I demand an answer to all this !”
arah aku tegas.
“
Ok, cerita dia macam ni. Actually,
Ian tu kawan abang and dia selalulah
datang rumah kita. Adik tu je yang memerap dalam bilik tak nak keluar tengok
dunia asyik layan drama je. Ayah dengan mak berkenan sangat dengan abang Ian
dan what a coincidence ayah Ian kawan
ayah juga. Dari situ diaorang start plan
and nak jodohkan dengan salah seorang anak ayah and lastly diaorang semua pilih adik. Taraaaa.”
Aku
mengeluh kasar. “ Dah kenapa pulak adik yang dia orang pilih ? Kenapa tak Kak
Ria ?” aku pening. Kak Ria yang beria-ria syok dengan Ian bukannya aku. Eh ?
Patut ke aku panggil dia Abang Ian ? Ya Allah ! Geli geliman aku woi…
“
Part tu abang tak tahu. Boleh tanya
ayah atau mak atau Ian sendiri.”
Aku
? tanya Ian ? What nonsense !
WE NEED TO TALK
– Aku
Asal
caps lock ? – Mamat Psycho
Tertekan.
We need to talk. – Aku
Sure. Anything for you
;-) – Mamat Psycho
:-P
– Aku
SUASANA
agak lenggang sedikit di kafe itu. Aku melihat jam di tangan. Masih setia
menunggu Abang Doktor tu sampai macam mengalahkan perempuan lambatnya. Aku dah
tak sabar nak interview dia
macam-macam ni.
Akhirnya,
setelah 30 minit menunggu dia muncul juga bersama baju kasualnya yang bertuck in
dan kaca mata hitam. Pelik aku pakai kaca mata hitam macam dia famous sangat.
“Err,
tumpang tanya. Awak Dr. Ian Mustazar kan ? Penulis buku The Key To My Success ?”
“
Ye saya.” Ian tersenyum. Dia senyum dekat perempuan tu what ?! Tapi kenapa perempuan tu beria sangat suka jumpa dia siap
minta tandatangan lagi ? Kenapa aku rasa aku clueless sangat ni. Kenapa aku seorang je yang tak tahu macam-macam
perkara ?! Kenapa ?!
Aku
membetulkan postur badan dan duduk dengan penuh tatatertib apabila dia semakin
hampir. Tiba-tiba aku rasa macam tak tahu nak cakap apa padahal tadi beria
cakap macam-macam nak interview
lelaki tu.
“
Awak rindu saya eh ?” tanya Ian tiba-tiba sambil menghadiahkan senyuman manis
pada aku. Sungguh melalaikan senyuman dia tu. Fokus, May ! Fokus !
“
Kenapa saya yang kena jadi bakal isteri awak ?” Aku memandang dia dengan
pandangan yang serius supaya dia jawab dengan jawapan yang serius sebab ini
adalah hal yang serius. Ok banyak serius.
“
Sebab kita memang telah ditakdirkan untuk bersama.” Balas lelaki itu bersama
senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Aku mengeluh. Memang susah eh
nak cakap dengan doktor ni ?
Tidak
sampai minit kemudian, pelayan kafe datang bersama air ice lemon tea yang telah aku pesan terlebih dahulu.
“
Awak order lah. Saya order dulu tadi.” Kata aku perlahan.
Setelah beberapa minit bersama dengan dia berdua di situ barulah aku terasa
kekok sikit. Aku pandang dia dan ternyata dia juga turut memandang aku dengan
senyuman dia yang memang tak boleh blah. Kacak kay. Aku berdehem sebelum
menyambung perbincangan yang tergendala sebentar tadi.
“
Saya tak nak kahwin dengan awak.” Ujar aku pantas tapi perlahan. Tak tahu dia
dengar ke tak sebab laju sangat aku cakap.
“
Kenapa ?” tanya dia. Ohhh, dia dengar…
“
Sebab saya tak kenal sangat awak siapa dan saya tak suka dijodohkan dengan
orang yang saya tak kenal. Saya masih muda dan banyak benda yang saya nak achieve dalam usia ini.” Jujur aku.
Senang aku cakap dekat dia awal-awal. Aku tak nak dia berharap sebab aku masih
muda dan banyak yang perlu aku achieve
dalam usia muda ni.
Dia
terdiam. Dia tunduk seperti memikirkan sesuatu. Aku hanya menghirup air ice lemon tea tadi sambil menunggu dia
balas.
“
Kalau camtu saya tunggu.” Dia pandang aku serius. Aku pula yang tergamam.
“
Tunggu apa ?” tanya aku bodoh.
“
Tunggu awak achieve apa yang awak
nak. Kemudian, saya akan usahakan untuk dapatkan apa yang saya nak.” Tutur dia
lembut.
Aku
diam. Part yang last tu aku tak berapa paham tapi kenapa dia beria-ria nak tunggu
aku ni ? Tak paham betul aku mamat ni. Memang psycho ke apa ?
“
Kenapa awak sanggup nak tunggu saya ?” tanya aku pelik. Dia boleh cari
perempuan yang lagi baik dan lagi cantik dari aku kot. Dia tu kan doktor. Lagi market. Tapi, kenapa aku juga yang dia
pilih. Hish ! Peliklah lelaki ni.
“
Sebab saya suka awak, Maya Zahra.” Tutur lelaki itu sungguh lembut dan
kedengaran sungguh sensual dan romantik sekali. Bila dia berkata begitu, hati
aku seperti lembut pula untuk menerima dia. Tapi, masih banyak yang perlu aku
capai. Aku menggeleng-geleng kepala.
“
Kalau awak nak tunggu. Suka hati awaklah. Saya tak paksa awak untuk tunggu
saya. Saya bagi awak peluang untuk cari perempuan yang lebih bagus dari saya.
Terserah kepada awak nak tunggu saya atau tak. Saya tak kisah. Oklah. Saya
minta diri dulu. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa awak untuk saya. Saya
pergi dulu.” Aku bangun. Beg tangan di sebelah aku capai. Aku senyum ala kadar
pada dia dan aku terus beredar dari kafe itu meninggalkan dia berseorangan di
situ.
Jujur
aku ada sedikit rasa bersalah kerana bercakap seperti itu pada dia. Tapi, aku
perlu masa. Aku tak nak tergesa-gesa kahwin pada usia yang muda. Aku nak
berjaya seperti abang dan kakak aku. Aku nak sambung belajar sehingga mendapat
panggilan doktor juga seperti abangku yang sedang menghabiskan pengajiannya di
London.
Aku
termenung sebentar sambil memegang stereng. Ini keputusan aku dan aku akan
teruskan dengan apa yang aku dah rancang. Muktamad !
AYAH
dan mak memandang aku seperti tidak percaya. Mereka memandang sesama sendiri.
Aku menggigit bibir. Surat yang berada di tangan, aku tunjukkan kepada mak dan
ayah.
“
Adik diterima ke University Of Glasgow ?” Mak agak terkejut apabila membaca isi
surat tersebut. Ayah juga.
“
Tapi, May…” mak cuba berkata sesuatu tapi dengan pantas aku terpaksa mencelah.
“
Mak, ayah. Adik tahu mak dan ayah dan sepakat nak jodohkan adik dengan Abang
Ian (okay rasa nak muntah pulak panggil dia abang) kan ?”
“
Macam mana adik tahu ?” tanya ayah pelik. Ha ha ! Tahu pelik kan macam mana aku
dapat tahu. Hah !
“
Abang beritahu lerrr. Adik dah jumpa dengan Abang Ian dan dah bincang dengan
dia pasal niat adik nak sambung belajar ni.”
“
Habis tu, dia cakap apa ?” tanya mak.
“
Dia kata dia sanggup tunggu adik habiskan pelajaran adik dan capai impian
adik.” Tiba-tiba aku teringat akan kejadian beberapa hari lepas. Rasa bersalah
masih menyelubungi diri tapi aku harus tabah dan cekal ! Aku tahu dia tak akan
dapat tunggu aku habis belajar. Silap-silap bila aku dah balik Malaysia, dia
dah berkahwin dan dah ada anak 3 orang. Heh, lelaki.
Mak
dan ayah terdiam.
“
Kalau itu yang adik nak,…adik teruskan je lah niat adik. Ayah dengan mak tak
larang adik.” Balas ayah. Aku mengucapkan Alhamdullillah kerana ayah dan mak
dah bersetuju dan dia pun sibuk nak tunggu kan. Nak tunggu, tunggu lah ! Kalau
sanggup tunggulah ! Huh !
Beberapa
tahun kemudian,…
AKU
membetulkan cermin mata. Suasana di KLIA pada ketika itu tidaklah terlalu
sesak. Sambil menunggu abang aku datang, aku lepak seketika di Starbuck dan
melayan Instagram. Gambar Rania dan bayinya yang baru lahir aku like. Comel sungguh ! Ada iras-iras
wajah Rania.
Rania
dah berkahwin pada awal tahun dan telah melahirkan seorang bayi perempuan yang
bernama Raisya. Suaminya bukan calang-calang orang okay. Tak tahu macam mana
boleh CEO syarikat yang aku dan dia berkerja dulu boleh sangkut dengan dia pun
aku tak tahu lah. Dengar cerita dari Rania yang mereka terserempak di kedai
makan. Entah macam mana suami dia mintak nombor phone untuk berkenalan semua.
Kemudian, keesokan harinya, di pejabat, mereka terserempak lagi. Rupa-rupanya
lelaki itu adalah CEO syarikat yang dia bekerja. Dari situ mulalah berkumandang
lagu Hindustan semua. Heh. Hindustan sungguh.
Dah
macam cerita novel dah. Nasib cerita aku ni tak macam dalam novel. Eh.
Telefon
yang berdering mematikan lamunan aku.
“
Hello ?”
“
Haa, May. Abang tak boleh ambil May tau.” Ujar abang aku tergesa-gesa. Aku
cuak.
“
Eh ! Habis siapa yang nak ambil adik ni !” Eh, bengang pulak aku tak ada orang
yang sudi nak ambil aku kat airport
ni. Tak rindu aku ke dia orang ni. Aku dah berapa tahun tak balik ni kot.
Apakah ?
“
Alaaa, adik tahu kan siapa. Ok ciao !” Tut tut…
Aku
mengeluh. Tiba-tiba, sesusuk tubuh yang amattttttt aku kenali menghampiri
tempat duduk aku.
“
Hai, sayang. Welcome back to
Malaysia. Meh jom balik rumah kita.” Tutur dia ramah.
“
Excuse me, balik rumah SAYA ok
Saaayaaa.” Aku memeluk tubuh sambil menjeling ke arah dia.
Hah
! Nak tahu macam mana boleh mamat psycho ni boleh muncul tiba-tiba dalam hidup walaupun
selepas beberapa tahun ? Yes. Seperti
yang dia cakap beberapa tahun yang lepas. Dia akan tunggu dan dia memang tunggu
ok. Aku tak buat lawak. Serius ! Aku ingat dia kecil hati dengan apa yang aku
cakap then lari kerana kecewa lepas
tu bunuh diri ke paling kurang pun cari perempuan lain ke. Kahwin lepas tu anak
berderet-deret.
Dia
sanggup tunggu dah satu hal, tapi yang paling memeningkan kepala aku hari-hari
semasa menetap di UK, mamat tu tak henti-henti duk mesej dan hari-hari jugalah
aku memang melayan mesej dengan dia OTP dengan dia video call dengan dia semua bagai. Sweet kan ? Ha ha ha.
Kalau
aku balik Malaysia je, dia lah yang menjemput aku dari airport. Bila kenduri, pasti muka dia juga yang ada. Tipulah kalau
aku cakap aku tak pernah sayang dia. Aku memang suka dia sejak dari pertama kali
aku jumpa dia. Cuma aku tak yakin dengan perasaan aku. Lagi-lagi bila aku nak
sambung belajar dan harus berpisah dengan dia dalam jangka masa yang lama.
Selesai
sahaja memasukkan semua barang-barang aku ke dalam kereta dia menyerahkan aku
satu kotak kecil baldu berwarna merah. Aku memandang dia.
“
Apa benda menatang ni ?” tanya aku pelik. Dia aku lihat macam lek je. Dia terus
masuk ke dalam kereta tanpa menunggu aku. Aku makin pelik.
Sepanjang
perjalanan aku memandang kotak kecil baldu berwarna merah itu. Rasa takut nak
buka. Rasa macam tahu apa benda isi dia.
“
Macam ni awak propose saya ? Tak
romantik langsung !” aku menarik muncung. Eleh ! Dulu suruh orang tu tak payah
tunggu. Pergi cari perempuan lain lah bla bla bla. Bila dah propose banyak songeh pulak. Maya, Maya…
“
Siapa kata saya nak propose awak ?”
Eh
? Habis apa dalam ni…
Kotak
baldu itu aku bukak. Terdapat berlian berwarna biru yang berbentuk hati.
“
Tu untuk rantai.” Balas dia.
“
Saya nak buat apa dengan benda ni tanpa rantai dia ?!”
“
Saya terjatuhkan rantai dia and then
masuk longkang. Innalillah…” balas dia selamba. Boleh dia dengan selambanya
cakap rantai jatuh masuk longkang and tinggal dia punya buah je ? Apakah…
“
Habis tu, saya nak buat apa dengan benda ni dah kalau tak ada rantai ?”
“
Simpanlah dulu. Nanti saya beli dia punya rantai balik. Ok, awak ?” dia buat
muka comel. Hish ! Mengada !
SUASANA
di luar rumah pada ketika itu sunyi belaka. Seperti tiada orang. Haih. Baru
balik ingatkan ada yang nak sambut meriah-riah. Balik-balik je tengok kereta
semua taka da. Tinggal aku seorang je lah kat rumah ni.
Aku
cuba membuka mangga pintu rumah. Tapi, mangga tersebut tak berkunci langsung.
Aku selak pintu pagar dan berlari anak menuju ke pintu masuk rumah. Kenapa
macam ada yang tak kena je…
“
SURPRISE !!!”
“
Oh mak kau terpelanting !” aku melatah doh mintak-mintaklah si dia tak nampak.
Terdapat
banyak belon diudara serta tepung yang ditiup oleh abang aku dan yang paling
aku suka, semua ahli keluarga aku ada di situ. Demi meraikan hari kepulangan
aku ke Malaysia. Yahooo !!!
“
Mak, ayah sihat ?” kedua-dua belah tangan mak dan ayah aku kucup kemudian aku
peluk kedua-dua insan yang aku sayangi itu. Tanpa mereka, tidaklah aku berjaya
sehingga kini. Ayah dan mak mengucup lembut pipi aku. Sungguh aku gembira tidak
terkata sehingga keluar sedikit air jernih membasahi pipiku.
“
Semua memang dah komplot nak suprisekan
May eh ?” tanya aku bersama senyuman yang menampakkan sebaris gigiku.
“
Selamat pulang wahai adikku.” Kak Ria memelukku erat. Tiba-tiba aku ternampak
seseorang di sebelah Kak Ria. Seorang lelaki yang tidak aku kenal.
“
Tu siapa Kak ?” tanya aku sambil menunjukkan lelaki yang berbaju hitam sedang
berbual-bual dengan ayah.
“
Itulah bakal tunang aku.” Kak Ria tersipu-sipu malu. Aku mencuit pinggang Kak
Ria lalu membisikkan sesuatu.
“
Dalam diam ehhh…tak beritahu pun.”
“
Eleh, May lagilah ! Tak beritahu pun yang Ian boyfriend kau. Last-last Abang
Muaz yang beritahu aku tau.” Kak Ria pura-pura merajuk.
“
Dia bukan boyfriend akulah.”
“
Habis tu, siapa ?”
“
Bakal suami.” Jawab Ian. Cepat-cepat aku menoleh ke belakang.
“
Eeee awak ni kan. Ada-ada je.”
“
Hah, May ! Bila nak kahwin ? Orang tu tunggu dah lama tu…” perli ayah. Aku pula
yang rasa malu pada ketika itu. Sudahlah semua saudara mara ada. Hish.
Ian
datang pada aku dan menyerahkan aku tisu yang tertulis sesuatu.
Awak dah sedia belum
nak jadi Mrs. Ian ?
Aku
senyum kemudian aku ambil pen di dalam beg dan menulis sesuatu.
Awak
propose saya ke ni ?
Aku
serahkan kepada dia kembali.
Eh, taklah. Saya nak
ajak awak pergi funfair ni.
Aku
tergelak kecil membacanya.
Nak ikutttttt
Jom ^^
Walaupun
aku dah pernah mempersendakan dia dan reject
dia dulu tapi dia tetap setia dan sanggup tunggu aku untuk beberapa tahun.
Sungguh aku bertuah dapat mengenali dia.
TAMAT
Haha so sweet...gudjob cik writer! Hrp ada smbngn psl cerpen ni.... :)
ReplyDeleteSalam kawan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/
ReplyDelete