IVY
membuka mata perlahan. Perlahan-lahan dia cuba bangun dengan segala kudrat yang
dia ada. Kepalanya yang terasa sakit dipegang kejap sebelum matanya tertancap
pada seseorang yang sedang elok dibuai mimpi dalam posisi duduk sambil tangan disilangkan
ke dada.
Dia
cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku. Apabila dia cuba mengingat
kembali, kepalanya kembali sakit.
“
Kau dah bangun ?” tanya Ethan. Matanya digosok perlahan. Ivy hanya menjawab
dengan anggukan.
‘
Patut ke aku tanya dia pasal tu ? Ke tak patut ?’ Ivy berkira-kira. Dia takut
hendak memberitahu lelaki itu.
“
Tunggu kejap. Aku bawakkan air.” Ujar Ethan kemudian dia terus menuju ke dapur
untuk mengambil segelas air buat Ivy.
“
Awak tak pergi kerja ke ?” tanya Ivy pelik. Seingat dia pagi tadi lelaki itu
sudahpun bersiap-siap dengan kemeja putihnya untuk ke pejabat. Tapi apa yang
dia lihat sekarang Ethan hanya mengenakan t-shirt belang-belang berwarna biru
putih.
“
Aku cuti hari ni. Dah kau tiba-tiba jatuh pengsan macam nangka busuk kat dapur
tu.” Balas Ethan selamba. Tiba-tiba Ivy rasa hangin pula mendengar kata-kata
Ethan. Lelaki itu menyamakan dia dengan nangka busuk ! Dia tengah sakit-sakit
ni pun masih lagi nak cari pasal. Memang tak ada rasa belas kasihan betul.
“
Siapa yang nangka busuk hah ! Awak tu yang hati busuk. Orang tengah tak sihat
ni boleh lagi nak menyakitkan hati orang.” Bentak Ivy. Matanya tajam memandang
ke arah Ethan.
“
Eh, hello mak cik. Kalau aku ni busuk hati la kan, dah lama aku biar kau
mereput kat situ.” Balas Ethan pedas. Makin geram Ivy dibuatnya.
“
Nah ! Makan ubat ni lepas tu pergi tidur ! Jangan nak menyusahkan orang!
Pengsan lagi kang aku yang kena angkat. Kau ingat kau tu ringan macam bulu
ayam. Jangan perasan !” perli Ethan. Dia tersenyum sendirian mengingat kembali
kejadian sebentar tadi. Ivy tidaklah berat mana. Tapi memang dah hobi dia untuk
menyakitkan hati wanita itu.Huhu…
Tiba-tiba
wajah Ivy terasa panas. Sudahlah mengutuk dirinya seperti nangka busuk,
sekarang kutuk berat badan dia pulak ! Lelaki ini memang suka cari pasal betul
!
IVY
menekan butang alat kawalan jauh berkali-kali. Dia berasa sungguh bosan kerana
tiada drama-drama menarik yang dapat ditonton. Dia menjenguk keluar beranda.
Tiada. Pintu bilik yang terbuka dipandang sekejap sebelum kepalanya cepat-cepat
dipusing memandang ke kaca televisyen semula.
“
Aku keluar kejap.” Ujar Ethan pendek. Tangannya sibuk memakai jam tangan.
Sebelum kepala Ivy diusap kasar.
“
Hishhh ! Nak pergi, pergi lah.” Balas Ivy meluat.
“
Kau jangan buat benda-benda tak senonoh pulak dalam rumah aku ni.” Sempat lagi
Ethan menyakitkan hati Ivy sebelum dia keluar. Ivy mencebik. Menyampah betul.
Selepas
beberapa minit Ethan keluar, Ivy meletakkan alat kawalan jauh perlahan-lahan
sebelum dia perlahan-lahan menuju ke bilik belajar milik Ethan. Tombol pintu
dipegang namun dia gagal membuka pintu bilik tersebut. Dia ke bilik tidur untuk
mencari kunci.
Habis
segala almari diselongkarnya. Namun, gagal. Tiba-tiba dia teringat ada satu
laci yang dia tak cek lagi. Ya. Laci itu. Tiba-tiba pipi Ivy bertukar panas.
Apa yang sedang difikirkan dia niiiii.
“
Jangan cuba untuk berfikiran kotor di sini wahai otakku sayang…” Ivy menarik
nafas. Cuba untuk menenangkan diri. Perlahan-lahan tangannya membuka laci.
Terdapat pelbagai warna anak-anak kecil milik Ethan yang terlipat kemas.
“
Kemas juga mamat ni.” Sempat lagi Ivy memuji. Tiba-tiba terdapat kunci yang
terselit di celah-celah anak-anak kecil tersebut. Cepat-cepat Ivy mengambilnya
dan dia terus berlari ke bilik yang berada bersebelahan dengan bilik tidurnya.
“
Yes !” pintu bilik tersebut akhirnya
terbuka. Ivy tersenyum lebar. Dia menyimpan kunci di dalam poket seluar. Tiada
apa yang menarik di dalam bilik itu melainkan perabot-perabot yang menghiasi
bilik itu yang sangat moden dan kelihatan sungguh kemas. Rak buku semua
dipenuhi buku-buku dan tiada langsung ruang yang kosong.
Ivy
melabuhkan punggung di atas sofa empuk. Namun, matanya tertancap pada sesuatu
yang berada di atas meja. Sekeping kertas yang terselit di celah buku nota. Ivy
menghampiri meja di mana terletaknya buku tersebut.
Ivy
membuka buku nota itu perlahan. Kertas tersebut diambil dan dibaca.
“
Surat apa ni ?” Baru saja Ivy hendak membaca butir-butir surat tersebut. Ethan
lebih pantas merampas surat itu dari tangan Ivy.
“
Kau buat apa dalam bilik ni ?” mata Ethan mencerlung marah memandang Ivy. Ivy
menggigit bibir.
‘
Habislah aku…’
“
Aku tanya kau, kau buat apa dekat sini ?” tanya Ethan sekali lagi dengan nada
yang tegas. Ivy mengalah. Dia memandang ke bawah lantai gara-gara tidak sanggup
melihat mata tajam bak pedang milik Ethan. Sungguh menakutkan.
“
Saya errr cari barang saya !” Ivy memberanikan diri memandang wajah lelaki itu.
Ethan berkerut dahi kemudian dia ketawa sinis.
“
Cari barang kau dalam bilik yang 24 jam berkunci ni ? Macam mana barang kau
boleh tersesat dalam bilik aku ni ? Ada kaki ke barang kau tu ?” perli Ethan
sambil mencekak pinggang.
“
Err…manalah saya tahu ! Kot, kot dulu saya tertinggal barang dalam ni ke apa.
Saya kan hilang ingatan ni ! Ish…err…dah lah ! Saya nak masak ! Huh !” balas
Ivy tergagap-gagap. Tanpa menunggu balasan dari Ethan, dia terus berdesup
keluar dari bilik itu. Ethan terlongo.
“
Woi ! Aku tak habis cakap lagi ni !” jerit Ethan. Ivy buat-buat pekak. Dia tu
dahla tak pandai menipu. Lagi lama dia di situ, lagi banyaklah soalan yang akan
dikemukakan oleh lelaki itu. Tak sanggup, mak !
Namun,
Ethan lebih pantas merentap tangannya sehingga mukanya tersembam ke dada lelaki
itu. Ivy memegang hidungnya yang terasa sakit. Dia mengangkat wajahnya dan
dihadiahkan pandangan tajam setajam duri. Tapi sekejap je. Pandangan Ethan yang
redup membuatkan jantung Ivy berdegup laju. Dup dap dup dap.
Ethan
menghampirkan wajah dia dengan Ivy. Ivy membelakangkan badannya secara spontan.
“ Awak buat apa ni ?!” soal Ivy cuak. Ethan nak cium dia ke ? Eh ? Betul ke ni
! Tapi dia belum bersedia untuk menerima ciuman pertama dari lelaki itu. Huhu.
Ivy berangan-angan. Senyuman terukir tanpa disedari. Ethan senyum penuh makna.
Tangannya
menarik pinggang ramping milik Ivy dan tangannya berjalar menuju ke tempat yang
ingin ditujui. Ivy cuak. Dia memejamkan mata serapat-rapatnya.
Ethan
merapatkan wajahnya pada wajah Ivy.“ Bilik aku ni adalah bilik larangan dan
tiada siapa yang dibenarkan masuk. So,
lepas ni kalau kau masuk juga, tunggu je lah akibatnya.” bisik Ethan lembut di
telinga Ivy. Ivy seriau. Tapi kenapa dia macam ingin tahu saja akibatnya tu.
Uhuk uhuk.
Kunci
yang diambil dari poket seluar Ivy ditayangkan di hadapan muka wanita itu. Ivy
mengerut dahi.
“
Apa ? Kau ingat aku nak cium kau ke ? Huh ! Perasan !”
Muka
Ivy merah. Makin hari makin menyakitkan hati pula lelaki itu. Arghhh !!!
Geramnya dia !!!
DAMIA
memandang kakaknya dengan pandangan seribu satu soalan yang berlegar di ruang
mindanya. Tapi dia seperti mendapat satu naluri yang mengatakan bahawa kakaknya
sedang bergaduh dengan abang iparnya. Jadi dia membuat keputusan untuk
mendiamkan diri sahaja. Air teh ais dihirup.
“
Akak tak pahamlah.” Kata Ivy tiba-tiba. Damia tersedak-sedak kerana terkejut
mendengar kakaknya yang diam dari tadi tiba-tiba mengeluarkan kata-kata. Ivy
menepuk-nepuk belakang Damia yang tersedak-sedak tanpa memandang gadis itu.
“
Akak tak paham apa ?” tanya Damia pelik.
“
Akak tak paham mamat tu.” Balas Ivy pendek.
“
Mamat mana ni ? Abang An ke ?” Damia menghirup minumannya sekali lagi. Haus
pula tiba-tiba.
Ivy
tidak membalas pertanyaan Damia sebaliknya dia mengeluh lemah. “ Jomlah tengok
wayang.” Ajak Ivy tiba-tiba. Damia mengerutkan dahi. Kenapa pelik benar
perangai kakaknya hari ini ? Pagi tadi ajak keluar minum-minum. Tiba-tiba ajak
tengok wayang pula ? Dah kenapa kau kak…
Belum
sempat Damia hendak bertanya apa yang telah terjadi, Ivy sudahpun menyangkut
beg tangannya di bahu. Damia terkocoh-kocoh menghabiskan minuman dan mengikut
kakaknya dari belakang.
“
Hish, kakak aku ni…”
Damia
emergency brake. Namun, gagal.
Mukanya sudahpun tercium belakang Ivy. Hidung yang berasa sakit itu diusik
perlahan.
“
Akak ni kenapa tiba-tiba brake
pulak…Tadi beria jalan laju-laju.” Rengek Damia. Hidungnya yang sudah bertukar
merah menyebabkan dia lagi bengang dengan kakaknya yang hanya berdiri tegak
tanpa meminta maaf atau apa dan sebaliknya khusyuk memandang sesuatu.
Ivy
mencebik. “ Ini rupanya kerja mamat tu.” Ivy menjeling maut. Damia kecut perut.
Kelihatan Ethan sedang bergelak ketawa bersama seorang wanita yang berusia
dalam lingkungan 20-an di sebuah restoran.
“
Huh ! Patutlah aku rasa sangsi je dengan muka western dia tu. Betullah kata orang, muka handsome,
pasti playboy.” Berkerut dahi Damia
mendengar kata-kata kakaknya.
“
Tak pernah dengar pun orang kata macam tu.” Celah Damia.
“
Shhh. Budak kecik jangan masuk campur hal orang besar.” Balas Ivy. Makin
berkerut dahi Damia.
“
Mia dah 24 lah kak.”
“
Shhh…” Ivy meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri. Dia berjalan laju
menuju ke satu tiang yang tidak jauh dari restoran di mana Ethan dan seorang
wanita itu berada. Cermin mata hitam dipakai. Acah spy. Damia menyorok di belakang Ivy walaupun dia makin pelik dengan
sikap kakaknya itu.
“
Mungkin tu member sekolah menengah
dia kot.” Damia membuat andaian. Namun, tidak menjadi. Ivy masih lagi tekun
memerhatikan gerak laku mereka.
“
Akak…”
“
Shhh… adik ni. Tunggu kejap akak nak tangkap gambar nak jadikan bukti.” Telefon
pintar yang berada dalam begnya dikeluarkan. Tapi, pergerakannya tiba-tiba
terhenti. Adiknya di sebelah dipandang lalu Ivy menyengih.
“
Kenapa kak ?”
Ivy
menyerahkan telefon pintarnya kepada Damia. “ Tolong tangkapkan. Akak tak reti
nak buka kamera. Hehe.” Ivy menyengih seperti kerang busuk. Damia menepuk dahi.
“
Akak ni tinggal kat zaman dinosaur ke
apa tangkap gambar pun tak reti.” Ivy menikus. Selepas selesai menangkap
gambar, Damia menyerahkan kembali telefon kepada kakaknya.
“
Dah ! Jom kita balik !” Damia menarik tangan Ivy.
“
Eh, kejap, kejap. Akak nak dengar apa yang seronok sangat dia orang berbual
tu.”
“
Udahhh ! Jom balik !”
No comments:
Post a Comment