IVY
bersandar di sofa sambil menyilangkan tangan ke dada. Walaupun matanya
memandang skrin televisyen, namun, otaknya menerawang ke arah lain. Kejadian
siang tadi membuatkan dia tidak berhenti berfikir.
Siapakah
perempuan itu ?
Apa
yang mereka berbual sampai seronok tak ingat dunia ?
Apa
hubungan Ethan dengan perempuan cantik itu ?
Macam-macam
persoalan yang timbul dalam benak Ivy.
Adakah
Ethan curang dengan dia ?
Kalau
kahwin bukan sebab cinta pun boleh jadi curang ke ek ? Bukannya Ivy yang dulu
tu kisah pun kan agaknyalah kan ? Tapi kenapa dia beria-ia sangat marahkan
lelaki tu ? Bukannya mereka kahwin sebab mencintai satu sama lain pun kan ? Kan
? Kan ? Arghhh !!!
Pintu
terkuak dari luar menghentikan lamunan Ivy. Segera dia menoleh ke kiri memandang
si gerangan yang pergi-dating-curang-dengan-isteri huh ! Dia menoleh kembali
memandang televisyen.
“
Assalammualaikum.” Ethan melonggarkan tali lehernya sambil berjalan ke arah Ivy
yang sedang elok bersandar di sofa sambil menonton televisyen. Kepala Ivy
dicium lembut sebelum dia melangkah masuk ke bilik.
“
Tak basuh rambut ke ?” tebak Ethan. Kemudian dia selamba melangkah masuk ke
bilik.
Ivy
yang mendengar kata-kata Ethan terus menoleh ke belakang bersama muka yang
teramat geram.
“
Kurang ajar betul ! Huh ! Dia tu curang dengan bini sendiri tak sedar diri !
Huh !” Ivy memusingkan badan semula menghadap televisyen. Baru sahaja dia
hendak bersyahdu-syahdu dengan tindakan spontan yang dilakukan Ethan. Memang
tidak dinafikan Ethan selalu sahaja mencium kepalanya, dahinya, serta pipinya.
Tapi disebabkan kejadian petang tadi, Ivy jadi bingung. Makin dia
tertanya-tanya siapakah Ethan yang sebenarnya.
Adakah
lelaki itu seorang suami yang penyayang atau seorang suami yang suka main kayu
tiga ?
“
Arghhh !!! Buat apa aku nak pening-pening kepala fikir !” jerit Ivy sehingga
hampir serabai rambut dia dibuatnya.
“
Kau kenapa ?” tanya Ethan selamba selepas selesai mandi dan menukar baju. Dia
dengan selamba melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Ivy. Ivy menjeling
Ethan dari ekor mata.
“
Tak sakit ke mata tengok aku macam tu ?” soal Ethan selamba. Terbeliak biji
mata Ivy. Boleh pula lelaki itu perasan yang dia sedang memandang. Ivy berdeham
untuk menutup malunya.
“
Ish !!! Saya tengah tengok cerita tadi lah !” bentak Ivy. Alat kawalan cuba
dirampas dari tangan Ethan. Namun, Ethan dengan pantas mengelak.
“
Kau tengah berangan kan. Bukannya kau tengok pun cerita tu.”
Tidak
tahu mengapa tiap kali kalau lelaki itu membuka mulut pasti sahaja hatinya
panas membakar. Ivy memandang Ethan dengan tajam sebelum dia mengorak langkah
untuk merampas kembali alat kawalan jauh dari tangan Ethan.
Namun,
rancangannya gagal apabila dia tertolak Ethan sehingga lelaki itu terbaring di
atas sofa dan elok sahaja dia juga landing di atas badan lelaki itu. Mata
mereka bersatu. Mata Ethan terbuka luas akibat terkejut dengan apa yang sedang
berlaku. Begitu juga Ivy.
Alaaa,
macam dalam scene pasangan suami isteri yang lovey dovey bermesra gurau-gurau
lepas tu mereka berciuman. Ivy menelan air liur. Pipinya tiba-tiba bertukar
merah.
Macam
mana dia boleh fikir sampai ke situ ? Bibir Ethan yang basah ala-ala bibir Lee
Dong Wook (nampak sangat banyak tengok drama korea) direnung lama. What the
tut… Apa yang dia sedang fikirkan ini !
‘
Ivy ! Hentikannn !!!’ jerit di lubuk hati Ivy.
Ivy
menutup mata kerana tidak sanggup melihat wajah Ethan. Perlahan-lahan dia cuba
bangun. Baru sahaja Ivy hendak bangun dari kedudukan yang agak janggal itu,
tiba-tiba bibirnya terasa dikucup dengan laju dan badannya sudah berada pada di
posisi asal apabila dia membuka mata. Ethan juga sudah tiada lagi di
sebelahnya.
Ivy
masih tidak bergerak sebaliknya dia memproses apa yang telah berlaku. Bibirnya
dipegang. Apa yang dah jadi tadi ? Jangan cakap yang…lelaki itu dah ?!!!
Pintu
bilik dikunci rapat. Ethan bersandar di belakang pintu sambil memegang dadanya.
Jantungnya berdegup sungguh laju. Tidak sangka dia boleh mengucup bibir Ivy !
Tidak pernah dia membuat kerja gila seperti ini ! Tapi dia rasa tidak menyesal
langsung. Malah, dia lagi suka berbuat demikian ! Tapi, apakah penerimaan Ivy ?
Ivy
menekup wajahnya pada bantal. Kemudian dia mengangkat wajahnya dan kemudian di
menekup semula mukanya. Ber-u-lang-ka-li.
Ivy
bangun dan bersandar pada kepala katil sambil memeluk bantal.
“
Dia…” Ivy memegang bibirnya. Kemudian dia tersenyum.
“
Malunya !!!” jerit Ivy sambil bergolek-golek di atas katil.
TEKO
berisi air kopi yang telah dibancuh diletakkan di atas meja. Roti dan telur
masak setengah turut dihidangkan bersama. Sekali sekala lehernya dipanjangkan
untuk melihat si dia yang masih di dalam bilik.
“
Tidur lagi ke dia ni ?” tanya Ivy pada dirinya. Perlahan-lahan dia mengatur
langkah menuju ke pintu bilik Ethan. Dia teragak-agak untuk mengetuk pintu.
Namun, baru sahaja Ivy hendak mengetuk, pintu telah dibuka luas. Terpampang
wajah Ethan yang sudah siap untuk ke tempat kerja. Bau haruman minyak wangi yang
dipakainya menyelubungi rongga hidung Ivy. Wanginya…
Ethan
tergamam. Tidak sangka pula dia boleh terserempak depan-depan dengan Ivy. Baru
sahaja dia mengatur strategi untuk terus keluar dari rumah tanpa bertembung
dengan wanita itu tapi akhirnya gagal rancangannya itu.
“
Err…aku pergi kerja dulu.” Ethan terus tergesa-gesa ke rak kasut dan kasut
kulit berwarna coklat disarung sepantas kilat.
“
Err…awak tak nak minum dulu ke ?” tanya Ivy teragak-agak. Dia dapat rasakan
keadaan agak kekok di situ jadi dalam hati dia berharap agar lelaki itu
cepat-cepat ke pejabat.
“
Tak apalah. Aku dah lambat.” Selepas selesai menyarung kasut, dia berdiri tegak
menghadap Ivy tapi kedua-duanya tidak berkata apa-apa.
Ivy
memandang tempat lain begitu juga Ethan. “ Err…oklah. Aku pergi dulu.” Ethan
cepat-cepat meminta diri selepas mengharungi keadaan yang sungguh janggal
antara dia dan Ivy.
Ivy
hanya menganguk. Selepas Ethan beredar, dia melepaskan lega. Dadanya dipegang.
Degupan jantungnya sungguh kuat sehinggakan dia risau kalau Ethan mendengarnya.
Fuh !
Kak...xder smbngn lg ker?? Lama dah sy menunggu ni. Hari2 check blog akak tkut2 ada smbngn ker. Pleaseee...menghrp sngt T_T
ReplyDeleteassalamualaikum kak, nak sambungan pleasee hahaha sweet lah ethan ni
ReplyDeleteXde sambungan lagi ke...
ReplyDeleteAlahh sedihnya
Nak sambungan dia
Best btol cerita dia
Nak tau apa yg terjadi gan ivy tu sebenar
Xde sambungan lagi ke...
ReplyDeleteAlahh sedihnya
Nak sambungan dia
Best btol cerita dia
Nak tau apa yg terjadi gan ivy tu sebenar
Xde sambungan lagi ke...
ReplyDeleteAlahh sedihnya
Nak sambungan dia
Best btol cerita dia
Nak tau apa yg terjadi gan ivy tu sebenar