Wednesday, January 4, 2017

My Spieldose - Bab 11

IVY bersandar di sofa sambil menyilangkan tangan ke dada. Walaupun matanya memandang skrin televisyen, namun, otaknya menerawang ke arah lain. Kejadian siang tadi membuatkan dia tidak berhenti berfikir.

Siapakah perempuan itu ?

Apa yang mereka berbual sampai seronok tak ingat dunia ?

Apa hubungan Ethan dengan perempuan cantik itu ?

Macam-macam persoalan yang timbul dalam benak Ivy.

Adakah Ethan curang dengan dia ?

Kalau kahwin bukan sebab cinta pun boleh jadi curang ke ek ? Bukannya Ivy yang dulu tu kisah pun kan agaknyalah kan ? Tapi kenapa dia beria-ia sangat marahkan lelaki tu ? Bukannya mereka kahwin sebab mencintai satu sama lain pun kan ? Kan ? Kan ? Arghhh !!!

Pintu terkuak dari luar menghentikan lamunan Ivy. Segera dia menoleh ke kiri memandang si gerangan yang pergi-dating-curang-dengan-isteri huh ! Dia menoleh kembali memandang televisyen.

“ Assalammualaikum.” Ethan melonggarkan tali lehernya sambil berjalan ke arah Ivy yang sedang elok bersandar di sofa sambil menonton televisyen. Kepala Ivy dicium lembut sebelum dia melangkah masuk ke bilik.

“ Tak basuh rambut ke ?” tebak Ethan. Kemudian dia selamba melangkah masuk ke bilik.

Ivy yang mendengar kata-kata Ethan terus menoleh ke belakang bersama muka yang teramat geram.

“ Kurang ajar betul ! Huh ! Dia tu curang dengan bini sendiri tak sedar diri ! Huh !” Ivy memusingkan badan semula menghadap televisyen. Baru sahaja dia hendak bersyahdu-syahdu dengan tindakan spontan yang dilakukan Ethan. Memang tidak dinafikan Ethan selalu sahaja mencium kepalanya, dahinya, serta pipinya. Tapi disebabkan kejadian petang tadi, Ivy jadi bingung. Makin dia tertanya-tanya siapakah Ethan yang sebenarnya.

Adakah lelaki itu seorang suami yang penyayang atau seorang suami yang suka main kayu tiga ?

“ Arghhh !!! Buat apa aku nak pening-pening kepala fikir !” jerit Ivy sehingga hampir serabai rambut dia dibuatnya.

“ Kau kenapa ?” tanya Ethan selamba selepas selesai mandi dan menukar baju. Dia dengan selamba melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Ivy. Ivy menjeling Ethan dari ekor mata.

“ Tak sakit ke mata tengok aku macam tu ?” soal Ethan selamba. Terbeliak biji mata Ivy. Boleh pula lelaki itu perasan yang dia sedang memandang. Ivy berdeham untuk menutup malunya.

“ Ish !!! Saya tengah tengok cerita tadi lah !” bentak Ivy. Alat kawalan cuba dirampas dari tangan Ethan. Namun, Ethan dengan pantas mengelak.

“ Kau tengah berangan kan. Bukannya kau tengok pun cerita tu.”

Tidak tahu mengapa tiap kali kalau lelaki itu membuka mulut pasti sahaja hatinya panas membakar. Ivy memandang Ethan dengan tajam sebelum dia mengorak langkah untuk merampas kembali alat kawalan jauh dari tangan Ethan.

Namun, rancangannya gagal apabila dia tertolak Ethan sehingga lelaki itu terbaring di atas sofa dan elok sahaja dia juga landing di atas badan lelaki itu. Mata mereka bersatu. Mata Ethan terbuka luas akibat terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Begitu juga Ivy.

Alaaa, macam dalam scene pasangan suami isteri yang lovey dovey bermesra gurau-gurau lepas tu mereka berciuman. Ivy menelan air liur. Pipinya tiba-tiba bertukar merah.

Macam mana dia boleh fikir sampai ke situ ? Bibir Ethan yang basah ala-ala bibir Lee Dong Wook (nampak sangat banyak tengok drama korea) direnung lama. What the tut… Apa yang dia sedang fikirkan ini !

‘ Ivy ! Hentikannn !!!’ jerit di lubuk hati Ivy.

Ivy menutup mata kerana tidak sanggup melihat wajah Ethan. Perlahan-lahan dia cuba bangun. Baru sahaja Ivy hendak bangun dari kedudukan yang agak janggal itu, tiba-tiba bibirnya terasa dikucup dengan laju dan badannya sudah berada pada di posisi asal apabila dia membuka mata. Ethan juga sudah tiada lagi di sebelahnya.

Ivy masih tidak bergerak sebaliknya dia memproses apa yang telah berlaku. Bibirnya dipegang. Apa yang dah jadi tadi ? Jangan cakap yang…lelaki itu dah ?!!!

Pintu bilik dikunci rapat. Ethan bersandar di belakang pintu sambil memegang dadanya. Jantungnya berdegup sungguh laju. Tidak sangka dia boleh mengucup bibir Ivy ! Tidak pernah dia membuat kerja gila seperti ini ! Tapi dia rasa tidak menyesal langsung. Malah, dia lagi suka berbuat demikian ! Tapi, apakah penerimaan Ivy ?

Ivy menekup wajahnya pada bantal. Kemudian dia mengangkat wajahnya dan kemudian di menekup semula mukanya. Ber-u-lang-ka-li.

Ivy bangun dan bersandar pada kepala katil sambil memeluk bantal.

“ Dia…” Ivy memegang bibirnya. Kemudian dia tersenyum.

“ Malunya !!!” jerit Ivy sambil bergolek-golek di atas katil.


TEKO berisi air kopi yang telah dibancuh diletakkan di atas meja. Roti dan telur masak setengah turut dihidangkan bersama. Sekali sekala lehernya dipanjangkan untuk melihat si dia yang masih di dalam bilik.

“ Tidur lagi ke dia ni ?” tanya Ivy pada dirinya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke pintu bilik Ethan. Dia teragak-agak untuk mengetuk pintu. Namun, baru sahaja Ivy hendak mengetuk, pintu telah dibuka luas. Terpampang wajah Ethan yang sudah siap untuk ke tempat kerja. Bau haruman minyak wangi yang dipakainya menyelubungi rongga hidung Ivy. Wanginya…

Ethan tergamam. Tidak sangka pula dia boleh terserempak depan-depan dengan Ivy. Baru sahaja dia mengatur strategi untuk terus keluar dari rumah tanpa bertembung dengan wanita itu tapi akhirnya gagal rancangannya itu.

“ Err…aku pergi kerja dulu.” Ethan terus tergesa-gesa ke rak kasut dan kasut kulit berwarna coklat disarung sepantas kilat.

“ Err…awak tak nak minum dulu ke ?” tanya Ivy teragak-agak. Dia dapat rasakan keadaan agak kekok di situ jadi dalam hati dia berharap agar lelaki itu cepat-cepat ke pejabat.

“ Tak apalah. Aku dah lambat.” Selepas selesai menyarung kasut, dia berdiri tegak menghadap Ivy tapi kedua-duanya tidak berkata apa-apa.

Ivy memandang tempat lain begitu juga Ethan. “ Err…oklah. Aku pergi dulu.” Ethan cepat-cepat meminta diri selepas mengharungi keadaan yang sungguh janggal antara dia dan Ivy.


Ivy hanya menganguk. Selepas Ethan beredar, dia melepaskan lega. Dadanya dipegang. Degupan jantungnya sungguh kuat sehinggakan dia risau kalau Ethan mendengarnya. Fuh !

Saturday, December 31, 2016

My Spieldose - Bab 10

IVY membuka mata perlahan. Perlahan-lahan dia cuba bangun dengan segala kudrat yang dia ada. Kepalanya yang terasa sakit dipegang kejap sebelum matanya tertancap pada seseorang yang sedang elok dibuai mimpi dalam posisi duduk sambil tangan disilangkan ke dada.

Dia cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku. Apabila dia cuba mengingat kembali, kepalanya kembali sakit.

“ Kau dah bangun ?” tanya Ethan. Matanya digosok perlahan. Ivy hanya menjawab dengan anggukan.

‘ Patut ke aku tanya dia pasal tu ? Ke tak patut ?’ Ivy berkira-kira. Dia takut hendak memberitahu lelaki itu.

“ Tunggu kejap. Aku bawakkan air.” Ujar Ethan kemudian dia terus menuju ke dapur untuk mengambil segelas air buat Ivy.

“ Awak tak pergi kerja ke ?” tanya Ivy pelik. Seingat dia pagi tadi lelaki itu sudahpun bersiap-siap dengan kemeja putihnya untuk ke pejabat. Tapi apa yang dia lihat sekarang Ethan hanya mengenakan t-shirt belang-belang berwarna biru putih.

“ Aku cuti hari ni. Dah kau tiba-tiba jatuh pengsan macam nangka busuk kat dapur tu.” Balas Ethan selamba. Tiba-tiba Ivy rasa hangin pula mendengar kata-kata Ethan. Lelaki itu menyamakan dia dengan nangka busuk ! Dia tengah sakit-sakit ni pun masih lagi nak cari pasal. Memang tak ada rasa belas kasihan betul.

“ Siapa yang nangka busuk hah ! Awak tu yang hati busuk. Orang tengah tak sihat ni boleh lagi nak menyakitkan hati orang.” Bentak Ivy. Matanya tajam memandang ke arah Ethan.

“ Eh, hello mak cik. Kalau aku ni busuk hati la kan, dah lama aku biar kau mereput kat situ.” Balas Ethan pedas. Makin geram Ivy dibuatnya.

“ Nah ! Makan ubat ni lepas tu pergi tidur ! Jangan nak menyusahkan orang! Pengsan lagi kang aku yang kena angkat. Kau ingat kau tu ringan macam bulu ayam. Jangan perasan !” perli Ethan. Dia tersenyum sendirian mengingat kembali kejadian sebentar tadi. Ivy tidaklah berat mana. Tapi memang dah hobi dia untuk menyakitkan hati wanita itu.Huhu…

Tiba-tiba wajah Ivy terasa panas. Sudahlah mengutuk dirinya seperti nangka busuk, sekarang kutuk berat badan dia pulak ! Lelaki ini memang suka cari pasal betul !


IVY menekan butang alat kawalan jauh berkali-kali. Dia berasa sungguh bosan kerana tiada drama-drama menarik yang dapat ditonton. Dia menjenguk keluar beranda. Tiada. Pintu bilik yang terbuka dipandang sekejap sebelum kepalanya cepat-cepat dipusing memandang ke kaca televisyen semula.

“ Aku keluar kejap.” Ujar Ethan pendek. Tangannya sibuk memakai jam tangan. Sebelum kepala Ivy diusap kasar.

“ Hishhh ! Nak pergi, pergi lah.” Balas Ivy meluat.

“ Kau jangan buat benda-benda tak senonoh pulak dalam rumah aku ni.” Sempat lagi Ethan menyakitkan hati Ivy sebelum dia keluar. Ivy mencebik. Menyampah betul.

Selepas beberapa minit Ethan keluar, Ivy meletakkan alat kawalan jauh perlahan-lahan sebelum dia perlahan-lahan menuju ke bilik belajar milik Ethan. Tombol pintu dipegang namun dia gagal membuka pintu bilik tersebut. Dia ke bilik tidur untuk mencari kunci.

Habis segala almari diselongkarnya. Namun, gagal. Tiba-tiba dia teringat ada satu laci yang dia tak cek lagi. Ya. Laci itu. Tiba-tiba pipi Ivy bertukar panas. Apa yang sedang difikirkan dia niiiii.

“ Jangan cuba untuk berfikiran kotor di sini wahai otakku sayang…” Ivy menarik nafas. Cuba untuk menenangkan diri. Perlahan-lahan tangannya membuka laci. Terdapat pelbagai warna anak-anak kecil milik Ethan yang terlipat kemas.

“ Kemas juga mamat ni.” Sempat lagi Ivy memuji. Tiba-tiba terdapat kunci yang terselit di celah-celah anak-anak kecil tersebut. Cepat-cepat Ivy mengambilnya dan dia terus berlari ke bilik yang berada bersebelahan dengan bilik tidurnya.

Yes !” pintu bilik tersebut akhirnya terbuka. Ivy tersenyum lebar. Dia menyimpan kunci di dalam poket seluar. Tiada apa yang menarik di dalam bilik itu melainkan perabot-perabot yang menghiasi bilik itu yang sangat moden dan kelihatan sungguh kemas. Rak buku semua dipenuhi buku-buku dan tiada langsung ruang yang kosong.

Ivy melabuhkan punggung di atas sofa empuk. Namun, matanya tertancap pada sesuatu yang berada di atas meja. Sekeping kertas yang terselit di celah buku nota. Ivy menghampiri meja di mana terletaknya buku tersebut.

Ivy membuka buku nota itu perlahan. Kertas tersebut diambil dan dibaca.

“ Surat apa ni ?” Baru saja Ivy hendak membaca butir-butir surat tersebut. Ethan lebih pantas merampas surat itu dari tangan Ivy.

“ Kau buat apa dalam bilik ni ?” mata Ethan mencerlung marah memandang Ivy. Ivy menggigit bibir.

‘ Habislah aku…’

“ Aku tanya kau, kau buat apa dekat sini ?” tanya Ethan sekali lagi dengan nada yang tegas. Ivy mengalah. Dia memandang ke bawah lantai gara-gara tidak sanggup melihat mata tajam bak pedang milik Ethan. Sungguh menakutkan.

“ Saya errr cari barang saya !” Ivy memberanikan diri memandang wajah lelaki itu. Ethan berkerut dahi kemudian dia ketawa sinis.

“ Cari barang kau dalam bilik yang 24 jam berkunci ni ? Macam mana barang kau boleh tersesat dalam bilik aku ni ? Ada kaki ke barang kau tu ?” perli Ethan sambil mencekak pinggang.

“ Err…manalah saya tahu ! Kot, kot dulu saya tertinggal barang dalam ni ke apa. Saya kan hilang ingatan ni ! Ish…err…dah lah ! Saya nak masak ! Huh !” balas Ivy tergagap-gagap. Tanpa menunggu balasan dari Ethan, dia terus berdesup keluar dari bilik itu. Ethan terlongo.

“ Woi ! Aku tak habis cakap lagi ni !” jerit Ethan. Ivy buat-buat pekak. Dia tu dahla tak pandai menipu. Lagi lama dia di situ, lagi banyaklah soalan yang akan dikemukakan oleh lelaki itu. Tak sanggup, mak !

Namun, Ethan lebih pantas merentap tangannya sehingga mukanya tersembam ke dada lelaki itu. Ivy memegang hidungnya yang terasa sakit. Dia mengangkat wajahnya dan dihadiahkan pandangan tajam setajam duri. Tapi sekejap je. Pandangan Ethan yang redup membuatkan jantung Ivy berdegup laju. Dup dap dup dap.

Ethan menghampirkan wajah dia dengan Ivy. Ivy membelakangkan badannya secara spontan. “ Awak buat apa ni ?!” soal Ivy cuak. Ethan nak cium dia ke ? Eh ? Betul ke ni ! Tapi dia belum bersedia untuk menerima ciuman pertama dari lelaki itu. Huhu. Ivy berangan-angan. Senyuman terukir tanpa disedari. Ethan senyum penuh makna.

Tangannya menarik pinggang ramping milik Ivy dan tangannya berjalar menuju ke tempat yang ingin ditujui. Ivy cuak. Dia memejamkan mata serapat-rapatnya.

Ethan merapatkan wajahnya pada wajah Ivy.“ Bilik aku ni adalah bilik larangan dan tiada siapa yang dibenarkan masuk. So, lepas ni kalau kau masuk juga, tunggu je lah akibatnya.” bisik Ethan lembut di telinga Ivy. Ivy seriau. Tapi kenapa dia macam ingin tahu saja akibatnya tu. Uhuk uhuk.

Kunci yang diambil dari poket seluar Ivy ditayangkan di hadapan muka wanita itu. Ivy mengerut dahi.

“ Apa ? Kau ingat aku nak cium kau ke ? Huh ! Perasan !”

Muka Ivy merah. Makin hari makin menyakitkan hati pula lelaki itu. Arghhh !!! Geramnya dia !!!


DAMIA memandang kakaknya dengan pandangan seribu satu soalan yang berlegar di ruang mindanya. Tapi dia seperti mendapat satu naluri yang mengatakan bahawa kakaknya sedang bergaduh dengan abang iparnya. Jadi dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Air teh ais dihirup.

“ Akak tak pahamlah.” Kata Ivy tiba-tiba. Damia tersedak-sedak kerana terkejut mendengar kakaknya yang diam dari tadi tiba-tiba mengeluarkan kata-kata. Ivy menepuk-nepuk belakang Damia yang tersedak-sedak tanpa memandang gadis itu.

“ Akak tak paham apa ?” tanya Damia pelik.

“ Akak tak paham mamat tu.” Balas Ivy pendek.

“ Mamat mana ni ? Abang An ke ?” Damia menghirup minumannya sekali lagi. Haus pula tiba-tiba.

Ivy tidak membalas pertanyaan Damia sebaliknya dia mengeluh lemah. “ Jomlah tengok wayang.” Ajak Ivy tiba-tiba. Damia mengerutkan dahi. Kenapa pelik benar perangai kakaknya hari ini ? Pagi tadi ajak keluar minum-minum. Tiba-tiba ajak tengok wayang pula ? Dah kenapa kau kak…

Belum sempat Damia hendak bertanya apa yang telah terjadi, Ivy sudahpun menyangkut beg tangannya di bahu. Damia terkocoh-kocoh menghabiskan minuman dan mengikut kakaknya dari belakang.

“ Hish, kakak aku ni…”

Damia emergency brake. Namun, gagal. Mukanya sudahpun tercium belakang Ivy. Hidung yang berasa sakit itu diusik perlahan.

“ Akak ni kenapa tiba-tiba brake pulak…Tadi beria jalan laju-laju.” Rengek Damia. Hidungnya yang sudah bertukar merah menyebabkan dia lagi bengang dengan kakaknya yang hanya berdiri tegak tanpa meminta maaf atau apa dan sebaliknya khusyuk memandang sesuatu.

Ivy mencebik. “ Ini rupanya kerja mamat tu.” Ivy menjeling maut. Damia kecut perut. Kelihatan Ethan sedang bergelak ketawa bersama seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an di sebuah restoran.

“ Huh ! Patutlah aku rasa sangsi je dengan muka western dia tu. Betullah kata orang,  muka handsome, pasti playboy.” Berkerut dahi Damia mendengar kata-kata kakaknya.

“ Tak pernah dengar pun orang kata macam tu.” Celah Damia.

“ Shhh. Budak kecik jangan masuk campur hal orang besar.” Balas Ivy. Makin berkerut dahi Damia.

“ Mia dah 24 lah kak.”

“ Shhh…” Ivy meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri. Dia berjalan laju menuju ke satu tiang yang tidak jauh dari restoran di mana Ethan dan seorang wanita itu berada. Cermin mata hitam dipakai. Acah spy. Damia menyorok di belakang Ivy walaupun dia makin pelik dengan sikap kakaknya itu.

“ Mungkin tu member sekolah menengah dia kot.” Damia membuat andaian. Namun, tidak menjadi. Ivy masih lagi tekun memerhatikan gerak laku mereka.

“ Akak…”

“ Shhh… adik ni. Tunggu kejap akak nak tangkap gambar nak jadikan bukti.” Telefon pintar yang berada dalam begnya dikeluarkan. Tapi, pergerakannya tiba-tiba terhenti. Adiknya di sebelah dipandang lalu Ivy menyengih.

“ Kenapa kak ?”

Ivy menyerahkan telefon pintarnya kepada Damia. “ Tolong tangkapkan. Akak tak reti nak buka kamera. Hehe.” Ivy menyengih seperti kerang busuk. Damia menepuk dahi.

“ Akak ni tinggal kat zaman dinosaur ke apa tangkap gambar pun tak reti.” Ivy menikus. Selepas selesai menangkap gambar, Damia menyerahkan kembali telefon kepada kakaknya.

“ Dah ! Jom kita balik !” Damia menarik tangan Ivy.

“ Eh, kejap, kejap. Akak nak dengar apa yang seronok sangat dia orang berbual tu.”

“ Udahhh ! Jom balik !”

Wednesday, December 28, 2016

My Spieldose - Bab 9

IVY bantu mengangkat beg baju milik Damia namun Ethan terus merampas beg tersebut dari tangan Ivy. Ivy hanya membuat muka toya. Damia yang baru selesai bersiap-siap segera berlari ke arah mereka.

Sorry kak and abang. Orang lambat bangun pula hari ni.” Ujar Damia. Serba salah pula dia membiarkan kakak dan abang iparnya menunggu. Sudahlah dia diberi tumpang naik kereta secara percuma lepas tu lambat bangun pulak. Kalau dia tahu yang dia akan bangun lambat, tentu semalam dia tak akan menonton drama korea tu. Oh, Min Ho ku sayang.

Ivy mencuit bahu adiknya yang tadi kononnya rasa bersalah, tapi tiba-tiba berangan pulak siang-siang ni. Rupanya dia bercakap sorang-sorang je tak ada orang dengar. Eh, budak ni.

“ Hah, apa tadi kak ?” tanya Damia terpinga-pinga. Ivy buat muka. Mende adik dia ni.

“ Mia sure ke tak nak duduk rumah akak ?” tanya Ivy tapi Ethan cepat sahaja mencelah.

“ Rumah aku ok. Bukan rumah kau.” Ujar Ethan. Alamak, lupa pula adik ipar dia turut berada di situ.

“ Mia sure ke tak nak duduk rumah abang ?” tanya Ethan balik sambil menyengih. Ivy hanya menggeleng kepala. Lelaki itu gemar mencari pasal dengan dia sekarang. Ada yang tak pasal-pasal hilang kacak kang. Elok-elok muka dah lawa tu kang haaa…

“ Tak apa lah abang, akak. Kacau privacy pengantin baru eh lama. Oppss !” Damia buat-buat tutup mulut konon tersalah cakap. Heh. Ivy menjeling adiknya yang dilahirkan bersama mulut yang tiada insurans. Bukannya Damia tak tahu hubungan dia dan Ethan macam mana. Segala-galanya sudah diceritakan pada Damia. Tapi, masih sengaja mencari pasal.

“ Hehe. Abang dengan kakak Damia ni selalu tak adalah loving-loving sangat. Kan sayang ?” Ethan mencuit dagu Ivy. Kemudian, bahu Ivy dipeluk. Badan Ivy yang keding itu ditarik merapati badannya. Pipi Ivy tiba berasa panas. Mata dia membulat.

“ Alooo sayang ni malu-malu pulak. Cium kang.” Ethan bergurau-gurau. Ivy terasa lain macam. Segera dia memandang lelaki di sebelahnya dan menolak badan Ethan jauh dari dia.

“ Hesh ! Rimaslah !” bentak Ivy. Padahal dia bukannya rimas tapi dia rasa tak selesa. Sangat tak selesa ok rapat-rapat macam tu lepas tu cakap sweet-sweet macam nak kena kencing manis macam tu pegang-pegang macam tu. Eshhh…

“ Alooo sayang ni macam tak biasa pula. Baby nak dengar sayang nyanyi ok baby rinduuu…” Ethan memuncung mulut buat muka comel macam nak kena penampar.

‘ Apa masalah lelaki ni menggeletis tak ingat dunia pulak ni. Ya Allah…Dia ingat dia baby ?! Dah tua gedabak !’ bisik Ivy dalam hati. Gedik bukan main !

Damia hanya tergelak kecil melihat gelagat kedua-dua manusia di hadapannya. Bukannya dia tak tahu hubungan mereka berdua tu macam mana cuma dia sahaja yang tidak mahu berkata apa-apa. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana dia rasa suka melihat kakaknya dan abang iparnya bermesra-mesra begitu walaupun pada hakikatnya mereka hanya berlakon.

“ Amboi, nak bermanja dengan isteri pun tunggulah balik rumah. Kan, Mia ?” tanya Puan Julia sebaik sahaja membungkus sedikit makanan untuk mereka pulang ke Kuala Lumpur petang itu.

“ Tu lah, mak ! Ada kat sebelah pun masih rindu lagi.” Ethan menunduk konon sedih.

‘ Mamat ni kalau masuk Oscar menang kut. Hmm.’ Perli Ivy dalam hati. Makin menjadi-jadi pula perangai lelaki itu. Sebelum ini, taka da pula gedik-gedik. Sejak balik ke kampung ni nauzubillah perangai miangnya. Mana Ethan Omar yang berlagak dan tegas tu ?

Setelah selesai semua barang dimasukkan ke dalam kereta, Ivy meminta izin untuk pulang. Sempat maknya menyuruh Ivy menjaga diri dengan baik dan menyuruh Ethan membawa kereta berhati-hati.

Di dalam kereta, hanya bunyi radio sahaja yang meriuhkan suasana. Manakala, Damia sudah enak dibuai mimpi dan Ivy hanya melayan perasaan. Ethan pula setia memerhati di sebelah.


TERIMA kasih kak !” Damia mencium tangan Ivy sebaik sahaja mereka tiba di tempat Damia belajar.

“ Sama-sama. Kalau ada apa-apa nanti, Ivy call je akak ok. Kalau Damia free, boleh kita jumpa dan lepak sama-sama kan ?” ujar Ivy teruja. Selepas hidupnya yang agak kelam kabut beberapa hari yang lepas, kini hidupnya kembali normal selepas berjumpa dengan maknya dan adiknya. Tidaklah senormal mana tapi dia boleh lagi kawal.

“ Insya Allah kak. Abang An jaga kakak Mia elok-elok ok ?” sempat lagi Damia mengusik abang iparnya yang tidak tahu apa-apa.

“ Eh ! Mestilah abang akan jaga elok-elok. Princess abang ni…” balas Ethan berlagak.

“ Tadi kata saya sayang awak. Sekarang princess pulak.” Perli Ivy pedas.

Ethan berdeham sebelum membalas kata-kata Ivy. “ Sayang, you are my everything.” Jawab Ethan dengan tenang. Ekspresi wajahnya menunjukkan dia meluahkan kata-kata romatisnya dengan penuh kesyahduan. Auch !

Ivy menjulingkan mata. Menyampah !

“ Haa dah dah ! Tak sanggup Mia nak tengok drama romantik komedi ni lagi. Mia balik dulu ye akak, abang.” Damia meminta diri.

Ivy dan Ethan memandang sesama sendiri sambil tersengih-sengih.

“ Jaga diri baik-baik, Mia.” Sempat lagi Ethan berpesan.

“ Baik abang ! Terima kasih sebab selalu hantarkan Mia tiap kali abang balik kampung.” Mia tersenyum. Ivy tersentak. Dia memandang Ethan yang berada di sebelah secara senyap-senyap. Lelaki itu menjaga keluarganya lebih baik dari dirinya sendiri ?


NASI goreng yang telah dimasak diletakkan ke dalam bekas serta dihidangkan  bersama air kopi panas yang dibancuh sebentar tadi. Pinggan, cawan minuman serta sudu dan garfu turut disusun.

“ Wanginya bau.” Ujar Ethan sebaik sahaja dia keluar dari bilik sambil membutangkan baju kemejanya. Aroma makanan itu sungguh mengancam sampai tidak sempat dia nak pakai elok-elok baju kerjanya.

“ Duduklah. Awak nak sarapan ? Saya masakkan nasi goreng.” Balas Ivy sopan. Ethan memandang wanita itu pelik. Semalam beria-ria Ivy menyuruhnya untuk tidur di bilik sebelah sampai segala bantal dan selimut dicampaknya keluar. Mungkin salah dia juga kerana cuba memeluk gadis itu tanpa sengaja. Huhuhu…

“ Kau tak nak masuk kerja ke hari ni ?” tanya Ethan sambil tangannya lincah memakai tali leher.

 Ivy diam. Dia masih tak bersedia untuk menghadapi dunia dia yang sekarang. Walaupun dia dah berjaya dan memiliki segala-galanya tapi dia masih tidak dapat mengingati dunia yang dia tinggal sekarang.

“ Boleh tak saya nak rehat untuk beberapa hari ni ?” tanya Ivy lembut. Takut pula lelaki itu melenting kerana sesuka hati meminta cuti tanpa sebab.

Sure.” Balas Ethan pendek.

“ Betul ni ?” tanya Ivy meminta kepastian. Dia salah dengar ke apa tu ?

“ Ye betul…”

“ Betul betul ?” tanya Ivy sekali lagi.

“ Jangan sampai aku ubah fikiran kang.” Ugut Ethan. Ivy kecut perut. Dia terus berlari ke dapur mencuci pinggang-pinggan yang digunakan tadi.

Ethan hanya mengeleng kepala. Dia tersenyum dalam diam.

Ivy turut tersenyum-senyum tanda gembira. Tidak perlulah dia menghadap grown up work itu buat sementara ini. Bukannya dia tahu pun buat kerja-kerja itu semua.

“ Ivy…” Ivy memusingkan badannya ke belakang sebaik sahaja namanya dipanggil namun dia terlanggar pinggan sehingga pecah berderai. Ivy terkejut namun apa yang mengejutkan lagi kepalanya tiba-tiba pening dan dia seperti teringatkan sesuatu. Latar belakang suara yang bising menyakitkan kepalanya. Dia melihat di ruang tamu dan kelihatan dia dan Ethan sedang bertengkar. Namun, kepalanya yang sangat sakit menghalang dia untuk mengingat apa-apa lagi. Sebaliknya, dia terus rebah.


“ Ivy !” dia terdengar suara Ethan menjerit namanya sebelum visualnya terus bertukar gelap.

Friday, December 23, 2016

Cerpen - Mr. Sweet Guy

AKU berdiri di almari kayuku sambil berfikir. Baru sahaja lima minit tadi ayah dan mak suruh aku bersiap untuk ke majlis kenduri anak kawannya yang baru pulang dari London. Beritahu last-last minit memang last minitlah penampilan aku nanti. Tapi kalau diberitahu dua hari sebelum kejadian pun penampilan aku tetap biasa. Jika ada kenduri sahaja, pasti aku akan mengenakan baju kurung. Kalau ada majlis harijadi pun memang pilihan aku hanyalah baju kurung sahaja.

Selepas menyarung baju, aku berdiri di hadapan cermin melihat betapa cantik dan ayunya aku pada hari ini. Maklumlah, kalau aku tak puji diri sendiri, siapa lagi yang nak memuji. Nak harapkan kakak aku tu ataupun abang aku ? Heh. Jangan nak beranganlah.

“ Maya Zahra !!! Dah siap ke belum. Kitaorang semua dah siap ni !!!” jeritan kakak sulungku sudah bergema. Memang kalau tiba majlis-majlis seperti ini, memang dialah juara. Bersiap sepantas The Flash ialah Maria Zahira. Lagi-lagi bila dia dengar yang anak kawan ayah aku yang baru sahaja pulang dari London itu seorang doktor. Dengar cerita, anak kawan ayah itu masih bachelor. Apa orang putih kata, the most eligible bachelor in Malaysia? Eh ? Entah lah.

Aku menutup pintu bersama dompet yang diletakkan ke dalam poket. Ingatkan nak bawa telefon sekali, tapi malangnya, poket baju kurung yang aku pakai ni kecil benar. Tak dapatlah nak dibawa sekali. Telefon bagi aku tak penting pun. Yang paling penting dompet. In case kalau kena tinggal ke tercicir ke, ada lah duit sikit nak naik teksi balik.

“ Ye, aku dah siap dah ni hah.” Balas aku malas. Mata yang masih mengantuk cuba juga aku buka seluas mungkin.


MAY, tolonglah cepat sikit ! Bakal suami aku ada kat dalam tengah tunggu aku tu.” Aku membuat gaya nak muntah. Eh, tak ! Aku memang rasa nak muntah dah pun ni. Kembang tekak aku mendengarnya. Bakal suami dia ? Weksss.

“ Eiw ! Tolonglah kak. Tolonglah jangan memalukan aku. Aku ni muda lagi kak. Tak pasal-pasal disebabkan kau aku pulak yang jadi andartu nanti.” Gumam aku. Kak Ria aku lihat sudah tergelak-gelak. Bukannya lawak sangat pun. Happy sangatlah tu dapat jumpa jejaka idaman dia yang baru balik London tu. Heh. Macamlah mamat tu handsome sangat. Aku jamin dan yakin, confirm mamat tu tak handsome dan confirm bila akak aku tengok nanti confirm dia pengsan !

Dari jauh aku nampak ayah sedang berbual dengan seseorang. Aku mendekati ayah.

“ Ohh, ya, ni anak bongsu yang saya cakapkan itu. Maya Zahra.” Ayah perkenalkan aku kepada pak cik-yang-aku-tak-berapa-nak-familiar. Oh ! Lupa ! Aku memang tidak pernah kenal orang. Lebih tepat, aku tak suka bersosial. Aku lebih gemar duduk dalam bilik, baca novel jiwang dan dengar lagu secara serentak. 2 in 1. Sebab itulah hobi aku kalau ada kena mengena dengan perkataan ’sosial’, aku lebih gemar ‘mencuci mata’.

Seorang lelaki yang berjalan melepasi kami aku pandang lama. Dari sisi, nampak macam handsome. Sebab kulit lelaki itu nampak putih. Aku menggeleng kepala. Malas nak cuci mata hari ni sebab Kak Ria terlebih dahulu mahu membuat part time job tersebut.

“ Ayah, May nak pergi sana kejap eh ?” aku meminta diri. Ayah hanya membalas dengan anggukan.

Aku berjalan di sekitar belakang rumah banglo besar itu dengan penuh khusyuk. Cantik taman dia. Mesti sentiasa dijaga rapi oleh pembantu rumah. Maklumlah, rumah besar-besar macam ini selalunya ada pembantu rumah.

Suara orang berdehem dari arah entah mana menghentikan langkah aku. Aku berpaling kebelakang. Seorang lelaki berbaju melayu berwarna biru mendekati aku. Wajahnya tidak berapa aku nampak kerana cahaya di situ agak malap.

“ Awak buat apa dekat sini ? Nak curi sesuatu ke ?” tebak suara garau itu. Berkerut dahi aku memproses kata-katanya. Aku ? Mencuri ? Aku ni ada muka pencuri ke sampaikan kena dituduh pencuri.

“ Macam mana awak tahu saya nak mencuri ?” tanya aku. Layan sajalah…Bila lagi aku nak layan karut marut ni.

Well, just a rough guess. Saya tahu awak nak curi hati saya kan ?” Makin lelaki itu mendekati, makin dahi aku berkerut. Bukan ke dia lelaki yang tadi tu ? Wow. Satu perkataan sahaja yang aku boleh describe lelaki yang tuduh aku pencuri tu. Kacak sungguh. Eh ? Dah dua. Eh apa dia cakap tadi ? Curi hati dia ? Hahhhhhh

 “ Ian. Ian Mustazar.” Ujar lelaki yang bernama Ian itu. Aku hanya berdiam diri.

You ?”

Aku diam juga.

“ Bisu eh ?” Aku terdengar dia ketawa kecil. Tapi aku gagahkan diri juga untuk tidak memandang lelaki itu.

“ Kan saya cakap tadi…” balas aku tidak puas hati. Tadi dikatanya aku ni pencuri, sekarang bisu pula. Memang dah lebih…Belum sempat aku mahu menerangkan situasi itu, dia terlebih dahulu mencelah.

“ Boleh pun cakap. Nama awak siapa ?” tanya dia lagi. Tidak putus asa betul mamat ni. Aku hanya melabuhkan pandangan ke tempat lain dan secara perlahan, aku berjalan menuju ke khemah makan.

“ Hei, awak tak jawab soalan saya lagi !” jerit jejaka bernama Ian dari belakang. Aku tidak menoleh malah aku hanya melambaikan tangan aku. Tipu lah kalau aku cakap jantung aku tak berdebar-debar tadi. Ditegur si dia yang tidak aku kenali tapi kacak eh. Siap tanya nama pula tu.

“ Oit ! Kau dari mana ni. Tersengih-sengih.” Aku berpaling pada kakak aku. Tidak tahu pula dia boleh terperasan yang aku menghilang sekejap tadi.

“ Aku pergi toilet tadi. Kau dah jumpa dah jejaka idaman Malaya kau tu ?” tanya aku.

“ Dah ! Tapi aku tak tegur dia. Takut pula. Tapi serius dia handsome gila !!!” balas Kak Ria dengan wajahnya yang penuh keterujaan. Aku hanya dengar kacak dan tampan sahaja anak kawan ayah aku tapi nama dia memang aku tak tahu langsung.

“ Siapa nama dia eh kak ?” akhirnya aku tanya. Malas nak tanya tapi teringin pula tiba-tiba nak tahu.

“ Ian Mustazar.” Jawab Kak Ria pendek. Aku diam. Erkkk…lelaki tu rupanya…err…aku ke yang patut pengsan sekarang ?


SEPERTI biasa, pada setiap pagi, aku akan ke tempat kerja. Sebagai seorang PA yang bertanggungjawab menguruskan hal ini hal itu, memang tidak terkiranya jumlah kerja aku setiap hari. Taip itu taip ini. Hari-hari aku hanya menghadap komputer. Balik rumah pun menghadap komputer. Komputer itu sudah ibarat suami dah pada aku. Tak dapat suami macam dalam novel, komputer pun jadilah !

“ Kau tak balik lagi ?” Rania yang tiba-tiba muncul di belakang mengejutkan aku. Secara spontan, air nescafe pagi tadi yang masih bersisa terjatuh lalu mendarat di karpet pejabat.

“ Rania ! Kau tengok apa kau dah buat !” aku memukul lembut lengan Rania. Rania pula hanya membuat wajah selamba. Membuatkan aku bertambah bengang.

“ Eh ? Apa salah aku pula ? Kau yang tersiku cawan tu tadi. Eh, kejap . Ni bukan nescafe pagi tadi yang kau buat dekat pantri ke ? Masih ada lagi ? Dah basi ke ?” soal Rania bertalu-talu. Aku berdehem. Cuba mengawal riak wajah aku.

“ Err, a’ah. Aku terlupa nak cuci tadi. Kau tolong cucikan boleh ?” Aku membuat wajah kasihan. Rania pula hanya menggeleng kepala melihat aku. Bukannya aku tak mahu cuci cawan tu, tapi, aku cuma terlupa kerana terlampau banyak kerja yang perlu disiapkan.

“ Ye lah, ye lah. Aku cucikan. Tapi aku pun nak minta tolong juga ni.” Mata Rania aku dapat lihat seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“ Kau tolong letakkan fail ni dekat meja Encik Azhar boleh ?”

Dah agak dah.

“ Hmm, bagi kat aku. Tapi, aku tak tahu tingkat berapa pejabat dia.”

“ Tingkat 6 .” Aku mengambil fail yang ditinggalkan Rania sementara Rania terus ke pantri untuk mencuci cawan. Aku mengemaskan meja ala kadar kemudian aku terus bergerak ke pintu lif. Pada waktu-waktu begini, pejabat memang agak kosong. Bukan agak, tetapi memang kosong ! Sebelum waktu habis kerja pun, semua orang sudah berpusu-pusu lari balik ke rumah. Keluarga menunggu katanya. Untunglah.

Aku segera masuk ke dalam lif dan menekan butang 6. Belum sempat aku hendak menekan butang tutup, terdapat seorang lelaki terlebih dahulu menahannya. Aku hanya buat biasa-biasa. Tapi, tiba-tiba rasa jatung ni berdegup laju pula. Kenapa pulak ni ? Sejak bila aku fobia lif ?

“ Ehem…” Lelaki di sebelah aku tiba-tiba berdehem membuatkan jantung aku berdegup lebih laju. Apahal pulak dengan aku ni.

“ Awak…kerja sini ke ? Saya pun sama.” Lelaki itu bersuara. Tapi, suara itu. Seperti pernah aku dengar ! Dia bekerja di sini jugak ?

Aku hanya mengangguk tanda balasan. Kepala aku tundukkan ke bawah. Tidak sanggup mahu memandang wajah orang di sebelah. Takut jangkaan aku betul. Ahhh !!! Tolonglah jangan betul !

“ Awak…tak ingat saya ke ?” Dia bersuara lagi.

Alamak, alamak ! Matiiiiiiiiii !!! Aku cuba untuk melengah-lengahkan masa daripada menjawab soalan lelaki itu. Aku sendiri tidak tahu mengapa tiap kali aku bersemuka dengan lelaki itu aku pasti akan mahu melarikan diri. Cepat lah sampai !!!

“ Bisu eh ?” Ahhh !! Memang dia !! Memang tidak boleh menafikan lagi.

Ting ! Cepat-cepat aku meloloskan diri dari lif itu. Terasa tidak boleh bernafas pula apabila bersama dengan dia. Jejaka itu seperti ada aura yang tersendiri. Macam mana nak cakap ek ? Ahhhh !!!! Aku nak balik !!!

Selepas selesai meletakkan fail di atas meja Encik Azhar, aku segera menuju ke pintu lif dan aku juga telah mendapati bahawa lelaki itu masih tercongok di situ sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Matanya merenung tajam ke arah aku. Gulp !

“ Kenapa lari ?” tanya suara sensual itu. Aku menelan air liur. Kenapa suara dia macam menggoda sangat ? Ah ! Stop it !

“ Siapa yang lari ?” Aku soal kembali. Aku bukannya lari tapi aku hanya mahu melunaskan amanah yang telah diberi Rania. Ok, sebenarnya aku tipu. Aku memang nak larikan diri dari dia tapi kebetulan pintu lif tu dah terbuka. So, paham-paham je lah.

“ Boleh pun cakap.” Dia senyum. Nampak kacak sungguh ! Ah ! Hentikan Maya Zahra ! Dia bukan taste kau ! Ok, aku tipu lagi. Dia memang 100% taste aku ! Ahhhhh !!!

Aku berpura-pura mengeluh kasar. “ Ya ! Saya memang boleh cakap ! Bukan setakat itu sahaja, menyanyi ? bersyair ? bersajak ? pun saya boleh !” aku balas geram.

Jejaka kacak itu melemparkan senyuman sekali lagi. Kata-kata aku yang agak kasar tadi tidak langsung terkesan di hati dia. Lelaki jenis apa ni ? Kenapa baik sangat awucks eiw.

“ Baguslah kalau awak tahu bercakap. Sekurang-kurangnya, tidaklah saya tersilap cari calon isteri. So, sekarang boleh saya tahu nama awak ?”

Aku menggigit bibir. Aduh ! Dihimpit dengan masalah sekali lagi. Dia tak boleh tahu nama aku ! Eh, kejap ? Dia cakap apa tadi ? Tidak tersilap cari calon isteri ? Aku ? Calon isteri yang dia cari ? Serious ? Eh ? Tak mungkin ! Lelaki kalau dah cakap ayat-ayat manis macam gitu, memang playboy. Chill, Maya. Lelaki tu cuma nak mempermainkan kau je. Hmm.

“ Kalau saya tak nak bagitahu ?”

“ Senang je, saya cari. Awak kerja dekat sini kan ? So, lagi senanglah kerja saya nanti.” Dia tersenyum lagi. Kali ini senyuman itu lebih ala-ala showing off gitu. Betul juga kata dia. Lelaki jenis macam ini memang tak makan saman. Haih.

“ Maya Zahra.” Jawab aku perlahan.

“ Apa dia ? Saya tak berapa nak dengar.”

“ Saya tak akan ulang lagi.” Balas aku kasar. Cepat-cepat aku masuk ke dalam pintu lif yang sudah terbuka. Malangnya, lelaki itu juga ikut sekali. Urgh ! Tak serik-serik lagi ke mamat ni.

“ Maya Zahra. Sedap nama tu.”

Aku mencebik. Memang dasar playboy betul !

“ Saya nak nombor telefon awak boleh ?” pinta jejaka itu tak tahu malu. Memang tak ada rasa malu langsung ! Ada ke selamba mintak nombor telefon aku. Dalam mimpilah aku bagi. Heh.

“ Saya tak ada telefon.” Nasib baik aku tinggalkan beg di meja kerja aku tadi. Jadi, tidaklah lelaki itu sangsi.

“ Alamat rumah ? Tarikh lahir ? Nombor I/C ?” Aku rasa jelik pula dengan mamat ni. Dia sengaja nak memperolok-olokkan aku ke apa ni ? Menaikkan darah betul.

“ Tak ada ! Saya warganegara Bangladesh !” Segera aku meloloskan diri dari lif. Bukan setakat itu sahaja, butang tutup segera aku tekan bertalu-talu supaya lelaki itu tidak dapat keluar. Muahahaha !!! Padan muka ! Kalau tak, memang sampai ke rumah lelaki itu ikut aku.

“ Kau pergi mana tadi May ? Aku suruh kau hantar fail je bukan suruh buat fail pun.”

“ Ada buaya melambatkan kerja aku tadi. Sorry. Jom balik.” Balas aku malas. Memang aku malas nak melihat wajah lelaki itu lagi. Ok, aku tipu untuk entah-ke-berapa-kali. Aku teringin nak melihat wajah kacak itu lagi. Bukan setakat wajah je kacak, tapi perangainya pun buat aku tersenyum seorang diri. Haih. Ada ubat tak untuk penyakit aku ni ? Agak-agak, bila aku boleh jumpa dia lagi ? Hmm…


AKU menggaru kepala yang tidak gatal. Mampus ! Time-time aku dah terlambat nak pergi kerja juga dia buat hal. Rasa nak hentuk je kepala dekat dinding. Arghhhh !!!!

“ Kalau aku tahulah kau nak buat hal, baik aku ikut Kak Ria tadi.” Bebel aku sendirian. Mak tiba-tiba keluar dari dalam rumah sambil memandang aku hairan.

“ Kenapa May ? Kereta tak boleh start ke ?” tanya mak pelik.

“ Entah lah mak. Time orang ada hal ni juga dia buat hal. Semalam orang tak ada hal tak nak pulak cari hal. Macam mana ni mak, May ada meeting hari ni. Matilah May.” Rungut aku. Mak hanya menggeleng kepala.

“ May telefon lah Kak Ria. Mana tahu dia sempat patah balik ke apa ambil kamu.” Cadang mak. Aku mencari telefon bimbit aku di dalam beg. Nombor telefon Kak Ria aku dail.

“ Hello, Kak. Kau dekat mana ? Kereta aku tak boleh start ni. Kau hantar aku pergi kerja boleh tak ?” ujar aku bertubi-tubi sebaik sahaja Kak Ria menjawab panggilan telefon dari aku.

“ Aku pun dah stuck dekat sini dik oi. Kau pergilah naik teksi ke bas ke.”

“ Masalahnya, aku nak kena cepat. Hari ni aku ada meeting.”

“ Kau ingat kau sorang je nak cepat ?” perli Kak Ria. Bibir aku muncungkan.

“ Ye lah, ye lah ! Fine !” aku mematikan panggilan. Dengan perasaan sebal, aku bergerak ke perhentian bas berdekatan. Satu batang hidung driver teksi pun aku tak nampak. Memang kena hentamlah aku dengan bos hari ni.

Tiba-tiba, sebuah kereta Mercedes entah-apa-brand berhenti di hadapan aku. Betul-betul depan aku. Dah lama sangat ke aku tak naik teksi sampaikan ada teksi mewah gila macam ni. Brand Mercedes pulak tu. Fuh ! Mahal tak kalau aku naik ni ?

Pintu kaca diturunkan. Aku menjenguk ke dalam kereta tersebut.

“ Nak tumpang ?” Aku membeliakkan biji mata. Ian…? Macam mana dia boleh ada dekat sini ?

“ Mak saya cakap, jangan naik satu kereta dengan orang yang kita tak kenal.” Balas aku. Aku memandang ke arah lain. Buat muka berlagak gitu.

“ Awak tak kenal saya ke ?” tanya jejaka itu bersama senyuman yang tidak lekang di wajahnya.

“ Tak !” jawab aku laju-laju. Malas hendak memandang wajah yang menjelikkan itu. ‘Haih. Aku memang tak boleh tipu diri sendiri lah.’

“ Okayyy, saya tak rugi apa-apa. Tapi, saya tahu awaklah yang rugi sebab awak ada mesyuarat hari ni kan ? Hmm, kalau macam tu, saya pergi dululah.” Dia melambaikan tangan ke arah aku. Aku terpinga-pinga. Macam mana dia tahu aku ada mesyuarat pagi ni ? Hish ! Susahlah sama tempat kerja ni !

Tapi, tak salahkan tumpang dia. Aku bukannya tak kenal dia pun. Dia kan anak kawan ayah aku. Hmm. Alamak. Apa kena dah aku ni. Tapi, kalau aku lambat masuk pejabat nanti, confirm kena maki punyalah !

“ Awak !” Aku jerit sekuat yang boleh agar lelaki itu memberhentikan kereta. Dia mengundurkan kereta ke belakang sedikit.

“ Ya saya ?”

“ Saya…nak tumpang kereta awak boleh ?” aku buat muka sepuluh sen. Jejaka itu hanya tersenyum kacak.


AKU termenung di hadapan komputer. Tak tahu nak tulis apa. Blank. Aku pandang sebelah, Rania tak ada. Mungkin ke pantri. Sangka aku.

“ Hah ! Mengelamun !” Rania dari belakang menyergah aku dan aku terus melatah. Ok, sangat memalukan.

“ Dah lima kali aku cakap jangan buat macam tu.” Ujar aku senada. Aku mengurut dada yang tiba-tiba terasa sakit akibat disergah oleh Rania.

“ Ok, ok. Sorry beb. So, amacam tadi ? Kau tak cakap dekat aku pun yang kau dah ada boyfriend. Handsome pulak tu…” Mata aku yang kuyu tadi gara-gara tak cukup tidur terus membulat apabila mendengar kata-kata Rania.

Boyfriend ?” tanya aku bodoh-bodoh. Rania ketawakan aku.

“ Tak payah nak kura-kura naik perahu, buat-buat tak tahulah Cik May June August oiii…” Makin aku keliru. Siapa yang tiba-tiba jadi boyfriend aku pulak ni ? Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu. Ahh,…

“ Ohhh, beb, yang pagi tu sebenarnya bukan…”

“ Asal, asal ? Ceritalah macam mana kau boleh jumpa dia. Kenapa dia tu kacak sangat ? Kacuk eh ? Wow, untungnya…” bebelan Rania tanpa henti menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. Macam-macam spekulasi yang dibuatnya. Adoi !

“ Cik Rania, dia bukan boyfriend akulah.” Jawab aku jujur. Kalau boleh memang aku nak dia jadi boyfriend aku. Eh ? Sedarlah diri tu sikit Cik Maya oiii…

“ Eleh. Habis dia tu siapa ? Takkan tiba-tiba siap tumpang naik kereta. Mana kereta kau ?” Rania mula sangsi.

“ Dia tu aku kenal masa dekat kenduri. Dia anak kawan ayah aku. Dan, for your information, kereta aku rosak pagi tadi. Enjin tak boleh start.”

“ Lepas tu, macam mana dia boleh jumpa kau and dengan rela hatinya, hantarkan kau sampai ke sini ?” tanya Rania.

“ Kebetulan dia lalu dekat perhentian bas masa aku tengah tunggu dekat situ.”

Rania tersenyum senget.“ Kebetulan ke ? Tapi aku tengok tadi, cara dia senyum dekat kau, macam ada apa-apa je ? Betul ke ni,…” aku menjuling mata ke atas. Susahnya lahai nak cakap dengan Cik Rania cantik manis  kita ni. Tak nak percaya cerita kita pulak.

“ Iyeee…Aku dengan dia, tak ada apa-apa.”

Rania menggangguk. “ So, aku ada peluang lah kan ?” Wajah nakal Rania membuatkan aku ketawa.

“ Kalau berani, cuba lah…”

“ Eh ? Macam tak kasi je aku mengurat dia ?” membulat mata aku memandang Rania. Dia pula hanya tersengih-sengih.

“ Siapa nama dia ?”

“ Ian Mustazar.”

“ Wahhh, sedapnya nama.”

“ Mana kau tahu sedap, pernah rasa ?” aku loya buruk. Rania aku lihat sudah menjeling tajam ke arah aku. Aku menyengih.


AKU mencapai beg tangan serta telefon bimbit di atas meja. Akhirnya, selesai sudah kerja aku. Aku bangun dari tempat duduk dan melangkah ke pintu lif. Setelah pintu lif dibuka, aku masuk ke dalam. Agak sunyi suasana pejabat ketika itu kerana sudah agak lewat malam. Cuma tinggal aku seorang sahaja di situ.

Setelah lif berhenti di tingkat bawah, baru aku teringat sesuatu. Aku mana ada kereta. Aduh ! Entah mengapa aku tiba-tiba teringatkan lelaki itu.

“ Nak call ke tak nak ? Call ? Tak call ? Hmm.” Aku berkira-kira. Kenapa dia yang aku mesti call ? Kak Ria dengan Abang Muaz kan ada ? Kad yang sempat dihulurkan oleh si dia pagi tadi aku pandang.

“ Assalammualaikum.” Salam yang diberi menimbulkan tanda tanya. Aku menjawab salamnya walaupun tidak tahu siapakah gerangan yang memberi salam. Ibu kata, berdosa tak jawab salam.

“ Waalaikummussalam.” Aku menoleh kebelakang. Haih. Dia lagi.( Sebenarnya, aku suka gila dapat jumpa dia !)

Call je lah dia. Dia tengah rindukan awak tu.” Aku menjuling mata ke atas. Makin lama, makin meluat pula aku dengar kata-kata terlebih gula dia tu. ( Sebenarnya, aku suka dengar. Tipu je tu)

“ Err, awak buat apa dekat sini ?” tanya aku. Cuba untuk cover malu kerana terkantoi mahu menelefon lelaki itu tadi. Ehem.

“ Tunggu awak lerr sayang. Takkan tunggu pak cik guard tu pulak.” Gurau Ian. Tetapi gurauan itu sedikit err…kenapa mesti panggil aku sayang ? Meluat betul. ( Ahh, sweet gila mamat ni !)

“ Kenapa awak tunggu saya ?” aku soal dia lagi. Sengaja mahu menguji kesabaran Dr. Ian Mustazar yang kacak bergaya.

“ Sebab saya sayang awaklah. Takkan saya nak biarkan my future soulmate ni jalan seorang-seorang. Kalau jadi apa-apa, saya juga yang susah.”

Hmm. Hambik kau. Konon nak menguji kesabaran, last-last, aku yang kena balik.

Aku tidak membalas apa-apa. Pandangan aku halakan ke bawah. Tak berani nak menatap wajah kacak itu. Haish ! Susah betul berhadapan dengan lelaki kacak ni.

Come. Saya hantar awak balik.” Aku ikutkan saja. Kalau tak kereta dia, siapalah yang nak bawak aku balik rumah. Lagipun, bukannya aku yang paksa. Si jejaka kacak itu yang dengan rela hati sudi tumpangkan.


AWAK tahu kan yang saya tak bagi awak naik kereta saya free-free je.” Ujar lelaki itu tiba-tiba.

“ Berhenti dekat depan tu.” Arah aku kasar. Aku dah agak ! Mesti ada benda yang dia nak ! Argh ! Kenapalah aku mudah sangat percaya dekat lelaki macam dia. Harap muka je kacak. Hmph !

Ian tiba-tiba ketawa. Aku menoleh memandang dia.

“ Saya gurau je lah. But, I really want to know about you. Tak boleh ke ?”

“ Kenapa nak tahu pasal saya ?” soal aku balik.

“ Sebab awak unik. Saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Garang betul !” komen Ian seraya ketawa. Aku juga turut sama ketawa. Garang sangatkah aku ?

“ Mana ada garang. Saya cuma malas je nak layan.” Jelas aku jujur.

“ Sebab tu saya cakap awak unik. If you don’t mind, boleh saya nak ajak awak makan malam dengan saya ?”

Dia ajak aku dating dengan dia ? Err…

“ Saya tak keluar dengan lelaki. Kecuali dengan ayah atau abang.” Balas aku dengan penuh karisma.

“ Oh…so kalau macam tu, saya datang rumah awak je lah.”

Aku menelan air liur. Mampus kalau dia betul-betul nak datang rumah. Maklumlah, bapak dia kawan bapak aku. Erk. Sebagai balasan kepada kata-kata lelaki itu, aku memilih untuk berdiam diri. Takut salah cakap nanti tak pasal-pasal lelaki itu dah tercongok depan pintu rumah aku nanti.

“ Diam tandanya setuju.” Bisik Ian di telinga aku. Terkejut beruk juga aku apabila dapat tahu yang kedudukan dia dan aku tidak sampai berapa centimeter. Pergh !!!

Aku menjarakkan badan aku dengan bergerak ke kiri. “ Siapa cakap ?” balas aku berani. Makin tak suka pula aku dengan kata-kata itu. Orang yang mencipta perkataan itu kemungkinan besar akan kubunuh. Hmph !

“ Saya.”

Aku menjulingkan mata ke atas. Pandangan kuhalakan ke luar tingkap. Tidak sampai berapa saat, tiba-tiba aku jadi terpana. Kawasan rumah yang seperti pernah ku kenal. Eh ? Kawasan rumah aku lah !

“ Tak nak tanya macam mana saya tahu mana rumah awak ni ?” soal Ian tiba-tiba. Pandangannya masih lagi fokus memandang ke hadapan.

“ Er…macam mana ?”

“ Rahsia…” Heh. Menyesal aku tanya.

Beberapa minit berada di dalam kereta lelaki itu, akhirnya kami tiba juga ke rumahku syurgaku. Di situlah berakhirnya kesengsaraan aku. Wah…Freedom !!!

“ Sebelum tu, nombor telefon please…” rayuan Ian membuatkan darah aku berderau. Wajah itu,…sungguh melalaikan ! Astaghfirullah !

“ Tak ada. Ok, thanks, bye !” Selepas selesai berkata begitu, dengan pantas aku membuka pintu kereta. Nasib aku sungguh baik pada hari itu kerana kalau tidak sudah tentu aku bakal terkunci di dalam kereta itu bersama dengan dia. Oh, tak nak mak !

Kelihatan Ian sedang tersenyum malu gara-gara tindakan pantasku itu. Haha ! Rasakan !!!


SELESAI sahaja membersihkan diri, aku mengeringkan rambut menggunakan tuala sambil sebelah tangan lagi menguis-nguis skrin telefon.

Assalammualaikum, tengah buat apa ? – 01********

Aku terpinga-pinga. Nombor siapakah ini ? Tidak membuang masa aku terus menaipkan sesuatu.

Waalaikummussalam. Siapa ni ? – Aku

Tidak menunggu lama, pesanan aku dibalas sepantas kilat.

Cuba teka. – 01********

Aku mula rasa jelik. Nak suruh main teka-teka pula. Aku bohlayan kau kang baru padan muka. Tapi disebabkan aku ada masa terluang, maka aku layankanlah sahaja kerenah si-entah-siapa.

Abang Muaz. Kak Ria. Rania. – Aku

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Takkan mamat tu kot…Dia mana ada nombor telefon aku ?

Salah, sayang. Cuba teka lagi. – 01********

Dari ayat tu pun aku dah dapat agak. Grrr…

Dr. Ian Mustazar, awak cilok dari mana nombor telefon saya ni ? – Aku

Mesti ada ‘sepai-sepai’ gelap yang berani membocorkan nombor telefon aku kepada si dia ni. Memang nak kena kalau aku dapat tahu ni.

Saya dapat dari mana, awak tak perlu tahu. Tapi sebelum tu saya nak tahu awak tengah buat apa sekarang ? – Mamat Psycho ( nama itu sahaja yang sesuai untuk dia. )

Saya buat apa adalah none of your bussines. – Aku

Lagi awak ngelat nak beritahu, lagi saya akan kacau awak. Keluar kejap. – Mamat Psycho

Aku membaca ayat yang terakhir berulang kali. Keluar kejap ? Kenapa dia suruh aku keluar pulak neh…Jangan cakap yang dia dah ada depan rumah. Tak berapa lama kemudian itu, satu lagi pesanan masuk.

Saya dekat depan rumah awak. Tolong keluar kejap. – Mamat Psycho

Aku membeliakkan biji mata. Memang tepat sangkaan dia. Arghhh !!! Macam mana ni.

Buat apa saya nak keluar pulak. – Aku

Aku cuba berdolak dalih. Kemudian, aku menuju ke tingkap dari bilik atas. Kelihatan lelaki itu sedang bersandar di kereta dengan pakaian kasualnya. Tidak berapa lama kemudian itu pula, telefon aku berbunyi. Mamat Psycho telefon !!! Aku menjawab setelah beberapa minit berlengah.

“ Tolong turun sekarang.” Arah lelaki itu tegas. Gulp ! Kenapa macam aku rasa yang aku kena marah dengan cikgu disiplin pulak neh…Mana aci kena paksa-paksa.

“ Saya nampak awak dekat atas tu tengah skodeng saya dekat bawah ni.” Aku tersentak. Segera aku mengalihkan badan menyorok di belakang kain langsir pula. Gila punya tajam mata dia !

Selepas siap ala kadar, aku turun ke bawah menuju ke luar rumah. Berdebar-debar juga jantung aku rasakan saat ini. Manalah tahu tiba-tiba dia culik aku ke. Fuh ! Seremsss…

Aku berdiri di depan pagar tanpa memegang mahupun ingin membuka mangga pagar tersebut. “ Nak apa ?” tanya aku kasar. Lelaki itu aku lihat sentiasa saja dengan senyuman manis 24 jamnya. Tak penat ke ?

“ Nah.” Dia menghulurkan aku sesuatu. Fail dan dokumen kerja aku ! Macam mana boleh ada di tangan dia ?!

“ Awak tinggalkan kat dalam kereta saya. Memang sengaja buat macam tu eh supaya dapat jumpa saya malam ni ?” kata-kata Ian membuatkan aku berasa ingin muntah ! Wek !

“ Saya ter-lah !” balas aku kasar. Huluran lelaki itu aku sambut kasar.

“ Awak dah hutang saya banyak sangat ni…bila boleh bayar ?” tanya Ian sambil tersenyum senget. Aku mula rasa berdebar. Senyuman itu kenapa menawan sangat !

“ Err…Lain kali saya bayar.”

“ Ok, but let me decide apa yang awak kena bayar.” Aku hanya mengangguk. Eh ? Asal pulak ! Tapi malangnya, aku hanya bersedia untuk masuk ke dalam kerana tidak sanggup untuk berlama-lama di situ dengan si dia.

“ Apa-apa je lah. Thanks for this.” Ucap aku.

Welcome. Anything for you…” balas Ian meleret bersama senyumannya yang meleret. Grrr…senyuman dia itu lah yang membuatkan aku cair tak tentu pasal.


WHAT?!” aku menekup mulut. Seperti tidak percaya dengan apa yang aku dengar sebentar tadi.

“ Abang Muaz yang bagi nombor telefon May kat mamat psycho tu ?!” tidak mampu aku nak mengawal kesabaran lagi. Rupa-rupanya abang aku sendirilah yang jadi sepia-sepai gelap tu ?!

“ May, Ian tu baiklah. Dia kawan abang. Walaupun dia senior dia graduate awal tapi dialah yang banyak tolong abang dekat sini.” Jelas Muaz panjang lebar.

“ Maksudnya, dia tu lagi tua dari abanglah kan ? What ?” jerit aku lagi sekali. Tak sangka selama ni lelaki yang aku ingat muda jadi tua. Tapi muka dia serius nampak muda gila.

“ Dia tua setahun je lah. Hish. Cakap macam Ian tu umur dah atuk-atuk.” Balas Muaz selamba. Tapi, kiranya dia tu tua lah jugak. Aku ni baru 24 je pun.

“ Adik ni memang tak tahu cerita ke saja buat-buat tak tahu ?” tanya Muaz bersama dengan wajahnya yang berubah pelik. Eh, hello…aku lagi pelik ok. Hidup aku bertambah pelik dengan kewujudan si lelaki yang aku tak kenal tiba-tiba nak usyar-usyar aku. Eh pelissss…

“ Abang cakap macam tu mesti abang tahu sesuatu kan ? Hah ! Cakap cepat apa dia ! Abang jangan nak rahsia-rahsia pulak haa nanti adik karate kang…” ugut aku. Konon nak karate padahal tak tahu pun.

“ Ian tu bakal suami adiklah.”

Aku dah terlongo. Betul ke dengan apa yang aku dengar tadi tu. Ian yang aku panggil mamat psycho tu bakal suami aku ? Lelaki psycho tu bakal suami aku ?! Aku ?! Aku memegang dahi. Rasa nak pengsan pun ada.

“ Adik ok tak tu ?” tanya abang aku risau tengok keadaan aku. Dia pun tak boleh nak tolong apa-apa kalau aku pengsan ke apa sebab kita orang video call je ni sebab abang masih di London. Kalau aku pengsan memang kena bangun sendiri lah.

“ Macam mana abang tahu semua ni ? Kenapa tak ada sesiapa yang beritahu adik pun ? Macam mana boleh adik ni jadi bakal isteri dia dan dia bakal suami adik ? Apa yang sedang ibu bapa kita fikirkan ? Adakah mereka berfikiran waras dengan ingin menjodohkan adik dan Ian si mamat psycho…Masya Allah !” makin pening kepala aku dibuatnya.

Chill lah dik. Bukan senang nak dapat suami doktor. Ingat senang ke hah nak dapat PhD ni.” Bebel abang aku. Eh ! Jangan kusutkan kepala aku lah abang. Aku dah cukup kusut ni ! Aku banyak-banyak tanya soalan tu tak nak jawab. Membebel pasal benda tak ada kena mengena pulak eh dia ni kang…

I demand an answer to all this !” arah aku tegas.

“ Ok, cerita dia macam ni. Actually, Ian tu kawan abang and dia selalulah datang rumah kita. Adik tu je yang memerap dalam bilik tak nak keluar tengok dunia asyik layan drama je. Ayah dengan mak berkenan sangat dengan abang Ian dan what a coincidence ayah Ian kawan ayah juga. Dari situ diaorang start plan and nak jodohkan dengan salah seorang anak ayah and lastly diaorang semua pilih adik. Taraaaa.”

Aku mengeluh kasar. “ Dah kenapa pulak adik yang dia orang pilih ? Kenapa tak Kak Ria ?” aku pening. Kak Ria yang beria-ria syok dengan Ian bukannya aku. Eh ? Patut ke aku panggil dia Abang Ian ? Ya Allah ! Geli geliman aku woi…

Part tu abang tak tahu. Boleh tanya ayah atau mak atau Ian sendiri.”

Aku ? tanya Ian ? What nonsense !


WE NEED TO TALK – Aku

Asal caps lock ? – Mamat Psycho

Tertekan. We need to talk. – Aku

Sure. Anything for you ;-) – Mamat Psycho

:-P – Aku


SUASANA agak lenggang sedikit di kafe itu. Aku melihat jam di tangan. Masih setia menunggu Abang Doktor tu sampai macam mengalahkan perempuan lambatnya. Aku dah tak sabar nak interview dia macam-macam ni.

Akhirnya, setelah 30 minit menunggu dia muncul juga bersama baju kasualnya yang bertuck in dan kaca mata hitam. Pelik aku pakai kaca mata hitam macam dia famous sangat.

“Err, tumpang tanya. Awak Dr. Ian Mustazar kan ? Penulis buku The Key To My  Success ?”

“ Ye saya.” Ian tersenyum. Dia senyum dekat perempuan tu what ?! Tapi kenapa perempuan tu beria sangat suka jumpa dia siap minta tandatangan lagi ? Kenapa aku rasa aku clueless sangat ni. Kenapa aku seorang je yang tak tahu macam-macam perkara ?! Kenapa ?!

Aku membetulkan postur badan dan duduk dengan penuh tatatertib apabila dia semakin hampir. Tiba-tiba aku rasa macam tak tahu nak cakap apa padahal tadi beria cakap macam-macam nak interview lelaki tu.

“ Awak rindu saya eh ?” tanya Ian tiba-tiba sambil menghadiahkan senyuman manis pada aku. Sungguh melalaikan senyuman dia tu. Fokus, May ! Fokus !

“ Kenapa saya yang kena jadi bakal isteri awak ?” Aku memandang dia dengan pandangan yang serius supaya dia jawab dengan jawapan yang serius sebab ini adalah hal yang serius. Ok banyak serius.

“ Sebab kita memang telah ditakdirkan untuk bersama.” Balas lelaki itu bersama senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Aku mengeluh. Memang susah eh nak cakap dengan doktor ni ?

Tidak sampai minit kemudian, pelayan kafe datang bersama air ice lemon tea yang telah aku pesan terlebih dahulu.

“ Awak order lah. Saya order dulu tadi.” Kata aku perlahan. Setelah beberapa minit bersama dengan dia berdua di situ barulah aku terasa kekok sikit. Aku pandang dia dan ternyata dia juga turut memandang aku dengan senyuman dia yang memang tak boleh blah. Kacak kay. Aku berdehem sebelum menyambung perbincangan yang tergendala sebentar tadi.

“ Saya tak nak kahwin dengan awak.” Ujar aku pantas tapi perlahan. Tak tahu dia dengar ke tak sebab laju sangat aku cakap.

“ Kenapa ?” tanya dia. Ohhh, dia dengar…

“ Sebab saya tak kenal sangat awak siapa dan saya tak suka dijodohkan dengan orang yang saya tak kenal. Saya masih muda dan banyak benda yang saya nak achieve dalam usia ini.” Jujur aku. Senang aku cakap dekat dia awal-awal. Aku tak nak dia berharap sebab aku masih muda dan banyak yang perlu aku achieve dalam usia muda ni.

Dia terdiam. Dia tunduk seperti memikirkan sesuatu. Aku hanya menghirup air ice lemon tea tadi sambil menunggu dia balas.

“ Kalau camtu saya tunggu.” Dia pandang aku serius. Aku pula yang tergamam.

“ Tunggu apa ?” tanya aku bodoh.

“ Tunggu awak achieve apa yang awak nak. Kemudian, saya akan usahakan untuk dapatkan apa yang saya nak.” Tutur dia lembut.

Aku diam. Part yang last tu aku tak berapa paham tapi kenapa dia beria-ria nak tunggu aku ni ? Tak paham betul aku mamat ni. Memang psycho ke apa ?

“ Kenapa awak sanggup nak tunggu saya ?” tanya aku pelik. Dia boleh cari perempuan yang lagi baik dan lagi cantik dari aku kot. Dia tu kan doktor. Lagi market. Tapi, kenapa aku juga yang dia pilih. Hish ! Peliklah lelaki ni.

“ Sebab saya suka awak, Maya Zahra.” Tutur lelaki itu sungguh lembut dan kedengaran sungguh sensual dan romantik sekali. Bila dia berkata begitu, hati aku seperti lembut pula untuk menerima dia. Tapi, masih banyak yang perlu aku capai. Aku menggeleng-geleng kepala.

“ Kalau awak nak tunggu. Suka hati awaklah. Saya tak paksa awak untuk tunggu saya. Saya bagi awak peluang untuk cari perempuan yang lebih bagus dari saya. Terserah kepada awak nak tunggu saya atau tak. Saya tak kisah. Oklah. Saya minta diri dulu. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa awak untuk saya. Saya pergi dulu.” Aku bangun. Beg tangan di sebelah aku capai. Aku senyum ala kadar pada dia dan aku terus beredar dari kafe itu meninggalkan dia berseorangan di situ.

Jujur aku ada sedikit rasa bersalah kerana bercakap seperti itu pada dia. Tapi, aku perlu masa. Aku tak nak tergesa-gesa kahwin pada usia yang muda. Aku nak berjaya seperti abang dan kakak aku. Aku nak sambung belajar sehingga mendapat panggilan doktor juga seperti abangku yang sedang menghabiskan pengajiannya di London.

Aku termenung sebentar sambil memegang stereng. Ini keputusan aku dan aku akan teruskan dengan apa yang aku dah rancang. Muktamad !


AYAH dan mak memandang aku seperti tidak percaya. Mereka memandang sesama sendiri. Aku menggigit bibir. Surat yang berada di tangan, aku tunjukkan kepada mak dan ayah.

“ Adik diterima ke University Of Glasgow ?” Mak agak terkejut apabila membaca isi surat tersebut. Ayah juga.

“ Tapi, May…” mak cuba berkata sesuatu tapi dengan pantas aku terpaksa mencelah.

“ Mak, ayah. Adik tahu mak dan ayah dan sepakat nak jodohkan adik dengan Abang Ian (okay rasa nak muntah pulak panggil dia abang) kan ?”

“ Macam mana adik tahu ?” tanya ayah pelik. Ha ha ! Tahu pelik kan macam mana aku dapat tahu. Hah !

“ Abang beritahu lerrr. Adik dah jumpa dengan Abang Ian dan dah bincang dengan dia pasal niat adik nak sambung belajar ni.”

“ Habis tu, dia cakap apa ?” tanya mak.

“ Dia kata dia sanggup tunggu adik habiskan pelajaran adik dan capai impian adik.” Tiba-tiba aku teringat akan kejadian beberapa hari lepas. Rasa bersalah masih menyelubungi diri tapi aku harus tabah dan cekal ! Aku tahu dia tak akan dapat tunggu aku habis belajar. Silap-silap bila aku dah balik Malaysia, dia dah berkahwin dan dah ada anak 3 orang. Heh, lelaki.

Mak dan ayah terdiam.

“ Kalau itu yang adik nak,…adik teruskan je lah niat adik. Ayah dengan mak tak larang adik.” Balas ayah. Aku mengucapkan Alhamdullillah kerana ayah dan mak dah bersetuju dan dia pun sibuk nak tunggu kan. Nak tunggu, tunggu lah ! Kalau sanggup tunggulah ! Huh !


Beberapa tahun kemudian,…

AKU membetulkan cermin mata. Suasana di KLIA pada ketika itu tidaklah terlalu sesak. Sambil menunggu abang aku datang, aku lepak seketika di Starbuck dan melayan Instagram. Gambar Rania dan bayinya yang baru lahir aku like. Comel sungguh ! Ada iras-iras wajah Rania.

Rania dah berkahwin pada awal tahun dan telah melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Raisya. Suaminya bukan calang-calang orang okay. Tak tahu macam mana boleh CEO syarikat yang aku dan dia berkerja dulu boleh sangkut dengan dia pun aku tak tahu lah. Dengar cerita dari Rania yang mereka terserempak di kedai makan. Entah macam mana suami dia mintak nombor phone untuk berkenalan semua. Kemudian, keesokan harinya, di pejabat, mereka terserempak lagi. Rupa-rupanya lelaki itu adalah CEO syarikat yang dia bekerja. Dari situ mulalah berkumandang lagu Hindustan semua. Heh. Hindustan sungguh.

Dah macam cerita novel dah. Nasib cerita aku ni tak macam dalam novel. Eh.

Telefon yang berdering mematikan lamunan aku.

“ Hello ?”

“ Haa, May. Abang tak boleh ambil May tau.” Ujar abang aku tergesa-gesa. Aku cuak.

“ Eh ! Habis siapa yang nak ambil adik ni !” Eh, bengang pulak aku tak ada orang yang sudi nak ambil aku kat airport ni. Tak rindu aku ke dia orang ni. Aku dah berapa tahun tak balik ni kot. Apakah ?

“ Alaaa, adik tahu kan siapa. Ok ciao !” Tut tut…

Aku mengeluh. Tiba-tiba, sesusuk tubuh yang amattttttt aku kenali menghampiri tempat duduk aku.

“ Hai, sayang. Welcome back to Malaysia. Meh jom balik rumah kita.” Tutur dia ramah.

Excuse me, balik rumah SAYA ok Saaayaaa.” Aku memeluk tubuh sambil menjeling ke arah dia.

Hah ! Nak tahu macam mana boleh mamat psycho ni boleh muncul tiba-tiba dalam hidup walaupun selepas beberapa tahun ? Yes. Seperti yang dia cakap beberapa tahun yang lepas. Dia akan tunggu dan dia memang tunggu ok. Aku tak buat lawak. Serius ! Aku ingat dia kecil hati dengan apa yang aku cakap then lari kerana kecewa lepas tu bunuh diri ke paling kurang pun cari perempuan lain ke. Kahwin lepas tu anak berderet-deret.

Dia sanggup tunggu dah satu hal, tapi yang paling memeningkan kepala aku hari-hari semasa menetap di UK, mamat tu tak henti-henti duk mesej dan hari-hari jugalah aku memang melayan mesej dengan dia OTP dengan dia video call dengan dia semua bagai. Sweet kan ? Ha ha ha.

Kalau aku balik Malaysia je, dia lah yang menjemput aku dari airport. Bila kenduri, pasti muka dia juga yang ada. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah sayang dia. Aku memang suka dia sejak dari pertama kali aku jumpa dia. Cuma aku tak yakin dengan perasaan aku. Lagi-lagi bila aku nak sambung belajar dan harus berpisah dengan dia dalam jangka masa yang lama.

Selesai sahaja memasukkan semua barang-barang aku ke dalam kereta dia menyerahkan aku satu kotak kecil baldu berwarna merah. Aku memandang dia.

“ Apa benda menatang ni ?” tanya aku pelik. Dia aku lihat macam lek je. Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu aku. Aku makin pelik.

Sepanjang perjalanan aku memandang kotak kecil baldu berwarna merah itu. Rasa takut nak buka. Rasa macam tahu apa benda isi dia.

“ Macam ni awak propose saya ? Tak romantik langsung !” aku menarik muncung. Eleh ! Dulu suruh orang tu tak payah tunggu. Pergi cari perempuan lain lah bla bla bla. Bila dah propose banyak songeh pulak. Maya, Maya…

“ Siapa kata saya nak propose awak ?”

Eh ? Habis apa dalam ni…

Kotak baldu itu aku bukak. Terdapat berlian berwarna biru yang berbentuk hati.

“ Tu untuk rantai.” Balas dia.

“ Saya nak buat apa dengan benda ni tanpa rantai dia ?!”

“ Saya terjatuhkan rantai dia and then masuk longkang. Innalillah…” balas dia selamba. Boleh dia dengan selambanya cakap rantai jatuh masuk longkang and tinggal dia punya buah je ? Apakah…

“ Habis tu, saya nak buat apa dengan benda ni dah kalau tak ada rantai ?”

“ Simpanlah dulu. Nanti saya beli dia punya rantai balik. Ok, awak ?” dia buat muka comel. Hish ! Mengada !


SUASANA di luar rumah pada ketika itu sunyi belaka. Seperti tiada orang. Haih. Baru balik ingatkan ada yang nak sambut meriah-riah. Balik-balik je tengok kereta semua taka da. Tinggal aku seorang je lah kat rumah ni.

Aku cuba membuka mangga pintu rumah. Tapi, mangga tersebut tak berkunci langsung. Aku selak pintu pagar dan berlari anak menuju ke pintu masuk rumah. Kenapa macam ada yang tak kena je…

SURPRISE !!!”

“ Oh mak kau terpelanting !” aku melatah doh mintak-mintaklah si dia tak nampak.

Terdapat banyak belon diudara serta tepung yang ditiup oleh abang aku dan yang paling aku suka, semua ahli keluarga aku ada di situ. Demi meraikan hari kepulangan aku ke Malaysia. Yahooo !!!

“ Mak, ayah sihat ?” kedua-dua belah tangan mak dan ayah aku kucup kemudian aku peluk kedua-dua insan yang aku sayangi itu. Tanpa mereka, tidaklah aku berjaya sehingga kini. Ayah dan mak mengucup lembut pipi aku. Sungguh aku gembira tidak terkata sehingga keluar sedikit air jernih membasahi pipiku.

“ Semua memang dah komplot nak suprisekan May eh ?” tanya aku bersama senyuman yang menampakkan sebaris gigiku.

“ Selamat pulang wahai adikku.” Kak Ria memelukku erat. Tiba-tiba aku ternampak seseorang di sebelah Kak Ria. Seorang lelaki yang tidak aku kenal.

“ Tu siapa Kak ?” tanya aku sambil menunjukkan lelaki yang berbaju hitam sedang berbual-bual dengan ayah.

“ Itulah bakal tunang aku.” Kak Ria tersipu-sipu malu. Aku mencuit pinggang Kak Ria lalu membisikkan sesuatu.

“ Dalam diam ehhh…tak beritahu pun.”

“ Eleh, May lagilah ! Tak beritahu pun yang Ian boyfriend kau. Last-last Abang Muaz yang beritahu aku tau.” Kak Ria pura-pura merajuk.

“ Dia bukan boyfriend akulah.”

“ Habis tu, siapa ?”

“ Bakal suami.” Jawab Ian. Cepat-cepat aku menoleh ke belakang.

“ Eeee awak ni kan. Ada-ada je.”

“ Hah, May ! Bila nak kahwin ? Orang tu tunggu dah lama tu…” perli ayah. Aku pula yang rasa malu pada ketika itu. Sudahlah semua saudara mara ada. Hish.

Ian datang pada aku dan menyerahkan aku tisu yang tertulis sesuatu.

Awak dah sedia belum nak jadi Mrs. Ian ?

Aku senyum kemudian aku ambil pen di dalam beg dan menulis sesuatu.

Awak propose saya ke ni ?         

Aku serahkan kepada dia kembali.

Eh, taklah. Saya nak ajak awak pergi funfair ni.

Aku tergelak kecil membacanya.

Nak ikutttttt

Jom ^^

Walaupun aku dah pernah mempersendakan dia dan reject dia dulu tapi dia tetap setia dan sanggup tunggu aku untuk beberapa tahun. Sungguh aku bertuah dapat mengenali dia.




TAMAT