Thursday, December 22, 2016

My Spieldose - Bab 8

ETHAN berbaring di atas katil sambil memikirkan tentang tindakannya dengan berterus terang kepada mak mertuanya. Dia bersyukur kerana dapat mak mertua seperti Puan Julia. Wanita itu sungguh tenang dan tidak mudah melenting walaupun dia telah memberitahu perkara yang tidak patut dimaafkan. Dia faham dengan apa yang telah berlaku dan meminta Ethan untuk menjaga Ivy.

Bunyi ketukan pintu dari luar menyedarkan Ethan dari lamunannya sebentar. Kelihatan Ivy memasuki bilik seperti tikus mondok.

“ Aku tak tidur lagi lah.” Ujar Ethan senada. Ivy berhenti melangkah lebih jauh lalu memandang suaminya yang sedang elok berbaring sambil memeluk tubuh.

“ Saya tidur bilik Damia malam ni.” Balas Ivy. Dia terus berjalan menuju ke katil kerana ingin mengambil bantalnya namun kepala Ethan terletak elok di bantal kesayangannya. Ivy cuba menarik bantalnya namun tidak kesampaian.

“ Hish ! Awak guna la bantal awak sendiri ! Ni bantal saya lah !” jerit Ivy kecil. Tidak mahu Puan Julia terdengar dia menjerit kepada suaminya sendiri. Nanti kena marah.

“ Ambik lah bantal aku. Aku nak bantal kau.” Balas Ethan pendek. Dahi Ivy berkerut. Pelik betul lelaki itu tiba-tiba mengidam bantal dia.

“ Mana boleh ! Saya nak bantal saya jugak !” balas Ivy dengan suara yang terkawal.

“ Kalau kau nak tidur dengan Damia, kau ambik bantal aku. Kalau tak nak, meh sini tidur dengan aku je.” Arah Ethan dengan nada yang tegas sambil menepuk-nepuk tilam.

Ivy terdiam. Dia tiada pilihan lain selain mengambil bantal Ethan sebagai alas kepalanya untuk tidur malam ini. Hish, lelaki ni…

“ Ye lah, ye lah !” balas Ivy malas.

“ Ye lah apa ? Tidur dengan aku ?” ujar Ethan bersama senyuman gatal.

“ Tak lah ! Guna bantal awak la. Hish , dia ni…” Ivy menjeling mata. Menyampah pula dia dengan lelaki itu.

“ Hah, jeling, jeling. Cakap dengan mak kau jeling aku. Makkk…” baru sahaja Ethan hendak menjerit nama Puan Julia, Ivy dengan pantas dan tangkas menekup mulut Ethan menggunakan tangannya. Nak mampus panggil mak ? Silap-silap malam ni kena ceramah lah dia. Itu baru mak belum ayah lagi.

“ Ok, ok saya tak buat dah. Jangan jerit nama mak.” Janji Ivy sambil menaikkan jari kelingkingnya. Berjanji untuk tidak akan buat lagi.

Ethan tersenyum kemenangan. Kemudian, tangannya laju sahaja menghulurkan bantal yang berada di sebelahnya kepada Ivy.

“ Nah, hadiah. Jangan lupa mimpikan aku malam ni. Selamat mencium bau aku.” Selamba Ethan berkata-kata. Sungguh dia seronok dapat mengenakan isterinya itu. Ivy yang sekarang lain dari yang dulu.

Sekarang Ivy lebih kelihatan naïf dan seperti tidak bersalah. Kalau Ivy yang dulu, garang tahap moksya. Fuh ! Cakap sikit melenting bukan main.

“ Hish, menyampah !” sempat Ivy menjelirkan lidah kepada Ethan.

“ Hah tengok tu ! Jelir lidah…Makkk…” baru sahaja Ethan hendak menjerit, Ivy sudah menghilangkan diri dari bilik. Cepat betul dia lari. Ethan tersenyum sendirian.


IVY menggeliat malas. Rasa hilang dan rasa gusar yang bertapa akhirnya semakin hilang. Dia rasa sungguh tenang kini berada di pangkuan mak dan Damia. Segala perkara pelik yang berlaku dalam hidupnya kini telah dapat dilupakan sedikit demi sedikit.

Pintu bilik Damia terbuka dari luar. Wajah Ethan terpampang di tepi pintu sambil berpeluk tubuh bersama wajahnya yang urghh menyampah (kacak ok dia walaupun selekeh pakai seluar trek dengan baju t-shirt putih kosong hensem ok huh).

“ Hah ! Nak apa pagi-pagi dah tercongok depan pintu ni. Hmph !” kali ni Ivy pula yang berpeluk tubuh. Menyampah betul tengok muka dia yang menyampah hensem tu huh.

“ Excuse me. Mak panggil ajak sarapan ok. Kau tu matahari dah terpacak masih tak reti nak bangun. Anak dara opps tak dara lagi. Wekk !” Ethan menjelirkan lidah sebelum dia berlari pergi. Ivy segera mengejarnya dari belakang.

“ Kurang hasam punya laki !!!” jerit Ivy kuat.

“ Vivian Sahara !!! Mak cakap apa hari tu !!!” Puan Julia yang mendengar pergaduhan kecil yang acah-acah manja itu segera menjerit.

“ Kurang hasam punya baby la mak ! Orang panggil dia baby. Apa la mak ni. Hahaha” Ivy membetulkan ayatnya diiringi ketawa yang dipaksa.

“ Tak apa-tak apa. Mentang-mentang mak aku menatang kau bagai minyak yang penuh. Hmph ! Siap kau ada hari aku balas. Aku sabar je ni. Hish ! Geram pulak aku…” Ivy menggenggam penumbuk.

“ Makkk !!! Ivy nak tumbuk An makkk tolonggg !!!” jerit Ethan di belakang pintu masuk ke rumah sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“ Tak lah, mak ! Orang exercise ni hah. Muscle tak tumbuh-tumbuh lagi ni.”

Ivy memandang Ethan seperti singa yang ingin menelan rusa. Sungguh dia lapar untuk menelan lelaki itu. Urghhh. Kenapa lelaki itu makin menjengkelkan !!! Adakah memang lelaki itu memang jengkel sejak sebelum mereka kahwin lagi ? Tapi macam mana dia boleh kahwin dengan lelaki jengkel seperti lelaki itu !!!

“ An !” jerit Puan Julia dari dapur.

Senyuman Ethan mati seketika. “ Ye, mak ?” balas Ethan sopan.

“ Meh sini tolong mak kejap.” Panggil Puan Julia. Memang dia tidak dapat memasak lah kalau macam ni. Lagi-lagi ayahnya pula ke luar daerah untuk beberapa minggu.

Ethan dengan berhati-hati melepasi Ivy yang sedang menjeling dirinya dengan penuh asyik seperti bila-bila masa sahaja dia akan ditelan.

“ Kenapa, mak ?” tanya Ethan sebaik sahaja dia tiba di dapur. Ivy juga turut mengekori.

“ Minta tolong An.” Pinta Puan Julia terdesak.

“Tolong apa mak ? Meh An tolong.” Ethan menunjukkan lengannya yang berketul-ketul. Ivy pula menyampah sehingga mahu muntah melihat betapa poyonya lelaki itu.

“ Tolong mak sembelih ayam tu. Pak Majid bagi pagi tadi tapi mak lupa yang ayah kamu tak ada. Selalu ayah kamu yang sembelihkan.”

Ethan memandang ayam yang berada dihadapannya. Terkelip-kelip mata dia memandang ayam itu. Sungguh dia tak tahu buat kerja-kerja seperti itu. Maklumlah, dia sejak dari kecil duduk di bandar. Makanan yang dia makan hari-hari pun bukan dia kisah. Apa yang dia tahu, bila tiba waktu makan, dah tersedia.

“ Awak ni tahu tak sembelih ni. Kalau tak saya cakap dengan mak bagi balik ayam ni dekat Pak Cik Majid tu hah.” Ujar Ivy setelah dia lemas menunggu di bawah pokok rambutan sambil melihat lelaki itu mencangkung tanpa membuat apa-apa.

Ethan menarik nafas. Dia memegang pisau dengan kemas dan mengucap bismillah. Entah apa yang tak betulnya, tiba-tiba, ayam itu tiba-tiba memberontak dan menyebabkan Ethan melepaskan pegangannya pada ayam itu.

“ Eh, ayam lepas ! Cepat kejar ! Woi tak makan kita hari ni woi !” Ivy menjerit-jerit panik.

Ethan menggelabah tak tentu arah mengejar ayam yang lari. Bila dia hampir tangkap kepaknya sahaja pasti terlepas. Tidak tahu apa mantra yang digunakan ayam tersebut sehingga begitu lincah melarikan diri dari pegangannya.

Beberapa jam kemudian,…

“ Sedaplah lauk kari ayam mak hari ni.” Puji Damia bersungguh-sungguh sambil mencedok kuah kari sekali lagi.

“ Memang sedap, dik. Bersusah payah tu tangkap ayam. Ye lah, ada orang tu poyo sangat last-last, Pak Cik Majid jugak yang settlekan.” Perli Ivy pedas.

 Ivy gelak kecil apabila mengenangkan kembali kejadian petang tadi. Kelakar sungguh apabila lelaki itu cuba menangkap ayam. Sampai jatuh-jatuh. Banyak kali pula tu. Tsk tsk tsk. Sungguh memalukan. Nasib baik dia sahaja yang menonton slapstick comedy itu. Kalau ada anak-anak dara lalu tu, perghhh confirm reject untuk dijadikan suami. Kuikuikui.

Puan Julia mencubit peha Ivy menyebabkan Ivy mengerang kesakitan.

“ Adoi ! Sakitlah mak.” Ivy mengusap tempat yang menjadi mangsa cubitan berbisa dari maknya sambil memuncungkan mulutnya. Ethan gelak besar.

“ Jangan kutuk-kutuk suami. Dia tu suami kamu.” Nasihat Puan Julia. Ivy memang nakal jadi kalau dia tidak ingatkan pasti Ethan akan diperkotak-katikkan.

“ Ye lah, ye lah. Hish.” Ivy mencuri pandang suaminya dihadapan.

‘ Cis ! Dia gelakkan aku. Grrrr.” Makin marak pula api kegeraman dia. Tiap kali dia je yang salah. Mak dia pula asyik back up Ethan. Hish ! Mentang-mentang menantu handsome nak matey. Anak sendiri diabaikan. Haih.


PINTU bilik ditutup kemas. Ivy melabuhkan duduk di depan cermin meja soleknya. Kepalanya yang terasa pening dipegang. Memang sudah beberapa minggu dia sering dihidapi sakit kepala. Tapi itu mungkin sakit kepala biasa sahaja dan parut dikepalanya juga masih tidak diketahui puncanya. Setahu dia memang dia tak pernah ada parut itu.

Selepas selesai mengikat rambut, Ivy keluar dari bilik mencari Puan Julia. Puas dicari di dapur tidak juga kelihatan maknya itu. Ivy berjalan menuju ke ruang tamu setelah di terdengar sesuatu.

“ Mak rasa elok An beritahu perkara sebenar dekat Ivy. Tak elok biarkan dia macam tu lama-lama. An sendiri tahu kan. Takut kesihatan dia teruk nanti macam mana.”

Ethan terdiam. Sungguh dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada Ivy. Setelah apa yang berlaku sekarang. Jujur dari hati yang dia lebih sukakan Ivy yang sekarang. Ivy yang penyayang dan bukannya terlampau ego dan materialistik. Jika dia beritahu perkara yang sebenar, kemungkinan, Ivy tidak akan menerimanya lagi. Dia tidak mahu semua itu.

Dia sayangkan Ivy.

“ Beritahu apa mak ?” soal Ivy tiba-tiba.

“Eh, mak kau !” Ethan terperanjat menyebabkan terhambur ketawa Puan Julia dan Ivy.

“ An melatah terkejut mengalahkan mak la. Nasib baik tak jatuh terjelopok malam-malam ni.” Puan Julia ketawa kecil melihat gelagat menantunya.

“ Tu laa. Banyak dosa la tu. Hah kan Tuhan dah balas.” Perli Ivy. Namun, perlian Ivy cukup mendalam sekali pada Ethan. Wajahnya tiba-tiba bertukar muram.

“ Ivy… dah-dah lah tu. Jom tolong mak kemas dapur tu.” Puan Julia menarik tangan Ivy membiarkan menantunya bersendirian.

“ Eh, bukan dah kemas ke tadi mak ?” Puan Julia tidak mengendahkan kata-kata Ivy sebaliknya menarik tangan anaknya ke dapur meninggalkan Ethan sendirian.

‘ Patut ke aku beritahu perkara yang sebenar pada dia ? Huh.’ Bisik hati Ethan perlahan.

Wednesday, December 21, 2016

My Spieldose - Bab 7

ETHAN memerhatikan Ivy dari belakang. Wanita itu sedang bertungkus lumus memasak untuk makan tengahari mereka memandangkan adik iparnya yang bakal pulang sebentar sahaja lagi. Tapi, ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya sekarang.

Vivian Sahara yang sekarang dan yang sebelum ini berlainan sekali. Seratu peratus lain ! Ivy yang dulu tidak mahu ke dapur langsung dan Ivy yang sekarang, bawang putih, merah, biru, kuning semuanya dihiris bagaikan tukang masak professional. Sikap yang berbeza tapi orang yang sama ? Oh ! Pening !

“ Awak ! Meh sini tolong saya basuh sayur ni.” Panggil Ivy walaupun tangannya masih lagi lincah membuat kerja. Ethan terpinga-pinga. Jari telunjuknya diarahkan kepada dirinya sendiri. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“ Awaklah. Siapa lagi yang ada dalam rumah ni. Awak dengan saya je. Mak pergi kenduri.” Ujar Ivy sambil tersenyum melihat telatah lelaki itu. Walaupun lelaki itu suami dia yang sah, tapi dia masih rasa tidak selesa bersama dengan lelaki itu.

Ethan bergerak perlahan ke arah Ivy. Namun, Ivy menarik lengan sasa milik Ethan ke singki. “ Sampai tahun depan tak dapatlah kita makan kalau awak berjalan macam tu.” Tangan lelaki itu segera ditarik lalu diletakkan bekas yang dipenuhi sayur sawi.

“ Siapa suruh kau masak. Beli je lah. Kan senang.” Balas Ethan selamba.

“ Buat apa nak beli kalau saya boleh masak. Nah ! Basuh bersih-bersih !” arah Ivy tegas. Lambat-lambat, Ethan mengikut juga arahan yang diberi Ivy sambil matanya curi-curi melihat Ivy yang sedang mengacau kuah kari.

“ Dah habis basuh dah ?” tanya Ivy tiba-tiba mengejutkan Ethan lalu sayur sawi yang sudah dibasuh tadi termasuk ke dalam singki semula.

“ Awak berangan apa tadi Encik Ethan ?” tanya Ivy. Geli hati pula dia melihat lelaki itu mengelamun. Lelaki kacak seperti dia boleh mengelamun jauh mengalahkan anak dara.

“ Mana ada aku berangan. Dahlah ! Kau basuhlah sendiri !” bekas berisi sayur sawi itu diserahkan kepada Ivy. Ivy pula hanya ketawa melihat wajah Ethan yang serba tidak kena.

“ Dia yang jatuhkan, orang lain pula yang kena basuhkan. Huh !” omel Ivy sendirian. Tidak dapat dinafikan yang suaminya itu memang ada cute sidenya yang tersendiri.

“ Assalammualaikum.” Salam yang diberi menimbulkan tanda tanya kedua-dua manusia di dalam rumah itu. Ivy segera berlari menuju ke pintu depan.

“ Damia !” Ivy segera mendakap erat satu-satunya adik kesayangannya. Ethan hanya memerhatikan gelagat dua beradik itu.

“ Macam tak percaya je. Akak ke ni ?” tanya Damia sambil matanya diusap-usapkan beberapa kali. Wajah kakaknya yang putih mulus itu direnung penuh rindu.

“ Akaklah ni. Damia sihat ?” tanya Damia lalu tubuh kecil adiknya itu dipeluk sekali lagi. Melepaskan kerinduan.

“ Mia sihat. Akak lepas dah kahwin makin menjadi-jadi cantik. Abang An belanja akak buat facial kat spa hari-hari eh ?” usik Damia. Ethan di belakang hanya tersengih-sengih.

“ Akak memang natural beauty laa. Hihihi.” Ethan menjulingkan mata ke atas. Meluat pula dia mendengar isterinya itu memuji diri sendiri. Tapi, memang betul pun Ivy natural beauty uhuk uhuk. Bangga sekejap.

“ Akak sebenarnya ada banyak benda nak tanya Mia. Tapi, Mia rehat-rehatlah dulu nanti lepas makan kita sembang lama-lama sikit eh.” Ujar Ivy lembut. Sungguh dia rindu adiknya tapi yang membezakan sekarang adiknya itu sudah besar dan makin cantik.

“ Alright ! Mia masuk dalam mandi dulu semua eh. Teringin juga nak merasa masakan Chef Ivy dan Chef An.” Balas Damia sambil ketawa.  Ethan dan Ivy juga turut ketawa bersama namun selepas Damia menutup pintu bilik sahaja kedua-duanya berhenti ketawa. Sebaliknya, mereka menjeling sesama sendiri.
“Apa tengok-tengok ? Dah kupas kulit bawang belum ? Sibuk je.” tanya Ivy bersama jelingan tajam.

“ Eh, hello mak cik. Kau tu yang beria berborak dengan Mia tadi. Aku pulak yang kena ganti tempat kau eh. Kau yang volunteer nak masak, aku pulak yang kena buat semua kerja.” Bengang Ethan dibuatnya. Tiba-tiba sahaja perempuan itu nak marah dia. Padahal, dia tak salah apa-apa pun.

Berkerut dahi Ivy memandang wajah Ethan bersama mulutnya yang dimuncungkan. Tanda kemarahan yang bakal meletup. “ Eh, habis awak duduk rumah nak buat apa. Tolong la…”

“Apa yang kamu berdua bergaduh ni…Dah siap masak ke belum ?” Puan Julia yang tiba-tiba muncul dari belakang dapur mengejutkan Ivy lalu dia terkejut dan terlanggar sayur sawi dibelakangnya. Habis berterabur sayur sawi yang sudah dibasuh.

Ethan menekup mulutnya dengan tangan. Cuba untuk menahan tawanya dari meletus. Namun, kita hanya manusia dan hanya Tuhan sahaja yang menentukan. Akhirnya, Ethan menghamburkan segala tawanya apabila melihat Ivy yang sudah kebengangan.

“ Ya Allah, An ! Sudah-sudahlah tu menggelakkan bini kamu. Ivy ! Kamu kutip sayur sawi mak ni. Ya Allah ! Kuah kari apa ni hangit ! Peninglah kepala mak ! Kamu berdua pergi duduk dekat ruang tamu sana. Dah ! Jangan nak masuk dapur mak lagi dah !” Puan Julia menolak anaknya bersama menantunya agar beredar cepat dari situ. Terpinga-pinga Ivy dan Ethan dibuatnya.


IVY memeluk tubuhnya bersama muka yang bengang. Ethan hanya selamba menonton televisyen sambil bergelak ketawa. Entah apa yang lawaknya pun tak tahulah. Padahal tengok perlawanan bola je pun.

Tak semena-mena lengan sasa milik Ethan dicubit dengan penuh ghairah tanpa mengenal erti belas kasihan.

“ Adoi !!! Sakitlah !!!” jerit Ethan kesakitan. Wajah isterinya itu dipandang. Tiba-tiba lengannya pula yang dijadikan mangsa. Datang bulan ke apa minah tu ?

“ Awak gelakkan saya kan !” marah Ivy. Wajah Ethan dipandang penuh bengang. Tapi tak sampai berapa minit hatinya tiba-tiba cair. Aduh ! Dia silap pandang ! Patutnya pandang hidung ke pipi ke tapi dia terpandang, MATA !

“ Mana ada aku gelak pasal kau. Aku gelak tu hah cerita tu. Perasan !” Ethan menjeling mata ke atas.

Ivy bangun dan mencekak pinggang. Dia hendak berkata sesuatu tapi apabila Ethan mendongak wajahnya lalu memandang dirinya, terus lenyap angan-angannya itu. Dia menarik nafas kemudian berlari menuju ke bilik.

Pintu dikunci perlahan. Ivy bersandar di belakang pintu bersama seribu rasa yang tidak dapat dia ungkap. Kalau dulu dia hanyalah gadis kampung yang biasa tapi kini namanya disebut-sebut di dada-dada akhbar sebagai usahawan yang berjaya. Sedangkan dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan sehingga menangis-nangis hendak ke institusi pengajian tinggi tapi tidak kesampaian kerana dia bukan dari keluarga yang berada.

Berbeza dari dirinya yang sekarang. Dia memiliki segala-galanya. Memiliki harta, wang, kekayaan dan juga seorang suami yang jutawan. Walaupun mereka kahwin bukan atas dasar cinta tapi sungguh dia suka akan kehidupan dia yang sekarang. Bukankah ini impian yang dia mahukan dulu ?


ETHAN mencuri-curi dengar disebalik pintu kayu bilik Damia. Terdengar suara isterinya dan adik iparnya yang sedang bergelak ketawa bercerita tentang kehidupan masing-masing. Tidak pernah dia lihat isterinya sebahagia itu sebelum ini.

“ An !” Puan Julia mencuit bahu Ethan menyebabkan jejaka itu terperanjat.

“ Fuh,…semangat…Kenapa mak main cuit-cuit. Terkejut An.” Ethan mengusap dadanya. Maklumlah dia dah terkantoi mencuri-curi dengar perbualan isterinya.

“ Meh sini mak nak cakap sikit.” Lengan Ethan ditariknya menuju ke ruang tamu. Ethan terpinga-pinga.

“ Kenapa mak ?” tanya Ethan pelik. Tiba-tiba suasana menjadi lebih serius pula. Wajah Puan Julia juga bertukar serius.

“ Ivy sakit ?” tanya Puan Julia perlahan.

Ethan terdiam. Dia tidak mahu menceritakan hal yang sebenar kerana takut merisaukan mak mertuanya itu. Inikan mahu menceritakan apa yang telah terjadi kepada Ivy, anaknya sendiri.


“ An,…jangan takut. Cerita je dekat mak. Mak tahu mesti ada sesuatu yang terjadi pada Ivy kan ?” soal Puan Julia bertubi-tubi. Sungguh dia ingin tahu apa yang telah terjadi pada anaknya itu. Ivy sungguh lain. Bukan seperti Ivy yang dia kenali sekarang.

Saturday, June 28, 2014

Cerpen - Hanya CEO Gantian [ Final ]


CINCIN bertatahkan berlian ditanggalkan dari jari manisnya. Dian memandang cincin pertunangannya dengan pandangan sayu. Begitu saja ? Begitu saja dia akan menamatkan zaman bujangnya yang penuh dengan onak duri ? Belum pernah dia menikmati zaman bujang yang sebenarnya. Tapi mengapa semuanya berakhir begitu saja ? Huh ?

“ Miss me ?” Daniel mengambil tempat di sebelah Dian. Dian hanya merenung rumput hijau di hadapan tanpa memandang wajah tampan itu.

“ Tak !” balas Dian kasar. Buat apa nak rindu orang yang suka memaksa ! Huh !

“ Sampainya hati. Awek saya dekat Seoul semua rindukan saya. Awak seorang je tak.” Balas suara sensual itu.

Dian tidak membalas. Hanya membeku di sisi Tengku Daniel. Boleh pula bakal isterinya melayan dia sebegitu. Kalau lepas berkahwin nanti macam manalah pula ? Aduh ! Lagi teruk ke ? Tengku Daniel tidak senang duduk.

“ Kenapa tak pakai cincin tu ?” tanya Tengku Daniel lembut.

“ Malas.” Balas Dian acuh tak acuh. Tengku Daniel makin tidak senang duduk.

“ Hmm, kenapa malas ?”

Dian mengeluh kasar. “ Saya tak pahamlah kenapa awak suruh saya kahwin dengan awak. Saya tak paham.” Luah Dian tiba-tiba. Dia memerlukan penjelasan dari lelaki itu.

“ You don’t have to understand. You just have to sit back and relax.” Jawab Tengku Daniel tenang. Senyuman manis ditayangkan sayangnya Dian tidak memandang langsung muka dia. Haih.

Sekali lagi Dian mengeluh. “ Awak tak tahu apa-apa pasal hidup saya. Tiba-tiba awak boleh suruh saya kahwin dengan awak. Tak logik !”

Tengku Daniel senyum. “ Well, siapa kata saya tak tahu pasal hidup awak. You are 13 when you’re adopted to my family and you were force by my father to take over the company and…”

“ I’m also being force by his son.” Dian buat-buat senyum. Tengku Daniel ketawa.

Dian tersenyum kejap sebelum kepalanya makin berat memikirkan hidupnya yang lepas.

“ Awak tahu tak yang saya ni selalu kena hina ? Awak tahu tak walau macam mana tinggi pun jawatan saya, saya masih juga dihina dan diherdik ? Awak tahu tak, masa hidup saya dah semakin pulih, tiada lagi kata-kata cacian yang saya dengar, tiada lagi air mata saya yang mengalir, saya kena paksa untuk kahwin dengan awak. Saya baru nak mulakan zaman bujang saya yang sepatutnya. Being love and to love somebody like everybody does is the stuff that I want to do but it suddenly went wrong when you started to come.” Luah Dian panjang lebar. Soalan demi persoalan dilemparkan pada Tengku Daniel.

Tengku Daniel tidak tahu akan kehidupannya, banyak-banyak perempuan yang lagi cantik, lagi seksi, mengapa mesti dia yang lelaki itu pilih ? Dia merupakan anak pungut yang tidak punya apa-apa. Dia cuma hanya ada kasih sayang yang diberi keluarga angkatnya sahaja. Dia tiada saudara mara. Dia hanya menumpang kasih dari keluarga itu.

“ Then, let me be by your side. Let me, protect you. Let me, love you till the day I die. Awak ada saya. You are not alone. I swear to love you for every minute and every second. Walaupun tempoh perkenalan kita sangat singkat but I believe in God’s fate. And you are my fate. It’s always been you. Cuma, saya je yang tak pernah nak cuba pulang ke Malaysia, hanya disebabkan saya takut. Takut untuk menghadapi cabaran sedangkan Tuhan sentiasa bersama kita walau seberat mana pun halangan itu. But, trust me. I love you and I will cherish you till I’m old and till I’ll die. Just, let me love you.” Luah Tengku Daniel.

Kata-kata Tengku Daniel sungguh menyentuh hati Dian. Tapi mengapa rasa takut itu masih ada ? Tipu kalau dia cakap dia tak suka sedikit pun pada lelaki itu. Memang hatinya ada pada lelaki itu, tapi dia tak sangka lelaki itu begitu mencintai dirinya.


SALLY mengeluarkan compact powder dari dalam beg. Hatinya kini berbunga riang. Almaklumlah, anak Tengku Tajuddin yang terkenal di Korea akan datang melawat ke pejabat pada masa terdekat ini. Dia sungguh teruja kerana dapat berkenalan dengan si jejaka terkenal itu.

“ Sal, hot news ! Aku baru dapat berita ni tadi.” Jija datang terkocoh-kocoh mendapat Sally.

Sally memandang Jija. Hot news apanya lagi. Tentulah mengenai Tengku Daniel. Siapa lagi yang hot dari lelaki itu. Sally tersenyum dalam diam.

“ Tengku Daniel dah bertunang ! Lusa nikah !” jerit Jija kuat. Sally tersentak. Compact powder yang berada di tangan sudah selamat jatuh ke lantai. Habis pecah berderai cermin alat solek itu.


GAUN pengantin yang disarung pada badan dipandang melalui cermin. Cantik. Walaupun hatinya masih ragu untuk menerima abang angkatnya sebagai seorang suami, tapi apakan daya, dia tidak boleh berpatah balik lagi. Dia juga harus menerima lelaki itu seadanya.

Bukannya dia berasa ragu-ragu untuk mengahwini lelaki itu kerana jejaka itu seorang yang jahat mahupun kaki perempuan. Tidak ! Sikap dan personaliti lelaki itu sudah seperti sempurna. Memang menepati ciri-ciri suami idaman. Lengkap dengan rupa, harta, dan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, lelaki itu juga seorang yang kuat agama walaupun sudah lama tinggal di Korea tetapi tidak pernah setitik arak pun yang diteguk. Sungguh sempurna !

“ Dian dah siap ?” Lamunan Dian terhenti. Wajah bakal suaminya ditatap. Sungguh segak.

Tengku Daniel tersenyum mesra. Wajah Dian yang sudah disolek itu ditatap penuh khusyuk. Sungguh berbeza ketika mereka berada di Korea. Lagi cantik dan manis.

Dian hanya membalas pertanyaan Tengku Daniel dengan anggukan. Disebabkan bilik mereka hanya bertentangan, jadi biliknya selalu sahaja dikunjungi oleh lelaki itu. Sehinggakan Tengku Maria pula yang naik risau.

“ Saya tunggu dekat bawah je. Turun tau.” Pesan Daniel berbaur gurauan. Sempat dia menghadiahkan senyuman panjang hingga ke telinga. Dian hanya tersenyum. Risau sangat lelaki itu.


SELEPAS sahaja majlis pernikahan mereka berlangsung, Dian tidak ikut serta untuk menjamu selera. Dian lebih suka melayan perasaannya di dalam bilik. Walaupun tindakannya itu tidak sopan dan boleh dikatakan tidak beradab, tapi apakan daya, dia belum kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal menimpa dirinya nanti. Tentu ramai yang akan bertambah membenci dia.

Pada pendapat mereka, Dian hanyalah orang luar yang tidak ada kena mengena langsung dengan keluarga kerabat diraja mereka. Dian hanya orang biasa yang menumpang. Sedangkan Tengku Daniel berasal dari keluarga yang berdarjat tinggi. Berkelulusan luar negara, bekerja sebagai seorang model yang terkenal hampir di seluruh dunia. Dian dan Tengku Daniel ibarat kain sepuluh ringgit dengan kain beratus-ratus ringgit.

Dian merebahkan tubuhnya ke atas katil. Sepatutnya, dia harus berpindah ke bilik Tengku Daniel tetapi dia tidak ada perasaan untuk ke sana. Jiwanya bagaikan kosong. Cukuplah dia berkorban untuk keluarga itu, dia sudah malas untuk memikirkan apa-apa lagi. Apa nak jadi, jadilah !


TENGKU Daniel tidak dapat menumpukan perhatian terhadap perbualan mereka sekeluarga. Apa yang saudaranya tanya, hanya sepatah sahaja yang dijawab. Kepalanya asyik runsing memikirkan Dian yang sudahpun sah bergelar isterinya.

“ Danny cari siapa ?” tanya Tengku Maria setelah menyedari anaknya yang seperti cacing kepanasan. Tidak boleh duduk diam.

“ Mama nampak isteri Danny tak ? Masa makan tadi kata nak tidur 20 minit tapi ni dah lebih.” Ujar Daniel bersama wajahnya yang kerisauan. Tiba-tiba wajah saudara maranya yang tadi ceria sudah bertukar.

“ Kenapa Daniel pilih perempuan tu jadi isteri ? Dah tak ada perempuan lain ke ?” tanya Mak Longnya yang baru sahaja sampai dari London. Wajah jelik dipamerkan. Memang dia tidak berapa berkenan dengan latar belakang gadis itu. Sejak pertemuan pertama mereka dulu, memang dia tidak berkenan langsung ! Tiba-tiba pula, anak buahnya itu sudah berkahwin dengan perempuan itu.

Wajah Tengku Daniel berubah. Dia cuba untuk menghadam kata-kata Mak Longnya. Walaupun yang sebenarnya, memang dia dah tahu lama yang Mak Long memang tidak menyukai Dian tapi apakan daya, hatinya tetap memilih gadis itu. Tetap gadis itu !

“ Daniel buat-buat tak dengar je lah apa yang Mak Long cakap tu. Please excuse me.” Tengku Daniel meminta diri. Tidak mahu berlama-lama di situ. Lebih baik dia melayan isterinya. Tentu-tentulah dapat pahala.

Tengku Daniel menaiki tangga. Fikirannya kini hanya terarah pada isterinya. Tiba sahaja di depan bilik, tombol pintu dipulas perlahan. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Tetapi senyumannya mati apabila menyedari yang isterinya tiada di dalam bilik. Tengku Daniel kelam kabut. Cuba mencari di dalam bilik air dan bilik pakaian tetapi tetap juga tiada. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Segera dia keluar dari bilik dan menerjah masuk ke dalam bilik yang berhadapan dengan biliknya.

Kelihatan sekujur tubuh sedang lena tidur di atas katil. Tengku Daniel menghela nafas lega. Pintu dikunci. Perlahan-lahan, dia menapak ke arah isterinya yang sedang tidur. Punggung dilabuhkan di atas katil bersebelahan Dian. Rambut isterinya diusap lembut sebelum sebuah kucupan hangat dilabuhkan pada isteri tersayang.

“ Dian sayang, tidur dalam bilik abang.” Bisik Tengku Daniel perlahan pada telinga Dian. Dian membuka mata perlahan. Dia dapat rasa yang ada seseorang berada di dalam bilik dia. Badan dikalihkan ke sebelah. Terpampang wajah Tengku Daniel yang begitu rapat dengan dia. Dian bingkas bangun. Tuala yang berada di ampaian segera dicapai lalu ditutup rambutnya yang panjang mengurai.

“ Awak buat apa dalam bilik ni ?” soal Dian. Terkejut dia apabila menyedari kehadiran Tengku Daniel di situ.

“ Nak bawak awak masuk biliklah.”

“ Ini bukan bilik ke ?” tanya Dian sinis.

“ Ini bukan bilik kita sayang. Bilik kita dekat depan sana tu. Kenapa tidur sini ?”

“ Saya tak nak tidur kat bilik awak.” Jawab Dian selamba. Tidak fikir langsung akan perasaan suaminya.

Tengku Daniel hanya tersenyum. “ Kalau macam tu, abang tidur sini je lah.” Dengan selamba, badan direbahkan di atas cadar berwarna merah jambu milik Dian.  Dian memandang Tengku Daniel tidak percaya. Setelah beberapa minit memandang suaminya yang tidak mahu bergerak, Dian membuat keputusan untuk berperap di bilik air sahaja sehinggalah suaminya itu tidur.


DIAN menggeliat malas. Semalamam dia terpaksa tidur di atas sofa. Memang tidak selesa, tapi sudah itu kemahuannya. Jam dikerling. Pukul 5.30 pagi. Manakala, Tengku Daniel masih lagi lena diulit mimpi. Dian bangkit. Segera mendapatkan suaminya yang sedang lena tidur.

Wajah lelaki itu yang putih bersih dijamahnya sehabis mungkin. Memang jarang dia dapat melihat wajah lelaki itu yang sedang tidur walaupun mereka duduk sebumbung. Dian menjaga pergaulannya. Tidak pernah Dian memasuki bilik Tengku Daniel tanpa sebab.

“ Dah bangun.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Terkejut Dian.

“ Awak dah bangun ke ?” soalan dibalas dengan soalan.

“ Dah lama dah. Saja baring kejap.” Balas Tengku Daniel. Mata dibuka luas. Wajah comel Dian ditatap penuh kasih. Makin gadis itu dekat dengannya, makin dia merasakan kebahagiaan yang tidak pernah dia dapat sebelum ini.

“ Kenapa tak siap ?” soal Tengku Daniel tiba-tiba. Dian memandang suaminya pelik.

“ Nak siap buat apa pagi-pagi buta ni ?”

Tengku Daniel ketawa. “ Siap untuk solat subuh berjemaah lah sayang oi. Lepas tu, kita kena siap pergi office.” Makin Dian jadi pelik. Siap pergi office apa kejadahnya ?

“ For what ? Awak seorang je lah yang pergi. Saya dah tak kerja lagi kat situ.”

“ Just follow sayang. Tak luak pun ikut suami pergi kerja kan ?” balas nada sensual itu. Dian mengerutkan dahinya.

“ Saya nak buat apa dekat situ ? Tengok awak buat kerja ?”

“ Nope.”

“ Then what ?”

“ Abang yang nak tengok sayang.” Wajah Dian bertukar merah. Mengapa lelaki itu terlampau sweet ? Nampaknya, memang bila-bila masa sahaja dia akan cair dengan tingkah laku Tengku Daniel yang sangat romantik.


TENGKU Daniel memegang tangan Dian erat. Dapat dilihat dengan jelas wajah Dian yang gemuruh. Tentu gadis itu takut untuk berhadapan dengan manusia-manusia yang suka menghukum orang tanpa sebab musabab. Bukannya dia tak tahu yang Dian selalu dibuli. Sebelum mereka bertunang lagi, Tengku Daniel sudah menyiasat tentang apa yang berlaku semasa ketiadaan dia di Malaysia. Memang ternyata Dian telah banyak terluka.

“ Kenapa nervous ?” tanya Tengku Daniel pada isterinya. Nasib baik tak ramai orang yang menaiki lif pada masa itu.

“ No I’m not.” Nafi Dian.

“ Yes you are. I can see it in your eyes.” Bisik Tengku Daniel lembut. Dian menjarakkan tubuhnya. Tengku Daniel hanya tersenyum.


SALLY mengemaskan fail-fail di atas mejanya. Pekerja-pekerja lain juga turut sama berbuat demikian. Memang itu adalah rutin wajib bagi pekerja-pekerja setiap kali bos besar datang. Kesemua perkara akan dipastikan perfect.

Walaupun Tengku Daniel sudahpun memperkenalkan dirinya tempoh hari tetapi hari ini adalah giliran isteri kepada Tengku Daniel pula untuk memperkenalkan diri. Ramai yang kecewa kerana Tengku Daniel sudah berpunya, tapi tidaklah sekecewa mana. Tengku Daniel seorang lelaki dan seorang lelaki boleh kahwin sampai empat. Sally tersengih sendirian.

Setelah Tengku Daniel muncul, Sally adalah orang yang pertama datang menyambut dengan gaya tersendiri.

“ Selamat pengantin baru Tengku. You look so handsome today.” Ujar Sally ceria.

Tengku Daniel tersenyum ramah. “ Well, thank you, Sal. So, how’s work ?”

“ Everything dah settle Tengku. I heard your wife ikut sama. Mana dia ?” Tertanya-tanya dia bagaimanakah rupa isteri kepada ahli korporat itu. Tentu isterinya kacukan korea, maklumlah, jejaka itu pernah tinggal di Korea.

“ She’s in the toilet.” Sementara menunggu Dian keluar. Tengku Daniel membuat rondaan pada setiap station kerja milik pekerjanya. Kemas. Bagus. Bukan setakat tempat kerja sahaja yang kemas, kerja mereka juga semuanya tip top. Memang tidak dapat dinafikan.

“ Awak.” Suara yang seperti berbisik itu menyebabkan Tengku Daniel tersenyum. Segera dia mendapatkan isterinya yang bersembunyi di sebalik dinding.

“ Kenapa sayang ?” tanya Tengku Daniel lembut. Wajah isterinya yang seakan pucat itu merisaukan sungguh. Nervous macam gini teruk ke ?

“ Saya takut lah.”

“ Laa, nak takut apanya. Meh sini.” Tangan Dian dicapai. Segera diheretnya gadis itu ke ruang pejabat.

“ Everyone. Let me introduce you to my beautiful wife, Dian Nur Arya.”

Sally dan beberapa orang pekerja melongo. Terkejut. Gadis itu nampak berbeza. Dian yang dibuli sehingga gadis itu sanggup meletak jawatan sebagai CEO itu isteri kepada anak Tengku Tajuddin, Tengku Daniel !!! What in the world !!!


“ SEE ? You don’t have to be afraid anymore.” Ujar Tengku Daniel sambil sebelah tangan memegang stereng dan sebelah lagi memegang tangan isterinya. Wajah Dian dikerling sekilas. Sudah tidak pucat wajah comel itu.

“ Kenapa awak buat macam tu ?” tanya Dian lurus. Dia memang blur gila semasa suaminya itu mengheret dia ke pejabat.

“ Sebab abang sayangkan sayang ?”

Dian menjuling mata ke atas. “ Be serious.”

Tengku Daniel tergelak. “ Yes, I am being serious. I love you, honey.” Bisik Tengku Daniel lembut. Meremang bulu roma Dian apabila diperlakukan seperti itu. Hish.

“ Ya, saya tahu. Tapi, boleh bagi sebab yang spesifik sikit tak ?”

“ Spesifik ? Hmm…I love you and I feel like I wanna kiss you like crazy ?” Tengku Daniel tersenyum nakal. Satu penampar halus dihadiahkan pada Tengku Daniel.

“ Stop flirting with me ! Cakap betul-betul cepat ! Kalau tak…”

“ Kalau tak apa sayang ? Sayang nak peluk abang ke ?”

“ Tengku Daniel !!!”

Tengku Daniel hanya tersengih. Tidak membalas pertanyaan isterinya. Cukuplah yang Dian tahu yang dia buat semua itu kerana dia sayangkan Dian. I love you my wife !!!

Sunday, June 22, 2014

Cerpen - Hanya CEO Gantian [ Part IV ]


LAGI beberapa hari saja lagi Dian akan pulang ke Malaysia. Kalau dia pulang ke Malaysia dengan tangan kosong macam mana ? Sia-sia lah dia datang dari jauh semata-mata nak mengajak abangnya pulang.

Tak boleh jadi ! Dia tak boleh menyerah kalah. Kalau perlu dia mengheret lelaki itu ke airport, dia sanggup buat ! Asalkan Tengku Daniel pulang ke Malaysia bersama dia. Masa semakin suntuk.

Dian berdiri di depan pintu dengan penuh kesabaran. Selepas membaca selawat beberapa kali, butang loceng ditekan. Dia memandang pada wajahnya di skrin. Membuat muka kasihan. Mengharapkan lelaki itu membuka pintu.

Tiba-tiba pintu dibuka. Terpacul wajah Tengku Daniel yang baru sahaja bangun.

“ Kau nak apa ?” tanya Daniel malas.

“ Ikut saya pulang please…”

“ Tak nak !” Pintu ditutup kasar. Macam itu je ? Macam itu je dia direject ? Hampeh.

Keesokan paginya…

“ Ikut saya balik Malaysia, pleaseeeee…”

“ Tak nak !”

Petang…

“ Ikut saya…”

 Gedebum !!!

Dian mengeluh. Cubaan demi cubaan tidak berjaya. Dia harus fikirkan strategi lain. Dan ting, ting ! Idea dah sampai !

Butang loceng ditekan. Sekali lagi, Dian menayang wajah kesiannya. Dan sekali lagi, berjaya. Pintu dibuka.

“ Encik Daniel, saya janji saya akan buat apa sahaja yang Encik Daniel suruh saya buat. Tapi, tolonglah…ikut saya balik Malaysia.” Rayu Dian penuh syahdu. Wajah kasihan kali ini digandakan. Mimik muka harus dibuat sekasihan mungkin.

Daniel berfikir-fikir. “ Tiba-tiba,…aku rasa dahaga pulak.” Serta merta Dian berlari menuju ke kedai untuk membeli air. Beberapa minit kemudian, Dian muncul bersama sebotol air mineral ditangan lalu diserahkan pada Daniel. Daniel tersenyum penuh makna.

“ Hari ni aku ada photoshoot tapi,…”

“ Saya tolong !” Dian melantik dirinya sendiri. Daniel memegang dagunya. Sengaja dia buat-buat fikir. He he he.

“ Ok fine ! Esok tunggu saya depan ni. 8 am sharp !” tegas Daniel memberi arahan kepada ‘adik angkatnya’.


JANTUNGNYA bagaikan mahu tercabut keluar dari badan. Serta merta, pandangannya dilabuhkan ke tempat lain. Tidak sanggup memandang ke arah makhluk yang seorang itu. Ingatkan tugasnya hanya membeli air, mengambil baju dan kerja-kerja yang seumpamanya. Rupa-rupa…

“ Cepat ! Aku ada photoshoot lagi lepas ni.” Arah Daniel tegas. Dalam diam, dia tersenyum menang. Dengan teragak-agak, Dian menghampiri Daniel yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang. Semakin Dian menghampirinya, semakin senyumannya mekar bak bunga morning glory.

Perlahan-lahan, tangan Dian menghampiri dada milik Daniel yang bidang. Tangannya sedikit terketar-ketar untuk membutangkan satu persatu baju kemeja putih yang dipakai lelaki itu. ‘Nak butang baju mesti suruh orang yang buat ke ?! Mengada betul !’ bebel Dian dalam diam.

Daniel memandang Dian. Tiba-tiba, jantungnya pula yang berdebar-debar. Kenapa pula ni ?

Dengan cepatnya, jari Dian mula lincah membutangkan pakaian Daniel. Puas dia memujuk diri agar tidak terlalu ‘obses’ dengan tubuh gagah milik Daniel. ‘ Dia abang aku, dia abang aku. Jangan mengada…’ pujuk hatinya berkali-kali. Dan akhirnya…

“ Okay ! Siap !” sorak Dian gembira. Selesai juga tugasan ‘peliknya’ itu. Tangan diletakkan ke belakang. Matanya memandang wajah Daniel yang seperti tidak lepas memandangnya. Dian mengangkat sebelah kening.

“ Err, dah siap.” Ulangnya sekali lagi. Daniel tersedar. Mengapa cepat sangat masa berlalu ? Dia masih tidak puas untuk menatap wajah comel itu ! Ahh ! Gadis yang dikatakan comel itu adik angkat dia ! Eh, adik angkat je kan ? Boleh kahwin…Eh ? Eh ?

Daniel berdeham. Riak wajah dikawal.

“ Ohh, erm, thanks.” Balas Daniel malu-malu. Wajah yang berbahang merah itu dialihkan. Takut kantoi. Manakala, Dian hanya beriak biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hmm.


BEBERAPA hari berada di negara asing, akhirnya, tibalah masa untuk Dian Nur Arya kembali ke Malaysia. Walaupun hatinya terasa berat untuk meninggalkan negara Winter Sonata itu, tapi dia tetap harus pulang ke tanah tumpah darahnya. Beg bagasi ditarik menuju ke kereta Uncle Han yang sedang menunggu.

Sementara menunggu Uncle Han memasukkan beg-beg ke dalam kereta, Dian termenung sendirian. Mengenangkan kenangan dia bersama Tengku Daniel merangkap abangnya. Tapi, kenapa layanan Tengku Daniel tidak seperti abang langsung. Lebih kepada sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Oh ! Apa yang difikirkannya ni ?! Jangan merepek Dian ! He’s your brother !

Jam tangan dikerling seketika. Tidak mahu melayan perasaan yang makin lama makin menyesakkan nafasnya serta merta. Fuh.

“ Hey, gorgeous ! Lama tunggu ?” ujar Daniel. Mata dikenyitkan. Dian memandang abangnya dengan pandangan yang pelik. Satu beg yang dijinjing Tengku Daniel ditenung.

“ Hello…Beg ni tak handsome okay. Nak tenung, tenung yang ni.” Jari telunjuknya dihalakan pada wajahnya sendiri. Ada ke patut lelaki sekacak dan sehot dia ni diabaikan. Huh. Tak patut-tak patut.

“ Apa abang cakap ?” tanya Dian sedikit blur. Dia memandang beg yang dipegang Daniel bukannya saja-saja tapi dia pelik. Tengku Daniel merupakan seorang model yang terkenal dan sepatutnya tentulah banyak beg yang dibawa. Mengapa hanya satu beg ? Persoalan itu dibiarkan saja. Tak penting pun. Lelaki itu dah sanggup ikut dia pulang ke Malaysia pun dah cukup bagus. Bersyukurlah…

Abang ? Kening dinaikkan. Kedengaran sangat sedap dan memang panggilan itu yang dia teringin untuk dengar apabila sudah berkahwin nanti. Tapi, maksud ‘abang’ yang disebut gadis itu, bukanlah dimaksudkan kepada seorang suami. Haih. Terasa kecewa pula.

“ It’s nothing dear. Shall we go now ?” Daniel senyum. Cuba menunjukkan wajah yang ceria.


DIAN membuka pintu kereta. Sejak di lapangan terbang tadi, tidak banyak yang mereka bualkan. Berpatah-patah yang Dian tanya, hanya dibalas sepatah saja oleh Tengku Daniel. Dia pun tidak tahu mengapa abangnya berubah sedrastik itu. Selalunya, ada saja yang mereka bualkan. Hmm.

Dian mengeluarkan bagasinya dari kereta. Memang selalunya, dia akan angkat dan bawa sendiri begnya. Walaupun dia mempunyai ramai pembantu rumah, Dian lebih suka membuat sendiri. Tiba-tiba tangannya ditepis seseorang.

“ Biar aku bawakkan.” Ujar Daniel senada. Matanya tidak memandang pada wajah Dian tapi hatinya…mahu dipeluk dan dicium gadis itu semahu-mahunya. Eh ? Astaghfirullah…

“ Eh, tak apa. Dian boleh bawak sendiri.” Balas Dian. Tetapi tidak diendahkan abangnya. Makin pelik Dian dibuatnya. Mengapa layanan abangnya itu seperti dingin sahaja dengan dirinya. Dia ada buat salah ke ? Huh ? Salah apa ?

“ Dian, meh masuk cepat.” Jerit Tengku Maria dari dalam rumah. Nampak sahaja muka anaknya yang makin kacak itu terus diserbunya Tengku Daniel. Terpinga-pinga anak muda itu membalas pelukan mama yang disayangi.

Dian mengambil tempat bertentangan dengan Tengku Daniel. Lelaki itu langsung tidak memandang mahupun menjelingnya. Kenapa ya ? Eh ? Kenapa dia mahu jadi panasaran pula jika lelaki itu tidak sudi melihatnya ? Bukannya dia lawa sangat pun…

“ Mama dengan papa harap, Danny tak pergi mana-mana dah lepas ni. Kerja dengan papa je.” Tengku Maria memulakan mukadimah perbincangan mereka. Tengku Tajuddin di sebelah disiku lembut. Memberi lampu isyarat untuk menyambung perbincangan.

Daniel hanya diam. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat Dian yang hanya tersenyum. Comel je anak orang ni. Haih.

“ Daniel dah kenal kan dengan Dian ? Anak angkat papa. Papa ambil dia masa dia 13 tahun dan masa tu Daniel baru lari.”

Perkataan lari itu serta merta membuatkan Dian mahu tergelak. Ada ke orang lari dari rumah sebab tak nak jadi CEO ? Haha. Macam lawak pula…

“ Kenal.” Balas Daniel malas.

“ Macam mana Danny dengan Dian kenal sayang ?” tanya Tengku Maria teruja. Tidak sangka begitu cepat mereka berkenalan. Seperti sudah dirancang pula.

“ Ma…kita nak bincang pasal tu kan.” Tengku Tajuddin memberi signal agar isterinya itu tidak bertanya apa-apa. Kena slow and steady. Takut kalau-kalau anaknya itu lari lagi. Semasa anak tunggalnya pulang tadi pun sudah cukup menakjubkan. Tertanya-tanya juga macam mana Dian berjaya memujuk hati batu anaknya itu.

“ Ehem. As I say,…Danny kena…”

“ On one condition.” Tidak sempat Tengku Tajuddin melengkapkan ayatnya Daniel pantas mencelah.

“ Syarat apa ?” Tengku Tajuddin, Tengku Maria dan Dian senyap. Ingin mendengar apakah syarat yang diletakkan.

“ I want to marry.” Ujar Daniel selamba. Tiada belok-belok.

Tengku Tajuddin dan Tengku Maria melepaskan lega. Fuh. Ingatkan apalah tadi. Haih. Sudah besar rupanya anaknya itu. Manakala, Dian hanya diam. Tidak tahu mahu bereaksi seperti apa. Terkejut ? Mahu menangis ? Nak nangis buat apa pulak…haih.,,

“ Err,…ma, pa…Dian nak naik atas kejap. Tukar baju. Mama dengan papa bincanglah dengan abang Daniel dulu eh ?” Dian bangkit dari duduknya. Beg bagasi yang berada di tepi tangga didapatkan.

“ Daniel nak kahwin dengan siapa sayang ? Dah ada calon ? Mama ada kawan yang anak dia baru balik dari England. Kalau Danny nak kenal-kenal dengan dia boleh juga.” Cadang Tengku Maria.

Daniel merenung tajam ke arah Dian yang sedang bersusah payah mengangkat beg bagasinya. “ Danny nak kahwin dengan dia.” Jari telunjuk dihalakan pada Dian. Dian terdiam. Dia ? Dian memusing kebelakang. Jari telunjuk milik Daniel dihalakan pada dia ? Kenapa ?!

Tengku Tajuddin dan Tengku Maria melongo besar.

“ She’s your sister Daniel !”

“ Adopted sister, ma. Adopted. So, I can marry her.” Tegas Daniel berkata-kata. Tiba-tiba dia bangun dan berjalan ke arah Dian yang terpinga-pinga. Tangan gadis itu dicapai dan digenggam kemas. Terkejut Dian dibuatnya.

“ I want to marry her. Only her ! Or I will not take that offer.” Mata Daniel bertembung dengan anak mata milik Dian. Anak mata Dian seperti keliru.

‘ Maaf Dian sayang…’ bisik hati Daniel.

“ But why Dian ? Danny baru kenal dia kan ? Bukan setakat tu je, she’s your sister !”

Dian melepaskan genggaman Daniel. Wajahnya penuh dengan kekeliruan. Apa ni ?! Ni bukan drama melayu mahupun drama korea ! Arghhhh !!!!

“ Dian naik atas dulu.” Ujar Dian dingin. Beg bagasi ditinggalkan di bawah. Kakinya terus dihayun menuju ke bilik. Berehat. Menenangkan minda.


TOK ! Tok !

Pintu bilik dibuka. Memberi ruang Tengku Maria untuk masuk. Selepas Tengku Maria masuk, tudung yang berada di kepala, dicabut. Memang setiap kali keluar dari bilik, tudung adalah benda yang wajib harus dipakai.

“ Dian…” panggil Tengku Maria lembut. ‘Nak memujuk ler tu…’ bisik hati Dian.

“ No, ma. Dian tak nak. Maaf kalau Dian kecewakan mama dengan papa. But, Dian tak nak kahwin dengan abang Daniel. Dia abang Dian ma !”

“ Dian…I know he is your brother, tapi, Dian tengoklah dia. Dia keras kepala Dian. Dia nak Dian juga. Apa yang mama nak buat. I have no choice !” jelas Tengku Maria. Dia serba salah untuk mengahwinkan anak tunggalnya dengan anak angkatnya tapi apakan daya. Dia terpaksa ! Kalau dah dua-dua tak nak gantikan tempat suaminya, siapa yang nak gantikan ? Dia ?! Mengarut…

“ Dian tak boleh ma. Kalau dia bukan abang Dian tak apa, tapi ni dia abang Dian ! Walaupun abang angkat.”

“ Please, Dian. Tolong mama. Dian seorang je harapan mama. Apa mama nak buat kalau dia balik sana Dian ? Mama tak nak berpisah dengan satu-satunya anak mama. Dian pahamkan perasaan mama. Hmm ?” Dian tidak sanggup bertentangan mata dengan mamanya. Perasaan bersalah dan terhutang budi kini menyelubungi. Arghhhh !!! Stressss !!!

“ Maaa…Dian dah banyak berkorban. Takkan Dian nak korbankan kehidupan Dian sebab abang Daniel ma ?” Dian mencuba lagi. Mana tahu kali ini menjadi.

“ Dian…percayalah dekat mama. Dia tak pernah ada teman wanita Dian. Dia first time jatuh cinta. Dia dah cerita dekat mama and he is deeply in love with you. Mama tahu Dian mesti tak nak kecewakan sesiapa kan ? He’s a good man Dian. Percayalah. Because he’s my son. I know him.” Haih. Tak menjadi rupanya. Dian memandang lantai. Berkerut-kerut dahinya. Kusut !!!